Wednesday, February 2, 2011
“Saya tidak kisah dihentam, tidak ada apa, kalau orang kampung saya maafkan, kalau menteri saya tidak maaf" - TGNA
KOTA BHARU , 3 Feb. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.
“Satu cara UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah... selagi tak tukar benda ini, mulut saya terus bercakap.
“Saya tidak kisah dihentam, tidak ada apa, kalau orang kampung saya maafkan, kalau menteri saya tidak maaf, akhirat kelak dia kena mintak maaf saya. Baik mereka ini minta maaf di dunia lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan bernilai RM120,000 kepada pelajar Malaysia di Mesir bagi membantu mengurangkan beban berikutan krisis pemerintahan yang melanda negara itu.
Sebelum ini, Nik Aziz mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pas mengambil tindakan supaya menteri besar itu ‘menutup mulut’ daripada pelbagai kenyataan kontroversinya.
Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya baru-baru ini pula, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dan setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.
“Biar Tun nak bercakap. Kalau kita tidak benarkan orang bercakap nanti jadi macam Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat sendiri,” katanya.SH
Jentera Umno tidak bertamadun
Beliau menyifatkan keadaan itu kerana pekerja-pekerja parti kerajaan dilihat memberi tekanan kepada pengundi sehingga mereka takut untuk menyokong parti pembangkang.
“Kita melihat dari segi ceramah yang diadakan parti pembangkang dihalang dengan cara mengganggu terutama dengan peralatan dan sistem suara yang lebih kuat. Mereka juga meletakkan bendera di rumah orang.
“Selain itu, jentera kerajaan turut memainkan peranan dengan menumpukan kepada permintaan UMNO contohnya pengundi tidak dipedulikan untuk ke tempat mengundi, sebaliknya di kawasan kubu kuat, mereka ambil berat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan undian di DUN Tenang yang memihak kepada BN dengan majoriti 3,707.
Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berjaya mengalahkan pencabarnya, Normala Sudirman dengan memperoleh sebanyak 6,699 undi berbanding Pas sebanyak 2,992 undi.
Ditanya sama ada keputusan tersebut boleh dijadikan panduan untuk menentukan kedudu-kan parti pada pilihan raya umum akan datang, beliau menolak perkara itu.
Sebaliknya, Abu Bakar menganggap keadaan cuaca baru-baru ini turut mempengaruhi peratusan keluar mengundi.
“Suasana banjir di Tenang tidak boleh dijadikan ukuran terhadap pilihan raya umum akan datang dan kita melihat faktor cuaca turut memainkan peranan besar, selain Johor adalah negeri kuat UMNO,” katanya.SH
PRK Merlimau : Siapa calon bertanding bukan isu
Ini kerana pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah sepakat mengekalkan status quo bahawa parti yang bertanding padapilihan raya umum lepas akan diberi keutamaan sekiranya berlaku pilihan raya kecil.
Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (gambar) berkata, semua pihakperlulah menghormati keputusan yang dibuat kerana ia merupakan keputusan yang dipersetujui bersama.
“Kalau mengikut status quo sebagaimana yang dipersetujui, memanglah Pas seharusnya bertanding. Bagaimanapun, keputusan akhir hanya akan ditentukan kepimpinan pusat setelah selesai mereka bermesyuarat,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan sesetengah penyokong supaya PKR diberi peluang bertanding di Merlimau.
Menurut Kamaruddin, yang juga merupakan salah satu nama yang dikemukakan kepimpinan Pas negeri sebagai calon DUN Merlimau, beliau merasakan Pas mempunyai asas yang kukuh untuk meletakkan calon di DUN Merlimau.
“Pas mampu mencabar calon Barisan Nasional (BN) serta mampu mengugut majoriti BN,” katanya.
Sehubungan itu, Kamaruddin menasihatkan semua penyokong supaya tidak memperbesarkan isu berkenaan sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada PR.
“Siapa calon yang akan bertanding...parti mana sekalipun yang bertanding, matlamatnya adalah sama iaitu memastikan kemenangan PR dan kekalahan BN,” katanya.SH
7 pelajar Malaysia ditahan tentera Mesir
ALOR SETAR , 2 Feb. : Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Iskandariah, Mesir semalam, Nur Akma Zainol Shahrom, 20, mendakwa seramai tujuh pelajar Malaysia ditahan tentera Mesir di daerah Iskandariah kerana melanggar arahan perintah berkurung yang dikatakan semakin singkat setiap hari.
Nur Akma berkata sedemikian ketika dihubungi ibunya, Maizatul Aziah Jamaluddin, 45, dan Sinar Harian di sini kira-kira jam 4 petang semalam (jam 10 pagi waktu Mesir) di rumahnya di Taman Mangga, Alor Mengkudu di sini semalam.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang pelajar senior universiti sama sewaktu mengarahkan mereka untuk segera mengemas barang dan berpindah ke wilayah berdekatan iaitu Rakoda.
“Beberapa pelajar senior turut memaklumkan keadaan keselamatan di Iskandariah kini tidak lagi selamat berikutan kehadiran puak penunjuk perasaan yang dikatakan sudah memasuki daerah itu dan kami mengambil langkah segera untuk angkat kaki,” katanya.
