Thursday, May 26, 2011

Hebatnya UMNO menipu sampai Orang Siam masih dok anggap Mahdzir Khalid MB Kedah

http://maidoali.files.wordpress.com/2010/09/mahadzir-khalid.jpg?w=305&h=320ALOR SETAR - Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah mendedahkan masyarakat Siam di Kedah enggan mendekati Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini kerana menganggap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid masih memegang tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga kini.

Bagaimanapun, Setiausaha DHPP Kedah, William Khor Eng Hin berkata, persepsi itu berjaya diubah DHPP sejak mereka mendekati masyarakat Siam, terutama di kawasan Padang Terap bermula tahun lalu dan hasilnya sedikit demi sedikit orang Siam sudah mula memahami perjuangan PR Kedah.

Menurutnya, bukti jelas masyarakat Siam kini bukan lagi undi deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan UMNO dapat ditunjukkan melalui penganjuran Pesta Songkran anjuran Kerajaan Negeri di Kuala Nerang apabila program itu dibanjiri lebih 4,000 masyarakat Siam seluruh Kedah yang kini sudah mula menyedari perubahan cuba dibawa PR.

“Saya bersama Exco Kerajaan Negeri, Tan Chow Kang mula-mula mendekati masyarakat Siam pada tahun lalu dan respons yang diberikan ketika itu agak kurang memberangsangkan apabila tidak sampai 50 orang yang datang mendengar ceramah anjuran kami.

“Kami bertanya sebab apa mereka enggan menerima kehadiran dan terkejut apabila mereka mendakwa bimbang tidak mendapat bantuan ‘Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid’ dan ‘Kerajaan Negeri BN’ sekiranya mendekati PR.

“Susulan itu, kami lantas menerangkan perkara sebenar kepada mereka termasuk kejatuhan Kerajaan BN di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan perubahan pucuk pimpinan baru bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya pada sidang media di Wisma Darulaman, baru-baru ini.

Khor berkata, kegagalan masyarakat Siam Kedah terutama di kawasan luar bandar mendapat informasi terkini berhubung peralihan pucuk kepimpinan pentadbiran negeri disebabkan masyarakat itu kurang mengikuti perkembangan semasa negara ini.

Khor turut mempertikaikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa sokongan masyarakat Cina dan India sudah berpatah balik ke BN ketika ini.

Menurutnya, keputusan pilihan raya Sarawak sebelum ini menjadi bukti keengganan masyarakat Cina untuk terus mengekalkan sokongan terhadap BN dan senario sama kini turut dirasai semua masyarakat Cina di seluruh negara.

“UMNO dan BN boleh bercakap apa yang dia hendak cakap.

“Tetapi keputusan PRU ke-13 bakal menjadi penentu dan saya yakin dengan kegagalan Kerajaan Pusat menangani isu kenaikan harga barang dan bahan bakar, angin perubahan sudah pasti berlaku,” katanya.SH

Pelaku video seks mirip Anwar sudah disiasat polis

Pelaku video seks disiasat

Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar.

ksm

Nota: Akhirnya fitnah terhadap Anwar terbongkar juga.

Bila dua BADUT bergaduh


Bagaimana kalau rakyat nampak kedua duanya adalah ‘Badut’?

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa ‘badut’ sebenarnya?

Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

“Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

“Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

Nazri pada Selasa lalu berkata kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Ibrahim berhubung isu ‘perang salib’ kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

“Telah lebih 10 hari sejak Ibrahim membuat kenytaannya. Saya tidak lihat sebarang huru-hara. Saya tidak fikir orang ramai perlu mengambil serius dengan apa yang dikatakannya… jika kenyataannya mencetuskan reaksi, maka kita boleh tangkap dan dakwanya,” kata Nazri.

Merujuk tindakan pemimpin negara yang melarikan diri itu, Ibrahim berkata ia sesuatu yang memalukan dan beliau bersimpati dengan mereka.

“Ianya nama ‘hero pengecut bukan jaguh pecut,” perli Ibrahim pada akhir kenyataannya itu.

Presiden PERKASA itu pada 15 Mei lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut… Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya.

mKini

Dosa Najib lebih besar dari Pak Lah

SALAH satu dosa paling besar dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, Tun Abdullah Badawi ialah menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.78 menyebabkan harga minyak RON 97 pada waktu itu melonjak kepada RM 2.70 per liter [Utusan]
.


Hal ini adalah penyumbang besar kepada peralihan kuasa Tun Abdullah kepada Perdana Menteri baru Najib Tun Razak dengan alasan Pak Lah sudah dibenci oleh rakyat Malaysia, dan Pak Lah juga didakwa menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.

Namun perlu diingat, semasa Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan, beliau menaikkan harga minyak RON 97 kepada harga RM 2.70 di saat harga minyak dunia berharga USD 121 per tong [Wikipedia]


Namun begitu Najib Tun Razak yang kononnya lebih bijak mentadbir ekonomi Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 kepada RM 2.90 per liter di saat harga minyak dunia baru USD 100.96. Dalam masa yang sama Najib melaungkan slogan "Rakyat didahulukan" [OilPrice].



ReJaM© "Rupanya Najib lebih teruk dari Pak Lah Al-Tiduri, Muhyiddin dah boleh siap sedia jadi Perdana Menteri baru Malaysia..."

