Wednesday, February 23, 2011

Mari tengok bukti GAPS adalah Umno, Umno adalah GAPS!!!

http://media1.malaysiakini.com/310/1b2e743567730df33f4edf697bf52143.jpg
Kenal siapa ini ? inilah Hamidzun Khairudin . Pernah jadi Ketua Pemuda KeAdilan Selangor, SU Perhubungan KeAdilan Selangor dan calon KeAdilan DUN Sementa pada PRU 1999. Dua kali masuk Umno pada tahun 2001, kemudian sekali lagi masuk Umno pada tahun 2004 .

Boleh baca mengenai sejarah mamat ni dalam kisah Apabila Orang Umno Keluar keADILan ( buat Rahman Palil dan Hamidzun)

Gandingan Mantap UMNO Bahagian Kapar 2008
Gambar kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Kapar. Hamidzun telah dilantik menjadi Setiausaha Bahagian Umno Kapar. Beliau mendapat kepercayaan kerana kesetiaan yang tak berbelah bahagi kepada Umno.

http://1.bp.blogspot.com/_ufvCOdVcnYM/TPYOmdX7LsI/AAAAAAAAFZ0/gyTYRlnrsq0/s1600/gaps8.JPG

Umno mempunyai agenda merampas Selangor. Salah Satu caranya adalah dengan mempergunakan GAPS yang dipengerusikan Hamidzun. GAPS mendapat liputan besar-besaran dari media massa kawalan Umno. Rakyat digambarkan bahawa GAPS adalah suara rakyat Selangor kerana merupakan NGO tapi hakikatnya GAPS adalah suara Umno

http://media1.malaysiakini.com/139/3fb91fb3fb8388ac6c62c4f7295dfdae.jpg

Kemampuan GAPS menggangu pentadbiran Kerajaan PR Selangor menyebabkan Umno memberi peranan yang lebih besar kepada Hamidzun. Beliau yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011.

Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi GAPS.

http://2.bp.blogspot.com/_0wpX-mnAEng/TPv2nr1KncI/AAAAAAAABf8/xDa-eG-3GwA/s1600/hamidzun.jpg

Jadi tugas Hamidzun melalui GAPS sudah terang lagi bersuluh, bukan nak membongkar penyelewengan tapi nak menyeleweng pemikiran rakyat Selangor. GAPS memang NGO tapi NGO but Umno

http://pemudasubang.com/v6/wp-content/plugins/WPshowroom/gallery/100x100_c/110072204/mpppubs096.jpg

Inilah Hamidzun bersama lambang GAPS yang sebenar

sebelum tu kita baca apa kata Jamil Kucing mengenai Hamidzun

Dari jamilkucing buat Hamidzun Khairuddin cukuplah , aku kenal kau semenjak reformasi lagi. cukuplah menipu rakyat, berapa banyak duit keahlian keadilan yg ko orang dan kebas , mungkin ko lupa atau pelupa , tapi aku maish ingat apa ko kata depan pondok pengawal rumah DSAI lama waktu kita berborak . hariraya. aku duduk atas skuter aku ko berdiri. aku hisap rokok. waktu itu. ko kata ( mil kalau ada peluang jalan, selagi ada peluang apa yg kita boleh kebas kita kebas, ) aku tahu wkatu tu ko kata kepada umno tapi maknanya ko jenis songlap jugalah. cukuplah jadi balaci dan barua, fithnah orang , kutuk orang , hina orang , aku tahu ko melayu tapi buanglah sikit perangai buruk melayu yg ada dalam diri kau itu. sampai ke tua orang akan ingat kau penghianat mcm ezam, ko mungkin tak malu, tapi tak kesian ke anak-anak ko. anak siapa? anak Hamidzun Khairuddin . cam pernah dengar nama tu siapa ya/ oooo penghianat tu. tak kesian ke depa.

Betulkah Umi Hafilda kahwin ikut cara Syiah dengan orang Iran ?

Gempar! Ummi Hafilda sudah berkahwin?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwgdY60kV2eCNcKPHYoSq_RKRu9EJyOutr998ADrqWjy00IP_9NRxUGjXo1-JC0uP0xJ8hsBrodVqmzdf9Zx8PuFL4b6RJ5PORhtfd_v64PeUs2YbO3vdArQt7zGmh1LSvHVlO4V6xpVI/s1600/P1020727.JPGDi dalam sebuah ceramah Ummi Hafilda di Batu Gajah baru-baru ini, pengerusi majlis berberapa kali menyebut Ummi Hafilda sebagai "puan" untuk mempersilakannya naik ke pentas untuk berceramah sebelum kemudiannya pengerusi tersebut memanggilnya sebagai "cik" [Ummi Hafilda].

Mungkinkah pengerusi majlis tersebut sudah sedia maklum bahawa Ummi Hafilda sebenarnya bukanlah seorang anak dara?

Di dalam sebuah email yang ReJaM© terima, seorang pengirim yang mendakwa memperolehi maklumat sahih dari orang yang rapat dengan Ummi Hafilda mendedahkan bahawa Ummi Hafilda sebenarnya pernah berkahwin dengan seorang pegawai tinggi kedutaan Iran bernama Mohammad Mehdi Zahedi.

Pengirim email ini mendakwa perkahwinan tersebut dilakukan mengikut cara amalan Shia'ah yang jelas sekali bertentangan dengan amalan biasa majoriti umat Islam di Malaysia. Di bawah ini screenshot email yang dimaksudkan.

Pihak berkuasa termasuk JAKIM diminta untuk menyiasat dakwaan ini! Jika benar Ummi Hafilda menjalankan upacara perkahwinan yang bertentangan dengan ajaran Islam, maka perkahwinan itu dianggap tidak sah dan membawa kepada perbuatan zina maka beliau wajib dihukum mengikut undang-undang syariah yang sedia ada!

Sebelum ini UMNO online dengan bangganya melaporkan bahawa suami Ummi Hafilda yang digelar Duta Besar Iran mengiktiraf UMNO sebagai Parti Islam walaupun jelas sekali parti ini "memperjuangkan Assobiyah" yang ditegah di dalam Islam [Umno Online]

Patutlah ada Duta Iran yang memuji UMNO kononnya sebagai Parti Islam yang konsisten di persada Antarabangsa, rupa-rupanya Duta Iran ini pun puak-puak diorang juga kah kah kah.


ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya..."

Kerdau : Umno salahguna hak rakyat jadi hak parti


- sewa tanah MARTEK RM20,000, Peruntukan setiap Felda RM4 juta


TEMERLOH
- Parti Umno dan Barisan Nasional (BN) masih menganggap rakyat tidak mengetahui tentang peraturan dan terus mahu mengeksploitasi harta rakyat menjelang pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata beliau akan mengemukakan bantahan ketika pertemuan dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Khamis, 24 Februari.


Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga premis kerajaan telah digunakan oleh Umno-BN sebagai bilik gerakan dan pusat operasi parti itu.


"Kita akan kemukakan bantahan kepada SPR dalam pertemuan esok,"katanya ketika ditemui Buletinonline di Markaz Besar Pilihanraya, Darul Hikmah, disini semalam.


Katanya, antara premis tersebut adalah Dewan Abdullah Kia di Kampung Paya Taram, yang terletak dipinggir jalan besar ke Jerantut


Selain itu, Dewan Orang Ramai Kampung Peragap dan Perpustakaan Desa Kampung Pandan turut menjadi mangsa.


"Dewan Abdullah Kia dijadikan bilik gerakan gerakan Umno Kampung Paya Taram, Dewan Orang Ramai Kampung Peragap dijadikan pusat logistik dan serta sebuah Perpustakaan Desa di kampung Pandan dalam daerah menundi Sri Tanjung,"ujarnya.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/PerpusatakaandesaKgPandanUPUSriTanjunga.JPG
Oleh itu, beliau menyeru supaya SPR bertindak telus dan adil dalam mengendalikan PRK Kerdau

Sementara itu, orang ramai kesal dengan tindakan kerajaan Umno-BN membelanjakan berjuta ringgit wang rakyat untuk PRK Kerdau.


Seorang warga peneroka Felda yang ditemui memaklumkan, setiap rancangan Felda telah diperuntukkan RM4 juta bagi melaksanakan program kempen Umno-BN,


Beliau yang tidak mahu dikenali kesal dengan tindakan kerajaan dan menyifatkan ianya suatu pembaziran.


Menurutnya, adalah lebih bermanfaat sekiranya kerajaan menggunakan wang tersebut untuk mengurangkan kenaikan harga barangan keperluan.


Sehubungan dengan itu, tinjauan Buketinonline mendapati sekurang-kurangnya tiga kem polis MARTEK dibina dalam kawasan DUN Kerdau.


Buletinonline dimaklumkan sebuah MARTEK yang sedang dibina berdekatan Markaz Besar Pilihanraya PAS telah membelanjakan RM20,000 hanya untuk menyewa tanah sahaja.


Walaupun begitu, sumber Buletinonline memberitahu, pihak polis menghadapi kesukaran untuk menempatkan anggotanya mulai esok kerana MARTEK tersebut belum siap.


"Kelam kabut polis itu adalah disebabkan keputusan pihak SPR yang dipercayai dipengaruhi Umno, membuat dua pilihanraya serentak,"kata sumber tersebut

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/IMG_0657.JPG

Fitnah 2 semakin terbukti konspirasi jahat terhadap Anwar

BOKTI LIWAT SAYFOOL ADALAH FITNAH JELAS!!


FITNAH 2 : TERBUKTI ADALAH KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR

Perbicaraan yang berlangsung hampir seminggu ini saya benar-benar merasai bahawa terbukti segala dakwaan DSAI bahawa wujud konspirasi ke 2 untuk menjatuhkan beliau . Senario perbicaraan yang berkisar terhadap DNA , bahan bukti dan keterangan oleh para doktor termasuk daripada Jabatan Kimia memebrikan gambaran yang nyata bahawa konspirasi jahat ini telah terbongkar .

Boleh dikatakan kes yang sedang dibicarakan tersebut sudah tidak mempunyai asas dan perlu diakhiri dengan pembuangan kes . Bagi saya apa yang berlaku ini adalah satu sagmen yang sangat memalukan negara di mata dunia . Memperlihatkan betapa jelek dan jijiknya politik di Malaysia sehingga sanggup melakukan sesuatu yang benar-benar tidak masuk akal .

Ternyata Saiful Bukhari Azlan adalah seorang pembohong dan pemfitnah . Walaupun pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Saiful termasuk melakukan 'sumpah laknat' di Masjid Wilayah pada 15 Ogos 2008 akhirnya dilihat 'sumpah laknat' yang beliau lafazkan telah memakan diri sendiri .

Keterangan yang dibuat oleh para doktor terutama daripada Jabatan Kimia telah menimbulkan keraguan dan kecelaruan terhadap ' skrip ' yang selama ini dicipta khas bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti dan integriti DSAI . Seolah-olah 'skrip' yang sama sepertimana tahun 1998 tetapi watak pelakon yang berbeza . Kehebatan para peguam DSAI yang diketuai oleh Karpal Singh telah berjaya menemukan penemuan-penemuan baru yang menjadikan kes tersebut sudah 'tidak masuk akal' .

Walaupun sebelum ini pelbagai usaha yang dilakukan oleh DSAI bagi memastikan kes tersebut dibuang berdasarkan laporan daripada Hospital Pusrawi dan HKL bahawa "tiada berlaku penetrasi terhadap lubang dubur " Saiful , namun mahkamah telah mengambil sikap dengan niat yang jahat menolak segala permohonan DSAI .

Diikuti pula dengan penafian hak DSAI bagi memperolehi segala dokumen dan bahan bukti memberikan asas yang kuat bahawa konspirasi kali ini dibuat dengan cukup berhati-hati dan terancang . Kalau dulu , bekas pemandu DSAI Azizan Abu Bakar tanpa di bawa berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan disahkan berlaku sepertimana tuduhan , kali ini watak Saifool ditonjolkan dengan pengakuan, sumpah termasuk juga dengan pemeriksaan oleh para doktor .

