Saturday, April 2, 2011

Kalau takut dilambung badai media pencacai UMNO jangan berumah di negeri yang diperintah PR

Air mata Melayu di Johor Darul UMNO

Jika anda berumah di negeri diperintah UMNO, apa pun yang terjadi kepada rumah anda jika dizalimi kerajaan UMNO tidak akan ada media pencacai UMNO yang mengambil tahu. TV3, RTM, UTUSAN MELOYA, BERITA HAIRAN tidak akan melayan rintihan anda seperti yang terjadi kepada mereka seperti di bawah :











Apabila hujan turun teringat tragedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi:
Denai Pinggiran Johor ..

* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat



Perancangan video seks bersepadu libatkan banyak pihak bukan hanya 3 'T'

Video Seks : Motif Politik Amat Jelas

Sekurang-kurangnya kes video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sahih.

Soal kesahihan ini bukan sahaja membabitkan pembikinan video seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar Ismail tetapi apa yang lebih sahih ialah isu siapa yang mengusahakannya.

Berbeda dengan dua kes konspirasi yang juga berbaur seks yang cuba dipalitkan ke atas Anwar sebelum ini, kes kali ini jelas digerakkan oleh orang politik.

Dalam kes pertama Anwar dihukum bersalah kerana “salah guna kuasa” untuk lindungi apa yang dikatakan perbuatan seks sumbangnya. Beliau dipenjara enam tahun.
Namun Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan kehakiman tertinggi Negara kemudian mendapati kes itu tidak benar dan membebaskan Anwar.

Yang jelasnya, walaupun dapat dihidu umum kes itu adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkan wibawa kepemimpinan Anwar, tangan-tangan politik yang terbabit cuba disorokkan oleh pelbagai institusi – polis, mahkamah dan juga media – daripada dikenalpasti umum.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik kedudukan politiknya dan enggan memberi keterangan di mahkamah tetapi tidak pernah lelah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar (termasuk yang terbaru dalam Memoir yang bercambah kesalahan fakta).

Begitu juga kes tuduhan liwat kedua. Berhempas pulas institusi yang sama cuba melindungi perancang-perancang di sebalik tuduhan terhadap Anwar.
Seberapa boleh biarlah Anwar terpaksa berhadapan dengan pihak kehakiman, media dan juga polis sahaja. Sehingga kes bersambung semula pertengahan bulan ini, akan dapat disaksikan pula betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bersilat enggan ke mahkamah.

Kes ketiga ini lain sedikit. Mungkin kerana silap langkah dan disergah oleh beberapa pihak yang pada mulanya menjadi sasaran untuk mengukuhkan rencana jahat mereka – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ketua Solidariti Anak Muda, Badrul Hisham Shaharin -- pihak penganjur drama politik video seks ini tidak sempat dan dapat mengelak diri.

Ketiga-tiga mereka terpaksa mengaku pembabitan dalam kisah video seks ini. Mereka menggelarkan diri kumpulan Datuk T (satu nama pelik yang terpaksa direkacipta setelah tembelang mereka diketahui umum) dan, mendapat nasihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Maka oleh kerana ketiga-tiga Datuk T ini orang politik dan mempunyai rekod yang kurang cemerlang dalam soal keluhuran amalan politik mereka, maka sahih ada unsur politik dalam konspirasi ini.
Lebih penting lagi amat mudah sekali kes ini dikaitkan dengan motif politik – jatuhkan Anwar.

Hakikat ini apabila ditokok dengan musim pilihanraya Sarawak, maka suluhan terhadap motif politik yang digerakkan orang-orang politik Umno yang masih enggan pencen ini amat ketara.
Bahawasanya mereka ini dipacu oleh dendam kesumat politik peribadi dan kepartaian adalah amat jelas.

