Saturday, March 12, 2011
Nik Aziz tuntut lagi Harussani beri tahu di mana dia ambil dakwaan Nik Aziz kata undi PAS masuk syurga
KOTA BHARU, 12 Mac : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menunggu jawapan dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kenyataannya yang mendakwa ‘undi Pas masuk syurga’.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak menerima alasan Harussani bahawa sebarang jawapan yang dibuat tidak akan merubah dirinya.
“Dia tidak jawab surat yang saya hantar, kenapa tak jawab, saya difahamkan dia kata jawapan tidak akan berubah (sikap) Nik Aziz, saya hanya nak tahu dia ambil di mana dakwaan (undi Pas masuk syurga) itu,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini semalam.
Sebelum ini, Nik Aziz dilihat sentiasa bercanggah pendapat dengan Harusssani itu, dan yang terbaru Mufti Perak itu mahu pemimpin Pas khususnya Nik Aziz tidak menggunakan hukum untuk meraih kepentingan politik.
Menjawab perkara itu, Nik Aziz menjelaskan dalam ajaran Islam, setiap perbuatan termasuk isu masuk ke tandas sekalipun menggunakan hukum hakam.
Justeru Nik Aziz menasihatkan Harussani tidak mengulas sesuatu isu berdasarkan fakta yang tidak jelas puncanya.
“Jangan kita jadi mufti hanya dengar pandangan orang kampung sahaja, dia bertaraf mufti,” katanya.
Orang India balik estet : MIC pun sama macam Umno
IPOH 12 MAC : Cadangan Presiden MIC Datuk G Palanivel supaya masyarakat India yang berpendapatan RM 500 agar kembali semula ke estet mendapat tentangan dari pemimpin Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran menyatakan cadangan yang diberikan adalah cadangan sementara yang tak masuk akal kerana tidak mengambil kira pergerakan rakyat untuk berpindah randah.
"Dia membuat kenyataan atas pendirian apa pun saya tak faham bahawa masyarakat sekarang di estet mendapat pendapatan sebanyak sekurang kurangnya RM 1500 seorang dan ada kemudahan rumah, air, elektrik dan pelbagai kemudahan yang lain. Beliau berkata itu adalah cadangan sementara waktu. Apa yang dicadangkan oleh Palanivel itu tidak boleh diterima," katanya.
Ahad lalu, Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menerima kritikan pelbagai pihak dalam masyarakat India, termasuk Ketua Pemuda MIC T Mohan.
Palanivel berkata cadangan beliau itu ditujukan kepada mereka yang termasuk dalam golongan tersebut, khususnya mereka yang tinggal berhampiran ladang milik syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby.
Katanya pada musim tuaian dan menoreh yang baik, pasangan suami isteri yang bekerja mampu meraih pendapatan sekitar RM1,500 atau lebih.
Justeru Kulasegaran mahu perkara ini juga akan dibangkitkan beliau pada sidang parlimen akan datang di mana beliau juga akan memperlihatkan sepuluh lagi persoalan di parlimen akan datang seperti ketidak adilan dalam pemberian bantuan kewangan, statistik masyarakat miskin yang masih banyak di Malaysia, jenayah yang semakin tinggi,dan isu ramai masyarakat yang masih tidak mempunyai sijil kelahiranr
Selain itu perkara yang akan dibangkitkan juga berkaitan mengapa indeks dan statistik yang diberikan kerajaan selalunya tidak tepat dan melambangkan Kerajaan Persekutuan dilihat tidak adil dan telus dalam merangka gaji permulaan di sektor kerajaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai A Sivanesan turut membidas kenyataan tidak bertanggunjawab Palanivel itu.
"Palanivel dalam tempoh semunggu membuat dua kenyataan dalam isu sama. Pertama, dia minta India di bandar jika pendapatan kuran RM 500 dinasihatikan balik ke estet dan mereka boleh dapat rumah, air dan elektrik percuma dan kedua, dia kata pekerja ester menikmati gaji minimum RM 700 sebulan, ini tidak benar," ujar Siva.
Kemusnahan akibat gempa dan tsunami lebih ketara hari ini
TOKYO 12 MAC : Kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara apabila lebih 1,300 dikhuatiri maut sebaik sahaja fajar menyingsing di negara itu.
Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.