Tangguh kenaikan RON 95 : UMNO takut kalah teruk


KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Lim (gambar), langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.

“Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

“Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api.

“Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

“Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” katanya.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

Hati-hati dengan UMNO raja fitnah


SHAH ALAM 26 MEI : Pakatan Rakyat tidak akan terperangkap dengan jerangkap samar yang dipasang oleh Umno-Barisan Nasional untuk mengganggu gugat kestabilan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Kisah kononnya DAP sedang merencana gerakan sistematik untuk memenuhi agenda parti itu sendiri adalah suatu taktik yang digunakan untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu di negara ini untuk terus menyokong gagasan itu.

Menurut ahli parlimen dari DAP, Anthony Loke Siew Fook, Umno akan menggunakan apa jua cara namun apa yang paling penting katanya, Pakatan Rakyat tidak harus melatah dengan momokan yang sengaja direkayasa Umno-BN.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan kononnya DAP sedang mengatur strategi untuk merampas Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan pada PRU akan datang.

"Saya melihat kenyataan daripada Zahid Hamidi ini sebagai usaha yang sengaja dibangkitkan oleh Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu, jadi kita tidak perlu terperangkap dengan kenyataan seperti ini mahupun dari pemimpin Umno yang lain," kata Siew Foke.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Zahid pada Ahad lalu mengingatkan Umno-Barisan Nasional termasuk Pakatan Rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan licik DAP.

"DAP juga sedang mengatur strategi untuk memindahkan pengundi dari kerusi yang mereka menang selesa ke kawasan yang dijangka diletakkan calon DAP pada PRU akan datang," katanya.

Mengulas lanjut tuduhan melulu Zahid itu kononnya parti itu meletakkan calon Melayu demi memenangkan DAP, bukanlah sesuatu yang janggal.

"Meletakkan calon Melayu, bukan suatu yang luar biasa kerana selama ini DAP setiap kali PRU sering meletakkan calon Melayu, tetapi untuk melantik mana-mana calon sebagai Menteri Besar ianya pasti menerusi persetujuan dalam kepimpinan Pakatan rakyat (keputusan bersama),"jelas beliau.

Siew Fook yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) sebaliknya kesal dengan dakyah Umno-Barisan Nasional yang berprasangka buruk terhadap parti itu, sekaligus membuktikan betapa terdesaknya parti itu.

"Ini jelas mencerminkan Umno semakin terdesak hari ini, mereka takut kerana orang Melayu mula menerima kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat, jadi perkara seumpama ini ditimbulkan untuk tidak terus kehilangan sokongan dari kaum Melayu,"katanya.

Selain menggambarkan Melayu bakal terpinggir dengan mewarisi situasi di Singapura, Zahid yang juga Menteri Pertahanan turut dilaporkan mendakwa DAP kini dalam usaha mendominasi Pakatan Pembangkang.

Namun hakikatnya kata Siew Fook yang juga ahli parlimen Rasah, isu mendominasi tidak pernah wujud dalam kepimpinan Pakatan Rakyat dan kenyataan itu seakan menggambarkan apa yang berlaku dalam kepimpinan parti itu sendiri.

"Dalam Pakatan Rakyat, tidak ada mana-mana parti yang mendominasi, setiap parti ada kekuatan masing-masing dan sebarang keputusan akan diputuskan menerusi rundingan, tiada isu parti mendominasi," ujarnya.

Video Seks Bocor : Polis Digesa Segera Siasat




SHAH ALAM 26 MEI : Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mahu polis bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua-kampung di Selangor.

Khalid berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bersikap profesional dalam menangani hal ini dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menghalalkan fitnah lucah terus tersebar ke serata negara.

"Bagaimana bahan grafik yang dulunya telah diserahkan kepada polis salinan asalnya, secara terbuka disebarkan. Selepas itu dihantar kepada ketua-ketua kampung dan sebagainya.

"Ini bagi kami merupakan politik kotor Umno dan merupakan tanda betapa terdesaknya mereka untuk berhadapan Pilihan Raya Umum. Malangnya pihak berkuasa seperti polis dan KDN mendiamkan diri. Apa sudah jadi?" soalnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Selangor yang mendakwa telah menerima video berkenaan.

Cakera video berkenaan yang memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang telah diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu.

Menurut Khalid, cakera video tersebut diterima oleh ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Kampung Kuantan Klang dan Kampung Melayu Subang.

Selain itu, ketua Kampung Bukit Kapar (Meru), Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video berkenaan melalui kiriman pos.

Sebelum ini, lapan orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan.

"Tempat lain sudah terima, Shah Alam sudah terima, kemungkinan besar seluruh negara JKKK dan Ketua Kampung dah terima video. Boleh bayangkan jumlah wang yang dibelanja dan tahap yang diusahakan pihak ini.

Khalid berkata penyebaran video berkenaan mungkin didalangi Umno dilakukan bagi menghakis kepercayaan golongan penyokong akar umbi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana gerak kerja mereka yang tersusun dan modal besar yang harus digunakan bagi melakukan penyebaran seperti itu.

"Ini semua menunjukkan ada organisasi dan kempen yang tersusun dan terancang yang sedang dilakukan mereka," kata Khalid.