Soal adakah dendam kesumat Rahim, Shuib dan Eskay Abdullah sahaja yang menjadi pendorong kepada usaha menggunakan perencah seks untuk menjatuhkan Anwar? Tentu tidak. Ada pihak lain yang lebih berkepentingan yang yakin bahawa hanya fiksyen seks yang boleh meranapkan kerjaya politik Anwar.

Sudah tentu entiti pendengki dan bacul ini adalah Umno.
Sebagai gerakan politik yang sudah hampir lumpuh dan yang hanya mampu mengatur langkah bila disogok wang ringgit, Umno nampaknya makin ketandusan idea untuk menang dalam persaingan politik.
Betapa tidaknya, tema untuk menjatuhkan musuh hanya mampu dikaitkan dengan seks. Memang benar pepatah orang dahulu kala, “alah bisa tegal biasa” dan “turutkan nafsu lesu.”

Kelesuan politik Umno ini nampaknya juga membawa kesuraman kepada daya pemikiran dan tindakan institusi lain yang memang sebelum ini juga bertolak-tolak tidak mahu dikenalpasti rakyat sebagai tangan-tangan yang terbabit dalam konspirasi skala besar ini terhadap Anwar ini.

Cara laporan media misalnya, jelas tidak berdaya lari daripada usaha cuba mensensasikan rekayasa konspirasi.
Dengan mengulang pendekatan yang sama dari kes fitnah seks satu hingga tiga, ia sekaligus mengisytiharkan betapa dangkal dan lemahnya daya fikir pengendali media arus perdana.
Mungkin kerana mereka sendiri tidak mampu mengendali naluri seks masing-masing, maka merekapun merumuskan bahawa kisah-kisah seks mampu membantu jualan akhbar dan melonjakkan “ratings” televisyen mereka.

Begitu juga dengan cara penyiasatan polis. Yang disiasat ialah orang yang mengadu difitnah dan teraniaya.
Dengan menggunakan taktik yang condong kepada pengesahan cerita-cerita fitnah, ketiga-tiga kes disiasat menggunakan pendekatan sebegitu. Kes terakhir yang segera disiasat bukan kesalahan memiliki, menayang video lucah serta identiti pelaku adegan seks tetapi ketulenan video!

Motif Rahim jelas. Dia kehilangan kerusi Ketua Menteri Melaka pada 1994 sebab terpalit kes rogol gadis bawah umur. Motif Eskay pula adalah kerana terlepas imbuhan berjuta ringgit kerana Anwar tidak mahu menjadi saksi kes tuntutan komisyen dalam projek Jambatan Bengkok.

Motif Shuib pula adalah dendam Perkasa sebuah badan yang mahu Melayu terus Perkasa dalam politik Malaysia (hanya kerana ia mendakwa Melayu) tetapi gerun bersaing dengan orang lain kerana kurang yakin pada kebolehan sendiri.

Motif institusi yang bersengkongkol apa pula? Takut! Ya takut hilang kedudukan dan jawatan kerana kecurangan ketua-ketua silam.

Jika mengaku pemimpin institusi seperti polis, kehakiman dan media sebelum ini curang dan culas, kedudukan sendiri akan diperkecil masyarakat. Jadi atas nama untuk memelihara keluhuran institusi, mereka pun meneruskan tradisi dan politik usang dengan harapan rakyat tidak dapat membaca pembabitan mereka. Maka yang sahih, kes kali ini adalah kes konspirasi politik skala tinggi.

Pakatan Rakyat Vs Barisan Nasional + Snap ?

Anwar : Ada Parti Mahu Pecah Belah Undi Pembangkang


SRI AMAN 3 APRIL : Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap, lapor Malaysiakini.

Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.

Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.

"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. Dari mana datang wang itu?

"Siapa beri mereka wang? Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang,” kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan.

"DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN,” katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat.

Anwar at rumah ujan, melugu, sri amanTerdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa “parti yang hampir mati” itu ditaja oleh BN.

"Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa,” kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan.

Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia.

Undi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN.

Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Umno memang pertahan pemimpin rasuah, apa nak hairan

PAS : Di Mana Moral Najib Pertahan ADUN Rasuah?


KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terangan mempertahankan seorang ADUN Umno yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah adalah satu tindakan tidak bermoral BN, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sebagai pimpinan utama, sepatutnya perdana menteri menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana rasuah ke atas ADUN Lenggeng, Mustafa Salim.

Najib pula semasa diminta mengulas perkembangan itu, bukan sahaja tidak serta merta menasihati wakil rakyat BN itu untuk melepaskan jawatannya demi menjaga maruah kerajaan dan parti, tetapi mengingatkan rakyat bahawa Mustafa masih seorang ADUN yang sah.

Najib turut menegaskan bahawa Mustafa akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu.

“Walaupun beliau masih ada hak untuk membuat rayuan, namun sebagai pemimpin politik, bila mana disabit kesalahan merasuah, di mana umum mengetahui ialah satu amalan jijik pada waktu BN menyerang pimpinan Pakatan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan tiba-tiba ADUN mereka yang disahkan terima rasuah adalah amat menghinakan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang turut menyeru para pengundi Sarawak untuk mengambil iktibar daripada kes ADUN Lenggeng ini yang jelas memperlihatkan pimpinan Umno sudah terbukti gagal untuk menjadi model yang baik kepada rakyat.

“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Mustafa supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik,” nasihat beliau.

Bob Lokman pusing Kuala Terengganu bawa mesej 'PAS Ganti Umno'

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/boblokmanKTcbg3a.jpg

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa 'bekas selebriti' Bob Lukman menjelajah bandar Kuala Terengganu bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno' (PGU) kepada warga 'bandaraya' tersebut.

Setiausahanya Wan Faizul Abas berkata, program 'santai' itu dianjurkan bersama dengan pemuda 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dimulakan dengan minum pagi di pasar Cabang Tiga dan berakhir di Pasar Besar Kedai Payang.


(Gambar kiri - bertemu dengan orang ramai di Pasar Cabang 3 selepas minum pagi di kedai 'sup bebola ikan Nazim'.)


"Ia adalah pendekatan bersemuka dengan masyarakat bandar, disamping kita mengedarkan risalah bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno', (PGU),

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/boblokmanKT035.jpg
"terutamanya memberi awasan dan kesedaran tentang program Himpunan Kbangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 yang akan diadakan di Kuala Terengganu Mei depan,"ujarnya ketika ditemui.

Wan Faizul berkata, pimpinan PAS negeri Terengganu telah memutuskan PGU kali ke-3 ini di panggil sebagai 'PGU100K' yang mensasarkan 100,000 orang kehadiran ahli, penyokong serta pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ke program tersebut.


(Gambar kanan - bersama orang ramai di suatu pameran kesihatan di Mydin Mall, disebelah kiri Bob adalah Wan Faizul)

Katanya, kedua-dua Himpunan PGU, kali petama di Chukai, Kemaman dan PGU kali ke-2 di Jerteh, Besut, telah berjaya menghimpunkan masing-masing, lebih 50,000 hadirin.


"Justeru, pemuda mengambil langkah awal mempromosikan PGU100K, sempena lawatan Bob ke Kuala Terengganu,"katanya

Elit BN kaya raya, rakyat Sarawak menderita

Anwar Ingatkan Rakyat Sarawak Usah Terpedaya Politik Pembangunan BN


ASAJAYA 2 APRIL : Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kempen politik pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional kerana golongan yang menikmatinya di negeri ini hanyalah segelintir elit yang sememangnya kaya raya, sementara rakyat bawahan terus dibelit kemiskinan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mana-mana kerajaan di dunia pasti akan membawa pembangunan tetapi yang menjadi persoalan ialah golongan manakah yang menjadi sasaran kepada pembangunan itu dan kelompok mana yang boleh mengaut keuntungan melaluinya.

