Tun Faisal Exco Pemuda Umno Malaysia tak akan lama di kerusinya kerana blogger-blogger Umno dah mengamuk.
Parpu Kari dalam blognya telah belasah Tun Faisal yang mengetuai Unit Media Baru Pemuda Umno.
Biasalah, Parpu Kari dan blogger-blogger Umno yang bermatian-matian memenangkan calon BN tiba-tiba Tun Faisal yang akan dapat nama, mana boleh.
Parpu Kari dan blogger-blogger Umno yang tak tidur malam, tak sempat mandi, berak kencing tak sempat puas kerana perah otak membantu BN. Tiba-tiba yang dapat peruntukan besar dari Umno, namanya Tun Faisal.
Parpu Kari dan blogger Umno hanya boleh telan air liur tengok Tun Faisal yang kerja tak tara mana tapi nama naik , poket pun kencang.
Percayalah selepas ini, latar belakang Tun Faisal pula akan dikorek blogger Umno sebab mereka memang pakar dalam bab korek sampai seluar dalam orang.
Bagi Parpu Kari dan blogger Umno, Tun Faisal tak layak ketuai Unit Media Baru. Yang layak siapa ? Tentulah Parpu Kari
Lepas ini pasti akan keluar, cerita Tun Faisal masa belajar Farmasi di USM, kenapa lama sangat belajar di USM sambung master ka atau extend?. Pangkat First atau Third Class? TUNGGU LA KAU TUN FAISAL, TAK DOPEK DEN NAK NOLONG
Peranan UMB UMNO dipertikai
Parpu Kari lebih layak ketuai Unit Media Baru (UMB) Umno
Peranan Unit Media Baru atau UMB yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz dipertikai apabila UMB dikatakan gagal berfungsi mengikut bidang tugas yang sepatutnya.
UMB yang sepatutnya membantu UMNO dalam perang saraf dengan pihak Pakatan Rakyat dilihat gagal dalam menaikkan Pemuda UMNO terutama ketika di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu.
Masalah unit media ini kian ketara di Melaka, apabila media baru dijalankan oleh Pahlawan Melayu Melaka atau PMM yang bukan berada di bawah UMB.
Malah, 20 orang bloggers yang bernaung di bawah PMM juga tidak menghiraukan Tun Faisal.
Sementara itu, di Kerdau, Pahang, media baru dikendalikan oleh PAHANGKU.
Menurut sumber, UMB yang sepatutnya menjalankan tugas dan menaungi para blogger dikatakan telah ditolak sejak dari awal lagi oleh hampir keseluruhan blogger UMNO.
Ahli Dewan Negara,Negeri Melaka, Datuk Akbar Ali, dikatakan memberitahu Ketua Pemuda UMNO Melaka, Karim Yaacob agar membubarkan UMB sejurus selepas mengumumkan kemenangan tidak rasmi UMNO-BN di Command Centre UMNO-BN, Merlimau.
Ianya mungkin secara tidak langsung disebabkan oleh ketidakupayaan UMB menggalas tugas dalam beberapa PRK yang lepas dengan kemuncaknya adalah di Merlimau dan Kerdau.
UMB dijanakan dengan peruntukan yang besar, namun ianya dilihat seperti tidak lebih daripada sebuah entiti yang hanya sekadar menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO dan bukannya Pemuda UMNO secara keseluruhannya.
Seperti yang tersiar dalam blog parpukari
Sinar Harian