Rakyat Sarawak dilihat mempamerkan sikap politik agak unik pada pilihan raya negeri itu kali ini. Pemerhatian saya di beberapa kawasan khususnya yang ditandingi PAS, memperlihatkan sedang wujud satu 'gelombang besar' di peringkat rakyat untuk melakukan perubahan politik. Perubahan ini khususnya, berlaku di kalangan majoriti kaum Iban dan Melayu Melanau di sini. Beting Maro, Sadong Jaya dan Sebuyau, antara yang paling jelas menunjukkan semangat rakyat menolak BN. Uniknya, perubahan ini hanya dapat dirasai jika kita benar-benar mencermati tutur dan perbualan penduduk di sini. Mereka berhati-hati dalam perbualan, dan seboleh mungkin tidak akan membincangkan soal untuk melakukan perubahan secara terbuka. Namun bila mereka yakin dengan siapa mereka berbual, satu persatu kemarahan kepada BN dilontarkan. Jika melihat suasana di sini secara kasar, seperti tiada apa-apa yang berlaku, apatah lagi berdepan kempen kedua-dua pihak yang masih di peringkat awal. Lebih mengelirukan, jika dilihat cara mereka mempamerkan sokongan, kerana mereka memasang kedua-dua bendera PAS dan BN pada rumah masing-masing. Ketika ditanya kenapa memasang kedua-dua bendera, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Kamal berkata, "bendera PAS itu yang saya akan undi, bendera BN itu sebab saya mahu pemimpin BN datang rumah beri bantuan pada saya". "Bila saya buat begini, dua-dua pihak akan mengaku saya penyokong mereka, dan mereka akan datang ke sini," tambahnya lagi. Secara mudahnya, mereka seolah-olah sedang memprotes kepada BN secara senyap dan hanya akan bertindak pada kertas undi. Bagaimanapun di dua lagi Dun yang ditandingi PAS iaitu Muara Tuang dan Tanjung Datu, kekuatan sokongan terhadap parti itu dan BN dilihat masing-masing seimbang. Kempen fasa pertama yang masuk hari ketiga semalam secara keseluruhan masih lagi dilihat perlahan bagi parti yang bertanding termasuk Bebas. Ianya mungkin disebabkan faktor jentera yang terhad yang terpaksa dibawa dari Semenanjung, faktor jarak dari satu ke satu kawasan yang jauh, dan kemudahan asas yang agak terhad membantutkan kelancaran kempen. PAS dan rakan Pakatan Rakyat lain dilihat lebih banyak menggunakan pendekatan kempen rumah ke rumah dan ceramah kelompok. Mereka menggunakan pimpinan-pimpinan yang dianggap 'top gun' nasional yang berkampung di sini sejak awal pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) lagi. Bagi PAS, antara yang berkampung di sini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Berbanding BN pula, mereka dilihat lebih banyak berkempen menggunakan media khususnya televisyen dari pendekatan rumah ke rumah yang diamal mereka sebelum ini. Jika keadaan ini berterusan, banyak pihak menjangkakan PAS sekurang-kurangya berpeluang menang di tiga kerusi yang sedang berlaku gelombang perubahan, daripada lima kerusi yang ditandingi. Paling mengujakan di Beting Maro yang turut dibantu faktor calon mudanya, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang kini diterima seperti selebriti. Di Dun itu juga terdapat perkampungan Melayu Melanau terbesar di Malaysia iaitu Kampung Beladin yang juga menjadi faktor penentu kemenangan PAS. Bagaimanapun sedikit 'reserve' diletakkan apabila terpaksa berdepan pelbagai taktik kotor BN khususnya politik ugutan, dan politik wang di saat akhir. Satu lagi kebimbangan yang ada berdepan pilihan raya Sarawak kali ini adalah tindakan menggunakan ilmu sihir bagi mengkhianati pihak lawan oleh pihak tertentu. |
Friday, April 8, 2011
"bendera PAS itu yang saya akan undi, bendera BN itu sebab saya mahu pemimpin BN datang rumah beri bantuan pada saya"
GEMPAR DI SARAWAK : Adakah seekor 'jin' yang ditangkap masuk dalam botol milik bomoh Taib Mahmud?
KOTA SAMARAHAN - Para petugas pilihanraya dalam DUN N15 Muara Tuang dikejutkan dengan satu gambar objek pelik yang beredar melalui internet dan sistem pesanan ringkas (SMS).
Gambar yang memaparkan pancaran cahaya berbentuk makhluk itu dilaporkan adalah seekor jin yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol, ketika menganggu ketenteraman beberapa penduduk.