Nur Akma turut dimaklumkan semua pelajar Malaysia bakal bergerak secara berkumpulan untuk berpindah bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir.
Mengenai bekalan makanan yang semakin meruncing, Nur Akma mendedahkan kebanyakan pelajar Malaysia yang berada di Iskandariah semakin kekurangan bekalan makanan dan terpaksa bergantung kepada biskut kering untuk mengisi perut.
“Pada masa sama, saya turut mengalami masalah mendapatkan dokumen perjalanan berikutan dipegang oleh Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar Malaysia di Universiti Iskandariah.
“Bagaimanapun, kebimbangan saya lenyap setelah dimaklumkan dokumen perjalanan tidak diperlukan untuk keluar dari Mesir pada waktu kecemasan dan saya berharap tidak berlaku masalah di kemudian hari,” katanya.
Nur Akma turut dimaklumkan pelajar Malaysia yang menetap di daerah Iskandariah akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi dalam masa terdekat.
“Bagaimanapun, tempoh sebenar kami akan dibawa pulang masih tidak diketahui memandangkan kami tidak menerima sebarang maklumat lanjut daripada pihak kedutaan sendiri,” katanya.
Sementara itu, Maizatul Aizah difahamkan oleh anaknya terdapat dua pelajar Malaysia yang lebih senior yang menuntut di universiti sama dilaporkan hilang setelah mengambil keputusan untuk pergi ke Kaherah bersendirian beberapa hari lalu.
Menurutnya, beberapa rakan pelajar senior terbabit gagal menghubungi mereka sejak dilaporkan hilang sehingga menimbulkan kebimbangan sesuatu yang buruk berlaku berikutan jarak perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah mengambil masa empat setengah jam.
“Berikutan peristiwa itu, saya menasihati anak saya tidak membuat keputusan sendiri untuk keluar dari daerah Iskandariah di samping memintanya sentiasa bergerak dalam keadaan berkumpulan.
“Saya menangis mendengar pengumuman kerajaan semalam bahawa kapal laut yang dihantar membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir hanya akan sampai pada 5 Februari. Saya harap usaha menyelamat itu dipercepatkan,” katanya.SH
'Demonstrasi Mega Online 11' : Protes terhadap Najib dan BN
KUALA LUMPUR 2 Feb. : Laman sosial Facebook popular yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja 5 bilion ringgit, kini mengalihkan fokus kempennya kepada membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau PPPA.
Laman tersebut dilayari hampir 290 ribu orang sejak dilancarkan pada 16 Oktober tahun lalu, selepas kerajaan mengumumkan rancangan untuk membina menara pencakar langit itu di Kuala Lumpur.
kini, laman tersebut melancarkan protes terbaru, membantah pindaan akta mesin cetak, untuk tempoh dua minggu mulai semalam.
'Demonstrai Mega Online 11' itu dijadualkan akan berlangsung sehingga 14 Februari, yang mengkehendaki pengguna Facebook menggunakan poster yang direkabentuk oleh pengendali laman tersebut sebagai profil foto mereka.
Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri atau KDN mengumumkan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
sebelum ini pengarah komunikasi parti keadilan rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan kerajaan persekutuan umno barisan nasional harus berpegang pada jaminan 'bill of guarantees' koridor raya multimedia atau MSC yang diperkenalkan mantan perdana menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 1 Ogos 1996, yang menjanjikan kebebasan internet tanpa sempadan.
beliau menambah cadangan kementerian dalam negeri atau KDN mahu meminda akta penerbitan dan percetakan 1984 atau PPPA hanya membuktikan kerajaan persekutuan tidak komited terhadap perubahan dan hak asasi manusia.
jika pindaan itu dilaksanakan, ia secara jelas menunjukkan kerajaan persekutuan, sedikit demi sedikit mahu menafikan hak dan kebebasan rakyat malaysia dalam berkongsi maklumat dan menzahirkan pandangan mereka terhadap sesuatu isu.
ini dapat dibuktikan dengan tekanan yang diberikan keatas pelayar internet seperti penangkapan blogger, serbuan polis ke atas portal berita Malaysiakini pada 2003 dan penutupan sebuah lagi portal berita, Malaysia Today pada 2008.
Ia dilihat sebagai langkah terbaru kerajaan menyekat media alternatif seperti Tv Selangor, Malaysiakini dan banyak lagi portal di negara ini untuk menyebarluaskan maklumat yang bertentangan dengan kepentingan politik mereka.
sementara itu Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan melahirkan kebimbangannya dengan tindakan Perdana Menteri datuk seri najib razak yang melancarkan perang habis-habisan ke atas media internet yang mendukung prinsip kebebasan di negara ini.
beliau berkata, tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri atau KDN meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 atau PPPA, adalah lebih dahsyat berbanding apa yang berlaku di era pemerintahan mantan perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Steven Gan berkata, sekatan ke atas media yang melampau itu merupakan satu petanda bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin hampir sehingga mengakibatkan kerajaan terdesak untuk mengawal informasi yang tersebar melalui ruang maya.
