Sunday, December 4, 2011

PEMBOHONG NOMBOR SATU!!! Jika Muhyiddin gagal kemukakan bukti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE3IfqnA24o5yxKrdFUTj1JErX1YSZYKV2GEIjQP_Fx53rm3oCsbnmOl4FCUJqbX0MPien14nq2pspgQ_7xRYV64VuhBKKVq0yyN2cggcprg21Uru-FaVsxLc8dOa30OsdH0AG3meXrP4/s200/muhyidin.jpgPenasihat DAP Lim Kit Siang berkata, jika Muhyiddin tidak dapat memberi bukti bermakna beliau adalah pembohong nombor satu.

“Saya mahu tanya Muhyiddin, pemimpin DAP mana yang berkata begitu dan di mana dia berucap dan bila dia berucap?” kata ahli Parlimen veteran ini pada majlis Rapat Rakyat Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.


Beliau juga turut menyangkal tuduhan Umno bahawa parti itu anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja.


Katanya, rakyat tidak perlu bimbang jika Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya kerana hak orang Melayu tidak akan hilang.


“Sebaliknya Umno yang takut kalah kerana Umno yang hilang kuasa,” katanya lagi.


Dalam ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan Pemuda, Puteri dan Wanita minggu lalu, Muhyiddin antara lain berkata, tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.


“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa,” kata Muhyiddin.


Sehubungan itu dalam kenyataannya semalam, Lim menegaskan, ketika Umno mahu menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu pada 1980-an dan 1990-an, DAP merupakan parti yang menentang pindaan perlembagaan ke arah itu.


“Ini bukti jelas bahawa DAP bukan anti-Raja,” katanya lagi.


Beliau berkata Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin merupakan perhimpunan terakhir bagi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.


Lim berkata kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah telah jatuh ke tangga 60.


Katanya, dalam masa dua tahun lebih Najib menjadi Perdana Menteri, Malaysia jatuh 13 mata sedangkan di zaman Tun Abdullah Malaysia menduduki di paras 47.


“Dalam masa dua tahun lebih, jatuh 13 mata menunjukkan Najib tidak serius membanteras rasuah di sebalik kempen antirasuah,” katanya lagi.


“Selepas ini Najib menjadi ketua pembangkang di Parlimen,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

No comments:

Post a Comment