Wednesday, May 4, 2011

Siasat Ghani Patail


Mat zain mendakwa A-G dan Musa Hasan terlalu banyak ‘dosa’..

Kehakisan sistem keadilan Malaysia sudah parah.

Mat Zain gesa Putrajaya tubuhkan Suruhanjaya Siasat A-G

KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.

Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”

“Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.

“Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri,” kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“… supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta ‘once and for all’.

“Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat,” katanya lagi.

Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.

Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.

Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.

“Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau ‘swept under the carpet’,” katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.

Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.

“Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.

“Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang,” katanya.

Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.

“Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.

“Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian,” katanya lagi.

Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.

Katanya, “sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali.”

tmi

Mahkamah tolak saman Eskay


KUALA LUMPUR 5 MEI: Mahkamah Tinggi hari ini menggugurkan saman RM20 juta ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutif Datuk Yahya A. Jalil berhubung peranannya dalam perjanjian projek jambatan bengkok di Johor.

Shazryl sebelum ini mengambil tindakan guaman pada Januari 2002 mendakwa syarikat Merong Mahawangsa dan Yahya melanggar kontrak perjanjian apabila gagal membayar RM20 juta kepada beliau selepas memperolehi hak projek jambatan bengkok Malaysia-Singapore International Gateway (SIG).

Dalam keterangannya kepada mahkamah beliau mendakwa meminta pertolongan dengan mendiang Tan Sri Megat Junid Megat Ayub selain membantu Yahya mendapatkan akses untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Yahya kemudian mengakui mengadakan satu pertemuan bersama Anwar di rumah menteri itu yang turut dihadiri Shazryl pada 1998 tetapi menyatakan tidak berbincang mengenai projek jambatan bengkok berkenaan.

Polis ugut peguam

Polis Ugut Peguam "Jangan Sampai Jadi Macam SPRM"


PETALING JAYA 5 MEI: Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri yang membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat menerima ugutan ketika menjalankan tugasnya di Ibu Pejabat Polis Derah Gombak semalam.

Ugutan berbunyi "jangan sampai jadi macam SPRM" itu diterima Fadiah ketika mengambil keterangan anak guamnya, Mohamad Arif Abu Samah.

Menurut peguam, N Surendran, pihaknya memberikan tempoh 24 jam kepada polis untuk memanggil anggota yang terlibat dan tindakan keras perlu diambil memandangkan ugutan terhadap pihak peguam ternyata suatu tindakan yang melampau.

“Kita memberikan tempoh 24 jam untuk menahan pegawai polis yang terlibat, siasat mereka dan dakwa mereka dibawak Seksyen 503 Gangguan Jenayah, mengganggu peguam menjalankan tugas. Ugutan ini bukan sahaja kepada individu tetapi terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

PANAS : Siapa sebenarnya Eskay ?

Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?

Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.

Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.

Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau.

Siapakah Eskay?

1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu.

6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan ini

7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.


Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya...

ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..."


PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan.

Ambil duit warga emas cara tipu, serah duit warga emas pun nak tipu

Kerajaan Negeri Ragui Sumber Hasil Kutipan Wang Ehsan


GEORGETOWN 4 MEI : Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ehsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri itu kerana ia dipulangkan dengan cara yang tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar disini hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini.

P'raya tempatan di S'gor akhir bulan ini

NONEKerajaan Selangor akan memulakan projek perintis pilihan raya majlis tempatan di negeri itu pada akhir bulan ini.

Dijangkakan berlangsung selama dua bulan, ia akan menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua kampung di Kampung Baru Sungai Jarom, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Bagan di Pulau Ketam.

"Kenapa tiga? Tiada alasan spesifik sebenarnya," kata exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram Ean Yong Hian Wah (kanan).

Katanya, ketiga-tiga kampung baru itu secara rawak 'ditawarkan' oleh ADUN masing-masing.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau juga berkata projek perintis itu sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.


"Jika ini berjaya, kita akan pertimbangkan mengembangkannya untuk memilih semua ahli majlis," kata Ean Yong.

Katanya, terdapat 78 kampung baru dan "lebih 360" kampung Melayu di Selangor.

