Wednesday, June 8, 2011

SELAGI BOLEH SAPU : Kerajaan UMNO sentai cukai 6 % kad prepaid rakyat Malaysia

Cukai 6 % Telefon Prabayar : Mohon Penjelasan Syarikat Telekomunikasi

http://www.freewebs.com/mohdstore/ART1/prepaidbm.jpg
Terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS(Sistem Pesanan Ringkas).

Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari.


Bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali.

Selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi. Memandangkan beban yang terlalu besar ditanggung oleh pihak syarikat telekomunikasi maka terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menyerap cukai tersebut mulai Julai 2011.

Ini bermaksud bahawa cukai ini akan ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi mengenai kebenaran dakwaan tersebut.

Penjelasan ini adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi ini.


Jika benar dakwaan tersebut maka anak-anak muda Malaysia merasa terbeban. Jika mereka membeli kad prabayar sebanyak RM10 maka mereka hanya memperolehi RM9.40. Baki RM0.60 diserahkan kepada kerajaan.

Sebahagian besar anak muda Malaysia adalah pelajar sekolah, pelajar universiti dan tiada pekerjaan yang tetap. Mereka adalah pengguna aktif telefon prabayar. Berikutan kenaikan harga barang keperluan harian maka anak-anak muda Malaysia cukup terbeban dengan bayaran cukai ini.



Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

Bijih besi dijumpai di Kedah, UMNO semakin mengidam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj99lFjODv6lwlSxPwLbjAjl_R1drStRGKkX4f579hZ_TKlDWxjlcS8w4x_I0BfFflvZT-zidtOgUmmtZiWqVzQOI166GhneFCM390BQc5h_y872-lJqrGNS8YR_0HYToWY44_0Qwmckpw/s400/Datuk+Sri+Azizan+Razak%252C+MB+Kedah.jpgALOR SETAR - Penemuan beberapa lokasi mengandungi bijih besi di beberapa daerah sekitar negeri ini dijangka mampu menjana sumber pendapatan baru di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penemuan galian baru berkenaan dikenal pasti sejak setahun lalu apabila bijih besi itu timbul secara semula jadi di atas permukaan tanah di daerah Sungai Petani dan Kubang Pasu.

“Saya gembira dan bersyukur dengan penemuan ini kerana boleh jana pendapatan negeri. Banyak kawasan dikenal pasti mengandungi bijih besi malah permintaan galian ini juga amat tinggi, terutama dari China,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, buat masa ini operasi mengorek bijih besi belum dilaksanakan, sebaliknya pihaknya sedang meneliti beberapa permohonan daripada beberapa syarikat tempatan untuk mengendalikan projek berkenaan.

“Ramai pelabur berminat untuk melibatkan diri dalam operasi ini, bagaimana pun ianya masih di peringkat perbincangan untuk menilai sebut harga, termasuk nilai keseluruhan galian terbabit.

”Saya sendiri belum mendapat anggaran kawasan terlibat yang mengandungi bijih besi,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang menyenaraipendekkan permohonan daripada pelabur tempatan dan sambutan adalah di luar jangkaan.

“Terdapat di satu lokasi itu seramai enam syarikat memohon, jadi saya kena teliti supaya mereka yang layak dan mampu boleh memohon. Semua tawaran kerja dibuat secara tender terbuka,” katanya.

Azizan tidak menolak kemungkinan setelah sekian lama bijih besi berkenaan timbul berikutan Sungai Muda dan Sungai Batu di Lembah Bujang kini semakin cetek, selain tempat itu merupakan bekas tinggalan kilang bijih besi yang diusahakan.