Cubaan untuk mengaitkan DSAI dengan DNA telah mengakibatkan timbulnya kekuatan yang mengeliru , menghairankan , melucukan dan tidak masuk akal . Beberapa penemuan baru yang telah berjaya dicungkil oleh para peguam DSAI seperti pengakuan Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan dlam mahkamah bahawa Saiful telah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL untuk diperiksa oleh doktor pada 28 Jun 2008. Sedangkan sebelum itu Saiful menegaskan bahawa beliau tidak mandi selama 2 hari sebelum ke hospital untuk diperiksa dan dapat menyimpan bukti.

Kesilapan teknikal yang dilakukan oleh Dr Siew Sheue Feng iaitu doktor yang bertugas pada hari tersebut tidak melengkapi borang pro forma dengan baik . Dan tercatat di dalam borang pro forma tersebut ialah " Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."" .

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong juga mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diikuti pula dengan kenyataan yang di buat oleh Dr Seah Lay Hong bahawa beliau memberitahu mahkamah yang DNA telah dijumpai pada kawasan peri anal atau di bahagian luar dubur Saifool dan dijumpai 3 DNA iaitu , DNA Saifool , lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki . Kewujudan DNA saiful sendiri yang diperolehi daripada peri anal Saiful sendiri disamping kewujudan 2 lagi DNA . Satu fakta yang menimbukan kehairanan dan kemuskilan bagaimana DNA Saiful turut ada bersama .

Penemuan DNA pada seluar hitam Saiful dan seluar dalam Saiful di bahagian hadapan membawa persoalan . Kerana Saiful menyatakan beliau melawan dan marah , tetapi keraguan timbul kenapa ada injakulasi oleh Saiful ? Serta diikuti pertikaian terhadap penemuan DNA di sekuar hitam di bahagian zip dan di bahagian hadapan seluar dalam . Sedangkan aktiviti sodomi tersebut belaku di belakang dan seharusnya DNA diperolehi di bahagian cawat seluar dan seluar dalam .

Mahkamah menjadi gempar lagi apabila Dr Seah telah menyatakan “Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki,”. Satu kenyataan dan fakta menarik yang bukan sahaja mengegarkan mahkamah tetapi seluruh negara . Bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki , bukan lagi penemuan 3 DNA sepertimana sebelum ini .

Sekali lagi mahkamah tertumpu pula kepada kenyataan Dr. Seah di sesi soal balas oleh para Peguam DSAI menyatakan bahawa dua sampel DNA diambil dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat. Sampel berkenaan bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

Kronologi yang saya nyatakan di atas adalah membuktikan secara sahih bahawa berlakunya pembohongan serta konspirasi jahat terhadap DSAI . Satu perancangan yang yang cukup tersusun oleh mereka yang tidak bertanggjawab .

Keterlibatan DS Najib Razak daripada awal dalam kes fitnah 2 ini dengan cerita yang tidak logik berkaitan permohonan biasiswa sehinggalah pengakuan Saiful yang beliau telah diliwat 9 kali oleh DSAI . Termasuk juga pertemuan Saiful dengan SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka) di Hotel Melia , Jalan Imbi . Beliau juga adalah pegawai yang terlibat dalam kes Fitnah 1 pada tahun 1998 .

Dakwaan bahawa Abdul Gani Patail , Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden "mata lebam" yang membabitkan Anwar pada 1998 dan keyakinan juga melibatkan mereka berdua bagi kes Fitnah 2 ini .

Saya teringat kepada kenyataan Bekas Duta Amerika , John R. Mallot dalam artikelnya di Wall Street Journal pada 19 Julai 2010 menyatakan dengan cukup jelas " mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebih-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikan kepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka" ujar beliau .

Malah beliau menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar akan dihumbankan ke penjara ! "Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Penginayaan dan kezaliman terhadap DSAI adalah bermotifkan politik semata-mata. Ketakutan DS Najib terhadap DSAI cukup nyata sehingga sanggup bersekongkol untuk membunuh karier politik DSAI . Tidak cukup dengan Fitnah 2 yang sangat mengaibkan DSAI dan keluarga tetapi juga cuba memfitnah DSAI mempunyai kaitan dengan penganas sepertimana yang didedahkan oleh CNN .

Walaupun kes ini sudah tidak mempunyai asas lagi dan wajar dibuang , namun saya masih optimis bahawa DS Najib dan para konspirator akan terus menjalankan agenda mereka , untuk membawa DSAI kembali ke penjara . Ayuh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan , KITA BANGUN DAN LAWAN !

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

Fariz Musa

Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.


"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.


Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.


Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.


Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut.


Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti.


Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Umno akui PR mampu tawan Putrajaya

'Kabinet Bayangan' Bukti Umno Akui PR Serius Tawan Putrajaya


PETALING JAYA 23 FEB: Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mewujudkan satu kabinet bayangan merupakan bukti Umno perakui dan khuatir visi PR menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau mengambil baik cadangan Najib tetapi ini juga menunjukkan Umno sememangnya serius dan mahu mengetahui barisan kabinet PR.

"Secara positif saya melihat pertama kali pimpinan Umno, dulu hanya menolak saja kemungkinan PR mengambil alih Putrajaya, sekarang, pertama kalinya mereka akui ada kemungkinan PR akan ambil alih dan mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita," kata beliau dalam satu sidang media di ibupejabat PKR petang tadi.

Beliau menjelaskan, PR tidak akan menubuhkan kabinet bayangan kerana tugas tersebut telahpun dijalankan dengan amat baik dan lancar oleh Jawatankuasa Parlimen PR yanng telah lama ditubuhkan.

"Pilihan kita sekarang ialah membentuk jawatankuasa parlimen yang mengandungi tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain bagi meneliti isu mengikut portfolio kerja dan juga institusi, dan ini telah berjalan, laporan telah dibuat dan beberapa aspek diketengahkan," jelas beliau lagi.

Anwar seterusnya berkata, maklumbalas dan cadangan jawatankuasa inilah yang diteliti, digubal sehingga terbitnya Buku Jingga PR yang memperincikan program PR dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.