Pilihan raya itu dianggarkan bakal menelan belanja antara RM100,000 hingg RM200,000 untuk setiap kampung, kata ADUN Seri Kembangan itu.

Rakyat sengsara kerana hutang , angkara pemerintahan UMNO

Oleh: ruhan

"Umno/BN perlu berasa malu kerana membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini. Beban yang dimaksudkan ialah hutang. Antara yang utama ialah hutang isi rumah, iaitu pinjaman perumahan dan pinjaman kereta. Kedua-duanya sangat mahal.

Keadaan ini amat merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat ialah pinjaman perumahan dan kenderaan yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia.

Hal ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup keluarga.



Menurut Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar:

Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat ialah hutang yang tidak dapat dielakkan. Ketua keluarga sekurang-kurangnya memerlukan sebuah rumah dan sebuah kenderaan.

Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian.

Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama.

Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.

Sikap Umno/BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat menjadi bukti ketidakpedulian mereka terhadap kesengsaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini tidak langsung diendahkan. Malah harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno/BN yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat.

Walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minimum untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta. Di samping itu, harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Hal itu menyebabkan rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais, Inilah bukti yang menunjukkan bahawa Umno/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.

Harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebanan kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda. Untuk memiliki rumah mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi.

Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta. Situasi ini menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.

Reaksi Umno/BN terhadap isu ini sungguh mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar, iaitu kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi? Sebaliknya Umno/BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang.

Walaupun memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa. Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah. Kita mengalu-alukan usaha Pakatan Rakyat untuk menghasilkan dasar ekonomi yang lebih menjurus kepada kesejahteraan rakyat melalui Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat pada bulan Mac yang lalu.

MCA pun macam UMNO , tak boleh percaya

Tiada siapa percaya MCA sanggup tolak jawatan kerajaan, kata Guan Eng


KUALA LUMPUR, 4 Mei – Lim Guan Eng mendakwa MCA berbohong sambil menegaskan tiada siapa yang percaya komponen Barisan Nasional (BN) itu akan berada di luar kerajaan jika sokongan pengundia Cina kepadanya merosot pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP (gambar) itu berkata sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam BN tidak dapat ‘mengelak’ diri mereka daripada keistimewaan dan ganjaran yang dinikmati hasil pemegangan kuasa.

Sehubungan itu, Lim menekanakn langkah Datuk Lee Kee Shin dari SUPP yang mengangkat sumpah sebagai pembantu menteri pembangunan insfrastruktur Sarawak semalam sebagai contoh klasik ugutan kosong digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan jika tidak, ia tidak akan ada perwakilan masyarakat Cina dalam kerajaan.

“Tiada siapa yang akan percaya bahawa MCA akan menunaikan kata duanya untuk menolak jawatan atau kedudukan jika pengundi (Cina) sekali lagi menolak MCA dalam pilihan raya umum.

“Lagi pun jika pengundi sudah menolak BN, mengapa tidak MCA keluar (sahaja) dari BN? Sama ada MCA menang besar atau kalah teruk dalam pilihan raya umum, MCA akan terus diberi empat jawatan menteri,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, BN lazimnya menggunakan strategi yang sama sebelum pilihan raya untuk “beralih daripada DAP.”

Beliau menamakan ketua SUPP Sibu Datuk Wong Soon Koh dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon antara mereka yang pernah membuat janji pilihan raya untuk berada di luar tampuk kuasa tetapi secara senyap-senyap menerima jawatan kerajaan meskipun telah kalah dalam pilihan raya.

Koh dilantik sebagai senator dengan diberikan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Wong pula disebut-sebut akan dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak.

Lim juga mengkritik Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana memberi ruang kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasiskan keputuskan pilihan raya negeri Sarawak daripada melihatnya sebagai seruan demokratik untuk perubahan.

“Untuk mengesahkan lagi, perjuangan MCA bukan mengenai prinsip tetapi bagi jawatan, bukan berjuang untuk rakyat tetapi bagi jawatan,” kata Lim lagi.

Sabtu lalu, Najib berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Kata Najib, masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Sehari sebelum itu, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Dr Chua Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia,” katanya.

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit.