Dana kepada calon pilihanraya disokong

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZRzl29NmD4OP4Lod87ifUcFyDWlmq1HHLa_bXotPU7se_wjbeLO5RGSLLlCTmcN0XHomvf71ZaOhwmtn6EbSHt71A52lqiJlz5ALKTICWtOBMCRPFmh0U0c630XMUQsyh0Fu-JEapMlQn/s1600/Kamaruddin+jaffar+1KOTA BHARU – Pas Kelantan sokong cadangan Transperancy International Malaysia (TI-M) kepada kerajaan bagi membiayai dana calon pada pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah banteras rasuah.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pembiayaan dana itu bukan sekadar bantu calon, tetapi turut memberikan bantuan terhadap perjalanan dan pengurusan parti politik sama ada parti kerajaan atau pembangkang.

Menurutnya, tindakan itu turut memberi peluang kepada setiap parti menumpukan kepada sesi berkempen tanpa memikirkan mengenai pencarian dana.

“Bantuan dana itu perlu diambil daripada kewangan dana negara bagi mengelakkan sebarang permasalahan di kemudian hari.

“Saya turut terlibat dalam perbincangan ini dan banyak tindak balas positif kepada negara akan berlaku jika ia dijalankan,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian.:

Kamaruddin berkata, pernah berlaku dalam arena politik Kelantan apabila seorang pemimpin politik dibiayai sebuah syarikat gergasi bagi menyokong permainan judi bola.

“Besar kemungkinan, pemimpin politik itu tidak mempunyai kewangan yang cukup bagi menampung proses berkempen dan sebagainya.

“Bukan senang untuk mencari dana untuk mengadakan PRU atau PRK kerana masing-masing menelan belanja yang besar.

Menurutnya, seseorang itu akan berbuat apa saja untuk meraih sokongan kepada parti yang diterajui.

Kerajaan baru-baru ini, disarankan membiayai dana calon dalam PRU dan PRK, cadangan berkenaan dibincangkan TI-M dalam pertemuannya dengan Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.

TI-M mencadangkan supaya laporan pembiayaan politik, pendedahan pembiayaan parti politik dan calon serta pengawal selia derma politik disediakan.

Pada 5 Mei lalu, pihak TI-M mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diteliti secara lebih lanjut.

GEMPAR : Bangla dan Vietnam bertempur kerana seorang perempuan

http://www.banglanews24.com/images/imgAll/2011April/SM/Bangladesh-Vietnam-smm20110418203722.jpgNILAI - Seramai 23 pekerja lelaki dari Vietnam dan Bangladesh cedera dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang tekstil di Taman Semarak, di sini malam tadi, dipercayai kerana seorang wanita Vietnam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata, tiga daripada mereka, iaitu dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, manakala yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar.

"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9 malam. Pergaduhan itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pekerja negara terbabit. Kebanyakan pekerja asing terbabit bersenjatakan kayu dan batang besi selain batu," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, pergaduhan itu berjaya dileraikan dengan campur tangan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan pada kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas seorang lelaki Bangladesh mengusik seorang wanita Vietnam semasa bekerja syif malam pada Isnin lalu.

"Wanita Vietnam ini tidak berpuas hati dan menelefon rakan-rakannya di asrama, dan selepas itu lelaki Bangladesh tersebut telah dipukul oleh beberapa lelaki Vietnam.

"Akibat daripada pergaduhan tersebut, kedua-dua puak pekerja ini tidak puas hati menyebabkan ia melarat dari kilang ke asrama," katanya.

Asrama itu katanya, menempatkan lebih 3,000 pekerja asing meliputi 1,037 pekerja lelaki Vietnam, 703 wanita Vietnam dan 1,409 pekerja lelaki Bangladesh.

Buat masa ini tiada sebarang tangkapan dibuat, katanya yang turut meminta penduduk di kawasan sekitar asrama berkenaan agar tidak bimbang kerana pihaknya masih memantau keadaan.

"Setakat ini kilang terbabit ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan pulih semula," katanya. - Bernama

KABINET PERANG, itu yang UMNO susah hati

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/wd2.jpgALOR SETAR - Gandingan baru dalam kepimpinan Pas yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan, Mohamad Sabu diibaratkan sebagai ‘Kabinet Perang’ untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, gandingan itu bersama barisan Kabinet baru perlu dibayangi pelbagai latar belakang, termasuk generasi muda.