Ditanya berkenaan kecekapan jawatankuasa ini, beliau menjawab Buku Jingga PR merukapan bukti kukuh kecekapan jawatankuasa ini kerana kesemua pelan dan saranan yang diterbitkan dalam Buku Jingga merupakan susunan program yang menyeluruh.

"Bagaimana kita mampu menerbitkan Buku Jingga? Ia merupakan satu pelan yang komprehensif digubal dengan maklumbalas daripada jawatankuasa tersebut, jadi kalau kata kerja mereka tak memuaskan tak benar," tegas beliau.

Mekanisme bersama PR sebar berita benar

Kerajaan Negeri PR Setuju Bentuk Mekanisme Bersama Sebar Berita


KELANA JAYA 24 FEB: Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengumumkan akan membentuk satu mekanisme bersama bagi menyalurkan berita berkenaan dasar-dasar positif yang dilaksanakan oleh kerajaan PR di negeri-negeri tersebut.

Dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khaid Ibrahim berkata mekanisme ini juga akan digunakan bagi menyalurkan informasi kepada media massa yang jelas tidak mendapat maklumat yang jitu berkenaan perlaksanaan program-program berbentuk kerakyatan.

"Kerajaan PR juga bersetuju bagi membentuk satu mekanisme bersama untuk menyalurkan berita antara negeri-negeri PR disamping memberikan penerangan kepada media massa berkenaan dasar positif yang diamalkan di negeri-negeri PR," jelas beliau.

Beliau yang berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat antara menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri PR turut menyatakan kerajaan-kerajaan negeri PR juga telah bersetuju meneruskan komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepertimana telah dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam yang dimeterai semasa Konvensyen Menteri Besar dan Ketua Menteri PR lalu.

Dalam memastikan perjalanan lancar program-program PR, kesemua kerajaan negeri PR bersetuju untuk mengekalkan sekretariat bersama dengan memberikan penekanan terhadap lima sektor iaitu pelaburan, kerajaan tempatan, pengurusan, pengurusan sumber air serta pertanian dan pelancongan.

Khalid seterusnya menyatakan kerajaan PR akan memanfaatkan sumbangan dana RM10 juta oleh kerajaan PR Selangor bagi meningkatkan lagi jumlah pelaburan di negeri-negeri di bawah PR berbanding jumlah pelaburan yang lemah di negeri-negeri yang berada di bawah kawalan Umno-BN.

"Kita juga mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh kesemua negeri PR selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing," kata beliau lagi.

Panel Suruhanjaya Diraja arah cari jam tangan

KUALA LUMPUR , 23 Feb – Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock hari ini mengarahkan jam tangan yang hilang di Plaza Masalam, Shah Alam dicari tengah hari ini.

Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, adalah wajar bagi pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal, dan pasukannya melakukan siasatan tempat kejadian sekali lagi memandangkan perbicaraan hari ini terpaksa ditangguhkan petang ini kerana sesetengah pihak terpaksa menghadiri mesyuarat agung Majlis Peguam Kuala Lumpur.

Arahan itu dikeluarkan selepas Nazri ketika disoal oleh Amarjeet Singh berkata terdapat lubang longkang kecil berhampiran tempat mayat Teoh dijumpai.

Nazri berkata beliau memeriksa lubang itu ketika mencari sebuah jam tetapi hanya dapat melihat kira-kira enam inci dalam lubang longkang berkenaan kerana ia membengkok selepas itu.

Beliau mengakui tidak mengukur kedalaman lubang itu, mahupun menggunakan lampu suluh tetapi katanya, bukaan lubang itu terlalu kecil bagi memuatkan tangannya.
Pendedahan Nazri itu menarik minat anggota lima panel suruhanjaya tersebut, khususnya Foong, yang mencadangkan kepada Nazri supaya membuat siasatan terutama menentukan daripada mana lubang paip di tingkat lima itu bermula.
-
“Saya berpendapat bukan membazir masa bagi mengarahkan ASP itu dan beberapa orangnya untuk melihat sejauh mana dalamnya paip itu atau mungkin mendapatkan pelan paip berkenaan… Lupakan formaliti, biar kita bertindak,” kata Foong.
Menurutnya, bahan bukti itu amat penting bagi membantu menentukan masa lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dari tingkat 14 dan terhempas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam.

Pakar patologi, Dr Buphinder Singh, yang juga anggota panel berkata meskipun hampir dua tahun berlalu, kemungkinan jam tangan itu terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan kemungkinan ia masih di tempat tersebut.

Foong juga mengarahkan semua wakil daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Peguam, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengiringi Nazri bagi memantau prosedur itu.

Jam tangan itu menjadi misteri selepas mayat Teoh dijumpai pada tingkat lima, Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kerana hanya talinya yang ditemui.

Malaysia atasi Pakistan 2 - 0, bekalan selesa ke Lahore




SHAH ALAM 24 FEB : Malaysia membawa bekal sedikit selesa ke Lahore selepas menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertemuan pertama pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail muncul wira negara apabila masing-masing menjaringkan gol seawal minit ketiga dan keempat waktu tambahan separuh masa pertama.

Perlawanan timbal balik pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Punjab, Lahore pada 9 Mac depan.

Beraksi di depan 7,000 penyokong, skuad Olimpik negara yang bermula garang tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi sepakan luar kotak penalti oleh pemain tengah Wan Zaharulnizam, yang berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohamad Fandi Othman seawal minit ketiga, menewaskan penjaga gol Pakistan Yousof Ejaz Butt.

Bagaimanapun, berlaku sedikit kecoh apabila pemain Pakistan, Ansar Abbas diperintah keluar padang oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man apabila sengaja menyiku muka Khairul Fahmi Che Mat ketika penjaga gol Malaysia itu menangkap kemas bola pada waktu kecederaan separuh masa pertama.