Siaran televisyen memaparkan visual tentang kawasan kediaman dan ladang yang ditenggelami air serta kenderaan yang dihanyutkan. Sementara itu, satu lagi gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata.
Bagaimanapun, setakat ini, sejauh mana kemusnahan yang diakibatkan gempa terbaru yang berlaku di kawasan berkenaan, yang terletak jauh dari kawasan yang dilanda malapetaka dahsyat semalam, belum diketahui.
Di samping berita tentang kemusnahan dan usaha menyelamat yang menja ditumpuan pelbagai pihak sekarang, satu lagi perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya ini.
Sementara itu, kedutaan Malaysia di sini menyatakan pihaknya telahmenghubungi warga Malaysia, termasuk pelajar yang tinggal di kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi itu.
Sehingga pukul 6 pagi tadi (5 pagi waktu Malaysia), kedutaan itu telah menghubungi 289 warga Malaysia yang tinggal di wilayah yang dilanda gempa bumi dan tsunami semalam .
Ia juga berhubung dengan rakyat Malaysia dari wilayah lain, yang kurang terjejas oleh bencana alam itu.
"Setakat ini, kesemua mereka selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kemalangan jiwa. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan paling teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun," kata Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Sebahagian lebuh raya ke Lapangan Terbang Narita yang ditutup sebelum ini atas faktor keselamatan, telah dibuka semula.
Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hariwaktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), esok.
Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka.
Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain. Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas.
Adegan yang tak sanggup anda lihat, tak mampu pemimpin Umno buat
Negeri Sarawak, Taib Mahmud yang punya
Bumi Sarawak hak milik mutlak Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud menggila lagi. Kedengaran macam tak masuk akal, tapi inilah yang terjadi. Ketua Menteri yang diketahui umum selama ini merompak harta Sarawak melakukan tindakan seolah-olah bumi Sarawak sebagai hak milik mutlaknya.Umno dan judi, bagai aur dengan tebing
Tengok nii.."Bangga"nya Menjadi Umno Trengganu..??
Untungnya rakyat Terengganu yang berpemimpinkan UMNO-BN. Berbahagialahlah agaknya orang yang berMBkan Datuk Ahmad Said.
Tentu orang UMNO sujud syukur kerana UMNO memerintah Terengganu. Mereka berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama.
Golongan yang dikatakan menyeleweng agama. Mat Said dok ceramah ke pelusuk Terengganu kini bahawa Pas Parti ajaran sesat.
Pas dianggap sesat kerana mengharamkan premis judi daripada mendapat lessen dari Majlis Perbandarana dan daerah daripada beroperasi meskipun mereka mempunyai lessen yang diluluskan oleh kementerian Kewangan UMNO. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan undang-undang tubuh Terengganu dengan berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma’ & Qias. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan rang enakmen hudud, Qisas & Ta’zir???
Kini rakyat Terengganu bergembira dengan UMNO yang berjuang Islam. Membawa masuk kembali hiburan Jom Heboh tanpa sekatan. Dan yang terbaru kenyataan Exco Terengganu bahawa Judi telah dihalalkan?
Tentu sujud syukur pengundi UMNO Terengganu. Mereka baru boleh berjudi sebagaimana negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO yang lain. Taklah ditegah macam negeri Kelantan. Ketiadaan premis judi menyebabkan kurangnya keuntungan Vinsent Tan dan Ananda Krisnan. Tiadanya sumbangan untuk pilihanraya UMNO nanti.
Mana dia Exco agama Terengganu? Mana dia penasihat agama MB Mat Said, cikgu matematik yang jadi ustaz, Kamal Saidin hulubaya UMNO-BN? Bergembiralah Tok-tok Imam & Bilal di Terengganu… itu tanda dan mukaddimah bahawa kedai judi akan mula beroperasi kembali di Terengganu. Tahniah UMNO-BN. Tahniah Rakyat Terengganu, sebagai tanda syukur selepas letih bersalawat, berarak sempena maulud nabi baru-baru ni.. Judi dihalalkan? berbahgialah mereka bersama UMNO?
Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu
Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.
"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.
Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup. Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.
Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya.
PAS lebih berwibawa berbanding Umno menanggani isu judi
Umno marah PAS tak haram judi..........