"Penyatuan" Umno-PAS : Rugikan negara, untungkan UMNO


Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan dakwaan 'pengkhianat Islam' hanya boleh diterima pakai untuk pihak yang membenci kepada perpaduan umat Islam dan bukan terhadap penentang penyatuan Umno dan PAS.

Beliau juga menegaskan adalah lebih baik Umno dan PAS meneruskan perjuangan masing-masing demi keseimbangan politik negara.

" Saya tidak fikir asimilasi parti ke dalam parti yang lain yakni PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS akan membuahkan hasil keseimbangan politik dalam negara kita," jelasnya.

" Kalau PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS nanti tidak akan ada keseimbangan parti politik. Apa yang akan ada hanya kerakusan kuasa dan wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah),” kata Dr Mohd Asri kepada TvSelangor.

Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mendakwa pihak-pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS adalah sebagai pengkhianat Islam.

" Kita kena tengok dulu apa maksud penyatuan itu, jika penentangan itu dibuat memang kerana dia membenci penyatuan orang Islam dalam erti kata ukhwah ummat Islam kerana dia tidak suka lihat orang islam berpadu maka kenyataan itu boleh diterima pakai," kata Dr Mohd Asri.

" Tetapi terdapat kemungkinan bahawa sesetengah pihak itu tidak menentang penyatuan ummat Islam, tetapi mungkin dia ingin melihat adanya kepelbagaian di dalam politik dan keseimbangan politik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi," ujarnya.

Utusan hari ini memetik Dr. Juanda sebagai berkata pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Dr Juanda tidak dapat dihubungi untuk mempertahankan kenyataan beliau kepada Utusan.

Jelas Dr Asri, tidak salah untuk PAS dan Umno cuba mencari titik persefahaman atas isu-isu kepentingan sama yang boleh memartabatkan syiar Islam di negara ini.

Ini boleh dilakukan tanpa mana-mana parti melepaskan agenda politik masing-masing dalam membela rakyat.

" Bersatu ini boleh jadi dalam prinsip-prinsip Islam, bersatu dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama," kata Dr Asri.

" PAS dan Umno mesti menghubungkan diri diantara satu sama lain di atas dasar ukhwah Islamiah. Bagaimanapun jangan menafikan peranan parti-parti ini untuk melakukan check and balance dalam pentadbiran negara,” tambah beliau.

Minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa hanya DAP mengaut keuntungan daripada kerjasama pembangkang itu.

Pas menolak perlawaan itu dan memberi pelbagai contoh bagaimana perjuangan Umno untuk mendokong Islam tersasar dan semakin terhakis apabila parti itu dibelit dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata pihaknya tidak sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

Dr Asri berkata penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama, sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Beliau berkata penyatuan dua parti itu adalah lebih baik dibataskan atas dasar hubungan Ukhwah Islamiah sahaja dan bukan untuk mencari kemenangan politik.

" Saya berharap PAS dan UMNO mempunyai hubungan ukhwah Islamiah persaudaraan Islam, hormat menghomati sebagai muslim, tahu hak-hak antara satu sama lain sebagai Muslim. Tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan untuk mereka berbeza dalam politik dan sentiasa menjadi pengimbang antara satu sama lain dalam politik, kata beliau.

Tahniah : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90, sokong BN, Sokong UMNO

azlan
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell station
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.


Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Teori mudah sebab apa Anwar tak bersumpah

Tentu ramai yang terfikirkan sejak dari mula segala fitnah dihamburkan kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim sampai sekarang Anwar tak pernah ambil peduli desakan demi desakan agar dia bersumpah dengan nama Tuhan menafikan segala tohmahan ke atasnya.

Kenapa Anwar berdegil dan berkeras tak mahu layan dengan semua desakan tersebut sedangkan habis semua orang yang beriya-iya menuduhnya tanpa segan silu bersumpah dengan nama Tuhan yang mereka tak taat.

Tentu ramai yang terfikir kenapa Anwar susah sangat nak lafaz sumpah kalau benar-benar dia tak lakukan semua itu. Bukankah mudah jika dia bersumpah, maka habislah selesai semua cerita. kalau dia bersumpah tentu ramai yang akan berpuas hati.

