Wednesday, January 19, 2011

Hutang rakyat bertambah, Ro$mah sedap perabih duit rakyat ?

rosmah mansor 2 Rosmah Mansor Semakin Berkuasa di Malaysia?Artikel : Kalau sebelum ini dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen, sekarang ini sudah ada dan Rosmah Mansor akhirnya berjaya “membuktikan” yang boleh memilikinya.

Kalau ikutkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mempunyai hak mutlak untuk mengadakan apa-apa “ad-hoc” struktur samada yang berangkaian atau tidak berangkaian dengan Jabatannya (JPM).

Sebagai contohlah kalau anda sebagai owner atau pun director, jadi anda boleh ada kuasa untuk melantik CEO selepas mesyuarat BOD untuk tentu sahkan. Kemudian anda juga boleh mencipta “ad-hoc” struktur terus kepada anda atau pun tidak berkaitan dengan anda.

Tetapi pelantikkan atau mencipta jawatan terbaru di mana-mana bahagian sekalipun dibolehkan asalkan ada hitam putih & persetujuan Unit/Badan/Syarikat/Persatuan/Jabatan Perdana Menteri ataupun mana-mana pihak yang memerlukan undi dan suara ramai ‘badan’ tersebut.

rosmah mansor 5 Rosmah Mansor Semakin Berkuasa di Malaysia?
Kalau ikut daripada prosedurnya begitulah tetapi ini tidak bermakna Perdana menteri boleh buat suka hati sahaja. Kami pun tak sokong dengan tindakan yang sebegini rupa.

Walaubagaimanapun secara faktanya sebarang pelantikkan jikalau mengikut prosedurnya ianya tetap dikira sah. Begitu juga, contoh di Selangor umpamanya beginilah.

Di Selangor, siapa yang mula-mula tubuh Perbadanan Menteri Besar? Kemudian di bawahnya ada BALKIS (zaman Khir Toyo), kini ganti nama lain ‘Badan Isteri Menteri Besar’ atau ‘Persatuan Isteri-isteri ADUN’ atau apa ker namanya….(yang ada informasi boleh tambah di ruangan komen nanti).

Ha begitulah. Sebab apa? Sebab Menteri Besar ada hak & kuasa mutlak buat begitu.

Walaubagaimanapun, kami memang langsung tak bersetuju dengan tindakan sebegini rupa termasuklah dengan penubuhan satu Bahagian betul-betul di bawah Jabatan Perdana Menteri First Lady of Malaysia Division (FLOM).

Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Sepatutnya First Lady hanyalah gelaran sahaja, bukannya jawatan rasmi. Yang peliknya program PERTAMA kesayangan Rosmah Mansor diletakkan bukannya di bawah KPM ataupun JKM, tetapi JPM. Bukan calang-calang tu. Kenapa jadi begini?

Sebab Datuk Seri Najib Razak
adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Apa yang perlu beliau lakukan untuk merealisasikannya?
  • Beliau hanya perlu mengadakan mesyuarat dan memanggil kakitangan JPM
  • Sediakan satu jawatan untuk isterinya Rosmah Mansor
  • Selepas itu, buat pungutan suara Jabatan
  • Persoalannya, ada ker yang berani kata tak setuju dengan rancangan ini?
Tak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor diberitakan telah berlepas ke Arab Saudi, untuk lawatan selama tiga hari.

Dalam lawatannya itu beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.

rosmah mansor 4 Rosmah Mansor Semakin Berkuasa di Malaysia?
Tempoh hari, beliau telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh.

Rosmah juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Tak cukup dengan lawatannya ke Arab Saudi, Rosmah Mansor sekarang ini dah sampai ke Oman kelmarin dalam siri lawatan ke sana selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari. Huhhh…memang sibuk Rosmah Mansor sekarang ini. “Jadualnya memang padat”

rosmah mansor Rosmah Mansor Semakin Berkuasa di Malaysia?
Persoalannya sekarang PERMATA ada kaitan ker dengan UCAPTAMA Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12?

Atas kapasiti apa Rosmah Mansor nak sampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut? Adakah jasanya “terhadap Permata Negara” melayakkan beliau untuk mengambil alih tugas-tugas Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri? Pelik juga kami, Rosmah Mansor dah jadi Menteri kah?

rosmah mansor 3 Rosmah Mansor Semakin Berkuasa di Malaysia?
Kalau dahulu semasa Tun Razak apabila mereka keluar negara, tak bawa isteri sebab katanya untuk jimat duit negara. Sekarang pula, isteri Perdana Menteri ke luar negara yang suaminya?
KUCHING: The Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, has received the Datuk Amar Bintang Kenyalang award — which carries the title “Datuk Amar” — from the Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

She received the award in a special investiture at Astana in Petra Jaya. Rosmah Mansor is the only recipient of the award, conferred in conjunction with the Yang Dipertua Negeri’s 89th birthday on Oct 16 last year.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, State Assembly Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar and Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu were among those present at yesterday’s investiture. Rosmah Mansor was in Sarawak to accompany Najib on his two-day visit to the state which began on Saturday. — Bernama
Dengan keadaan Rosmah Mansor yang sekarang ini sibuk ke luar negara dengan “jadual padatnya” lawatan sana-sini, tempoh hari pada 16 Januari 2011 Datuk Seri Najib Razak jadi wakil untuk Rosmah Mansor yang menerima darjah kebesaran Sarawak.

Tetapi Bernama tak beritahu pun dalam beritanya yang Datuk Seri Najib Razak jadi wakilnya. Bernama pun nak “spin berita”?

Empat negeri PR catat prestasi terbaik berbanding negeri BN

BN pandang rendah kemampuan PR mentadbir: Azizan

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/wd2.jpgALOR SETAR, 20 Jan. : Pemimpin Barisan Nasional (BN) akan terus memperlekeh usaha baik yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka memandang rendah kemampuan PR mentadbir.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun PR cuba membuat pembaharuan dengan mengusulkan cadangan yang baik, antaranya pelan 100 Hari PR yang diumumkan bulan lalu, namun dianggap mustahil untuk dicapai.

“Pemimpin BN memang suka perlekeh apa yang PR buat. Mereka dakwa pemimpin PR tidak tahu memerintah negara jika berpeluang, sedangkan empat negeri yang ditadbir PR menunjukkan prestasi baik dalam pentadbiran,” katanya.

Menurutnya, apa yang diuar-uarkan kepada rakyat selama ini adalah antara perancangan PR sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan, dan ia adalah strategi politik untuk menawan hati rakyat, sepertimana yang dibuat oleh parti politik lain.

“Itu perancangan kita, kita umum supaya rakyat tahu apa yang akan kita laksanakan. Kita pun bukan cerita lebih-lebih pelan itu,” katanya.