Menurut satu sumber, ia dipercayai 'jin' yang dihantar oleh keluarga Ketua Menteri, Taib Mahmud.
Rata-rata penduduk yang ditemui di sini sedia maklum tentang permainan kotor dan hina menggunakan pawang dan bomoh yang dikatakan menjadi amalan Taib.
Seorang pemuda, Langgi Anak Sanggat, 40, berkata, beliau sudah mendengar kisah Taib menggunakan khidmat bomoh sekian lama.
"setiap apa pergerakan Taib, mesti tanya bomoh, kalau bomoh kata boleh, boleh, kalau tidak tak boleh," katanya ketika ditemui di Taman Desa Ilmu, disini.
Rakan Langgi, Munan anak Sigan, 47, menyokong dan mendakwa, ia adalah antara senjata Taib dalam setiap pilihanraya.
Laman berita Malaysiakini semalam melaporkan, Ketua Menteri paling lama dalam sejarah itu. kini menggunakan khidmat beberapa 'bomoh luar negara'.
Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga bekas Meneteri Pelajaran Sarwak mendedahkan perkara itu.
Salleh dipetik akhbar internet itu, mahu seluruh rakyat Sarawak diselamatkan daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.BuletinOnline
BN semakin terdesak, aktivis rakyat dan PR dilarang masuk Sarawak
Panass..Lagi Aktivis Dihalang Memasuki Sarawak..
Wong Chin Huat (gambar kanan) yang mengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta bertolak menaiki kapal terbang pada jam 6.40 petang bersama dua orang penuntutnya. Tanpa diduga, beliau dimaklumkan bahawa dirinya dihalang untuk masuk ke Sarawak setelah mendarat di Lapangan Terbang Kuching pada jam 8.30 malam.
Wong Chin Huat membalas panggilan MerdekaReview pada jam 9.06 malam, memberitahu bahawa dirinya diminta untuk menyerah kad pengenalannya. Wong menolak untuk berbuat demikian, malah cuba membela keputusan dirinya dengan Perlembagaan Persekutuan. Beliau sedang menghubungi peguamnya untuk berunding dengan pegawai imigresen.
Bagaimanapun, Wong Chin Huat diarahkan untuk kembali ke Semenanjung kemudiannya. Beliau akan menaiki kapal terbang Air Asia pada jam 10.10 pm. Wong dihalang mengikut Akta Imigresen Seksyen 65(1)(a), akta yang sama digunakan untuk menghalang kemasukan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sebelum ini.
Selain itu, dua orang penuntutnya, Lu Wei Hoong dan Low Wei Yan juga disiasat pegawai kastam. Menurut Lu Wei Hoong, pegawai kastam menyiasat buku nota, fail, dan buku yang dibawanya, MARCH 8 The Day Malaysia Woke Up, suntingan Kee Thuan Chye.
Mereka diberitahu oleh seorang pegawai kastam bahawa mereka disiasat atas arahan Jabatan Kastam dari Kuala Lumpur.
Wong Chin Huat adalah warga Malaysia kedua yang dihalang untuk masuk ke Sarawak sejak terbubarnya DUN Sarawak. Pada 3 April, aktivis yang giat dalam gerakan sosial di Sarawak, Steven Ng (gambar kanan) dilarang untuk memasuki negeri Sarawak, tanpa diberi alasan.
Wong Chin Huat adalah kolumnis MerdekaReview, sebelum ini menulis sebuah artikel berjudul Mungkinkah CHRISTRAF mencetus ribut di Sarawak?
PR akan kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak
KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.
Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri.
Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka.
"Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum.
"Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini.
Turut serta berceramah, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad serta Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.
"Dari Miri ke Sibu lebih kurang 120 km, kalau di Semenanjung sejam naik kereta. Kalau saya bawa 45 minit, kena saman ekor, Mahfuz bela," katanya disambut gelak ketawa hadirin.
"Di sini, Sibu ke Miri 3 jam lebih, kerana jalan raya bukan macam naik kereta, tapi macam naik kuda," tambahnya menggambarkan kemudahan asas yang jauh ketinggalan.
Membandingkan dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih kaya jika Pakatan Rakyat memerintah.
Beliau memberi contoh Selangor yang kaya dengan hasil negeri tetapi di bawah Pakatan Rakyat, kekayaan itu dinikmati rakyat.
Ianya termasuk 20 meter padu air percuma, wang masuk universiti RM1,000, skim warga emas dan banyak lagi.
"Dalam tempoh sekarang, rakyatlah yang menjadi raja, bukan lagi Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud.