Hak asasi, kebebasan politik disekat
PARIT BUNTAR, 2 Feb. : Cadangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan media baru di Internet membuktikan kerajaan itu masih terperangkap dalam politik lama yang bertujuan mengawal dan menekan rakyat.
Pengarah Pilihan raya Pemuda Pas Parit Buntar, Adnan Abd Rahman berkata, pengumuman terbaru itu membuktikan bahawa pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berputus asa dalam usaha menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.
“Kerajaan BN sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat kebebasan media Internet, terutama selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum 2008, keadaan ini seakan menggambarkan mereka tidak serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia,” katanya.
Adnan berkata, keyakinan rakyat terhadap negara sering tergugat dan keadaan itu tidak akan pulih sekiranya kerajaan terus menyekat dan menghukum pihak yang berani memberi kritikan jujur, tepat dan membina di ruang media Internet.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak kecewa dengan sikap kerajaan BN yang gagal membuka ruang media lebih luas bagi memastikan demokrasi yang segar.
Menurutnya, tanpa ketelusan yang wujud menerusi Internet dan media bebas, semua rancangan perubahan yang diuar-uarkan kerajaan selama ini akan menjadi sia-sia,” katanya. Sinar Harian
Umno tipu mangsa banjir di Kedah!
Artikel : Kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah 19 Januari lalu adalah road show biasa dibuat oleh mana-mana Pengerusi BN menjelang pilihanraya umum.
Rakyat dihimpunkan oleh jentera kerajaan Pusat kononnya untuk majlis ramah mesra dengan Perdana Menteri, tetapi apa yang dihidangkan kemudiannya ialah ucapan politik pemimpin utama BN; berkempen supaya rakyat menyokong BN, mencaci dan memfitnah pembangkang. Termasuk yang menjadi sasaran fitnah ialah kerajaan negeri Kedah.
Sewaktu semua ceramah politik terbuka diharamkam di negeri ini, BN diberi kelonggaran berceramah oleh pihak polis. RTM menyiarkan secara langsung program Presiden Umno bertemu rakyat yang diadakan di Sungai Petani itu.
Radio Malaysia Kedah FM melaporkan kehadiran orang ramai mencecah 25 ribu. Sejurus selepas itu Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan bahawa kehadiran orang ramai adalah di sekitar 15 ribu.
Najib yang bangun berucap menyebut bahawa kehadiran orang ramai pada petang itu ialah 10 ribu orang. Yang Mana satu betul?
Kecelaruan yang berlaku itu adalah muqaddimah terhadap kecelaruan selanjutnya yang dibuat Najib hingga menyebabkan pemimpin BN Kedah yang menanggung padah.
Dalam ucapannya Najib beritahu, kerajaan negeri langsung tidak bantu rakyat dalam peristiwa banjir yang melanda Kedah. Sebaliknya BN yang memberi pelbagai bantuan.
Selain wang tunai RM500 untuk setiap keluarga, Pusat katanya telah memberi sumbangan tilam dan dapur gas kepada setiap mangsa banjir. Ucapannya didengar oleh seluruh rakyat Kedah.
Sekarang Mat Bashah, wakil rakyat BN dan JKKK sudah pening untuk menjawab setiap mangsa banjir yang tidak dapat tilam atau dapur gas.
Isu tilam menjadi hangat sebulan lepas banjir apabila Umno mengagihkan bantuan hanya untuk menyokong terpilih mereka sahaja.
Penyokong PAS tak dapat biasa, tetapi apabila ramai penyokong Umno sendiri yang tak dapat mereka buat protes.
Tilam bukan isu besar tapi, bagi Umno apa saja habuan duniawi boleh jadi asas untuk mereka bergasak sesama sendiri.
Lebih 90 peratus punca pertikaian dalam Umno berpunca dari isu fulus. Mereka berkelahi merebut jawatan pun kerana di situ ada sumber kewangan.
Ekoran ucapan Najib itu juga ramai kalangan mangsa banjir yang rasa tertipu dengan janji-janji manis BN kerana mereka belum merasa sesen pun wang ehsan banjir.
Memang ada yang telah dapat, RM500 untuk sebuah keluarga, tetapi kebanyakan ahli-ahli Umno.
Ramai mempertikaikan tindakan ‘kerajaan kedua’ di Kedah yang tidak bersikap professional dalam agihan bantuan banjir, walhal sumber kewangan dana banjir adalah dari wang kerajaan Pusat hasil cukai yang dikutip dari rakyat jelata.
Pada 23 Januari lalu, sebahagian mangsa banjir yang terdiri dari orang-orang Cina dari beberapa buah taman perumahan sudah hilang sabar akibat beberapa kali tertipu dalam isu banjir ini.
Mereka hadir beramai-ramai ke Pusat Khidmat Ahmad Bashah yang menumpang di pejabat penghulu Mukim Mergong.
Pengerusi Umno Kedah itu tiada di pejabat, maka kakitangan pejabatlah yang menjadi sasaran kemarahan. Masing-masing bersingsing lengan, mujurlah pihak polis segera menghantar anggota-anggotanya mengawal keadaan.
Dari pejabat Ahmad Bashah mereka bergegas pula ke pejabat Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Chor Chee Heung. Ramai anggota polis dihantar ke situ pula untuk mengawal keadaan.