Azizan berkata, maklum balas daripada pemimpin parti lawan tidak harus diambil kira kerana tidak berkepentingan.

“Contohnya di Kedah, sejurus selepas saya ambil alih Kedah daripada tangan BN, mereka kata saya akan gulung tikar selepas tiga bulan memerintah. Tapi sekarang dah nak masuk tiga tahun, tak gulung tikar pun,” katanya sinis.

Menurutnya, prestasi Kerajaan Negeri kini amat membanggakan, malah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pemerintahan BN sebelum ini.

“Sebelum ini kedudukan kewangan negeri kurang memberangsangkan tetapi awal tahun ini, kita dapati tak ada defisit, termasuk hasil negeri juga bertambah. Saya andaikan rakyat kini boleh menilai kerajaan mana lebih baik untuk tadbir Kedah,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh PR, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Najib dipetik berkata, selepas dikaji pelan itu tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari aspek kewangan.SH

Negeri diperintah PR catat pelaburan paling tinggi di Malaysia

Pulau Pinang catat pelaburan tertinggi

http://farm3.static.flickr.com/2155/2319168822_c922f09a73.jpg
GEORGETOWN, 20 Jan. : Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh setahun berbanding tahun lalu dengan kedudukannya di tempat keempat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu berikutan pengumuman yang dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohammed iaitu dalam aspek pelaburan bagi sektor pembuatan untuk Malaysia peratusannya meningkat sebanyak 45 peratus iaitu daripada RM32,637 juta kepada RM47,177 juta.

“Ini menunjukkan Pulau Pinang mencatat sejarah paling besar dalam aspek pelaburan dengan jumlah RM12,238 juta berbanding RM2,165 juta pada 2009 iaitu meningkat lima kali ganda selain angka pelaburan bagi tahun ini paling besar berbanding jumlah pelaburan sejak 1980.

“Kejayaan ini adalah berkat usaha keras semua pihak termasuk 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang memberikan kerjasama baik kepada kepimpinan Kerajaan Negeri dan juga semua agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dan juga Kerajaan Persekutuan khususnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, dalam tempoh singkat termasuk sebagai kerajaan yang kurang pengalaman, Pulau Pinang mencapai prestasi yang tidak disangka namun ia berkat sokongan dan kerjasama semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Sebelum ini Pulau Pinang dapat pujian daripada laporan Ketua Audit Negara iaitu negeri yang mempunyai prestasi pengurusan kewangan yang baik di Malaysia pada 2009, Negeri Hijau pertama di Malaysia dan ini adalah kejayaan baru buat rakyat Pulau Pinang,” kata Guan Eng.SH

Demo Hari Thaipusam di hadapan Najib

Lapan Ditahan Demo Di Program Thaipusam


BATU CAVES 20 Jan. : Lapan anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di sini, hari ini.

Manakala enam daripadanya pula mengalami kecederaan dalam pergelutan itu.

Sambutan Thaipusam hari ini dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."

Ketokohan Cikgu Mala tarik sokongan pelbagai kaum

Normala disenangi semua kaum

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO49mQHN2FDOJ-Ju1nDqrE-vFuogSfX2RZtFJkR94DDbBXfBL7DpIAaAdBYcWcNHu9PDM2XGlJB9C51DGb6yN4BykqYY1JKgDUFJoX3_eLEAyG8MiSuWItJ2pSc_jjWBZifx13eKtFP-4Y/s1600/mala+lawat.jpgKOTA BHARU, 20 Jan: Calon PAS yang bakal bertanding dalam Dun Tenang, Normala Sudirman, diyakini bakal mendapat sokongan padu dari pelbagai masyarakat termasuk kaum Cina dan India.

Perkara itu diakui Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, semalam ketika diminta mengulas berhubung pemilihan calon terbabit.

Katanya, walaupun penamaan calon belum lagi bermula, namun ‘mood’ rakyat khususnya golongan Cina dan India begitu gembira dengan pemilihan Normala oleh pucuk pimpinan.

“Mereka bukan sahaja bersedia untuk bertugas, berkempen nanti, sebaliknya akan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk agar calon kita menang pada pilihan raya itu nanti,” ujarnya.

Sehubungan itu, Zailah juga mengucapkan terima kasih pada pucuk pimpinan PAS termasuk pimpinan Pakatan Rakyat yang lain kerana memilih golongan muslimat untuk bertanding di situ.

“Ianya merupakan satu pengiktirafan pada golongan wanita yang selama ini dituduh kita tidak mendapat tempat dalam PAS sebagaimana yang didakwa oleh pihak mereka,”ujarnya lagi.

Beliau juga berpendapat, kemungkinan kepercayaan diberikan pada muslimat hasil kejayaan wakil rakyat Pakatan Rakyat wanita disemua negeri sama ada peringkat Dun atau Parlimen.

Normala, 38, yang juga Ketua Muslimat PAS Labis akan ditentang bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan sebagai calon mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi Dun Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Sindiran Isa bukti bukan Islam terima PAS menolak Umno

Umno akui kejayaan PAS

http://3.bp.blogspot.com/_2NdbcEkwej4/SMQTKJgchuI/AAAAAAAABKI/lch5qvtM7Zo/s400/Tuan_Guru_Haji_Nik_Abdul_Aziz_Bin_Nik_Mat.jpgKOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.

“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya.

Anwar terus cabar Najib debat

Anwar Tegas Terus Debat Dengan Najib, Minta Bernama Tarik Balik Laporan


KUALA LUMPUR 20 Jan. : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berganjak daripada hasratnya meneruskan debat terbuka dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan kedudukan ekonomi negara.

"Saya memandang serius laporan Bernama bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Datuk Seri Najib.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar ketika Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat berharap Bernama akan menarik balik dan membetulkan laporannya semalam di bawah tajuk "Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, hanya berbincang - Anwar".

Laporan itu antara lain menyebut, Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya di Alor Setar.

Anwar juga dipetik berkata, menerusi perbincangan itu pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

Dalam kenyataan dikeluarkan kelmarin, Anwar membuat pelawaan kedua kepada Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR membuat pelawaan kedua itu menerusi surat rasmi kelmarin susulan yang pertama 11 Januari lalu.

Anwar berkata beliau membuat pelawaan kedua itu selepas tiadanya respons daripada Najib.

Salinan surat itu juga diedarkan kepada media ketika secara kebetulan Najib membuat kenyataan di Tenang, Labis agar Anwar jangan membuat cabaran berdebat supaya tidak "demam".

Najib berkata, Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Sementara itu dalam kenyataanya, Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mahu Najib menerima pelawaan Anwar untuk berdebat.