" Syukur ini kepada siapa? Kepada Allah bukan kepada manusia, Mubarak pun buat jalan, Indonesia lagi ada jalan, England ada jalan, negera China ada jalan, India ada jalan, Bangladesh yang miskin pun ada pun jalan, sekolah ada.

" Soalnya sekarang kalau kita tidak kufur nikmat Allah, Tuhan bagi, saya ada elaun sebagai ahli parlimen tapi sekarang kena gantung sebab saya dedahkan hubungan Umno dengan Apco, sentuh sikit Israel gantung enam bulan, berkuasa betul Yahudi Israel, orang lain boleh sentuh. Orang ambil tanah kita, kita tak tau, balak habis kita tak tau, itu pun syukur, syukur apa balak habis?,"soal Anwar.

Bercakap kepada sekumpulan jemaah selepas mengerjakan solat Jumaat di Masjid Daaru As Solihin, Kampung Sambir, Asajaya semalam, beliau menegaskan walaupun Sarawak dilihat membangun, namun sejumlah besar rakyat di Bumi Kenyalang itu terpinggir dalam arus pembangunan yang dibawa BN.

" Apa kita cemburukan dengan orang kaya, jangan! Orang kerja dia kaya hak dia, tetapi kalau dia jadi menteri, saya Menteri Kewangan lapan tahun.. saya datang disambut permaidani merah, satu balak saya tak ambil, kita kena ingat hasil bumi milik kita, bagi lah syarikat untung sikit, (yang lain) agihlah kepada rakyat.

" Minyak hasil negeri tetapi harga minyak naik. Periksa masa saya Menteri Kewangan minyak naik ke tidak,"katanya lagi.

Seterusnya Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata, layanan yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap rakyat miskin dan golongan berada juga amat berbeza sekali.

" Mereka berani dengan orang kampung, marah orang kampung, nak buat majlis sikit datang ugut, ada bendera (Pakatan) minta diturunkan kerana mereka orang kampung. Orang besar yang kaya buatlah apa pun, curilah sebanyak mana mungkin pun, kes apa pun, kes bunuh kalau melibatkan orang atas tutup semua, yang kita nak bawa perubahan, dari sudut inilah,"jelas Anwar lagi.

Justeru itu beliau menyeru rakyat Sarawak supaya menyokong Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN pada pilihanraya negeri 16 April nanti supaya negeri ini juga
dapat menikmati dasar pro rakyat seperti di negeri-negeri yang diperintah gagasan itu.

" Kita bawalah perubahan dengan baik, tak usah bermusuh, saya tidak pernah berkelahi dengan orang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), saya bukan musuh, dia nak maki saya pun, saya tak kenal.. biar je lah, tak payah jawab, saya mahu guna kuasa bagi lah sikit mesej, cukup cukuplah ambil harta.

" Bagilah peluang kita belajar daripada pengalaman. Rakyat Kelantan dan Selangor boleh buat, orang Melayu, Melanau, Iban, kita boleh jaga semua,"katanya lagi.

Kenyataan Ketua Polis Negara ditolak

Video Lucah : Pemuda PAS Tolak Kenyataan Ketua Polis Negara


SHAH ALAM 2 APRIL : Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa video lucah yang ditayangkan di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara pada 21 Mac lalu adalah tulen, tidak bermakna kerana ia gagal menangani isu fitnah terhadap individu yang dikaitkan dengan rakaman itu.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, teknologi canggih memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki.

"Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakonnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

"Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya," ulas beliau dalam satu kenyataan media.

Selain mendedahkan video berkenaan adalah tulen, Ismail semalam turut mendedahkan bahawa penyiasatan polis kini di peringkat akhir.

Walau bagaimanapun, individu penting dalam kes ini termasuk yang dituduh melakukan zina, langsung tidak dipanggil untuk memberi sebarang kenyataan.

Ismail juga mendedahkan tiga individu ditahan bersabit kes video seks ini, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Trio "Datuk T" yang membuat tayangan video lucah secara terbuka juga masih lepas bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan perundangan.

