Wednesday, November 2, 2011

POTONG SEBULAN GAJI NAJIB!!! Usul ditolak tapi panas

Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah Speaker Pandikar Tan Sri Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009.


Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti.



Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan.

Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba ‘mengarahkannya’ mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti ‘bodoh’.

Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit.

Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya.

Usul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan.

No comments:

Post a Comment