Kasihan pihak polis, malam sibuk mengawal ceramah pembangkang tanpa permit, siang sibuk pula mengawal pejabat wakil rakyat BN. Tapi cerita-cerita seperti ini digelapkan oleh media-media talibarut BN.
Menurut seorang mangsa banjir yang membuat protes itu, borang pendaftaran mangsa banjir telah diisi olehnya dan diserahkan melalui wakil MCA.
Namanya tercicir kononnya kerana kegagalan mendapat pengesahan di borang tapi ada juga yang tersenarai.
“Bila ditanya nak cop di mana?, mereka suruh minta di pejabat UMNO,” ujar mangsa. Pihak pejabat Umno pula didakwa menyuruh borang itu dirujukkan kepada JKKKP. Mangsa banjir ditendang ke sana sini macam bola.
Menurut seorang mangsa banjir mendedahkan, beratus-ratus slip pendaftaran mangsa banjir tidak disahkan walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian adalah 6 Januari lalu.
Peristiwa banjir besar di Kedah hampir tiga bulan berlalu, tapi Pusat masih gagal menangani isu bantuan terhadap mangsa. Puncanya ialah kerana mereka tiada keikhlasan untuk membantu, sebaliknya semata-mata kerana politik.
Masa BN dulu semua bantuan Pusat disalurkan melalui jentera Negeri. Negeri mempunyai struktur birokrasi yang lengkap sehingga ke akar umbi. Ia berbeza dengan keupayaan Pusat di negeri-negeri.
Selayaknya Pejabat Daerah dan penghulu diberi tanggungjawab, tetapi Pusat memilih rangkaian parti BN yang lemah dan langsung tidak boleh diharap.
Surat jemputan kepada mangsa untuk menerima bantuan pun menggunakan kepala surat Umno, walhal guna duit Kerajaan Pusat.
Tempat menerima bantuan adalah pejabat Umno dan tukang hulur cek pun pemimpin Umno. Harapan mereka rakyat anggap itu sumbangan Umno/BN dan terus beri mandat pada BN.
Zaman ICT ini rakyat bukan boleh diperbodohkan semudah itu. Generasi yang ada hari ini umumnya bersekolah dan cerdik. Kedatangan Najib ke Kedah diharap membawa gelombang ‘BN Menang, Kedah Senang’.
Rupanya selepas beliau pulang, pemimpin BN pula yang pening kepala hadapi kerenah rakyat, gara-gara ceramah politik seorang Perdana Menteri. ZULKIFLI YAHAYA
Bantu mangsa kebakaran
PAS Parit Buntar simpati kepada mangsa kebakaran
PARIT BUNTAR , 2 Feb. : PAS Parit Buntar melahirkan rasa simpati di atas kebakaran yang menimpa seorang penduduk Aini Awang (gambar) di kampung Parit Haji Yusof, Jalan Batu 5.
Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, kebakaran yang berlaku pada jam 8 malam tersebut memusnahkan keseluruhan rumah Aini Awang.
“ PAS Parit Buntar bersimpati dengan keluarga Pak Cik Aini Awang dan berharap keluarga ini tabah menerima ujian Allah ini.
“ Kami berharap Kerajaan Negeri melalui Tabung Bencana Negeri , JKM dan Baitul Mal dapat segera menyalurkan bantuan kepada keluarga Pak Cik Aini” katanya
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang turut melawat lokasi kebakaran telah menyampaikan sumbangan dari Tabung Bencana Alam PAS Parit Buntar kepada keluarga Aini Awang.
“ Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga Pak Cik Aini. Saya berdoa Allah memberi kekuatan kepada keluarga ini menerima ujian Allah ini” katanya
Sementara itu, Aini Awang, 75, memberitahu beliau sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian kepada jemaah surau yang terletak berhampiran rumah.
“Saya melihat sendiri api merebak dengan cepat sehingga tidak sempat untuk kami menyelamatkan barang, bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku,” katanya.
Fairuz Aini, 28 pula berkata ,beliau bersama tiga ahli keluarga lain sedang berehat di rumah berkenaan, sebelum menyedari api sedang marak di bahagian atas rumahnya di Kampung F495 Parit Haji Yusof, Jalan Batu 5, di sini.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, sebaik melihat api menyala di bahagian atas rumah, kami semua menyerbu keluar untuk menyelamatkan diri.
“Ketika kejadian, semua ahli keluarga termasuk emak dan ayah berada di tingkat bawah rumah” katanya.Menurutnya, api berjaya dikawal oleh anggota daripada Balai Bomba dan penyelamat Kuala Kurau, balai Parit Buntar dan sepasukan Bomba Sukarela dalam tempoh 15 minit,
2 tahun tak dapat air paip : Penduduk kampung derita, pengundi Umno ceria
"JERANTUT: Penduduk di sembilan kampung di kawasan mukim Tembeling, Kuala Tahan dekat sini termasuk tanah rancangan FELCRA pasrah menunggu bekalan air bersih walaupun paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah tersedia sejak dua tahun lalu tetapi masih tidak boleh digunakan.