Menurut Nasrudin lagi, paling penting dalam konotasi agama, ia bukanlah tentang ketulenan video yang didedahkan "Datuk T", sebaliknya kaedah tuduhan yang tidak menepati syarak dan perlakukan menyebar serta mempertontonkan video lucah kepada umum jelas bertentangan dengan undang-undang dan hukum Qazaf.

"Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakon tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah.

"Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi,"katanya lagi.

Dalam konteks ini, agama Islam masih memerlukan empat orang saksi seperti yang disyariatkan dalam Islam untuk menuduh si pelaku melakukan perbuatan zina.

" Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara,"kata Nasrudin.

" Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam.

" Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak," jelasnya lagi.

Malah tambah Nasrudin, tidak mustahil imej individu yang dirakam melakukan hubungan seks adalah individu lain yang wajahnya mirip Anwar.

Oleh yang demikian, Nasrudin hari ini mengingatkan umat Islam supaya menggunakan kaedah yang digariskan dalam Islam kerana agama adalah untuk memelihara maruah.

" Umat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk menerima sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut,"katanya.

Kesilapan pelakon utama video seks : Perut boroi, punggung tonggek, tangan berbulu

Adegan paling tak ranjang



Oleh Hishamuddin Rais













































Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku nak menangis tetapi aku rasa bersalah. Kalau aku ketawa aku juga akan merasa bersalah. Aku merasa bersalah kerana aku adalah salah seorang yang telah djemput untuk menonton tayangan perdana pembukaan sedunia, filem Tiga Mat Boroi. Aku merasa bersalah kerana orang lain tidak dijemput.