Katanya, debat ini penting bagi melihat hujah dan fakta yang dilontarkan antara Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dengan Anwar selaku ketua pembangkang di Parlimen.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata.

"Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan selama ini terhadap rakyat," kata beliau.

Malah kata beliau, debat antara kedua-dua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi sihat.

"Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

"Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling 'gentleman', berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini," katanya lagi.

Gabenor Bank Negara dedah hutang rakyat Malaysia

Dr Zeti : Hutang Isi Rumah Malaysia Berjumlan RM577 Bilion


KUALA LUMPUR 20 Jan.: Hutang isi rumah Malaysia yang berjumlah RM577 bilion pada November tahun lepas, masih pada paras berhemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata hutang isi rumah merupakan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pinjaman dan 74 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

"Walaupun ia mungkin kelihatan tinggi, namun satu perkara yang Malaysia ada,yang amat penting bagi institusi perbankan khususnya, ialah sistem maklumat rujukan kredit pusat.

"Walaupun kita ada baki kad kredit sebanyak RM1 sekalipun, nama kita akan ada dalam sistem ini, jadi semasa melakukan penilaian kredit, institusi perbankan boleh mengetahui obligasi kewangan seseorang peminjam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu program pengurusan wang, "Pengurusan Wang Ringgit Anda (Power!)" di sini.

Program itu bertujuan memperkasa individu muda dan peminjam baharu dalam menguruskan kewangan mereka dengan berkesan, yang seterusnya akan menyumbang ke arah menggalakkan perlindungan yang lebih baik bagi pengguna kewangan dan memupuk sektor isi rumah yang lebih berdaya tahan.

Zeti berkata paras Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) masih rendah, dan NPL dalam sektor perbankan pada keseluruhannya adalah sebanyak dua peratus manakala bagi sektor isi rumah sebanyak 2.3 peratus.

"Pada masa ini, kita percaya peminjaman dalam sektor isi rumah berada pada paras berhemah, tetapi kita tidak mahu menunggu hingga kita ada masalah dan itulah sebabnya kita memperkenal program ini," tegasnya.

Kata Zeti keutamaan BNM ialah memastikan kedudukan hutang isi rumah beradapada paras berhemah, di samping memantau bank-bank dan memastikan tidak wujud amalan memberikan pinjaman secara berlebihan dan tidak bertanggungjawab.

"Bagi pengguna, kita akan memantau dengan teliti," katanya sambil menambah bahawa maklumat yang diberikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan 60 peratus kes pengguna adalah yang berkaitan dengan masalah hutang isi rumah.

Sementara itu, program Power! dijangka melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan amali serta alat membuat keputusan untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.

Ia merangkumi maklumat berguna dan petua untuk menggalakkan pengurusan wang berhemah dan disiplin kewangan.

PR dan SPR bertemu 24 Jan.

24 Jan Ditetap Pertemuan PR Dan SPR Bincang Isu Pilihanraya


KUALA LUMPUR 20 Jan.: Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini untuk membincangkan beberapa isu pilihan raya seperti undi proksi , undi pos, pendaftaran secara automatik dan kedudukan persempadanan semula.

"Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas kami mengemukakan permohonan pada 17 Disember lalu dan dipersetujui SPR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada para pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di sini petang semalam.

Menurut Mustafa, dalam pertemuan itu, PAS akan diwakili Pengarah Pilihan Rayanya Datuk Halim Abdul Rahman serta dirinya sendiri manakala PKR akan diwakili Naib Presidennya Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Sementara DAP pula diwakili Ketua Pemudanya Anthony Loke Siew Fook serta Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong."Bagi pihak SPR, ahli jawatankuasa tertinggi termasuk pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan turut serta dalam pertemuan itu," katanya.

Mengenai undi proksi, Mustafa berkata PR sepakat menolak kaedah ini kerana jelas bertentangan dengan konsep demokrasi memandangkan individu yang menjadi wakil itu akan dikhuatiri akan menyalahgunakan hak pengundi sekaligus menghapuskan hak kerahsiaan seseorang pengundi berdaftar.'

"Kita bimbang bukan orang sebenar yang akan melakukannya tetapi orang upahan yang akan mengundi. Ini semacam hendak 'menghalalkan' undi hantu. Sudah nampak ada niat sesuatu di situ walaupun SPR menegaskan undi proksi hanya satu cadangan," katanya.

Selain itu, Mustafa berkata dalam pertemuan itu PR juga mahu mendapat penjelasan tentang isu pengundi pos terutamanya wujud cadangan yang mahu mewujudkan kem tentera di setiap kawasan parlimen seperti yang pernah dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata jika benar kem tentera wujud di setiap kawasan parlimen, pihaknya bimbang Barisan Nasional (BN) akan memanipulasinya memandangkan undi pos dijadikan BN sebagai 'deposit tetap' setiap kali pilihan raya berlaku.

"Ada bukti soal undi ini pernah dimanipulasi dan perlu diberi perhatian oleh SPR. Adakah dengan kewujudan kem tentera ini akan jadi pengundi pos atau undi biasa kita tidak tahu. SPR perlu menggariskan isu ini dengan jelas," katanya.

Dalam masa yang sama, Mustafa berkata pihaknya juga akan membangkitkan tentang kedudukan persempadanan semula yang sudah habis lapan tahun tempohnya sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2003.

"Kita mahu tahu sama ada persempadanan semula ini akan ada pertambahan atau pengurangan kerusi (Dun dan Parlimen) bagi setiap negeri. Jika ada pertambahan kerusi, maka perkara ini harus dibawa ke Parlimen untuk mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi," katanya.

Makkal Sakti : Dulu sokong BN, sekarang sokong PR

Makkal Sakti Sokong Pakatan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-vDyagGyxHplX2nzy9A9aO9tkBfrY0vc6usSy5rptkGMoFkmGQCHwWS4H-coUweJxKBGWDCS_2Bvndp17kwWOEpoA5oAQzwaYMgdd5MCc3jEggRBbsVTM83cNBQRTDbs1TJ8401S8rx8/s320/MMSP-logo.jpgLABIS, 19 Jan - Parti Makkal Sakti yang kini diterajui oleh Kannan Ramasamy selepas perlantikannya di Mesyuarat Agung Tahunan September 2010 menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS, Normala Sudirman bagi PRK Tenang kali ini.

Sanjay Suramaniam selaku Naib Presiden parti tersebut memaklumkan antara objektif utama penubuhan Parti ini adalah untuk memperjuangkan hak kebajikan masyarakat India di Malaysia dan lebih bersifat natural terhadap mana-mana parti politik.

Menurut beliau, masyarakat India kini sudah bosan dengan pemberian hamper dan janji-janji manis Barisan Nasional (BN) terhadap mereka setiap kali pilihan raya berlaku.