Nasib kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Kuala Tahan, Kampung Gol, Kampung Teresek, Kampung Belebau, Kampung Tekah, Kampung Tuit, Kampung Padang, Kampung Gol dan Perumahan Felcra Tembeling Tengah diibaratkan menanti buah yang tidak gugur.
Ini berikutan pemasangan paip utama itu masih belum boleh disalurkan kepada kira-kira 500 rumah, 18 chalet, dua sekolah, masjid, lima surau dan beberapa bangunan kerajaan dan agensi kerajaan di situ.
Tinjauan Edisi Wilayah mendapati penduduk di kawasan itu hanya dapat memerhatikan saluran paip di rumah masing-masing seperti barang perhiasan yang menyakitkan hati.
Penduduk Kampung Tekah, Azman Hassan, 36, berkata paip utama yang siap dipasang hampir dua tahun lalu masih tidak boleh menyalurkan air ke rumah.
“Kadang kala apabila melihat paip yang sedia ada untuk digunakan tetapi hanya sekadar hiasan sungguh menyakitkan hati dan sampai bila kami terpaksa menanggung masalah ini walaupun semua kemudahan sudah ada,” katanya.
Penduduk Kuala Tahan, Azizi Kamaruzaman, 30 , berkata JBA sepatutnya dapat menyegerakan bekalan air bersih ke kawasan berkenaan kerana sudah menyediakan paip utama dan saluran paip.
"Mereka tidak sepatutnya memberi sebarang alasan untuk membekalkan air kepada kami. Perkara ini tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang rumit. Jangan menganggap kami tidak tahu menahu perkara sebegini,” katanya.
Seorang lagi penduduk Kuala Tahan, Mohamad Abdullah, 57, berkata mereka memang berharap JBA menyegerakan bekalan air bersih ke rumah mereka kerana sudah sekian lama menggunakan air bukit yang disekat untuk dijadikan seperti empangan kecil tetapi kadang kala tergendala terutama musim kemarau.
“Apakah kami memerlukan masa sehingga 50 tahun lagi untuk merasai nikmat kemudahan yang sudah lama orang lain kecapi,” katanya.
Sementara itu, pengusaha chalet, Zainuddin Daman, berkata pihaknya mengharapkan bekalan air dan berharap pihak berwajib menyegerakan usaha itu kerana selain menjamin keselesaan pelancong, ia juga meningkatkan kehadiran pelawat.
Penduduk Perumahan Felcra, Zamri Mat Amin, 44, berkata isu itu pernah dirujuk ke pihak berwajib, tetapi dimaklumkan projek berkenaan belum diserahkan kontraktor kepada pentadbiran daerah.
Sumber: Berita Harian "
11 000 bakal jadi pembangkang, Umno mahu jadikan mereka Putera 1 Malaysia ?
Seramai 22 anggota keluarga hadir seawal jam 2.00 petang di Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan dan keselamatan anak-anak mereka yang belajar di negara bergolak itu.
Namun perbincangan itu menjadi hangat apabila setiap ibu bapa tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang disifatkan lemah dan
menggesa penyelesaian segera diambil.
Wakil ibu bapa turut menuntut kerajaan memberikan jaminan keselamatan ke atas anak-anak mereka.
Wakil kementerian terdiri daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Richard Riot, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman dan Ketua operasi Datuk Mat Nor, malah perbincangan itu berlangsung hampir tiga jam.
Seorang ibu Wan Rohani Halim, 46, sebak apabila menceritakan keadaan dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 15 dan 19 tahun yang kini menuntut di Kaherah.
Wan Rohani berkata keselamatan anaknya Mohd Ikramah Al-Din, 19, tidak terjamin apabila bersama-sama penduduk tempatan menjaga keamanan kawasan terbabit daripada diceroboh penjenayah.
“Saya hubungi dia Ahad lalu dia pegang pisau, kayu dan turut serta dengan penduduk tempatan jaga keselamatan di kawasan itu.
“Saya sedih dan bimbang dengan keselamatan Ikramah kerana kawasan yang didudukinya semakin huru-hara. Saya segera minta beliau pindah dengan adiknya ke Sekolah Ar-Rahim kerana saya difahamkan keadaan di situ selamat,” katanya ketika ditemui FMT.
Menceritakan pula kisah seorang lagi anaknya Mohd Qayyum Al-Din, 15, beliau berkata anaknya itu masih tidak dimaklumkan mengenai keadaan huru-hara itu.
“Anak saya dalam ketakutan. Bayangkanlah dengan umur beliau yang masih muda dan terpaksa berhadapan dengan keadaan begini pula. Saya mahu kerajaan buat tindakan cepat bagi menyelamatkan anak-anak kami,” katanya sebak.
“11,000 bakal jadi pembangkang”
Dr Muhammad Nasir Musa, 55, yang ditemui berkata tindakan lemah oleh kerajaan ini bakal menghasilkan 11,000 pembangkang.
“Anak saya dan rakan-rakannya mempersoalkan mengapa ramai yang pergi ke Tenang sedangkan rakyat Malaysia boleh bantu. Kami pula di sini tidak dibantu nak tunggu pemerintah mana sehingga kami dapat keluar?
