Wednesday, December 14, 2011

KETAKUTAN UMNO!!! Makin tertekan pertahan Putrajaya


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa BN lebih tertekan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun kedudukan BN dan Pakatan Rakyat dilihat seimbang pada waktu ini, namun beberapa isu semasa yang membelit Umno BN ketika ini menjadikan parti pemerintah itu dalam tekanan.


"Saya akui kedudukan sekarang seimbang antara kedua-dua parti politik yang bertanding.


"Walau bagaimanapun terdapat tekanan kepada Barisan Nasional dengan isu-isu semasa, dan sebab itulah saya datang untuk mendapatkan 'feedback' bukannya 'feedlot'," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian bertajuk PRU13 : Undi Siapa Jadi Penentu di sini semalam.


Pengundi realiti baru


Sementara itu, beliau yang juga Ahli Majilis Terttinggi Umno mendakwa rakyat khususnya golongan muda sebenarnya sudah menghukum kerajaan apabila menolak media arus perdana.


"Seperti saya katakan tadi rakyat sudah mula menghukum kerajaan melalui tekanan yang diberikan kepada media arus perdana dan kita lihat rakyat sekarang sebenarnya sudah mula muak dengan politik sempit," katanya.


Baginya, undi penentu pada PRU-13 nanti adalah golongan 'pengundi realiti baru' yang sudah tidak mempercayai lagi media arus perdana tersebut.


"Pengundi realiti baru adalah mereka yang mendapat maklumat serta menilai setiap apa jua maklumat tersebut.


"Mereka juga menolak setiap politik yang dilemparkan di dalam media-media arus perdana. Sebab itulah media tersebut telah dihukum sekarang," sambungnya.


Turut serta sebagai panel pada wacana itu adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya(UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

No comments:

Post a Comment