Skuad anak didik Ong Kim Swee nyata mengambil peluang daripada skuad Pakistan yang bermain 10 orang apabila Mohd Irfan tidak mensia-siakan hantaran lintang sebelah kiri gawang gol lawan oleh Wan Zaharulnizam pada waktu tambahan separuh masa pertama bagi menghukum kelemahan barisan pertahanan Pakistan sebelum wisel ditiup.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, jurulatih Pakistan Tariq Lutfi membuat sedikit pertukaran pada separuh masa kedua, dengan menggantikan Yousof, yang bermain untuk sebuah kelab di Denmark, dengan penjaga gol kedua, Muhammad bagi memperkemas gawang gol.

Malaysia yang mengawal permainan, hampir menjaringkan gol seterusnya apabila mendapat beberapa peluang menarik di depan gawang gol Pakistan, namun Muhammad bijak menangkis serangan bertali arus pasukan tuan rumah.

Skuad negara bawah 23 tahun terus menggandakan asakan demi mencari jaringan gol, namun kekebalan gawang gol Pakistan pada babak kedua nyata menutup peluang skuad negara hingga tamat permainan.

Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir Sukan Olimpik Munich 1972, iaitu 39 tahun lalu, dan lapan tahun kemudian, negara sekali lagi melakar sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun tidak mengambil bahagian atas faktor politik (iaitu membantah pencerobohan Soviet Union terhadap Afganistan).

Bekas tokoh wanita Semangat 46 Kelantan meninggal dunia

Datuk Ilani Isahak Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR 24 FEB : Ketua jawatankuasa antara agama kebangsaan Datuk Ilani Isahak yang bertarung kerana kanser meninggal dunia di sini awal pagi ini.

Bekas ahli Parlimen Kota Baru itu yang sepatutnya genap 58 tahun bulan depan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Ia disahkan oleh abangnya Dr Amir Farid.

"Kami kehilangan seorang pejuang keharmonian yang disayangi pemimpin kesemua agama," kata Dr Amir menerusi teks SMS lapor The Malaysian Insider.

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama ditubuhkan tahun lalu dan kerajaan melantik Ilani sebagai ketuanya.

Betul ka calon BN Kerdau tak lulus periksa, tidak ada angin masakan pokok bergoyang

Tok Nan melatah, nafi calon BN DUN Kerdau gagal Al-Azhar...petanda awal..!!

TEMERLOH, 24 Feb — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan dakwaan PAS kononnya calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau gagal menamatkan pengajiannya di Mesir.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas kerana calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab.

“Kita lihat memang sudah menjadi budaya parti PAS yang suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kebolehan orang lain.

“Fitnah yang mula disebarkan oleh PAS dan penyokongnya di sini menunjukkan mereka takut dengan kebolehan Syed Ibrahim dan sebab itu mereka awal-awal lagi cuba berbuat demikian bagi mempengaruhi pengundi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar cemerlang di DUN Kerdau di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang, dekat sini.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata jentera pilihan raya BN sentiasa diingatkan supaya bekerja kuat dan tidak mudah takbur sekalipun kawasan DUN itu merupakan kubu kuat BN.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. — Bernama

Jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’- Kata Chua Jui Meng semasa dalam MCA

Chua Jui Meng akui pernah takutkan cina dengan PAS

TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf… saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.

Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.

Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.

“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.

“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.

“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.

Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.

HDaily

Nota: Tahniah pada Jui Meng kerana berani mengakui kesalahan masa lalu…

adakah lagi pemimpin Cina yang lain berani membuat perakuan seperti Jui Meng?

Chua Jui Meng..lu belum tahu ‘rahsia’ potong anu maa.. ha ha ha…ssssyyyy..ha ha ha

Hero prono macam pemimpin umno jugak! masih lagi membawa budaya songsang dan adu domba dalam BN..ha ha ha

Pemimpin umno adakah berani seperti Jui Meng?..ha ha ha ..Mahathir bila nak bertaubat dari mencerca peribadi Baginda Rasul SAWW..

Baginda Rasul tidak bercukur kerana pada waktu itu takdak gillette’..mahanyanyok masih belum sedar diri dan masih belum mahu bertaubat.

pemimpin umno yang terlibat dengan rasuah seperti Isa pendek ,Ali Rustam dah ‘bertaubat’ ka..ha ha ha

dinjawa.lawak politik

Bob Lokman : Tuhan pun tahu

Bob Lokman - zaman getirmu, Tuhan Pun Tahu buat Afdlin menangis !
Getirnya hidup Bob Lokman. Jantan-jantan gua pun, boleh sebak leleh bro ! Secebis pengalaman pilu Bob Lokman diadaptasi dalam telemovie Tuhan Pun Tahu.


Skrip telemovie itu merupakan kisah benar hidup dia. Lirik lagu "Rendang Tak Berbuah" (klip video klik disini) itu juga dalam tafsir maksudnya. Hanya yang merasa perit yang tahu getarnya hidup yang didustakan.
"Ya, ibu pernah jatuh cinta,
tapi bukan dengan ayah,
ibu jatuh cinta dengan lirik ayah,
ayah... ibu bukanlah sehelai kertas,
ayah tidak boleh melayan cinta seperti helaian kertas,
ibu juga manusia biasa,
ayah tak perlu kesal, kita ada kenangan,
walaupun cinta antara kita tak kekal,
tapi anak-anak, merekalah buah cinta kita..."
SESUNGGUHNYA perpisahan amat menyakitkan. Berdepan krisis rumah tangga yang cukup memberi kesan mendalam terhadap hidup pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hingga dia pernah hampir hilang arah dan derita sakit bertahun-tahun lamanya. Dialog di atas adalah ungkapan terakhir Bob sebelum melepaskan bekas isterinya dulu.

Biarpun dirinya ditinggalkan terkontang-kanting bersama anak-anak yang masih kecil, Bob tabah menghadapi dugaan. Dia tidak sesekali menyalahkan bekas isteri yang pernah dicintai itu, malah baginya, hanya Tuhan tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perpisahan yang mengundang seksaan itu.

Coretan hidup yang cukup menyayat hati itu jadi paparan drama Tuhan Pun Tahu arahan Jinggo terbitan JS Pictures untuk slot Cerekarama TV3 pada Maal Hijrah 2008. Ia dibintangi Afdlin Shauki, Sheila Rusly, Que Haidar, Kartina Aziz dan Normah Damanhuri. Cerita asal oleh Bob Lokman dan skripnya ditulis Nazli Jaafar.