Agaknya lantaran terkejut hilang kuasa sejak 3 tahun kebelakangan ini Rahman dan rakan-rakannya lupa yang mereka dahulu pernah berkuasa di negeri ini. Semasa mereka berkuasa judi tidak diharamkan walau memiliki kerusi jauh lebih banyak dari PAS ketika itu.
Walau dalam keterbatasan kuasa PAS perlu berikhtiar meyakinkan rakan-rakannya dalam kerajaan, sedang semasa Umno berkuasa dahulu (kalau Umno parti orang Islam) mereka boleh sahaja terus mengharamkan apa sahaja yang mahu dioharamkan kerana mereka punya kuasa mutlak.
Tampak lebih berani dan realistik berbanding Umno yang sekadar berpeluk tubuh memanaskan kerusi kuasa.
Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip dari perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam tapi kerajaan tak peduli semua itu.
Pahang jangankan judi loteri dan tikam nombor, kasino terbesar di rantau ini tersergam di puncak banjarannya!
Rosmah bikin masalah besar
Masalah yang dicetuskan oleh First Lady
BERDASARKAN jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz di Parlimen 9 Mac lepas, suatu division baru yang dinamakan FLOM memang wujud pada asalnya.
Ia dipaparkan dalam laman web www.pmo.gov.my (Prime Minister Office), tetapi ia kemudiannya ditarik balik kerana dipertikaikan wakil Pakatan Rakyat.
Nazri dalam jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, menafikan kewujudan FLOM, tetapi mengakui paparan mengenainya ditarik balik kerana beliau mendakwa 'pembangkang keliru'.
Tetapi Nazri tidak sedar, kekeliruan itu sebenarnya dicetuskan oleh kerajaan sendiri. Jika tidak mahu 'pembangkang' atau rakyat keliru, mengapa paparan mengenai FLOM, dibina menggunakan alamat website rasmi kerajaan Malaysia yang menggunakan singkatan gov.my di internet?
Nazri juga memperakui bahawa Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya membelanjakan wang rakyat sebanyak RM134,317.76 wang negara (wang rakyat) untuk lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.
Rosmah melakukan lawatan dari 6-10 Januari ke Riyadh, 16-18 Januari ke Muscat dan 20 Januari 2011 ke Dhaka.
Ahli rombongan yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri adalah terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta isteri Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri serta beberapa pegawai kerajaan yang terliba, kata Nazri.
Ada beberapa persoalan besar yang harus ditimbulkan di sini. Jawapan Nazri ini adalah jawapan rasmi kerajaan, selepas beberapa bulan isu berkaitan isteri PM dibangkitkan rakyat.
Sebelum ini, kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri diam membisu.
Membangkitkan isu Rosmah bukan isu peribadi. Mempersoalkan kewajaran peranan Rosmah, juga bukan bertujuan menyentuh hal-hal peribadi PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri.
Dalam pertemuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan karyawan Harakah di Pejabat Agung PAS 3 Mac lepas, beliau mengingatkan para wartawan agar tidak menyerang peribadi Rosmah.
Menyerang peribadi yang dimaksudkan beliau ialah, sebagai pengerak Harakah Islamiyah, kita tidak harus melabel Rosmah dengan gelaran yang menghina peribadi beliau.
Antara yang disebarkan dalam emel, facebook, blog dan sebagainya, ada pelayar internet menggelarkan beliau sebagai 'bik mama' (big mama), ada yang kata 'the fat lady'. Semua gelaran ini tidak wajar dan tidak menepati kehendak Islam.
Namun masalah timbul, apabila Rosmah menggelarkan dirinya First Lady of Malaysia (Wanita Pertama Malaysia), atau singkatannya FLOM (FLOM).
Sebelum ini, isu berkaitan Rosmah menjadi serius apabila kerajaan tidak menjawab tentang kewujudan jabatan baru yang dinamakan sebagai FLOM di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Khabarnya dalam perancangan sebelum ini, FLOM ditempatkan pada aras yang sama dengan pejabat PM. Mempunyai pegawai yang tersendiri. Kewujudan FLOM disahkan melalui paparan dalam laman web rasmi JPM. Bagaimanapun, paparan tersebut dibuang selepas didedahkan media.
Namun hanya paparan yang dibuang. Lain-lain persoalan mengenai kewujudan FLOM, dana mana yang digunakan untuk membiayai perjalanan Rosmah ke luar negara, siapa yang membayar gaji pegawai-pegawai FLOM, semuanya didiamkan kerajaan.