“Ini akan hasilkan 11,000 pembangkang untuk 10 ke 20 tahun akan datang. Sedangkan anak saya menyertai kelab Umno dan anti pemerap.
Kita jangan salahkan anak-anak kita,” katanya yang turut disokong ibu bapa lain yang hadir.
Beliau turut membangkitkan kelemahan pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang didakwa gagal bertindak pantas dalam menangai isu itu.
“Duta kita gagal berfungsi dengan baik untuk atasi masalah ini. Sepatutnya masalah ini diselesaikan oleh duta, bukan Menteri Luar Negeri. Datuk Sahlan sehingga beliau perlu pergi ke Mesir,” katanya.
Dalam pada itu, Richard Riot pula berkata pihak kerajaan sentiasa komited dalam mengangani isu itu serta menggalakkan ibu bapa untuk terus berkomunikasi dengan Wisma Putra.
Kerajaan katanya, telah menjalankan pelan tindakan memindahkan para pelajar di segenap negeri di Mesir ke Jeddah.
“Walaupun terdapat kekangan, namun kami masih mendapatkan kerjasama negara lain untuk membawa pulang pelajar dan rakyat kita dengan selamat.
“Kami membuka bilik operasi 24 jam dan ibu bapa boleh terus hubungi kami dengan memberi maklumat lanjut berhubung anak masing -masing,” katanya.
Wakil ibu bapa juga turut dibawa melawat ke bilik operasi 24 jam serta memberikan butir-butir maklumat bagi memudahkan pihak Wisma Putra mengesan pelajar-pelajar terbabit.
Media dilarang membuat liputan
Sementara itu, FMT difahamkan media seperti TV Selangor, Selangor Kini dan Suara Keadilan dilarang membuat liputan.
Menurut wartawan TVSelangor Naeem Raffi alasan yang diberikan pengawal keselamatan terbabit “Hanya media utama sahaja yang dibenarkan masuk”.
Wakil persatuan pelajar dan parti politik turut hadir hari ini bersama-sama mendesak kerajaan mengambil tindakan pantas bagi mengatasi hal ini.
Ibu bapa boleh menghubungi talian dibawah untuk mendapatkan informasi terkini daripada pihak Wisma Putra:
Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830 dan 019-2784566
Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270
"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".
Syeikh al-Qaradawi seru Mubarak lepas jawatan
Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.
Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.
Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".
Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.
Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.
Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wangberbilion-bilion.
"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".
Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."
Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "
Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.
Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.
Rakyat dan Tentera
Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.
Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.
Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.
Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM."
Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.
Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.
Sumber: al-Jazeera.
Isu Nasionalisme : Jawapan TGNA Untuk Tun Mahathir
Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24
Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :
وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ
Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :
فرقت به جماعتهم!
Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
Sekian.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Ini bukan kerja polis Mesir tapi polis Malaysia
Seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh – dan mereka kemudian menangkapnya.
Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut
- Chow Soo Meng, 36 – pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.
“Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin,” kata Chow dalam laporan polisnya.
Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.
Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.
Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.
Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.
Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.
“Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac,” tambah Lim.
Aidila Razak…Mkini
Bini Najib dapat tepukan gemuruh
Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri erdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.
Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin.
Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai ‘wanita pertama’ Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib,” kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin.
Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A.
Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .
Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya.
Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas.
Israel punca Hosni Mubarak tak mahu undur
Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.
Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.
Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah. Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP
Wisma Putera macam Putera Umno ?
Ibubapa Pelajar Malaysia Di Mesir Kecewa Sikap Wisma Putra
PUTRAJAYA 2 Feb. : Keadaan Koordinasi Wisma Putra yang agak haru-biru menyebabkan ibu bapa pelajar di situ seolah-olah meletak kepercayaan kepada NGO dan bukannya kementerian luar negeri.
Pertanyaan bertubi-tubi dari ibu bapa mengenai masalah pelajar yang masih tidak dapat dihubungi oleh Kedutaan walaupun selepas lebih seminggu konflik berlaku menyebabkan insiatif diambil alih oleh NGO dan ibu bapa sendiri.
Wakil Persatuan Ikatan Lepasan Bekas Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Farhan Mazlan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saifullah Zulkifli dan Dr Siddiq Musa diangkat menjadi wakil ibu bapa pelajar Mesir ini setelah kebanyakan ibu bapa tidak lagi memperdulikan penerangan daripada Richard, Radzi dan Mohd Nor.
Menurut Saifullah kepada wartawan TV Selangor, beliau akan membantu Wisma Putera dalam menyalurkan maklumat penempatan pelajar yang rata-ratanya tinggal berjauhan mengikut kumpulan masing-masing.
Saifullah dan Farhan telahpun berjaya mengumpulkan maklumat dan menghubungi ratusan pelajar sejak beberapa hari lalu.
Malah Ilmam turut telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor untuk mebuka bilik Operasi sendiri.
Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut hari ini dengan talian 03-55143520/3534/3538/3539/3576.
Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.
Sementara itu, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul iskandar Md Akin yang turut bersama ibubapa pelajar, beliau kesal kelewatan ini tetapi berharap pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir dapat diselamatkan.