Tuhan Pun Tahu bukan bertujuan untuk membuka pekung di dada, jauh sekali menjatuhkan air muka seseorang yang pernah bergelar isteri, sebaliknya ia sekadar pengajaran bermakna yang boleh dijadikan pedoman hidup. Kata orang, hidup tidak selalunya indah, ada kala diselangi suka dan duka.

Tajuk Tuhan Pun Tahu dipilih selepas meneliti skrip dan perjalanan ceritanya. Sheila melakonkan watak Ita, seorang gadis kampung yang mengagumi seorang penulis lirik terkenal, Lokman (Afdlin). Drama ini memaparkan empat peringkat iaitu bermula pertemuan Lokman dan Ita hingga menimbulkan bibit cinta, selepas berkahwin, dikurniakan dua cahaya mata dan krisis rumah tangga yang mengundang perpisahan.
"Perjalanan cerita Tuhan Pun Tahu adalah perkara tersirat. Setiap manusia bertindak atas sebab tertentu, begitu juga Ita. Biarpun dirinya dilimpahi kemewahan hidup tapi tanpa suaminya, Lokman sedari, dia sebenarnya gagal memberi perhatian dan limpahan kasih sayang. Wang bukan segala-galanya ketika itu.
Lagu "Rendang Tak Berbuah" nyanyian Hattan adalah 'kitab' bagi drama ini. Lalu wataknya diberi kepada Afdlin atas dasar dia adalah orang paling layak membawakan watak Lokman biarpun dia sudah tujuh tahun tidak berlakon drama. Afdlin dan Bob adalah teman rapat, dia faham dan tahu siapa Bob secara mendalam.

"Mulanya susah juga buat Afdlin yang kita tahu dia adalah pengarah, penerbit dan pelakon filem yang kembali ke layar TV, tetapi apabila membaca naskhah diberi, Afdlin jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Apa yang berlaku adalah kisah hidup Bob bermula zaman kegemilangannya bersama Search pada 1989 hingga hari ini.

Afdlin menangis baca skrip

AFDLIN mengakui dia menitiskan air mata sebaik saja selesai pertama kali membaca skrip drama Tuhan Pun Tahu. Mungkin juga kerana kenal rapat dengan Bob dan mengetahui sejarah suka dukanya, hatinya turut terpalit pilu yang mendalam.

"Saya banyak berbincang dengan Bob dan perhatikan karektornya. Saya lihat Bob pelik orangnya, seorang yang lucu dan senang difahami. Mungkin orang nampak dirinya secara luaran, tapi ramai yang tahu apa terjadi padanya hingga mengundang derita bertahun-tahun.

"Saya hanya mengambil karektornya 60 peratus, saya ikut caranya bercakap dan ketawa. Sebab saya menjadi Bob dalam drama ini, tentunya sedikit sebanyak karektor mempengaruhi cara lakonan. Paling membuatkan saya sedih apabila Bob tidak menyalahkan bekas isterinya, dia juga memiliki kelemahan yang tidak disedari. Bob pun tahu kekurangannya iaitu panas baran," katanya.

Sementara itu, pengarahnya, Jinggo berkata, pertama kali bekerja dengan pelakon yang bergelar pengarah dan penerbit popular seperti Afdlin memberi pengalaman baru buatnya. Katanya, mungkin ada yang menganggap mengarah pelakon yang bergelar pengarah filem seperti Afdlin sukar tapi dirinya mengambil sikap positif.

"Saya seronok bekerja dengan Afdlin, dia tahu apa yang pengarah mahukan. Saya bersyukur Afdlin tahu dia bukan pengarah atau penerbit apabila melakonkan watak Lokman dan menghormati cara kerja saya.

"Afdlin mampu membawakan watak Bob dengan baik, begitu juga pelakon lain. Saya percaya dengan barisan pelakon yang bagus, sesebuah drama mahu memberi impak yang mendalam kepada penonton. Ini adalah drama saya yang paling cepat disiapkan iaitu dalam tempoh tujuh hari," katanya.

Jinggo berkata, dia juga mewakili JS Pictures mohon maaf pada Bob Lokman sekiranya drama Tuhan Pun Tahu sedikit sebanyak menyentuh perasaannya. Biarpun tujuh tahun sudah berlalu, kenangan itu mungkin masih terpahat dalam kotak memorinya. Go brother bob..!





Lima persetujuan bersama KM dan MB negeri PR

Kenyataan bersama KM dan MB negeri PR

Kami, para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat bersama para Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada hari ini 23 Februari 2011 di Kuala Lumpur, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan berikut:

1.Pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas;

2.Sehubungan dengan itu, kita akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembeling sumber dan kepakaran. Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada lima aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan.


3.Mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini. Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah disumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;


4.Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

5.Bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

*Kenyataan akhbar selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat.

Mati mengejut semasa ikuti PLKN

Lagi pelatih PLKN meninggal dunia ketika bersolat

Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, dekat Kuala Lumpur, rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam.

Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.

"Semakan rekod perubatan mendapati Allahyarham tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan telah disahkan oleh pegawai perubatan. Semasa dalam kem dia sentiasa cergas dan mengikuti semua aktiviti latihan," kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata rekod menunjukkan Allahyarham pernah menerima rawatan sekali sahaja akibat batuk.


Jenazah Syed Abdul Rahman telah selamat diterbangkan ke Kuching petang tadi, kata kenyataan itu.


Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui.


- Bernama

Hafiz Nordin balun PAS, harap Ust. Nasharudin Tantawi tolong jawab

‘PAS double standard’

http://media1.malaysiakini.com/230/ddcec10ad4d3c7f34d8115ee843b1b83.jpgTidak boleh berbincang dengan UMNO tetapi boleh bersekutu dengan DAP dan PKR yang tolak hukum hudud

Mohamed Hafiz Nordin, satu nama yang tidak boleh dilupakan apabila begitu lantang bersuara ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, terutama pada era pemerintahan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Apa sahaja tidak betul akan ditegur sehingga timbul tanggapan Pemuda Pas tidak sehaluan dengan kepimpinan Pas negeri apabila sesetengah isu melibatkan Kerajaan Negeri disokong kepimpinan negeri.