Jika anda berfikir sedemikian maka ternyata anda salah. Walau sebanyak manapun Anwar bersumpah, sekerap manapun dia naik turun mimbar semua masjid yang ada kat malaysia ini untuk bersumpah menafikan segala tohmahan ke atasnya, namun gerakan tohmahan bagi menjatuhkannya tak akan berhenti begitu saja.


Mereka yang mendesak dan mahu menjatuhkannya adalah musuh politiknya. Namapun musuh politik, kalau dia tidak diserang tidaklah kita namakannya musuh. Sampai kiamat selagi mereka itu bermusuh dengannya, segala usaha menjatuhkannya akan dilakukan dengan berbagai cara sehingga matlamat mereka tercapai.

Jadi dengan kepercayaan tersebut, maka cara yang terbaik adalah dengan memerangkap musuh menyerang pada satu sudut yang sama di mana kita sudah jangkakan. Sudut yang kita biarkan musuh menyerang itu merupakan tempat yang disangka paling lemah oleh musuh.

Segala kekuatan serangan akan dirumpukan pada sudut yang disangka lemah tersebut maka lekalah musuh untuk melihat pada sudut-sudut yang lain. Kita lengahkan musuh memberikan tumpuan disitu agar mereka tidak bergerak untuk menyerang pada sudut yang lain.

Serangan yang dijangka adalah lebih mudah untuk ditempis daripada serangan yang tidak dijangka. Jadi sebab itulah Anwar buat pekak dan bodo saja dengan desakan bersumpah. Sekali sekala dia berlakon marah dan tertekan. Itu semua hanyalah umpan bagi membiarkan musuh terus bersangka mereka hampir berjaya menang dalam serangan tersebut, jadi mereka terus menyerang tak henti-henti sampai letih.

Begitulah lebih kurang teori mudah kenapa Anwar tak akan bersumpah. Jika dia bersumpah maka musuh akan mula mencari ruang lain untuk melakukan serangan. Ini hanya akan menimbulkan masalah lain yang merbahaya apabila kita tidak dapat pastikan di mana pula kawasan serangan mereka.

Bukankah dari dulu Anwar asyik di serang dengan isu yang sama saja sampai mereka letih. Sampai mereka tak pernah terfikirkan untuk mmempelbagaikan serangan kepada Anwar...biarlah begitu, layan sajalah segala gerakan yang berulang-ulang itu bagi mereka gembiran dan leka.

Pendedahan blogger UMNO terbukti benar , Lim Guan Eng hina kesucian agama

Kenaikan Elaun Bilal & Siak: Lim Guan Eng Hina Kesucian Agama Islam..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...
Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).


Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.


"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.


Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000.
Cilaka..! Siapa Ketua Menteri Pulau Pinang ni..? Lim Guan Eng..? China Kapir..? Tak sunat..?

Berani China Kapir yang tak bersunat ni menghina institusi Agama Islam dengan menaikkan elaun para Bilal & Siak di Pulau Pinang..!


Cis..! Cis..! Cis..! Mana UMphorNo..? Mana PERKASA..? Mana PEKIDA..? Kita mesti bangkit dan desak supaya China Kapir ini menarik balik elaun para Bilal dan Siak demi kesejahteraan dan kesucian Agama Islam..!


Cis..! Cis..! Cis..!

PAS kesal Osama dituduh dalang



KOTA BHARU – Pas Kelantan kesal dengan kenyataan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan pimpinan negara Pakistan berkaitan kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden yang terbunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Yang dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan pimpinan kerajaan dan negara Pakistan jelas menunjukkan bahawa kesepaduan dalam beragama itu tidak ada sedangkan kedua-duanya adalah negara Islam.


Menurutnya, Osama adalah ikon yang memperjuangkan Islam sehingga sanggup menggadaikan nyawanya, sepatutnya kematian beliau dihormati dan bukan sebaliknya.


“Beliau dituduh menjadi dalang dalam serangan berani mati menggunakan kapal terbang ke atas Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di New York pada 11 September 2001, itu hanya tuduhan tanpa bukti dan ia tidak menjamin siapa salah siapa betul?