Bercakap mengenai permasalahan presiden parti tersebut, beliau berkata;

"Sebelum ini, Parti Makkal Sakti adalah di bawah kepimpinan Rs Thanenthiran yang pro kepada BN.

"Tetapi, beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli parti kerana tidak membawa suara ahli seperti objektif sebenar penubuhan parti.

"Sehingga kini, beliau masih mendakwa dirinya sebagai presiden walaupun telah dilucutkan jawatan kerana tidak menghadiri mesyuarat lebih daripada 3 kali berturut-turut."

Beliau yang ditemui di Markaz Operasi PAS petang tadi, yakin bahawa majoriti masyarakat India di Tenang akan memberi undi kepada calon PAS disebabkan masalah rakyat tempatan yang diabaikan UMNO selama 53 tahun berkuasa di Johor dan khususnya di Tenang.

Ahmad Maslan Umno sahih tak berani berdebat

Mazlan cabar Maslan

LABIS, 19 Jan : Ketua Penerangan PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'Ahmad Mazlan untuk berdebat berkaitan kebajikan Felda.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberi tempoh selama 4 hari kepada Ahmad Mazlan untuk menyahut cabaran ini berikutan beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengenai urusan Felda.

"Surat akan dikeluarkan pada 22 Januari ini dan tarikh debat pada 27 Januari iaitu 3 hari sebelum tarikh buang undi.

"Tempat debat di DUN Tenang dan terpulang pada beliau (Ahmad Mazlan), sekiranya beliau ingin buat di Bilik Gerakan BN sekalipun, saya sanggup hadir", kata beliau dalam satu sidang media di Markaz Operasi PAS pagi tadi.

Beliau berharap, Ahmad Mazlan sanggup menyahut cabaran ini kerana dalam musim pilihan raya inilah masa yang sesuai untuk masyarakat khususnya DUN Tenang menilai dan mengetahui masalah Felda.

Tambahan pula, majoriti pengundi di DUN Tenang adalah di kalangan masyarakat Felda.

Sidang DUN diteruskan walaupun ADUN Umno pulau

Sidang 24 Jan diteruskan jika 1/3 Adun hadir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw1lsWLAYGSGjrUvYHYzwuXzwALs3PCphq-GLfXRsGByDtje5HZIEkTQykQa91peszBLTFVCYIxV1jgkxCXtobXrVS14ftLo9T9aZaIl5Tyr0_cm3LpC0etaR6O9FepzeCrXeSbiuDT9MO/s400/dun+selangor.jpgSHAH ALAM, 19 Jan: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 24 Januari ini akan diteruskan sekiranya cukup satu pertiga daripada ahlinya hadir, kata speaker, Datuk Teng Chang Khim.

Menurut Teng, mengikut peraturan tetap dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri, sidang boleh diteruskan apabila kehadiran Adun cukup satu pertiga daripada jumlah Adun, tidak termasuk speaker.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai adun BN yang dikatakan tidak akan menghadiri sidang berkenaan.

"Mengikut peraturan tetap dan juga mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, selagi ada satu pertiga yang hadir maka kita cukup korum untuk mengadakan mesyuarat iaitu satu per tiga daripada jumlah ahli dewan kecuali speaker," katanya pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

Sidang Dun ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang berkenaan.

Teng juga berkata, tidak timbul soal sidang tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran Adun BN kerana apa yang penting satu pertiga ahli hadir untuk membolehkan mesyuarat berlangsung.

Ujarnya, undi dua pertiga juga tidak diperlukan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Itu bukan masalah saya. Kalau cukup korum satu pertiga daripada ahli hadir maka saya akan mulakan mesyuarat. Kalau katakan ada pindaan perlembagaan maka undi dua pertiga diperlukan.

"Kalau tidak ada pindaan perlembagaan, hanya ada sama ada pindaan kepada enakmen ataupun hanya ada rang undang-undang yang baru maka ia tidak memerlukan dua pertiga tapi hanya majoriti mudah.

"Setakat ini saya tidak pasti lagi dan itu harus ditanya kepada menteri besar," katanya.

Khalid sebelum ini berkata, pindaan yang dilakukan kerajaan Selangor berhubung Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal yang baru.

Pindaan itu bagi mengembalikan semula prosedur untuk pelantikan tiga penjawat awam itu seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ia dipinda pada 1993.

Apabila Utusan sudah tidak dibaca, Umno buat surat khabar 'celup'

UMNO Terdesak Terbit "Selangor Terkini Tiruan" Guna Logo Kjaan Selangor

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

Sumber itu memberitahu, akhbar terbabit juga berniat jahat dengan bertindak menghentam pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya. -mstar

Jatuh kerana facebook dan wikileaks

Presiden Tunisia mangsa pertama Wikileaks?

Artikel : "Ketika artikel ini ditulis, media antarabangsa melaporkan tentera Tunisia baru sahaja melancarkan serangan ke atas penyokong bekas presiden Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan. Sebahagian penyokong berkenaan bertahan di dalam istana presiden itu.
Presiden sendiri melarikan diri ke Arab Saudi pada 16 Januari lalu selepas siri bantahan rakyat sejak beberapa minggu. Beliau tumbang di tangan rakyat setelah memerintah kira-kira 23 tahun.

Ada beberapa sisi menarik boleh ditulis mengenai kisah tumbangnya seorang presiden ini. Namun sisi paling menarik ialah kejatuhannya dikaitkan oleh banyak pihak dengan peranan Wikileaks dan Facebook.

Menerusi media baru seperti Wikileaks dan Facebook, Presiden Zine El Abidine Ben digambarkan kepada rakyatnya sebagai seorang penguasa kuku besi, mengamalkan rasuah serta penyelewengan lain. Ini diburukkan lagi oleh faktor peningkatan kadar pengangguran di negara itu.


Menurut telegraph.co.uk, bekas presiden Tunisia itu mungkin mangsa pertama Wikileaks. Maklumat yang didedahkan Wikileaks mengenai kabel diplomatik kedutaan Amerika Syarikat berhubung kehidupan mewah presiden itu serta empayar perniagaan di bawah kawalan keluarganya dan kekebalan anak pinaknya daripada tindakan undang-undang, disebarluaskan menerus email dan media baru lain (internet) ke seluruh negara walaupun tahap sistem penapisan adalah amat ketat. Malah, beberapa minggu sebelum kejatuhannya, presiden itu menyekat laman Wikileaks daripada dapat diakses oleh rakyatnya.