“Inilah barisan Kabinet Perang untuk berdepan pilihan raya. Bagi pertahan dan mantapkan parti, perlulah lantik juga orang-orang muda. Ada pemimpin kita letak di bahagian tertentu, dan ada pemimpin kepalai angkatan, ada yang membantu. Kita lihat sahaja hasilnya kelak,” katanya, ketika diminta mengulas mengenai barisan kepimpinan baru Pas pada pemilihan lalu.

Menurutnya, parti lawan hendaklah membuat persediaan lebih rapi untuk berdepan barisan kabinet Pas kali ini, yang diyakini lebih mantap dan berkaliber.

“Saya pasti UMNO sekarang susah hati dengan kepimpinan baru Pas, sebab itu mereka timbulkan isu ulama tewas, tolak golongan ulama dan sebagainya. Ingatan saya kepada UMNO, bersedialah!,” katanya.

Mengulas mengenai perubahan dasar Pas yang kini mahu memperkenalkan dasar negara berkebajikan, Azizan berkata, ia juga sinonim dengan dasar negara Islam yang mengutamakan kebajikan rakyat dan amalan yang baik.

“Islam menyuruh kita berbuat baik, termasuk kebajikan. Apa salahnya sekadar tukar nama, namun pengisian tetap berteraskan Islam. Saya juga amalkan konsep kebajikan dalam pentadbiran, antaranya perkenalkan Skim Kafalah, sumbangan pada pelajar Kedah dan membangunkan agenda pendidikan,” katanya.

Azizan turut menepis dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan UMNO sama sekali tidak tergugat dengan barisan kepimpinan baru Pas, malah yakin peluang mereka lebih cerah kerana pimpinan baru parti itu dipercayai tidak menyokong agenda perpaduan.

“Saya tak pasti apa tafsiran UMNO berhubung barisan kepimpinan Pas yang baru ini, sebab saya tidak mampu membaca apa yang terlintas di minda mereka. Tetapi mungkin mereka tidak puas hati dengan kelebihan yang ada pada gandingan baru ini yang boleh menggugat kedudukan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi berhubung keputusan pemilihan atau usul yang dibangkitkan pada Muktamar lalu, Azizan menidakkan perkara itu memberitahu ia bukti kesepakatan dalam parti.

“Tiada ahli Pas suarakan rasa tidak puas hati, mungkin yang bising itu orang UMNO. Atau mungkin pemimpin parti itu tidak puas hati dengan barisan baru Pas yang mantap. Semuanya berjalan lancar,” katanya.

''Orang yang hantar surat tolak hudud namanya Mahathir bukan Karpal''

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/06/nik-aziz-pas1.jpgKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Baru la UMNO nak cakap pasai Islam

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/06/mat-sabu.jpgSHAH ALAM – Pas mempersoalkan kenapa baru sekarang UMNO bercakap mengenai Islam dan perpaduan sedangkan ketika parti itu kuat dahulu, mereka tidak bercakap mengenainya.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, UMNO sekarang semakin hilang pengaruh kerana rakyat akar umbi terbukti memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah memperjuangkan hak mereka.

Menurutnya, UMNO yang sudah kehabisan modal dan hanya menunggu masa untuk tumbang pada pilihan raya umum nanti, jadi parti tersebut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir mereka iaitu bekerjasama dengan Pas.

“Kenapa baru cakap mengenai Islam dan perpaduan sekarang? Adakah mereka lupa dengan peristiwa Memali dan mereka menekan rakyat dengan pelbagai cara. Saya tegaskan di sini bahawa Pas tetap bersama dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohamad yang popular dengan gelaran ‘Mat Sabu’ turut mengingatkan UMNO bahawa zaman Pas bersama dengan UMNO seperti era 70an lalu sudah menjadi sejarah yang tidak perlu lagi dikenang.