Walau apa pun aku mesti berkata benar bahawa aku merasa begitu bangga sekali apabila seorang pengarang akhbar The Star menelefon dan menjemput aku untuk datang menonton. Menggeletek anak tekak, tak sabar-sabar nak menonton Tiga Mat Boroi. Cepat-cepat aku seterika baju dan seluar. Aku juga merasa amat amat gembira kerana dapat sama-sama merayakan kerja seni garapan Le Petit Tambi. Le Petit Tambi ini adalah pengarah filem kanak-kanak pada tahun 80-an dahulu. Dia cukup hebat dalam hal kanak-kanak dan buat anak. Dari apa yang aku difahamkan, filem terbaru ini adalah percubaan awal untuk meninggalkan genre kanak-kanak dan memasuki filem yang dianggap engaging atau filem fikrah. Bayangkan betapa bangganya aku kerana telah dijemput untuk melihat tayangan eklusif Tiga Mat Boroi ini. Tayangan ini bukan di panggung kokak di Penang Road atau di Mid Valley. Aku dijemput ke panggung yang amat eklusif - Le Carcosa. Tentang Carcosa ini, aku pernah diberitahu bahawa satu ketika dahulu Queen Elizebeth pernah terkencing berdiri di tandasnya. Ini terjadi sesudah Queen Elizebeth makan sup tomyam yang agak pedas di Jalan Masjid India. Drama ini berlaku ketika Queen Elizebeth datang ke Kuala Lumpur untuk merasmikan Sukan Kommonwealth pada tahun 1998 dahulu. Berita Queen Elizebeth terkencing berdiri di Carcosa ini memang tidak dilaporkan media kerana takut akan menjadi satu trend ikutan anak-anak muda. Amat ditakuti kalau-kalau anak muda akan pergi beramai-ramai ke Carcosa hanya untuk berdiri terkencing. Bila aku sampai ke Le Carcosa, aku telah disambut oleh lelaki gelap berpakaian serba hitam, termasuk berkaca mata hitam. Sekali pandang mereka kelihatan seperti pelakon dalam filem Man in Black. Sekali lagi pandang mereka ini semuanya seperti samseng dalam filem Tamil - bangang tapi lawak. Liputan meluas Kemudian aku pun dibawa masuk ke dalam panggung. Kelihatan ramai para gedebe tempatan dan wartawan yang telah datang lebih awal berada di situ. Semuanya kelihatan resah dan gelisah , duduk ternanti-nanti bilakah filem ini akan diputar. Sebelum filem diputar, Le Petit Tambi sebagai pengarah telah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, terutama wakil media. Le Petit Tambi berharap filem Tiga Mat Boroi ini akan mendapat liputan yang meluas. Menurut pengarah filem ini, dengan laporan media pasti orang ramai akan teringin ke panggung untuk menonton. Filem pun diputar. Belum sampai tiga minit, mula kedengaran orang berdengkur. Pada minit ketujuh, dua orang penonton bangun untuk ke tandas. Untuk aku, ini petanda yang kurang sihat kerana filem ini tidak dapat memaku bontot penonton di kerusi. Aku sendiri kembali untuk memberi konsentrasi dan melihat semua adegan yang sedang bergerak di hadapan mata. Aku terperanjat besar. Menurut Le Petit Tambi, filem ini adalah filem drama politik yang serius. Tetapi bila aku lihat, filem ini adalah filem komedi bodoh bergenre Senario. Malah aku hairan kenapa tajuk filem ini diberi nama Tiga Mat Boroi. Tajuk sebegini sudah lawak. Tidak mungkin tajuk sebegini akan dilihat sebagai filem yang serius. Filem genre politik yang serius untuk aku adalah filem seperti Maria Mariana atau Sembilu. Filem-filem ini memiliki drama politik yang hebat dan tak ada tolok bandingan dalam dunia perfileman. Sebelum filem diputar tadi, Le Petit Tambi juga berkata bahawa adegan di ranjang dalam filem ini cukup hebat. Pengarah telah menggunakan lapan buah kamera. Ini untuk memastikan semua sudut dirakam tanpa ada potongan. Penggunaan lapan buah kamera ini cukup hebat, malah lebih hebat dari Stanley Kubrick ketika membuat adegan ranjang dalam Lolita. Stanley Kubrick hanya menggunakan tujuh buah kamera sahaja. Ini betul-betul sikap Malaysia Boleh dari Le Petit Tambi! Menurut Le Petit Tambi, filem ini mengisahkan seorang negarawan ulung yang telah digoda oleh seorang gadis Siam. Si gadis ini adalah pengintip macam Mata Hari yang dihantar khusus ke Malaysia oleh kerajaan Siam untuk mengagalkan projek Getah Negara. Jika projek Getah Negara ini berjaya, maka Siam akan kehilangan pasaran yang amat besar. Inilah jalan cerita filem ini. Bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi tentang adegan ranjang ini, air liur aku meleleh. Aku ternanti-nanti adegan ranjang ini. Malah aku