Pendedahan itu menimbulkan kemarahan rakyat. Kemarah itu akhirnya meledak berikutan insiden seorang pemuda bertindak membakar dirinya kerana protes terhadap tindakan merampas barang-barang perniagaannya oleh pihak berkuasa yang mendakwanya tiada lesen, sedangkan perniagaan itu adalah satu-satunya sumber rezekinya..

Thedailybeast.com pula melaporkan bahawa laman sosial Facebook dan Twitter digunakan sebagai sumber utama oleh rakyat terbanyak yang menentang pentadbiran Zine El Abidine Ben.

Antara yang popular digunakan bagi menyebarkan penentangan terhadap penguasa Tunisia itu ialah laman Twitter ini – http://twitter.com/SBZ_news

Sementara itu, neontommy.com turut merakamkan perkara sama. Web terbabit menyifatkan Zine al-Abidine Ben Ali jatuh kerana WikiLeaks dan Facebook.

Ternyata, ini adalah ‘sejarah baru yang ditulis dengan dakwat teknologi’. Dengan teknologi terkini, maklumat tidak lagi dapat disekat-sekat, disembunyi dan dimanipulasi oleh pemerintah.

Jika beberapa dekad dahulu, penguasa dapat ‘bermain-main’ dengan maklumat dan fakta bagi mengabui mata rakyat terbanyak, kini maklumat boleh bergerak menyelinap masuk ke segenap ruang rumah, malah di dalam poket orang ramai, menerusi pelbagai gajet serta saluran penyiaran yang tidak lagi mampu dikawal sepenuhnya oleh elit pemerintah.

Malah fungsi serta pengaruh media tradisional (media cetak dan elektronik) yang dahulunya dapat dikawal secara total oleh kerajaan serta dianggap sebagai kekuatan keempat (fourth estate) di dalam sesebuah negara, kini mula luntur. Ia mungkin akan perlahan-lahan dikalahkan oleh media baru – internet – yang pusat siarannya boleh sahaja hanya daripada sebuah rumah usang serta tidak memerlukan sebarang lesen, permit atau kelulusan untuk membuat apa juga siaran..

TAIPING MALI jadi pengikut PAPA GOMO suka tabur fitnah


Ini fitnah Taiping Mali :


Gambar-ganbar di lokasi kemalangan melibatkan YB Hj Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing.Keadaan kereta YB kelihatan remuk teruk di bahagian depan akibat melanggar pokok selepas hilang kawalan. Kemalangan berlaku pada 14 Januari 2011.

YB adalah Adun Pas yang bakal keluar parti tidak lama lagi. Desas desus bertiup kencang di Bagan Serai. Ini adalah kerana isteri baru beliau seorang janda berusia 40 tahun adalah orang Umno. Hj Husin sentiasa bersama dengan isterinya ke majlis-majlis rasmi. Isterinya adalah pengikut kuat Umno dan difahamkan dia tidak menyertai Pas sebalik berusaha untuk membawa suaminya keluar dari Pas.

Perkara lain yang menarik dengan CRV ini ialah Hj Husin dulu pernah kutuk Dato Zaili Cha kerana membeli Proton Perdana selepas beberapa bulan menjadi wakil rakyat. tetapi beliau tak berapa bulan bergelar YB dah tukar CRV. Adakah ini satu sumpahan?TM

Ini bukti Taiping Mali fitnah

19.01.2011 Rabu; Pagi tadi YB Husin dihubungi oleh wartawan dari Utusan Meloya bertanyakan kesahihan berita yang dibawa oleh blogger pro umno menyatakan bahawa YB Husin kemungkinan besar akan keluar PAS. berita tersebut boleh dibaca di atas.

YB Husin menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan memaklumkan bahawa isteri beliau telahpun menjadi ahli PAS dan akan membawa mertua beliau untuk menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Ini bukanlah masanya untuk memikirkan keluar parti kerana jika betul ianya benar, kenapa tidak YB menerima tawaran wang ringit kerana YB pernah menerima tawaran RM 5 juta untuk bersama-sama UmNO ketika baru memenangi pilihanraya ke12 yang lalu.

Ini jelas bahawa,isu YB Selinsing akan menyertai UmNo hanyalah propaganda UmNo sendiri untuk meraih simpati pengundi bagi menghadapi PRU 13.

YB Husin juga menyangkal tuduhan blogers pro UmNo tersebut yang menyatakan beliau pernah mengutuk Dato' Zaili Cha membeli Proton Perdana selepas beberapa bulan memenangi Pilihanraya 2004.
ADUN Selinsing

Pesta Pancing OMGK terima sambutan luar dugaan

Pesta Pancing 'Orang Muda Geng Kita' Meriah

PARIT BUNTAR, 19 Jan. : Pesta Pancing "Orang Muda Geng Kita" anjuran Dewan Pemuda PAS Parit Buntar begitu meriah dengan kehadiran penduduk tempatan yang begitu ramai hadir ke program tersebut.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, pesta pancing parit tali air yang pertama kali dianjurkan oleh pemuda PAS dengan kerjasama PAS Cawangan Parit Haji Ali telah berjaya menggamit lebih 150 penyertaan terdiri daripada golongan kanak-kanak hinggalah golongan warga emas.

" Kampung Parit Haji Ali seolah-olah berpesta dengan orang ramai memenuhi segenap ruang tebing parit yang menjadi lokasi pertandingan.

" Ada penduduk tempatan mengambil peluang membuka gerai makanan dan minuman bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka" katanya

Hairul Nizam berkata, disamping acara memancing, pengunjung juga berpeluang untuk mendaftar sebagai pemilih atau pengundi di kaunter yang dibuka oleh wakil SPR daripada PAS


" Siti Hajar Said ,45 muncul johan setelah berjaya memancing ikan keli seberat 565 gram.

" Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai RM300.00" katanya

Katanya, disamping hadiah utama, terdapat 20 hadiah cabutan bertuah menjadi rebutan yang menyebabkan para peserta menunggu hingga akhir acara penyampaian hadiah.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Khairulzami Mohamad. Turut hadir menyaksikan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzRTv_-pVdefyFpg6M5ZlZ5eEaBQ2Xq-1fMKr4348FilXJEJeYg6dMVc1jsVNnryoSKOIlfxaqnnMXm-pbgffqsLDN-cd9yBqraOczkZYz-aOSfFi1Fv4uCCNzlO2CzTVpPGKxFGONdoE/s1600/mancing.jpg

Cikgu Mala difitnah berzina


Lagi fitnah berzina terhadap pemimpin2 PAS oleh penyokong (blogger/facebooker) Umno..kini seperti dijangka, calon PAS N.05 Tenang, Cikgu Normala Sudirman menjadi sasaran jahat mereka!



Suara Dari Bumi:

"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"


"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"


Berita fitnah ini kemudiannya dijaja dan disebarkan oleh beberapa blogger dan facebooker Umno, antaranya..


