PETALING JAYA: PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno,” dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani.
Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap tahun.
Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia.
Bina mahligai
Tetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu.
“Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama,” katanya.
Azman mendakwa, rakyat mengeluh dan mereka bercakap bahawa pemimpin dan wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan.
Dakwanya, ada pemimpin Umno yang membina mahligai dan rumah berharga ratusan ribu ringgit hingga berjuta.
“Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat,” tambahnya.Tranungkite
No comments:
Post a Comment