Lebih mengejutkan apabila pada Muktamar Pemuda Pas Pulau Pinang di Balik Pulau pada 2009, Mohamed Hafiz tidak mahu dicalonkan semula sebagai ketua sebaliknya memberi laluan kepada muka baru menerajui kepimpinan.

Walaupun masih layak dari segi had umur untuk memimpin, tindakannya itu dianggap sebagai protes dengan apa yang dilakukan kepimpinan Pas negeri dan seolah-olah menunjukkan sikap merajuk kerana usahanya tidak pernah dibela oleh sesiapa pun dalam Pas.


Namun ketika ditemui, Mohamed Hafiz menafikan tindakannya untuk tidak terus memimpin Pemuda Pas Pulau Pinang disebabkan merajuk. Namun ada sebab lain menyebabkan beliau berbuat demikian dan kupasan penuh dalam sesi temu bualnya dengan Ketua Wartawan Sinar Harian (SH) Utara, Mohd Idros Mohd Ali baru-baru ini.

Ikuti bahagian pertama sesi temu bual ini.

Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara?

HAFIZ: Saya memang orang Penang (loghat negeri) dan dilahirkan di Butterworth dan memang dibesarkan di Pulau Pinang. Ayah orang Balik Pulau dan emak orang Sungai Petani tetapi lebih banyak dok di Penang. Masa kanak-kanak dan sekolah rendah banyak di Butterworth.

Bila masuk sekolah menengah, ada juga belajar di Pondok Pokok Sena, Butterworth, di Kota Bharu (Pondok Pasir Tumboh) dan dapat syahadah di Madrasah Al-Masriyah dan Madrasah An-Nadhoh sebelum menyambung pelajaran agama di Mesir.

Pada masa sekolah menengah, dah tidak banyak ambil akademik, belajar di merata tempat sehingga luar negara. Allah beri keizinan hingga saya sampai ke Madinah untuk belajar, alhamdulillah.


Bagaimana bermula penglibatan dalam Pas?

HAFIZ: Kalau dengan Pas, saya isi borang jadi ahli pada 1984 dan pada 1985 terima sijil keahlian walaupun tengah belajar. Ayah saya apabila anak-anak cukup umur, dia bagi borang dan isi, yuran dia bayar, masa umur 14 tahun dah jadi ahli.

Syarat keahlian Pas mudah iaitu hanya perlu akil baligh. Saya mula bergiat aktif sebagai ahli. Tidak lama kemudian saya memegang ahli jawatankuasa Cawangan dan Pemuda Cawangan Bagan Ajam. Saya menjadi ahli jawatankuasa Cawangan sampai sekarang.


Pada usia 17 tahun, ketika nak ambil syahadah di Madrasah Al- Masriyah, saya diserap masuk bawah Lajnah Penerangan Pas Kawasan Tasek Gelugor, pada masa itu diketuai Allahyarham Hamdan Abdul Rahman (bekas ADUN Permatang Pasir) sebagai Ketua Penerangan. Saya pun mula bergiat aktif di peringkat kawasan setelah diberi mandat.

Apabila keluar negara sambung belajar, saya berehat seketika dalam politik tetapi masih mengikuti perkembangannya dari jauh. Pada 2003 kembali ke tanah air dan menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Memegang jawatan di Dewan Pemuda Negeri dan cawangan termasuk Ketua Pemuda Cawangan pada semester akhir. Pada 2007 dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Sebenarnya bermula dari Ketua Lajnah Tarbiah Pemuda Pas Negeri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, akhirnya Timbalan Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda.


Saya bekerja sendiri dan cari duit dengan buka kelas pengajian agama untuk kanak-kanak dan dewasa, kelas bahasa Arab atau lebih berbentuk dakwah. Saya aktif bukan sebagai ketua atau orang atasan tetapi buat kerja bermula di peringkat bawah.

Balik dari luar negara, pembabitan saya mula menonjol dengan memegang Ketua Pemuda Cawangan yang sering berada atas pentas, menjadi Timbalan Ketua Pemuda selama empat tahun dan Ketua Pemuda dua tahun.


Kenapa tiba-tiba mengundurkan diri ketika berada di puncak pentas politik?

HAFIZ: Kalau nak kira umur memang dah masuk 40 tahun tetapi mengikut perlembagaan Pas masih boleh pegang jawatan. Lagi lima bulan baru cukup 40 tahun. Mungkin sekarang dah sampai masa untuk saya berterus terang.

Ramai dok tanya termasuk Ketua Pemuda Pas Pusat ketika itu, YB Salahuddin Ayub. Dia tanya dah fikir habis-habis dan betul nak berundur. Saya kata cukuplah dua tahun pegang jawatan dan nak beri laluan kepada orang muda. Saya rasa bukan kepimpinan saya tidak diperlukan di Pulau Pinang tetapi tidak boleh ikut rentak perjuangan Pas Pusat sendiri.

Sebab banyak perkara Pas Pusat buat yang bercanggah dengan tarbiah Pas itu sendiri, bukan saya ukur dengan nafsu dan naluri saya tetapi ukur dengan ilmu dan tarbiah saya dapat pada hari pertama masuk Pas dan hari terakhir sebagai Ketua Pemuda negeri.


Apa maksud saudara?

HAFIZ: Ramai kawan dan sahabat yang baru sertai Pas dan mereka berada pada era Pas sedang menang iaitu sekitar 1990-an apabila ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan ledakan akibat pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan menteri Kabinet.

Orang baru mungkin dan memang tidak faham atau dapat tarbiah seperti masa saya dapat pada 1980-an yang ditekankan dengan batas iman dan kufur serta akidah perjuangan.

Tidak seperti hari ini masuk Pas tetapi tak tahu akidah perjuangan, cuma nampak sebuah parti alternatif kepada UMNO. Mereka dedah kezaliman UMNO, orang tidak suka kepada UMNO dan nampak Pas sebagai ganti tempat UMNO.