"Ini perkara yang cukup dikesali, dan bukannya kami mahu politikan isu ini tetapi ianya merupakan satu krisis kerana rakan kita, rakyat malaysia dan pelajar disana memerlukan bantuan sedangkan kita berhadapan dengan tindakan kerajaan yang begitu lembap untuk selesaikan masalah ini sebab itu tujuan kita berkumpul ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan dan memberi input kepada ibu bapa pelajar," katanya.
Bertaubat la , ingat mati
Dr M Diminta Muhassabah Diri
SHAH ALAM 2 Feb. : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad segera melakukan muhasabah diri dan bertaubat sebelum melabelkan seorang alim ulama sebagai teruk.
Menurut Abdullah,tindakan Mahathir menyerang keperibadian Nik Aziz dengan mengatakan pemimpin yang terkenal dengan panggilan Tok Guru itu sanggup melonggarkan ajaran Islam di negara ini hanya kerana berkongsi landasan dengan Pakatan Rakyat untuk menyebarluaskan ajaran Islam, adalah tidak wajar sama sekali.
Ulasnya, kenyataan Mahathir itu tidak ubah menggambarkan ketakutan beliau terhadap kehancuran yang dilakukan pada zaman pemerintahannya.
" Mahathir sekarang ini diberitakan kehidupannya dalam ketakutan kerana keretakan perpecahan dalam perpaduan Melayu itu berpunca daripada zaman beliau.
" Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz itu seorang ulama. 21 tahun menjadi menteri besar. Tidak pernah sekali pun menukar watak dirinya termasuk kekayaan, (atau) memunggah kekayaan rakyat, tidak pernah dalam agendanya," kata Abdullah.
"Bagi saya Dr Mahathir ini sudah kehilangan masa lampau beliau. Kalau kita hendak katakan nyanyuk pun boleh. Sudah tidak ada berlaku lagi dua imam, kenduri tidak pergi, dalam erti kata lain, beliau telah pun diangkat kembali ke zaman silamnya. Apa yang berlaku, kerana beliau yang melahirkan itu," tambah beliau.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, Mahathir sebagai berkata, Nik Aziz hatta mungkin sanggup membelakangkan agama jika dinasihatkan oleh DAP berbuat demikian kerana menyifatkan Islam nasionalis sebagai teruk.
Mahathir mengaitkannya dengan komentar Nik Aziz yang berkata, masyarakat Melayu Islam di negara ini yang menolak ajaran Islam lebih teruk berbanding mantan perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
" Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.
"Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya Nik Aziz.
Bertindak seperti hero untuk mempertahankan orang Melayu, Mahathir terus masuk ke gelanggang dan menyifatkan Nik Aziz bersetuju dengan kenyataan Kuan Yew dalam buku tulisannya yang berjudul "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".
Namun menurut Abdullah Sani, Mahathir perlu mengimbau kembali apa yang dilakukannya terhadap orang Melayu Islam di negara ini sehingga berlakunya perpecahan sebelum melatah terlalu cepat.
" Zaman dia sekolah agama rakyat ditarik hak mereka.Segala bentuk keagamaan, semua dicantas. Kita kena ingat, tunggang langgang ibu bapa lari, hendak hantar anak sekolah sebab masa itu sekolah agama rakyat dikatakan tidak ada masa depan.Dia yang buat. Biadapnya dia mempertikaikan agama itu sebagai satu ilmiah untuk kita mempertahankan rakyat madani ini.
" Cukuplah apa yang Dr Mahathir buat. Cukuplah. Kalau umur sudah sampai Isyak itu, saya harap jangan sampai subuh. Saya takut esok mentari tak sampai. Kita jadi terpinga-pinga, dosa yang kita buat tidak terampun kalau kita menyakitkan hati orang.
Ujarnya, sebelum menuduh Nik Aziz yang mengakibatkan punca perpecahan masyarakat Melayu Islam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah lama wujud sebelum Umno.
Malah ketika itu semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.
Justeru terbukti, kewujudan Umno ketika itu memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.
Malah katanya, Mahathir juga perlu ingat apa yang dilakukannya pada tahun 1993 apabila kuasa Raja-raja Melayu dipinggirkan oleh beliau.
Tambah Abdullah, Mahathir juga tidak perlu berbangga dengan pembangunan yang dibawa oleh pemimpin nasionalis di negara ini dan memperlekehkan ilmuan seperti Nik Aziz,sedangkan rakyat di bawah terpaksa menanggung derita.
" Selama ini hendak tanya, pembangunan yang ada ini bolehkah rakyat menikmati pembangunan yang ada ini? Setakat hidup menjadi papa kedana, barang naik. Rakyat hidup melarat, inikah yang dia hendak cari?
Sementara itu, ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Mahathir adalah punca sebenar perpecahan orang Melayu di negara ini.
" Kedatangan Umno memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Sebelum Umno wujud, umat Islam ini bersatu di bawah prinsip Islam tetapi selepas adanya Umno yang dicipta oleh orang putih, maka umat Islam mula berterabur, satu menyokong Islam dan satu lagi menyokong perjuangan rasis, perjuangan nasionalis Melayu, perkauman Melayu. Jadi kalau Mahathir masih lagi berfikiran demikian, beliau memang nampaknya sudah ketinggalan zaman.