“AS melabel Osama sebagai pengganas tanpa bukti kukuh, sedangkan AS menceroboh Pakistan dan Afghanistan. Bayangkan jika Malaysia menerima serangan daripada kuasa veto dunia itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Beliau juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, tentera AS mengamalkan sikap hipokrit dalam setiap tujuan termasuk pencerobohan terhadap negara-negara Islam yang mempunyai potensi untuk dimajukan.


“Sikap Pakistan dalam menangani isu ini kelihatan seperti tidak bertanggungjawab seolah-olah merestui apa yang dilakukan AS.


“Tindakan AS langsung tidak mencerminkan sebuah kerajaan bertamadun, tetapi menunjukkan kekuatan rimba membaham mangsa,” katanya.


Menurutnya, kebarangkalian kuasa rakyat dalam mengembalikan sistem demokrasi akan muncul kerana dunia dapat melihat bagaimana tumbangnya sesebuah kerajaan seperti Mesir.


Kelmarin, Presiden AS, Barack Obama mengesahkan tenteranya berjaya membunuh Osama di kediamannya di Pakistan.

PAS setia bersama Pakatan

PARIT BUNTAR, 4 Mei : PAS tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat setiakawan yang sudah dibentuk bersama DAP dan PKR. Demikian kenyataan AJK PAS Pusat Muhamad Sabu semasa menyampaikan ceramah di hadapan lebih 3000 orang di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

" UMNO semakin terdesak takut kehilangan kuasa sehingga beberapa kali mempelawa PAS menyertai Barisan Nasional. Selepas pilihanraya Sarawak, ketakutan UMNO dan BN tidak dapat ditutup lagi.


" PAS tidak akan terima pelawaan UMNO ini kerana tidak ikhlas. Apabila UMNO kuat PAS ditendang, bila UMNO lemah hulur tangan kononya demi perpaduan Melayu" katanya

Muhamad Sabu berkata , BN terus gagal mendapat sokongan masyarakat Cina termasuk dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini manakala gagasan 1Malaysia yang digerakkan BN tidak mendapat sambutan.


" BN berkempen 1Malaysia tapi dalam masa yang sama UMNO sedang menggunakan sentimen perkauman Melayu untuk menarik sokongan.

" Saya ingatkan orang Melayu , jangan terpedaya dengan kempen perkauman UMNO kononya hanya UMNO yang membela Melayu . Hakikatnya , UMNO lah yang menjadikan orang Melayu terus berada dalam kesusahan kerana UMNO yang memegang kuasa sejak merdeka" katanya


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid yang ditemui berkata, kehadiran begitu ramai yang mendengar ceramah pimpinan PAS pada malam berkenaan membuktikan bahawa orang ramai tidak lagi janggal atau takut untuk hadir ke markas PAS.


" Polis hanya membenarkan ceramah di premis PAS dan kita tahu semua itu arahan dari musuh politik PAS. Mereka jangka ceramah PAS tidak akan dapat sambutan jika dibuat di markas PAS.


" Mereka silap, rakyat sekarang tidak lagi takut untuk bersama dalam program PAS . Rakyat sudah yakin dengan kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat. Lagi pun media massa kerajaan hanya menyajikan berita yang bukan sahaja fitnah tetapi lucah" katanya







"Saya bukan tuduh Anwar tapi wartawan" kata Eskay



KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.

“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.

Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.

"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay.

PAS mahu Anwar terus jadi Ketua Pembangkang



SHAH ALAM 4 MEI: PAS berpendirian komitmen yang diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Pakatan Rakyat begitu bermakna dan mahukan beliau terus menggalas jawatan Ketua Pembangkang.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, muafakat yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS melantik Anwar mewakili pakatan pembangkang sejak Ogos 2008 tidak akan berubah.

Perlantikan Anwar untuk menerajuo pembangkang di Parlimen melangkaui pemahaman Umno-Barisan Nasional mengenai kerjasama politik, kata beliau.

"Jadi tidak semestinnya parti yang mendominasi dalam parlimen itu akan menjadi ketua pembangkang, itu memang menjadi lumrah tapi apa yang di amalkan Pakatan Rakyat hari ini telah melangkawi amalan itu dan kita pergi kepada asas kesepakatan dan penghormatan kita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.

