Saturday, December 3, 2011

TU DIA!!! UMNO pun nak buat bai'ah tiru PAS

Kalu Ketua Bahagian Umno dah lama bertapak dan dah banyak habis duit mau ka dia bagi orang lain jadi calon pilihanraya ?

Jangan sembang la bro..banyak kes makan kawan dah berlaku dalam Umno.

Ada ke orang nak sokong cadangan sorang perwakilan ni..

Kan dah cantas mencantas tuu menjadi ‘budaya’ dalam Umno..

Ha..itu laa hari tuu bukan main lagi memperolok olokan Pas mengenai baia’h..sekarang dah nak tiru Pas..hahaha

Hangpa baca laa apa yang sorang perwakilan tuu duk buat lawak mengenai perjuangan berlandaskan al Quran dan al Sunnah...hahahaha

Halang Hudud dan guna APCO pun kira ikut sunnah jugak kot…hahaha

Tibai Royalti Kelantan pun kira ikut Sunnah ka?

Bang…ajak anak bini tutup aurat bagi elok dulu laa baru kita sembang bab ikut Sunnah..OK !PKB

Perwakilan dicadang sumpah bai’ah tak sabotaj calon..mKini

Dakwaan sumpah Bai’ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai’ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh ‘pengkhianat’ dalam pilihan raya umum.

Bahkan, katanya, bai’ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

“Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai’ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.

“Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju,” katanya.

Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: “Setuju”.

“Pembangkang membuat bai’ah juga,” tambahnya.

Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.

2 comments:

  1. lebih hebat bai’ah PAS kepada DAP!

    ReplyDelete
  2. tungkaran hati lembu pun nak komen juga. merata blog nak komen, bau taik lembu ja

    ReplyDelete