Thursday, December 1, 2011

PEMBOHONG BESAR!!! Muhyiddin layak menerimanya



Apabila didesak oleh rakyat supaya membuka ruang demokrasi, kebebasan dan hak asasi serta mereformasikan pentadbiran, apa yang akan dibuat oleh UMNO?


Seperti selalunya, UMNO apabila tergugat, maka tersemburlah dari mulut pimpinan mereka hujah lapuk perkauman melampau yang langsung tidak berasaskan fakta.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah “ibu kepada segala fitnah, pembohongan dan perkauman”.

Katanya ucapan Muhyiddin itu sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wnita dan Puteri UMNO adalah yang paling buruk dan tidak bertanggungjawab yang pernah disampaikan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Tuduhan Muhyiddin kononnya DAP adalah anti-Islam dan anti-Melayu adalah fitnah, tidak berasas dan pembohongan semata-mata.

“DAP adalah sebuah parti Malaysia yang patriotik serta gigih berusaha untuk kebaikan semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban, dan untuk semua penganut agama, sama ada Islam, Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoisme.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Muhyiddin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan menyebarkan fitnah apabila membohongi rakyat dengan mendakwa kononnya agenda DAP ialah untuk mewujudkan sebuah republik.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata:

“Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.”

Kit Siang menjelaskan DAP TIDAK pernah mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih tanpa perlu perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mahu Muhyiddin membuktikan kata-kata kononnya DAP mahu menubuhkan republic, kerana sejak zaman-berzaman, malah pada 23 Februari 1971, DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Katanya, beliau juga menyatakan dalam Parlimen 40 tahun lalu bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedaulatan Raja-Raja.

Menurutnya, walau apa pun rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia pelbagai kaum, ia hanya bersikap seperti biawak yang sering kembali kepada bangkainya.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, beberapa pemimpin UMNO masih terawang-awangan di zaman lampau walau pun seluruh rakyat dunia, termasuk di Malaysia, sedang memperjuangkan hak asasi manusia.

“Memang ketinggalan zaman…Tetapi inilah juga tanda penyakit ‘gila kuasa.’

“Mula-mula (mereka) membutakan diri, iaitu kesalahan sendiri tidak nampak, kemudian memekakkan telinga, iaitu suara rakyat tidak didengari, dan akhirnya memabukkan diri sehingga mereka cuma hidup dalam dunia khayalan sendiri.

“Namun begitu, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak jahil dan tidak akan termakan dengan umpan perkauman,” katanya.

Beliau membidas kenyataan-kenyataan perkauman para pemimpin UMNO sebagai dangkal, bebal dan sama sekali tidak berasaskan fakta, termasuk dakwaan bodoh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menuduh DAP tidak menghormati institusi diraja kerana “mereka tidak pernah terima gelaran diraja meski pun mereka ditawarkan”.

Zairil memberi contoh arwah ayahnya, bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Mohd Khir Johari yang juga seorang pemimpin besar UMNO, yang pernah menolak berkali-kali pingat dan darjah kebesaran sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

“Adakah beliau seorang yang anti-raja juga? Seperti juga Tun Ghafar Baba… Mereka enggan menerima pingat atas dasar prinsip bahawa sesiapa yang sedang berkhidmat untuk awam itu tidak sepatutya menjadi lebih ‘tinggi’ daripada rakyat.

“Inilah prinsip sama dipegang pemimpin-pemimpin DAP,” katanya.


Roketkini.com

No comments:

Post a Comment