Namun daripada jawapan Nazri di Parlimen, jelas menunjukkan Rosmah menggunakan wang kerajaan untuk memenuhi undangan negara terbabit. Yang lebih teruk sekali ialah apabila Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga menjadi anggota delegasi. Bila Menteri jadi anggota delegasi, maka sudah tentu Rosmah menjadi ketua rombongan.
Persoalannya, atas kapasiti apa seseorang yang tidak menjawat jawatan rasmi dalam kerajaan, boleh menjadi ketua rombongan, jika ianya majlis rasmi yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan.
Persoalan lain yang harus dibangkitkan, jika undangan tersebut khusus untuk Rosmah berucap atau menghadiri seminar, mengapa harus dibawa anggota rombongan yang besar? Mengapa harus diangkut seluruh isteri Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan?
Atas kapasiti apa kerajaan meluluskan peruntukan sebesar ini?
Mengenai FLOM, gelaran First Lady memang biasa digunakan, bagi merujuk kepada isteri Ketua Negara, sama ada dalam sistem beraja mahupun dalam sistem negara republik.
Namun, diterima juga gelaran First Lady bagi negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Malaysia.
Apa pun, ramai di kalangan rakyat yang mempertikaikan hasrat Rosmah menjadi FLOM kerana dalam sistem perundangan negara, Malaysia mempunyai Yang di-Pertuan Agong, manakala Raja Permaisuri Agong seharusnya menjadi First Lady.
Dalam konteks kuasa eksekutif berpusat kepada PM, mungkin Rosmah mahu First Lady dirujukkan kepada beliau.
Bagaimanapun, lima PM Malaysia sebelum ini, dari Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj hingga Tun Abdullah Ahmad Badawi, isteri mereka tidak pernah menggelarkan diri sebagai First Lady.
Justeru, apa yang dilakukan Rosmah adalah menyalahi precedent atau menyalahi amalan biasa yang diamalkan oleh isteri lima PM sebelum ini.
Tidak dinafikan wanita yang menjadi isteri kepada PM ada peranan tertentu yang harus dimainkan, untuk mendukung kerjaya suaminya.
Tetapi peranannya membantu suami (PM) harus dikhususkan. Isteri PM, isteri Menteri, isteri MB dan KM sama sekali tidak harus terbabit dalam business dealing, tender dan sebagainya.
Rosmah sudah pergi lebih jauh daripada lima isteri PM sebelumnya. Beliau pergi berkempen ke PRK Kerdau dengan menaiki helikopter. Masuk ke Felda dan berkempen untuk BN.
Harus dipersoalkan helikopter yang digunakan beliau milik siapa? Jika kos penerbangan tersebut dibiayai oleh ahli politik atau ahli perniagaan pro Umno-BN itu kita tidak persoalkan. Kita cuma mahu memastikan wang rakyat tidak disalahgunakan.
Masalah yang ditimbulkan oleh Rosmah bukan sahaja tidak disenangi Pakatan Rakyat, malah orang-orang Umno sendiri pun tidak menyenanginya.
Harus diingat, semasa PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkuasa dahulu, bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahannya sebagai 'kerajaan tiga beranak'.
Hari ini bloggers Umno sendiri yang melabel pemerintahan Najib sebagai 'kerajaan suami isteri'.
Kita tidak mahu menuduh lebih daripada itu, tetapi yang harus diperhatikan ialah kecenderungan kerajaan untuk membenarkan pihak tertentu terlalu berkuasa sehingga semua peraturan tatacara kerajaan dilanggar. Malah wang rakyat dibelanja sewenang-wenang untuk keperluan First Lady juga tidak wajar.
Kita mencabar kerajaan, jika apa yang dilakukan Rosmah tidak menyalahi peraturan, sila kemukakan bukti, butiran perbelanjaan beliau yang telus. Sila buktikan beliau tidak menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.
Jika bukti-bukti ini tidak dikemukakan, hanya dijawab dengan mengatakan 'itu fitnah pembangkang', maka jangan sesekali dipersoalkan jika wujud persepsi buruk terhadap isteri PM.
Jika persepsi buruk ini tidak diatasi, apakah bezanya Rosmah dengan Leila Tablisi, Suzanne Mubarak dan Imelda Marcos?
Jangan-jangan FLOM bakal jadi flop!