Nik Aziz masih tunggu jawapan Harussani
KOTA BHARU, 12 Mac : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menunggu jawapan dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kenyataannya yang mendakwa ‘undi Pas masuk syurga’.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak menerima alasan Harussani bahawa sebarang jawapan yang dibuat tidak akan merubah dirinya.
“Dia tidak jawab surat yang saya hantar, kenapa tak jawab, saya difahamkan dia kata jawapan tidak akan berubah (sikap) Nik Aziz, saya hanya nak tahu dia ambil di mana dakwaan (undi Pas masuk syurga) itu,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini semalam.
Sebelum ini, Nik Aziz dilihat sentiasa bercanggah pendapat dengan Harusssani itu, dan yang terbaru Mufti Perak itu mahu pemimpin Pas khususnya Nik Aziz tidak menggunakan hukum untuk meraih kepentingan politik.
Menjawab perkara itu, Nik Aziz menjelaskan dalam ajaran Islam, setiap perbuatan termasuk isu masuk ke tandas sekalipun menggunakan hukum hakam.
Justeru Nik Aziz menasihatkan Harussani tidak mengulas sesuatu isu berdasarkan fakta yang tidak jelas puncanya.
“Jangan kita jadi mufti hanya dengar pandangan orang kampung sahaja, dia bertaraf mufti,” katanya.
apa feadah nya mufti ikut kata nik aziz,,,,,,,saya insan kg yg dilahirkan semasa politik kafir mengkafir,nikah umno tidak sah,kenduri yg tak halaldan bermacam lagi,,,malah keluarga gua kena tepias angkara politik ini dek kerana taksut,malah insan2 kg yg bersaudara tidak berdamai,,,gua ingin tahu,siapa akan tanggong semua ini,,malah mati saudara dulu yg tak haluan siapa akan tanggong,,fikir2 lah
ReplyDeleteUmno ni tok sah dok fitnah, cakap tak ada bukti tak payah la
ReplyDeletemaksud hadis "Berkata benarlah walaupun pahit....utk renungan mufti melayu Perak.
ReplyDelete