BANGI, 23 Disember – Komentar-komentar yang dikeluarkan oleh beberapa orang tokoh PAS berhubung dasar perjuangan parti tersebut menggambarkan krisis identiti yang sedang dialami oleh PAS, kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Datuk Dr. Hasan Ali baru-baru ini mendesak PAS supaya kembali kepada dasar perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam, sementara Nasarudin Mat Isa pula dilihat masih cenderung kepada kepentingan membentuk kerajaan perpaduan Melayu.
Situasi ini memperlihatkan kedudukan PAS yang kini tidak konsisten, malah turut menimbulkan kekeliruan dari segi hala tuju perjuangan parti itu yang sebenar, ulas Ustaz Abdullah Zaik ketika dihubungi oleh wartawan Media ISMA di sini.
“Sekarang ramai pihak mula membuat pertikaian mengenai perkara ini, oleh itu sangat wajar untuk dipertimbangkan oleh pimpinan PAS, kerana masyarakat hanya berpegang kepada parti politik yang mempertahankan agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu serta hak-hak Islam yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.”
Tambah beliau, konsep negara berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS seperti negara-negara luar yang dipimpin oleh golongan berpendidikan sekular adalah tidak relevan, malah perkara tersebut bercanggah dengan mafhum negara Islam secara total.
Menurut Ustaz Abdullah Zaik, pihak yang terbabit perlu mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan krisis identiti yang dilihat sebagai satu teras di dalam dasar perjuangan parti PAS, selain perlu memberi penjelasan yang tuntas kepada masyarakat bagi mendapatkan kepercayaan mereka.Ismaweb
Isma dah rasa hebat sangat, tuduh PAS alami krisis identiti. Sedangkan Isma sendiri pun sedang mencari identiti.
Ahli-ahli Isma di bawah pun keliru dengan kenyataan pemimpin tertinggi yang mirip UMNO. Admin
identiti dia umno la bro
ReplyDelete