"Undilah Pakatan Rakyat, kalau satu penggal mereka perintah baik, sambung tugas mereka, kalau buruk lebih dari BN, patah balik undi parti yang anda mahu," katanya.
Bohong kerajaan BN kantoi
KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.
Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.
Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda.
Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.
Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.
Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.
Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.
Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya dileburkan dengan peledak C4 itu.
Laporan terbaru Rue89 bahawa bukan Armaris yang membuat bayaran kepada Perimekar itu bertentangan bertentangan dengan kenyataan kerajaan yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun 2006 lalu.
Dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis.
Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal dalam Dewan Rakyat.
"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.
Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.
Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor Perancis.
Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions).
BERITA PANAS : PENCACAI UMNO JADI PEMBERITA TV SELANGOR
PAGI INI WM MELAYARI BLOG TVNEWS DAN SUNGGUH MENGEJUTKAN APABILA DIDAPATI BANYAK ENTRY YANG MENGUTUK PAS, PKR DAN DAP
SUNGGUH MENGEJUTKAN KERANA MUSTAHIL PETUGAS TV NEWS TIDAK AMBIL KISAH SAMPAI SAAT INI.
BAGAIMANA PENCACAI UMNO BOLEH MENJADI PEMBERITA TV NEWS? ATAU MEREKA SUDAH DAPAT PASSWORD TVNEWS DARI ORANG DALAM.
BOLEH TENGOK SENDIRI DI http://tvsnews.net/v1/
SAPA2 YANG KENAL PETUGAS TVNEWS ATAU PIMPINAN PKR SELANGOR TOLONG MAKLUM SEGERA PERKARA INI.
BN makin tertekan bila rakyat Sarawak zahirkan sokongan kepada PR
Semangat penduduk Miri untuk merubah begitu bernyal-nyala
Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri
10,000 penduduk Miri beri isyarat ‘Ubah Sarawak’
MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi.
Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah.
“Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi.
Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke.
Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini.
Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh.
Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat.
Dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak jika mahu menikmati 10 tawaran perubahan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak.
Wajah jelas bomoh perempuan Taib Mahmud
Sentimen 'Undur Taib' memuncak, program PR dapat sambutan rakyat
Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Demikianlah cabaran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.
Lim Kit Siang (gambar kiri) disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!"
Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Lim Kit Siang memetik Sarawak Report bahawa Taib Mahmud dan kerabatnya telah menelan tanah yang luasnya kira-kira 20 kali ganda keluasan Singapura, dan Taib dicabar agar memuntahkan separuh daripadanya, untuk membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat.
Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani, klip video seks yang diedarkan "Datuk T", keselamatan dan sebagainya - untuk membidas bagaimana kerajaan mengamalkan double standard dalam pentadbiran.
Beliau berkata, tsunami politik pada 8 Mac 2008 bermula dari "angin kencang" di PRN Sarawak 2006; seandainya rakyat Sarawak berjaya mencetuskan tsunami kali kedua, maka PRU yang akan datang bakal menyaksikan bagaimana Najib menyandang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen, dan Ketua Pembangkang Parlimen sekarang, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Kata-katanya ini disambut dengan tepukan gemuruh di bawah pentas. Selain itu, Voon Lee Shan yang tersingkir dari senarai calon DAP turut hadir untuk memberi sokongan, dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh pengundi.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.
Kenyataan menyakitkan di hari pengkebumian Ahmad Sarbani
SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.
“Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya.
“Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.
Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.
Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. -BH
Tiada yang lebih biadab daripada berita di atas. Tiada yang lebih biadab daripada kenyataan dari seorang pemimpin NGO seperti di atas.
Ia dikeluarkan sewaktu jenazah Allahyarham sedang disemadikan semalam.
Mengaitkan berita kematian Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane (sehingga ini belum diketahui punca sebenar kematian) dengan membunuh diri adalah satu tindakan keterlaluan lagi tidak bertanggungjawab.
Ia tidak lansung memberikan kesan positif kepada usaha memperbaiki mutu perkhidmatan SPRM tetapi sebaliknya akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kes-kes yang tidak diingini berlaku.
Kredibiliti dan integriti pasukan SPRM sudah tercemar dan usaha berdalih untuk mewangikannya dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi mereng meminta SPRM supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur.
Memang kita tidak bertolak-ansur dengan apa bentuk jenayah, kolar biru atau kolar putih, tetapi sesuatu siasatan sehingga menyebabkan kematian itu sendiri sudah merupakan satu jenayah.
Seluruh rakyat negara ini akan bangun menentang apa juga bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat.
Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan untuk kes ini, jika berani dan jika ada kejujuran untuk mengetahui kebenaran! -GB