Pas Beruk:

"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "


Amaran buat petugas PAS/PR!


Sila perhati muka-muka ini di DUN Tenang..jika boleh, sila cetak dan sebarkan gambar-gambar ini agar petugas2 parti dan pengundi Tenang boleh mengenalpasti tindak tanduk mereka..




Menurut admin facebook '
Kami Benci Saiful Bukhari':
"Papa Gomo di dapati telah mengekori beberapa petugas PAS serta mengambil gambar dan memasang telinga perbualan petugas PAS PRK Tenang! ~Mereka mungkin tak kenal Papa Gomo! Itu kelemahan mereka...

Namun bagi kita atau petugas2 PR utk PRK Tenang yg kenal beliau, sila ambil perhatian! Sila 'BUAT SESUATU' apabila nampak kelibat si MALAUN ni, lebih2 lagi di Tenang nanti! Khabarnya dia sedang mencari maklumat peribadi calon PAS Tenang.... ~AWAS GOMO AKU KENAL KO! -andak"
Siapa tak kenal blogger jumud Umno ini, Papa Gomo, seorang blogger pemfitnah yang paling tersohor dikalangan penyokong Umno..banyak koleksi fitnah beliau, antaranya beliaulah yg pernah menfitnah MB Selangor, Khalid Ibrahim adalah penagih arak dan alkohol..kalian boleh rujuk bukti di SINI..



Jika kalian perhati gambar di atas, di sebelah Papa Gomo adalah rakannya yg bernama Mohd Azmy bin Awang (
Azmy Awang Kelana Jaya), seorang facebooker yang kerap memakihamun dan menyebarkan berita palsu dan fitnah..



Selain Papa Gomo dan Azmy Awang, seorang lagi rakan mereka adalah, Syamsul Azrai, yg menggelarkan dirinya sebagai '
Pas Beruk' di dalam facebook..kalian boleh rujuk contoh fitnah beliau di SINI..

Sumber dan pendedahan lanjut (latar belakang) muka-muka pemfitnah ini boleh dirujuk dlm blog "propartiislammalaysia.blogspot.com"..klik di
SINI..

Kes fitnah zina ADUN Selising dan Perupok


Untuk pengetahuan pembaca, muka-muka inilah yang mereka dan menjaja fitnah knonnya ADUN PAS Selising dan Perupok telah berzina dan berkhalwat..mereka kononnya mahu mendedahkan bukti bergambar dan video pada awal Januari 2011 jika ADUN Selising berdegil tidak mahu mengaku..namun sehingga kini langsung tiada bukti2 sebagaimana yg dijanjikan walaupun ADUN itu telah menafikan sekeras2nya..


Kalian boleh rujuk tulisan penulis mengenai koleksi kes fitnah zina oleh penyokong2 Umno di SINI..

Cerita fitnah ADUN Selising berzina pula boleh ikuti pada link di bawah..

1. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising! (siri 1)
2. BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising...(siri 2)

Akhir kalam..ingat Umno, ingat Fitnah Zina..fikir2kan..wallahua'alm..
Oleh: Pria Malaya

PR perintah Malaysia : Kerajaan akan ambil alih lebuhraya, rendahkan tol

Tony Pua : Rakyat Dapat Jimat Perbelanjaan Jika Lebuhraya Diambil Alih Kerajaan


KUALA LUMPUR 19 Jan. : Rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan harian mereka dengan tidak perlu membayar tol lebuh raya sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara kelak, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Menurut Pua, Pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya berikrar akan memastikan lebuh raya di negara ini dikendalikan oleh pihak kerajaan dan bukannya syarikat konsesi yang berorentasikan keuntungan semata-mata.

Kerajaan Umno-BN katanya sering menakutkan rakyat dengan dakwaan negara akan bankrap jika negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat namun hakikatnya, kerajaan Umno-BN terus membebankan rakyat dan tidak mempunyai keinginan untuk meringankan beban rakyat.

" Tak mungkin perbelanjaan sebanyak RM20 bilion akan mengakibatkan Malaysia bankrap. Tak mungkin," kata Pua.

Bercakap pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di ibu negara malam tadi, kata Pua, kerajaan Umno-BN sebelum ini berkata, kerajaan tidak mampu mengambil alih lebuh raya di negara ini kerana jumlahnya yang besar iaitu RM500 bilion.

Malah, pengambilalihan lebuh raya itu dilihat sebagai perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mentadbir negara ini kerana ia akan mengakibatkan kerajaan kehabisan dana.

" Tetapi apabila kita baca perjanjian-perjanjian ini, kita nampak ada satu klausa di mana kerajaan berhak untuk mengambil alih kesemua kecuali Lebuh Raya Utara Selatan tetapi untuk semua lebuh raya lain, kerajaan berhak mengambil alih dengan kos pembinaan," kata Pua.

Putar belit kerajaan Umno-BN itu kata Pua, hanyalah untuk keuntungan mereka sedangkan rakyat Malaysia katanya berhak untuk bebas tol dalam masa tidak sampai 10 tahun dengan pengurusan yang telus.

" Maksudnya cara kita hendak bebaskan tol senang sebab kita tidak mengira kadar tol yang keterlaluan ke atas rakyat di mana ia menyebabkan pihak konsesi mendapat keuntungan yang cukup lumayan. Kerajaan tidak perlu membuat keuntungan sebegitu," katanya.

Tambah Pua, kerajaan hanya perlu membayar harga kos pembinaan kepada syarikat konsesi untuk mengambil alih lebuh raya dan 12 peratus daripada jumlah pungutan yang diperoleh syarikat konsesi ketika mengendalikan lebuh raya terbabit.

Malah menurut Pua, kos tersebut jauh lebih rendah berbanding RM500 bilion seperti yang dikatakan kerajaan sebelum ini.

" Kalau benar pun, ini salah kerajaan Barisan Nasional, kenapa tulis perjanjian konsesi kos pembinaan RM50 bilion tetapi hendak ambil alih RM500 bilion," tambah Pua.

Sejarah Umno Selangor : Semakin lama , semakin membusuk

Umno Selangor Umpama 'Bangkai Bernyawa'


Artikel : IKAN busuk bermula di kepala. Itulah petikan pepatah Cina yang sesuai untuk memahamkan rakyat tentang situasi di Selangor, khususnya masalah atau krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Umno-Barisan Nasional.

Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'.

Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah.

Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat.

Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008).

Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri.

Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno.

Untuk nota, semua MB adalah Pengerusi Umno, sekali gus memegang jawatan Pengerusi BN Negeri.

Selepas Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi Perdana Menteri, lantas beliau memilih adik iparnya Ahmad Razali sebagai MB. Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam Umno, tetapi diberikan jawatan tinggi kerana dia kroni PM.