Salahuddin mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) , Datuk Seri Abang Johari Openg supaya Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang untuk digantikan dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya di Kuching semalam, beliau berkata Kit Siang boleh diambil sebagai Ketua Pembangkan kerana DAP mempunyai 29 kerusiberbanding PKR dan PAS masing-masing 23.

Seterusnya Salahuddin berkata, Abang Johari cuba mengitarkan semula modal politik lapuk BN untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, PAS tidak akan mengambil berat tipu helah yang cuba disuntik ke dalam persefahaman yang wujud sejak sekian lama oleh pakatan itu.

"Dia cuba mempermainkan dengan politik. Cuba untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat tapi kita tidak akan terusik dengan apa yang beliau (Abang Johari) katakan," ujar beliau lagi.

Ro$mah habiskan duit rakyat lagi


Rosmah Hadiri Program Di Turki, Media Rasmi Diarah Beri Liputan Meluas

SHAH ALAM 4 MEI : Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini berada di Turki untuk menghadiri sidang Kemuncak Global 2011 dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil hanya bertindak sebagai pengiring.

Turut serta dalam rombongan itu adalah isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan RTM turut diarah turun ke Ankara untuk memberi liputan kepada Rosmah.

Seperti lawatan beliau ke beberapa negara luar sebelum ini, penggunaan duit rakyat untuk membiayai krew media rasmi kerjaan bagi memberi liputan kepada ucapan Rosmah di Turki menerima kritikan.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin berkata lawatan-lawatan Rosmah ke luar negara menjadi “bisikan utama’ di Putrajaya kerana menelan belanja yang besar, walaupun isteri Perdana Menteri itu tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. .

Namun apabila isu itu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di Parlimen, Kementerian Kewangan berdolak dalik memberi jawapan terperinchi mengenai perbelanjaan yang terpaksa ditanggung.

"Sampai sekarang Perdana Menteri tidak bentangkan perbelanjaan Rosmah bila pergi ke luar negara,” kata Zuraida.

“Sampai sekarang perkara ini tidak dibuat walaupun sepatutnya dibentang di Parlimen. Nazri Aziz sebagai “budak suruhan” di Parlimen juga nampak takut dengan tuannya, dan tak berani bawa kebenaran,” tambah Zuraida.

Sejurus tiba di Turki, Bernama menemuramah penganjur persidangan yang dipetik sebagai berkata Rosmah adalah “contoh terbaik” bagi wanita khususnya kepada isteri-isteri pemimpin dunia.

"Saya melihat Wanita Pertama anda seorang tokoh yang baik untuk dicontohi, dan sebab itu, kami menjemput beliau untuk menyampaikan ucap utama," kata Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011.

Natividad berkata beliau amat gembira Rosmah menerima perlawaan untuk berucap di persidangan itu.

Natividad berkata Wanita Pertama seperti Rosmah harus memahami peranan penting mereka yang memberi impak besar terhadap kehidupan rakyat di negara masing-masing menerusi cara yang berbeza daripada kerajaan.

Di Malaysia, Rosmah sering dikritik kerana di lihat terlampau campurtangan dalam urusan politik dan bidang kerja kerajaan.

Beliau turut serta dengan suaminya berkempen di pilihanraya-pilihanraya dan lantang mengecam pembangkang.

Sebelum bertolak ke Turki, Rosmah mengarahkan isteri-isteri wail rakyat Barisan Nasional di Selangor bahawa mereka harus turun ke padang untuk membantu BN merampas kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan dating.

Rosmah memberi “amanat” itu kepada Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) yang dipimpin oleh beliau sendiri.

Zuraida berkata Rosmah semakin ‘liar” melangkaui peranannya sebagai isteri Perdana Menteri yang akhirnya akan member kesan kepada suaminya sendiri.

Beliau menyifatkan arahan terbaru Rosmah kepada isteri-isteri wakil BN untuk turun padang menawan Selangor sebagai “bencana terbaru’ untuk Najib.

"Kesilapan-kesilapan yang kurang bijak yang dia (Rosmah) lakukan. Macam dulu, komen tsunami di Jepun , pergi kempen pada pilihan raya dan umumkan itu ini tetapi tidak tunaikan. Sekarang satu lagi bencana yang dibawa Rosmah kepada Najib,’ kata Zuraida.