Berita terkini tentang kemarahan Marina Mahathir terhadap media perdana kepunyaan kerajaan semalam mendapat perhatian ramai. Sekarang ini bertambah lagilah rasa tidak berkeyakinan terhadap media perdana, seperti Utusan, TV3 serta saluran TV perdana yang lain yang telah memutarbelitkan isu seksualiti merdeka itu.
Semua media perdana menari seirama dan sehayun untuk membuat fitnah besar-besaran terhadap pihak lain semata-mata kerana kepentingan politik desperado pihak yang sedang berkuasa. Yang paling menyedihkan komen yang tidak senonoh itu juga datangnya dari Timbalan Perdana Menteri yang suaranya sealiran dengan pihak penyokong kerajaan
Semuanya itu adalah usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai semasa pilihanraya yang hampir tiba ini. Seksualiti merdeka dituduh akan mengadakan festival besar-besaran kononnya untuk memperjuangkan seks bebas yang tidak masuk akal itu.
Tetapi orang berkuasa di negara ini memang begitulah. Mereka akan mencari apa sahaja jalan untuk menginaya pemikiran dan memesongkan pandang orang ramai terhadap pihak yang mereka takuti akan mendapat sokongan.
Orang ramai hampir-hampir tertipu dengan isu yang ditimbulkan oleh media perdana khususnya Utusan dan saluran TV kumpulan media prima. Begitulah selama ini cara dan kaedah pihak yang ingin mengekalkan kuasa mendapatkan sokongan ramai. Tetapi baiknya kali ini rakyat tidak lagi semudah itu untuk diperdayakan.
Marina Mahathir telah keluar dengan kenyataan keras dan membidas akhbar serta saluran media perdana dan menuduh secara terang-terangan terhadap media perdana dan beberapa orang pemimpin politik UMNO yang telah bersekongkol untuk menerbitkan isu ini secara besar-besaran dengan harapan untuk mengelirukan rakyat.
Marina telah pergi ke pejabat NGO itu di Jalan Gasing Petaling Jaya untuk memberi sokongan moral kepada 4 orang yang sedang disoalsiasat oleh polis, iaitu ‘founder’ Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, pengarah Tenaganita, Irene Fernandez serta Maria Chin Abdullah AJK Bersih 2.0.
Marina berkata bahawa beliau terlalu marah…terlalu marah kerana permainan media perdana memutarbelitkan isu seksualiti merdeka dan menafikan bahawa NGO ini hanya mengambil perhatian terhadap mereka yang tidak sempurna kehidupan dan fizik mereka dan memperjuangkan hak serta nasib mereka yang terpinggir daripada masyarakat awam yang besar itu.
Marina berkata 2 tahun lalu beliau telah merasmikan majlis yang serupa tanpa halangan dan kenapa sekarang perkara itu diperbesarkan sehingga sedemikian rupa.
“Ini bukan festival seks bebas,” katanya kepada media di pejabat NGO itu semalam. Beliau beranggapan bahawa pihak yang memutarbelitkannya sebagai festival seks bebas sebagai gila dan orang yang tidak ada apa benda lain yang hendak buat.
Marina berkata beliau telah berusaha membela mereka yang tidak bernasib baik ini selama 20 tahun dan usaha yang dilakukan oleh seksualiti merdeka ini ialah untuk membantu komuniti yang lesbian, gay, bisexual serta transgender untuk mengetahui segala apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam undang-undang negara.
Bagi saya dalam BN khususnya UMNO mempertahankan kedudukan mereka untuk berkuasa isu seks adalah isu yang paling suka mereka perbesarkan. Tidak ada lain seks…seks…dan seks. BN tidak menumpukan usaha mereka untuk menunjukkan pentadbiran yang luhur dan bersih dari kegiatan yang hina seperti rasuah. Mereka (BN) memainkan isu seks bebas terhadap orang yang sudah berumur seperti Ambiga dan Irene Fernandez dan itu merupakan isu yang tidak masuk akal.
Marina Mahathir naik berang kerana beliau tahu media perdana ini menggunakan isu ini untuk kepentingan politik semata-mata. Sekarang semakin hari semakin menyakinkan rakyat bahawa Utusan dan semua media masa di negara ini hanya merupakan propaganda kosong untuk pihak yang berkuasa dan semuanya ini mereka sanggup lakukan kerana imbuhan peribadi yang lumayan sebagai pembayaran upahan akan mereka perolehi.
UMNO khususnya mempunyai kekuatan kewangan dan kumpulan ini akan mengambil kesempatan di atas kemurahan UMNO untuk membayar imbuhan sebagai balasan di atas sokongan yang membuta tuli terhadap mereka itu.
Media perdana sudah tidak diyakini oleh rakyat lagi kerana persepsi terhadap kumpulan media perdana ini sangat rendah. Malahan, lagi kuat Utusan membelasah pihak pembangkang lagi jatuh sokongan rakyat terhadap UMNO. Lagi banyak isu untuk memburukkan pihak pembangkang yang dilakukan oleh media perdana lagi buruk pandangan rakyat terhadap kerajaan BN yang diteraju oleh UMNO itu.
Bagi sesiapa yang berfikir secara serius perkiraan mereka ialah BN di Semenanjung akan hanya diwakili oleh kurang daripada 70 kerusi. Bagaimana UMNO boleh mengaku ianya sebagai parti tunjang kepada BN jika mereka hanya diwakili oleh kurang dari 70 kerusi? Boleh sesiapa beritahu saya?
Bukti- bukti yang UMNO sudah begitu desperate terlalu banyak. Yang terakhir ialah dengan isu seksualiti merdeka yang dimainkan oleh media perdana ini. Saya tekankan di sini rakyat secara amnya akan bertindak bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh media perdana terutamanya Utusan dan TV3.ASD
Sila sambung bacaan anda di (SINI)
Semoga ditahun baru ini akan byk lah para isteri org2 umporno dan kakitangan akhbar perdana dan TV3 melahir anak yg berjantina 2 alam, maka pada masa itu mrk tahun kedudukan anak mrk 2 alam itu samada lelaki, pompuan, bapok, darai, mak nyah dan masyarakat akan sisih anak mereka jam tu bartu dia tahu untuk menuntut hak !!!!!!
ReplyDelete