Sedangkan dalam Pas, pimpinan parti selalu berucap atas pentas atau dalam mesyuarat bahawa Pas bukan semata-mata parti politik tetapi gerakan Islam dan dakwah.


Timbul persoalan apabila saya jadi Timbalan Ketua Pemuda negeri, saya suarakan perkara dakwah di peringkat muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat. Mengenai dakwah itu sendiri dalam muktamar, kita nampak berkecamuk, fikrah yang berkecamuk sebenarnya.

Dalam Pas belum nampak satu Lajnah atau jabatan dakwah yang begitu fokus kepada bukan Islam dan islah sesama orang Islam seperti mat rempit dan sebagainya.

Kalau ada pun Pas cuma cuba-cuba buat ikut aktiviti. Sebagai contoh, Pemuda Pas Pusat pernah dekati artis, Sinar (Harian) belum wujud di Pulau Pinang dan Utara. Mereka main bola sepak tetapi tidak berterusan hanya sekadar memenuhi syarat. Cuma nak bagi tahu kami dah buat program ini.


Setiap teguran yang kami buat pada peringkat Pemuda Pas Pusat, bila pimpinan Pas Pusat jawab, negeri akan kena balik. Malah saya agak ralat masa itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Haji Hadi Awang datang untuk rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat bersidang, beri semangat Pemuda mesti berani dan bersemangat.

Tetapi bila Pulau Pinang cuba nak ambil pendekatan atau kata-kata Tuan Guru Hadi iaitu ambil keberanian untuk menegur, mungkin dari sudut bahasa kasar dan yang patut kena tegur pemimpin. Saya amat kesal selepas benda itu meletup, pimpinan Pusat akan kata itu pandangan peribadi.


Ini bukan soal peribadi tetapi soal muktamar. Kalau orang faham itu muktamar, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang iaitu wakil dan pandangan Pemuda Pulau Pinang.

Sampai tahap tak boleh lupa bila Hadi kata Pemuda Pas macam beruang, sayang pada tuan dia dan tampar nyamuk sampai koyak muka tuan dia. Juga Tuan Guru Hadi ada sebut Pemuda macam buih Coca-Cola. Tarbiah datang dari Pusat supaya Pemuda berani untuk menegur. Tetapi apabila teguran dilontar, seakan tidak boleh terima pula.


Adakah ini bermakna Pas sudah menyimpang daripada asas perjuangannya?

HAFIZ: Saya tidak mahu kata begitu. Tetapi cuma saya tengok dari awal hingga 1980-an dan sampai akhir pegang jawatan, pimpinan Pusat di mana-mana ceramah dan program dalaman parti sering menyebut bagaimana Saidina Omar Al-Khattab ditegur dengan pedang.

Kami tak pernah bawa pedang dalam muktamar. Jadi kita tak sampai tegur secara biadab tapi cuma lantang, tegas dan berterus terang. Sesuai dengan Pas yang selalu minta kepada musuh-musuhnya agar telus dan terus telus.

Dan itu ketelusan yang cuba kita bawa peringkat negeri kepada Pemuda Pas Pusat. Pemuda Pas Pulau Pinang selalunya kami bertembung, pandangan kami ditolak, dalam muktamar cakap kami disekat.


Benda itu semua saya dok perhati dan sampai sekarang apabila Pas mula berkawan dengan parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Di sini saya nampak Pas ada sikap double standard. Ini memang kena tulis.

Tolong tulis. Pas memang ada double standard. Sebab dengan UMNO, Pas tolak bermati-matian sampai hari ini. Baru nak duduk bincang meja bulat, Pas dah beri syarat UMNO kena tukar dasar. OK, itu saya setuju dan saya terima kerana dasar UMNO bukan Islam.

Dan kerana itulah saya berada dalam Pas sejak 1980-an dahulu kerana UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam. Tetapi kenapa Pas bertegas dengan UMNO sampai hari ini macam satu kemestian kalau UMNO nak bincang kena tukar dasar.


Tetapi kenapa dengan dua parti yang hari ini jadi anggota Pakatan Rakyat (PR) terang-terang, yang terkini contoh hudud, wayang gambar berulang apabila Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) melontarkan cadangan untuk melaksanakan hudud, sekali lagi Karpal Singh menentangnya.

Dulu kata “over my dead body”. Sekarang ni dia tunjuk sekali lagi sikap sebagai seorang ahli politik DAP yang menentang hudud dilaksanakan. Kemudian (Lim) Kit Siang pun memang sokong Karpal Singh dan tidak setuju dari dulu lagi sampai sekarang begitu juga anaknya Guan Eng.


Memang tiada tertulis apa-apa iaitu dalam PR ini apabila setelah ditakdirkan mereka mengambil alih Malaysia akan laksana hudud atau undang-undang Islam, memang tiada.

Malah saya lebih kesal lagi dan kena tegur Pas Pusat, sampai hari ini kenapa satu pakatan yang sangat longgar diteruskan melebihi 10 tahun dan tidak bertulis apa-apa. Tiada satu perjanjian yang jelas yang dibuat.

Kalau kita pertikai dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu pada Islam, kita tak mahu duduk semeja, berunding dan tidak akan bekerjasama. Kenapa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dasar mereka tidak Islam dan tidak boleh tolak ansur dalam pelaksanaan hudud, Pas terima.


Saya ada fakta (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail tolak hudud melalui keratan akhbar. Anwar Ibrahim pun tidak jelas pendiriannya. Tetapi bagi saya tak jelas pun tak apa, dia bukan ahli PKR hanya penasihat.

Saya tak pandang pada Anwar tetapi pada Presiden PKR. Pemimpin DAP pun tolak hudud, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pun tak setuju. Dia marah apabila kita bangkit soal hudud. Saya masih ingat ketika muktamar Pas negeri,

kita jemput Ustaz Azman Shapawi kalau tak silap saya, pada ceramah sebelah malam itu, Azman sebut kalau PR menang, kita akan laksana hudud. Hari ini keluar surat khabar, esok Guan Eng jawab terus. Tak setuju dan tidak ada dalam perbincangan PR.SH