Wednesday, November 9, 2011

HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA DAN ISRAEL!!! Bukti UMNO dan PERKASAM berpura-pura sensitif bela Islam

RAMAI yang mempersoalkan bagaimana kontena milik sebuah syarikan Israel, ZIM boleh bergerak bebas di Malaysia, sedangkan negara ini tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

MiLo SuaM turut menyiarkan gambar sebuah kontena ZIM yang dibawa oleh sebuah treler menggunakan nombor pendaftaran Malaysia (JHE 3553) rujuk sini [Kontena Israel].

Persoalan itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah, EU mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.

Dokumen PDF tersebut menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai The Major Trade Partner 2010 dengan Israel.

Sumber: http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf


Di depan rakyat, seolah-olah negara ini anti-Israel, tiada hubungan dengan Israel, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Tidak cukup dengan itu, jika dirujuk kepada pasport antarabangsa, Malaysia melarang rakyat untuk melancong ke Israel. Namun dalam diam-diam, di belakang rakyat, Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel.

Pemimpin Malaysia juga berpura-pura lantang menghentam dan mengkritik Israel selain membawa imej anti-Israel, tapi sebaliknya membuat hubungan dagang "pintu belakang" dengan negara Zionist itu.
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120)

Depan rakyat jadi Hero Palestin, belakang rakyat jadi Hero Yahudi!

ReJaM© "Muncung berkokok ekor bergelumang tahi..."

SEBELUM ini kita dikejutkan dengan "bolosnya" peserta tinju dari Israel, Ilya Grad yang telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN [Malaysiakini].

Umum mengetahui, negara ini tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, malah kita tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Bukan itu sahaja, malah Rakyat negara ini juga
dilarang daripada melawat Israel (Rujuk pasport antarabangsa).

Apa yang menimbulkan persoalan, bagaimana lori dagang syarikat pengangkutan Israel, ZIM boleh terlepas masuk ke Malaysia?

Salah sebuah foto yang berjaya diambil menunjukkan bahawa lori milik syarikat Pengangkutan Israel, ZIM bergerak bebas di negara ini.

Lori Syarikat ZIM ini menggunakan nombor pendaftaran
JHE 3553 membuktikan bahawa ia berada dan bergerak bebas di Malaysia.


Semakan di laman sesawang rasmi Syarikat tersebut menjelaskan bahawa Nama "Zim" ini dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez, berdasarkan petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew "Zim" merujuk kepada "kapal besar."

Laman sesawang rasmi ZIM yang turut memaparkan bendera Israel itu turut menjelaskan bahawa nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat untuk membina sebuah armada dagang yang besar [ZIM]




ReJaM© "Sudah berapa lama kita diperbodohkan dengan kehadiran Israel di bumi Malaysia?"

No comments:

Post a Comment