telah bersedia dengan sarung tangan, jika kejantanan aku terganggu. Jika terganggu, aku tahu apa yang wajib aku lakukan. Long shot Tup! Tup! Apabila adegan ranjang bermula, aku terperanjat besar. Aku merasa tertipu. Walaupun lapan kamera digunakan dari pelbagai sudut, semuanya kelihatan gagal. Semua gambar kabur dan bergoyang- goyang. Tidak ada satu pun kamera yang berani menyorot dekat. Semua gambar diambil dari jarak jauh - long shot. Malah cukup menyedihkan kerana tidak ada satu pun reverse angle untuk memperlihatkan reaksi muka negarawan yang sedang bertogel. Apa yang jelas dilihat hanyalah punggung dan bahagian belakang si negarawan ini sahaja. Macam si negarawan sedang membuat tekan tubi. Adegan ranjang ini adalah adegan yang paling tidak ranjang, yang pernah aku lihat. Gambar yang agak kabur dan bergoyang-goyang ini bertambah buruk lagi dengan lakonan kaku watak utamanya. Pelakon yang menjadi negarawan ini kelihatan tidak kacak. Kalau tidak kacak tetapi memilik badan yang gagah perkasa, mungkin juga penonton akan berpuas hati. Tetapi ini tidak juga berlaku. Mengikut istilah 'nyah ', badan pelakon utama ini, "cukup mak tak taste." Biar aku berkata jujur bahawa pelakon ini kelihatan boroi. Keboroiannya kelihatan jelas apabila dia bangun untuk memakai seluar. Perutnya kelihatan gendut. Malah apabila dia bangun, aku terdengar ramai yang ketawa melihat perutnya yang boroi dan bergoyang-goyang. Mengambil pelakon berperut boroi adakah kesilapan yang amat besar. Dalam pembikinan filem, amat penting pemegang watak utama dilihat kacak dan bergaya. Kalau pun bukan bermuka Brad Pitt, sekurang kurangnya pilihlah muka kacak seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila wira filem ini mula berjalan, aku hampir terbarai ketawa. Tetapi kerana hormat kepada penonton yang lain aku terpaksa mengigit jari untuk menahannya. Sakit perut aku menekan ketawa masuk ke perut. Pesta filem di Cannes Bayangkan, siapa pun akan ketawa apabila melihat imej negarawan ini, bukan sahaja boroi, pungungnya tonggek pula. Oh la la... di mana silapnya tuan pengarah ini? Mata aku mencari-cari dalam gelap, di manakah Le Petit Tambi? Pada ketika itu, aku rasa nak memberi satu penampar kepada tuan pengarah. Kemudian si negarawan bangun untuk memakai baju. Nah, sekali lagi aku teperanjat. Kelihatan jelas tangannya yang memegang baju itu kelihatan berbulu lebat. Memang betul, bukanlah berbulu macam King Kong. Tetapi aku amat yakin pelakon ini cukup sesuai untuk berlakon dalam iklan Gillette. Tangannya yang berbulu itu akan kelihatan licin jika dicukur dengan Gillette. Bila lampu dibuka, aku terperanjat sekali lagi. Hanya tinggal lima kerat dalam panggung Carcosa ini. Penonton yang lain telah senyap-senyap cabut pulang. Aku diperkenalkan oleh Le Petit Tambi dengan dua orang lagi yang menjadi pembantu pengarah. Bila aku lihat muka pembantu pengarah ini, aku rasa nak menempeleng kepala mereka. Muka mereka kelihatan 'poyo' walau pun mereka kelihatan bangga menjayakan filem ini. Le Petit Tambi tanpa malu dan segan telah berkata bahawa filem ini akan di bawa ke pesta filem di Cannes. Sedih bila aku mendengar kata-kata Le Petit Tambi ini. Aku merasa sedih kerana kebodohan mereka. Aku rasa filem ini, kalau YouTube adakan syarat piawaian, sudah pasti filem ini tidak akan lepas. Bila sampai ke rumah, aku termenung dan langsung membuka internet. Aku terperanjat beruk apabila membaca tentang Ummi Ufilada yang telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia memiliki 18 buah lagi filem yang akan menandingi kehebatan filem Tiga Mat Boroi. Aku hampir pengsan apabila membaca berita ini. Nampaknya si Ummi ini ingin bertempur dengan Le Petit Tambi. Lalu aku terfikir, apa sudah jadi? Lalu aku bertanya, ke mana arahnya perkembangan filem Melayu hari ini? Apakah peranan Finas telah gagal? Apakah desas-desus yang aku dengar tentang Finas kini betul? Untuk para pembaca yang teringin menonton filem Tiga Mat Boroi ini, lupakan sahaja. Tetapi kalau nak melihat orang boroi tak susah. Yang agak susah ialah bertemu orang boroi yang tonggek dan tangan bebulu. Orang jenis ini hanya berada di Siam. Tetapi kepada anak muda, kalau hendak pergi terkencing berdiri di paggung Le Carcosa seperti Queen Elizebeth dipersilakan.M/Kini