“Zaman UMNO sudah berlalu, sekarang adalah zaman Pas dan PR, dalam banyak hal, sekarang Pas lebih ke hadapan daripada UMNO, sebab itu mereka tidak habis-habis bercakap mengenai perpaduan,” katanya.

Mohamad yang baru memenangi jawatan timbalan presiden pada Muktamar Pas lalu telah mengalahkan bekas penyandang, Nasharudin Mat Isa dan bekas Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.SH

PANAS : Najib dah jadi liabliliti UMNO, pemimpin UMNO mula berubah sokongan


Perbicaraan mahkamah berhubung kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia yang didakwa mempunyai gejala rasuah bakal berlangsung di Perancis. Sekali lagi, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dihantui kes pembunuhan Altantuya, yang didakwa berkait rapat dengan pembelian kapal selam dengan bayaran komisen yang tinggi.

Kini, arus inflasi semakin menderas. Model Ekonomi Baru pula sukar menampakkan keberkesanannya. Najib (gambar kiri) berdepan dengan perebutan sumber dalam UMNO. Sayap kanan dalam parti mungkin mengambil kesempatan untuk menekan agar Najib berundur – seandainya Najib gagal memulihkan keadaan, lebih-lebih lagi menjadi liabiliti dalam parti – berikutan skandal yang terpalit pada dirinya.


Untuk Najib, beliau berdepan dengan pelbagai rintangan – dalam pertimbangannya untuk mengumumkan pilihan raya umum awal sebagai strateginya membalas serangan.


Kes pembunuhan Altantuya


Berkali-kali PKR mengaitkan kes pembelian kapal selam dengan kes pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu. Ketiga-tiga orang tertuduh, Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa mempunyai hubungan dengan Najib. Razak Baginda, adalah think tank untuk Najib; sementara Ketua Inspektor Azilah dan Koperal Sirul didakwa sebagai pengawal Najib.


Najib terpaksa menjawab isu ini setelah diserang bertalu-talu oleh Anwar Ibrahim dalam PRK Ijok pada tahun 2007. Najib mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya, dan Kementerian Pertahanan membuat kenyataan bahawa wang bernilai 114.96 juta Euro (kira-kira RM535.8 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bukan “komisen”, tetapi kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam tahun.


Syarikat Perimekar dimiliki isteri Razak Baginda (gambar kanan).


Selepas empat tahun, kes ini hampir melabuh tirai, dengan Razak Baginda dibebaskan, sementara Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati. Kedua-dua tertuduh boleh membuat rayuan, namun perbicaraan belum berlangsung sebagaimana yang diketahui buat setakat ini.


Sebelum Najib mengorak langkahnya untuk menjadi PM, beliau dihujani tuduhan daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal, yang membuat akuan bersumpah untuk membabitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes Altantuya (gambar kiri).


RPK melarikan diri ke luar negeri, dan tampil di TV3 pada April 2011 – semasa pilihan raya negeri Sarawak – untuk menafikan bahawa dirinya yang membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah, sebaliknya hanya mendedahkan maklumat yang diterimanya dari sumber.


Bagaimana sekalipun pertikaian selanjutnya tentang “pengakuan” RPK ini, yang penting adalah Najib telah mendakwa bahawa nama dirinya “dibersihkan” lantaran daripada wawancara TV3 tersebut.


Sejauh manakah impak isu ini, yang dibangkitkan semula selepas empat tahun berlalu?


Perbicaraan bakal bermula di Perancis


Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel berkata kepada MerdekaReview, perbicaraan kes pembelian kapal selam ini akan bermula dalam tempoh sebulan dua akan datang mengikut prosedur mahkamah Perancis. Lebih banyak maklumat dalaman yang terperinci bakal didedahkan pada ketika itu.


Cynthia (gambar kanan) menjelaskan bahawa buat masa kini rakyat gagal memperolehi dokumen-dokumen ini daripada kerajaan Malaysia lantaran daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Namun, dokumen berkenaan boleh diperolehi daripada Perancis setelah perbicaraan mahkamah bermula, malah hakim boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.


Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa dirinya sedia memberi keterangan di mahkamah Perancis seandainya dibenarkan kabinet. Bagaimanapun, Cynthia berkata mahkamah di Perancis tidak boleh mewajibkan kehadiran Menteri Malaysia di mahkamah kerana melibatkan isu kedaulatan negara.


Setakat ini belum diketahui apakah maklumat dalaman yang bakal didedahkan. Namun demikian, PKR baru-baru ini mendakwa bahawa ada “pihak ketiga” yang menemani Razak Baginda dan Altantuya dalam lawatan mereka ke Macau. Tanpa menamakan identiti “orang ketiga” itu, PKR mendesak Najib agar menunjukkan passportnya untuk membuktikan dirinya tidak terlibat.


Kita tidak lupa bahawa Najib pernah bersumpah atas nama Allah bahawa dirinya tidak kenal Altantuya – di depan kira-kira 900 orang pemimpin akar umbi UMNO, pada Julai 2008. Seandainya apa-apa bahan bukti dalam mahkamah Perancis menunjukkan bahawa Najib mengenali Altantuya, maka beliau bakal berdepan dengan krisis integritinya.


Najib mungkin menjadi liabiliti UMNO


Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dalam UMNO, yang menentang hebat rancangan ekonomi tersebut. Najib perlu menjelaskan bahawa ia sekadar “cadangan”, selepas bahagian pertama MEB dikemukakan – memperlihatkan rintangan yang dihadapinya dalam parti.


Najib kini tersepit dalam dilema. Politik naungan telah lama berakar umbi dalam UMNO. Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan pendekatan perkauman yang ekstrem, pada masa yang sama “Najibnomics“-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara. Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran – realitinya rakyat terus bergelut dalam suasana inflasi yang menekan.


Mereka yang menguasai sumber pada masa yang sama menggenggam kuasa. Perebutan sumber bertambah rancak apabila sumber semakin berkurang. Kenaikan tarif elektrik, pengurangan subsidi untuk bahan api, cukai perkhidmatan yang melonjak dari 5% hingga 6% – segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara semakin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut wang dari rakyat.


Zahid Hamidi berpaling tadah?


Kini, pergelutan dalam UMNO sendiri menjadi menarik. Kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa dirinya bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah – dengan syarat dibenarkan kabinet – juga menarik. Beliau meletakkan semua beban atas bahu Najib, sebagai Ketua Kabinet – untuk menentukan sama ada beliau boleh atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis.


Zahid (gambar kiri, kanan) dilihat sebagai “orang Najib” dalam pemilihan UMNO pada tahun 2009. Menteri Pertahanan ini kelihatan telah meninggalkan kem Najib. Perlu diingatkan, skandal kapal selam gagal selam, kecurian enjin jet – pendedahan ini memperlihatkan bahawa “ada pihak yang melepaskan khabar” – tentang skandal yang berlaku ketika Najib merangkap jawatan Menteri Pertahanan.


Baru-baru ini Zahid dikatakan calon yang bakal memainkan peranan “Muhyiddin Yassin” dalam usaha menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi – seandainya usaha baru diperlukan untuk menjatuhkan Najib Razak. Ini kerana Najib berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-13, malah kuasa kerajaan negeri Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.


Cabaran buat Najib


Najib kini perlu berhati-hati untuk membuat percaturannya. Soal selidik yang diumumkan Merdeka Center pada 4 Disember 2010 menunjukkan bahawa sejumlah 59% rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Najib membanteras rasuah. Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah. Apa yang menarik, seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam ini menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam amalan rasuah – maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur.


Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yang lebih selesa. Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan – iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan “Kemelayuan”-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dalam UMNO.


Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya? Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang – iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?


Saf pimpinan PAS yang baru lahir dari pemilihan mungkin menjadi faktor pertimbangan Najib. Seandainya PRU diadakan tahun ini, mungkin PAS belum sempat mengatur langkahnya untuk bersedia.