Malah ujar Nizar, lantaran terlalu berpegang kepada semangat nasionalis itu, Mahathir menganggap Nik Aziz sebagai seteru politiknya walhal apa yang dibawakan oleh PAS ialah ajaran Islam yang sepatutnya turut diterapkan dalam Umno itu sendiri.
" Sebab itu dia tidak boleh secucuk dengan perjuangan PAS dan perjuangan Keadilan sebab Keadilan ini ia tidak mengenal warna kulit, tidak mengenal pihak assbiyah atau bersuku-suku.
" Dr Mahathir kena ingat, bahawa banyak perkara-perkara yang PAS tegur dan Umno akhirnya terpaksa berhenti dari membuat perkara yang jauh lebih mungkar.Kita ambil contoh Umno meluluskan lesen judi yang jelas perkara itu haram, dan PAS serta rakan-rakan menegur.Ini pencapaian-pencapaian yang Dr Mahathir tidak nampak di samping meningkatkan nilai-nilai murni orang Islam," tambah Nizar lagi.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, walaupun Mahathir mentadbir Malaysia lebih 20 tahun, Umno gagal mendidik tentang lunas-lunas Islam bukan sahaja kepada masyarakat Melayu Islam yang berada dalam Umno mahupun parti komponennya.
Jelas Nasharuddin, contoh paling jelas ketika di kempen pilihan raya kecil di Tenang, apabila isu bersalam calon PAS, Normala Sudirman dijadikan sebagai kempen MCA.
" Umno telah gagal untuk memainkan peranan dia sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, parti yang dikatakan dominan dalam Barisan Nasional, parti milik orang Melayu tetapi dalam hal yang berkaitan dengan Islam, tidak berjaya mengetengahkan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga ajaran yang asas dalam Islam tidak difahami, bukan sahaja parti komponen Barisan Nasional tetapi termasuk rakyat secara umum.
" Ini hujah ketinggalan zaman yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tokoh, ini hujah orang kampung. Maknanya rendah sangat martabat Dr Mahathir ini untuk membawa isu ini sebagai hujah," kata Nasharuddin lagi.
Sudah lebih 4 juta berhimpun di Kaherah
Berita terbaru dari Teluk mengenai Mesir
Sekitar empat juta orang Mesir telah keluar ke jalan di seluruh negeri untuk tekanan Presiden Hosni Mubarak supaya berundur dari pemerintahannya.
2 juta orang Mesir telah berkumpul di Kaherah dan 2 juta lagi di bandar Suez dan Iskandariah kerana protes anti kerajaan yang terbesar dalam sejarah Mesir.
Para demonstran membanjiri dataran Tahrir, menyeru kepada Presiden Hosni Mubarak supaya berundur.
Lelaki, wanita dan anak-anak dari semua lapisan masyarakat menghadiri rapat umum yang secara damai.
Kereta kebal dan pasukan tentera telah ditempatkan di sepanjang laluan perjalanan, tetapi tentera telah berjanji untuk tidak menggunakan kekuatan terhadap demonstran.
Pos-pos pemeriksaan keselamatan juga telah ditempatkan di seluruh Kaherah.
Laporan mengatakan kerajaan telah menyekat akses kepada ibu kota dengan menutup semua jalan dan pengangkutan awam.
Demonstrasi besar juga berlaku di kota-kota lain, termasuk Alexandria (Iskandariah) dan Suez.
PBB mengatakan lapan hari rusuhan telah meninggalkan mengakibatkan 300 orang terkorban.
Sementara itu, Amerika Syarikat telah memerintahkan semua anggota kerajaan non-esensial, termasuk kakitangan kedutaan bukan kecemasan, untuk meninggalkan Mesir.
Skandal penyerahan tanah di Pulau Jerejak akan dibongkar
Pakatan tetap bongkar isu tanah Pulau Jerejak
GEORGETOWN, 2 Feb: Skandal penyerahan tanah di Pulau Jerejak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu sebelum peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) akan tetap dibongkar bagi memberi pendedahan sebenar kepada rakyat.
Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerugian yang mencecah RM30 juta adalah satu skandal yang melibatkan kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri.
"Rakyat mengalami kerugian bersama-sama dengan kerajaan negeri. Wang premium tanah yang sepatutnya bernilai RM10.6 juta untuk 32 hektar tidak dibayar. Pulau Jerejak tidak kita perolehi. Pulangan pun tiada. Ia kerugian semata-mata.
"Kini sudah tiba masanya bagi kita mendapatkan semula Pulau Jerejak dan jumlah wang yang begitu banyak telah diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada mereka," ujarnya lagi.
Isu skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort telah berlaku semasa zaman pemerintahan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.
Ekoran dari kerugian tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan akan mengedarkan sebanyak 300 ribu risalah mengenai penyelewengan tersebut semasa zaman BN dahulu bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat negeri ini.
Risalah yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan juga Mandarin itu telah mula diedarkan.
Ia juga bagi memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian mengenai pentadbiran yang berlaku dizaman BN dengan kerajaan negeri sedia ada dari PR.