Akibat ketidak kemampuan dan kelemahannya, sehingga mendorong Umno-BN Selangor menolaknya, Ahmad Razali dihadkan memerintah hanya sepenggal sahaja.

Kisah Ahmad Razali ini terakam diminda penulis, kerana pada waktu itu, penulis baru memasuki sekolah menengah. Suatu ketika penulis berkunjung ke rumah aruah abang ipar di kawasan penempatan setinggan di Kampung Pandan, kebetulan ia berhampiran dengan sebuah dewan orang ramai.

Pada hari itu berlaku kekecohan dalam mesyuarat Umno. Riuh rendahnya perbalahan Umno waktu itu sehingga mereka berani membaling kerusi ke arah MB Ahmad Razali.

Kisah Ahmad Razali berakhir apabila beliau digantikan oleh Muhammad Taib yang juga terkenal dengan gelaran 'Mike Tyson'. Muhammad Taib bertapak 10 tahun sebagai MB Selangor. Paling lama dan paling hebat.

Hebat sehingga berjaya 'melarikan' anak Sultan Selangor. Hebat kerana membayar wang mut'ah sebanyak 16 juta selepas berpisah. Hebat kerana membawa wang berguni-guni membeli aset di Australia, sehingga ditahan polis Australia.

Sampai sekarang, rakyat Selangor disembunyikan dengan fakta, bagaimana Muhammad Taib boleh jadi begini kaya? Boleh orang-orang Umno jelaskan?

Selepas Muhammad Taib dijatuhkan oleh orang Umno sendiri. Dr Mahathir menaikkan Abu Hassan Omar. Beliau seorang Menteri, lalu diarah beliau letak jawatan Menteri, seorang Adun BN mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada beliau menjadi MB.

Pertamakali dalam sejarah Malaysia, diadakan pilihan raya kecil kerana PM mahu seorang yang hebat menjadi MB Selangor terbaik dari Umno-BN.

Abu Hassan 'ditabal' dengan penuh gemilang sebagai MB. Beliau bukan orang kecil, beliau dihormati oleh golongan istana dan mendapat kepercayaan PM.

Namun tidak sampai sepenggal, beliau tersungkur kerana skandal yang memalukan Umno-BN dan seluruh rakyat Malaysia.

Kehebatan Abu Hassan terserlah sehingga berjaya 'menaji' adik iparnya sendiri. Suatu skandal besar yang memalu dan memualkan seluruh Selangor. Skandal Abu Hassan mula dihebahkan oleh orang-orang Umno melalui media di luar negara, diheboh dan diuar-uarkan sehingga Abu Hassan terpaksa meletakkan jawatan.

Kemudian 'ditabalkan' pula seorang junior dari Sungai Besar. Seorang doktor, anak muda, anak Selangor yang 'pure' keturunan Jawa.

Pelantikan Khir Toyo sebagai MB mengejutkan golongan veteran dalam Umno. Tetapi mungkin PM Mahathir ketika itu mempunyai alasannya yang tersendiri.

Belum setahun Khir menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM.

Sahabat penulis yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar ke rasuah Khir Toyo. Namun fail-fail itu didiamkan sahaja oleh PM Mahathir.

Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit.

Yang hebatnya, beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi MB, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir.

Berakhir sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda.

Mengapa Khir dijatuhkan, siapa yang menjatuhkannya harus dibincang dalam episod yang lain kerana ruang penulis amat terhad.

Cumanya Khir Toyo memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana.

Penggantungan itu tidak harus dipertikaikan kerana ia memang amalan Istana Selangor bagi pemegang pingat dan darjah kebesaran negeri yang didakwa terbabit dalam kes mahkamah atau jenayah. Perkata ini pernah berlaku kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai suatu ketika dahulu.

Cumanya, perkara yang hendak ditekankan penulis di sini ialah, sejak hampir tiga dekad atau 26 tahun (1982 - 2008), Umno-BN 'menyajikan' rakyat Selangor dengan penjawat jawatan MB yang penuh dengan skandal, jijik, perasuah beserta moral yang amat rendah.

Yang amat memalukan ialah, mereka semua adalah MB dari Umno, orang Melayu-Islam. Maknanya selama ini Umno menawarkan MB 'kepala ikan busuk' yang hampir-hampir menjadi bangkai.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas selama ini rakyat Selangor tertipu dengan imej baik, imej hebat pemimpin Umno, walhal semuanya hampas belaka.

Jika selama 26 tahun MB 'ikan berkepala busuk' disajikan oleh Umno-BN kepada rakyat Selangor, maka apakah jaminan mereka boleh menawarkan calon baru, yang bersih, yang boleh menyaingi Dato' MB Abdul Khalid Ibrahim?

Pada penulis, apa yang MB Khalid lakukan selama tiga tahun ini, jauh lebih baik dari empat MB Umno-BN sebelum ini.

Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja!

Himpunan Menjunjung Kasih : Kenapa Umno takut, PR pertahan raja ?

Himpunan Menjunjung Kasih : Kembalikan Semula Kuasa Lantikan


SHAH ALAM 19 Jan. : Perarakan 'Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat Selangor Bersama Tuanku' Jumaat ini, bakal menunjukkan betapa rakyat Selangor komited bersama Pakatan Rakyat bagi mengembalikan semula kuasa lantikan pegawai eksekutif atau 'ex-officio' iaitu: Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dianjurkan Kelab Penyokong Pakatan Rakyat dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Selangor, Himpunan ini menyokong peranan Raja Berpelembagaan dan mempertahankan kuasa DiRaja yang sebelum ini diragut pada tahun 1993.

Wakil Himpunan ini, Abu Bakar Shaari Husin, Ketua Kampung Pandamaran Jaya menyatakan rakyat Selangor menyatakan ikrar taat setia kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Bahawa kami rakyat Selangor berusaha sedaya upaya kami mempertahankan Institusi Raja dan berusaha sedaya upaya kami untuk memberdaya institusi Raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan," katanya.

Himpunan ini bakal diadakan di Masjid Jamek Sultan Sulaiman di Kampung Jawa Klang, bertujuan menghantar memorandum sokongan kepada Baginda Sultan dengan satu perarakan ke Istana Alam Shah.

Penganjur mengumpulkan ketua JKKK dan berharap orang ramai yang berkesempatan boleh turut serta dalam himpunan ini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut serta dalam sidang media di lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah hari ini menyatakan betapa UMNO seharusnya melihat Himpunan ini sebagai 'cue' untuk turut serta dalam sidang Dewan Undangan Negeri Isnin depan bagi meminda Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

ADUN UMNO Selangor sebelum ini diberitakan akan memulau sidang tergempar ini.

"Kita harap melalui program ini ianya boleh mendorong UMNO khususnya untuk hadir juga dalam DUN 24 Januari ini kerana mereka melihat rakyat Melayu yang dakwanya didukung mereka (UMNO) ingin melihat Institusi Raja dipertahan. Maka mereka harus hadir dalam sidang DUN untuk beri sokongan terhadap pindaan yang dilakukan pada hari tersebut," katanya.

Menurut Khalid, himpunan ini digerakkan bagi menunjukkan secara praktikal pegangan Pakatan Rakyat yang didakwa UMNO tidak menghormati Sultan malah cuba menggulingkan Institusi DiRaja adalah salah sama sekali.

"Perkara ini sebenarnya sudah banyak dinyatakan dan diulang berkali-kali tetapi oleh kerana masih lagi digunakan dalam perbalahan politik dan strategi politik murahan BN dalam masyarakat maka kita anjurkan secara praktikal," katanya lagi.

Najib takut terbongkar segala rahsia

Faris Musa : Najib Razak Elak Debat Takut Rahsia Penyelewengan Terbongkar


SHAH ALAM 19 Jan. : Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Faris Musa menganggap cubaan melengah-lengah atau lari daripada perdebatan isu 100 Hari Pakatan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai dolak-dalik Umno-Barisan Nasional yang takut rahsia penyelewengan dan kelemahan mereka diketahui rakyat.

Menurut Faris, PKR dan Pakatan Rakyat telahpun men'jemput' Najib untuk berdebat dari pelbagai platform termasuk menghantar surat kepada Perdana Menteri namun sehingga kini pelawaan itu masih tidak diterima.

"Ini dolak-dalik yang cuma dimainkan Datuk Najib dan pimpinan BN yang melihat tidak relevan untuk mengadakan sesi debat kerana ia akan membongkarkan segala apa yang selama ini dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO BN yang secara jelas tak beri keuntungan kepada rakyat," katanya.

Faris mengulas isu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifudin Abdullah hari ini yang meminta agar budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat.

Menurut Saifuddin yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan perdebatan antara pemimpin politik.

Faris menjelaskan amalan debat merupakan budaya biasa dan ruang terbaik bagi rakyat menilai isi-isi mengenai polisi yang dibentang pemimpin dari kedua pihak.

Amalan debat ini perkara yang biasa terutama di negara-negara maju, di mana ini ruang dan peluang rakyat tau dengan lebih jelas tentang polisi di peringkat kerajaan atau pembangkang.

Faris hairan dengan dakwaan Najib yang sehingga kita mendakwa tidak takut, malah mengugut untuk mendedahkan cerita mengenai Anwar tetapi masih mengelak untuk turun berdebat dengan beliau.

Malah Faris melihat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebagai oppurtunis dan tidak menghormati kedudukan Perdana Menteri dengan dakwaan Najib tidak layak berdebat dengan Anwar itu.

"Sebab itu kita minta dia terima pelawaan debat. Apa maksud 'demam' tu. Kita takut yang 'demam' Najib bukan Anwar,Tindakan secara bacul dan dayus itu yang memberikan pelbagai alasan membuktikan dia tak sanggup dan berani berdebat dengan Anwar. Juga tindakan Khairy mencabar debat itu menghina PM yang tidak bersedia dan takut untuk berdebat dengan Anwar. Lawan Datuk Seri ANwar Ibrahim ialah Najib, bukan Khairi Jamaluddin," katanya.

Ahli NUJ kena terus sokong Hatta

Ahli NUJ Digesa Teruskan Sokong Hata Perjuang Kebebasan Media


SHAH ALAM 19 Jan. : Ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) digesa terus memberi sokongan kepada presidennya Hata Wahari mempertahankan hak kebebasan media di negara ini daripada kongkongan Umno-Barisan Nasional.

Justeru tindakan syarikat Utusan Malaysia menggantung Hata daripada bertugas sebagai wartawan adalah diluar kewajaran memandangkan beliau merupakan Presiden NUJ.

Bekas Ketua Editor Utusan Melayu, Said Zahari yang dihubungi Tv Selangor berkata, NUJ perlu memikirkan tindakan sewajarnya terhadap akhbar arus perdana itu bagi mengelakkan kebebasan media terus ditindas proksi Umno-Barisan Nasional.

Tambahnya, perjuangan Hata bukan terbatas kepada Utusan Malaysia malah merangkumi semua pengamal media.

"Yang sebenarnya Utusan tiada hak membuat begitu. Kalau Utusan mahu melarang dia atau tinggalkan sesuatu tempat bukan hak Utusan. Jadi isu begini, kesatuan harus ambil tindakan. Kesatuan yang dipimpin Hata harus mengambil tindakan menentukan apakah sikap persatuan terhadap perbuatan Utusan ke atas diri Hata. Ini bukan soal Hata dan Utusan sahaja tapi keseluruhannya," jelas beliau kepada Tv Selangor.

Utusan Malaysia mengambil keputusan menggantung Hata daripada bertugas selepas mendapati beliau bebas dengan lantang mengkritik cara akhbar itu menyekat dan memanipulasi maklumat demi kepentingan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Dalam pada itu, ditanya sekirannya wajar NUJ melakukan membantah terhadap tindakan Utusan Malaysia, Said berkata keputusan tersebut bergantung kepada pekerja Utusan Malaysia yang menganggotai NUJ.

"Itu saya fikir keputusan yang harus diambil oleh pekerja Utusan Malaysia yang menjadi ahli kesatuan itu. Kalau kesatuan itu membincangkan isu ini dan memutuskan untuk mengadakan piket, itu memang hak kesatuan itu. Cuma kita tidak boleh samakan isu yang ada sekarang ini dengan apa yang saya lakukan dulu.

"Walaubagaimana pun kesatuan (NUJ) boleh mengambil tindakan sekirannya difikirkan tidak wajar Utusan menghukum Hata ataupun mengambil tindakan terhadapnya. Itu ada kewajarannya," tambah beliau lagi.

Menurut Said, perjuangan kebebasan media perlu diteruskan kerana beliau mendapati kebebasan kepada pengamal media langsung tidak wujud di negara ini.

Justeru beliau menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Hata bersamaan dengan perjuangannya pada tahun 1961 apabila pekerja Utusan Malaysia melakukan piket ke atas syarikat tersebut.

Maka berangan-angan sahajalah Kak Haslinda

Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit Dipilih Calon BN Dun Tenang


LABIS, 19 Jan — Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang ini.

Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.

PAS telah pun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN, pada 17 Disember tahun lepas. Penamaan calon pula ialah Sabtu ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. — Bernama