Jikalau dilihat tarikh yang ada, bulan puasa bermula pada akhir Julai, dan masyarakat muslim bakal menyambut Hari Raya pada awal September. Tempoh ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Jikalau PRU diadakan pada awal Julai, maka Najib perlu mengambil kira kemungkinan rakyat melepaskan kemarahan melalui undi lantaran kenaikan tarif elektrik.


Justeru itu, tempoh antara September hingga Oktober mungkin masa yang sesuai, kerana pantai Timur sering dilanda banjir mulai November.


Menurut pemimpin di akar umbi UMNO, mereka telah bersiap sedia 24 jam untuk PRU sejak dua, tiga bulan yang lalu. Namun tarikh PRU ke-13 kekal menjadi teka-teki.


Untuk Najib, bukan senang untuk mencari satu tarikh yang menjamin kemenangan BN. Kenaikan harga barang, ketegangan hubungan antara sekta dalam UMNO, saf pimpinan baru PAS yang menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat, cetusan isu perkauman dan agama yang mencungkil ketidakpuasan masyarakat… Sehingga bila “suasana baik” boleh dikekalkan dengan Program Transformasi yang direkacipta Najib?Jalan Pulang

Kes Khir Toyo : Saksi menggelabah, murung


SHAH ALAM 8 JUN : Perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo di tunda ke esok apabila Pengarah Syarikat Ditamas, Shamsudin Hayroni menggelabah ketika memberi jawapan dari kandang saksi.
Beliau tidak memberikan jawapan- jawapan dengan jelas dan kerap kelihatan murung apabila ditanya mengenai dua lot tanah yang di dakwa di jual kepada Khir Toyo pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
Isnin lalu, Shamsudin dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Khir Toyo untuk melakukan rasuah bersabit urusniaga jual beli dua tapak itu.
Ditamas membeli dua lot Seksyen 7, Shah Alam pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004 tetapi kemudian menjualnya kepada Khir pada harga RM3.5 juta sahaja pada tahun 2007.
Dua lot itu digunakan untuk membina apa yang disebut oleh pembangkang sebagai Istana Khir iaitu kediaman mewah dengan kos pembinaan didakwa mencecah RM24 juta.
Sebagai balasan, Khir Toyo selaku Menteri Besar ketika itu di dakwa memberikan Shamsudin dan Ditamas pelbagai kontrak.
Shamsudin kelihatan menggelabah apabila ditanya oleh pendakwaraya Abdul Wahab Mohamed mengenai keputusan Ditamas membeli dua tapak tanah itu sebelum dijual kepada Khir Toyo.
Hakim Mohtarudin Baki kemudian bertanya samada Shamsudin bersedia untuk terus memberi keterangan.
Samsudin berkata beliau mahu berbuat demikian tetapi sekali lagi membisu kepada persoalan yang ditanya oleh pendakwaraya.
Selepas berbincang dengan peguam Shamsudin, Hakim Mohtarudin kemudian memutuskan untuk menuda perbicaraan kepada esok.
Khir Toyo yang diikat jamin RM750,000 hadir di mahkmah hari ini diiringi dengan beberapa saudara maranya. Namun isteri beliau Zaharah Kechik tidak hadir.
Jika disabit kesalahan, Khir boleh dihukum penjara dua tahun atau didenda atau kedua- duanya sekali.

Peneroka menang lagi, FELDA kalah lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqdNvMNRa5jo8D9VwXoEQ4G6Hx7VKu2861H7iLcnrV6QlNf73YipqFiPZadlYoATZ_Zhq7B-Ksuqmm_k19A-Y8Po6wt1ARvetOD5f0TROOsOb4MILEKGnyLExwfgZCwDZOUx6620GOeml7/s1600/logo+anak.jpgSHAH ALAM 8 JUN : Peneroka Felda menempa satu lagi kejayaan di mahkamah apabila seorang hakim membenarkan 30 peneroka di Jempol, Negeri Sembilan melantik syarikat kontraktor sendiri untuk menebang dan menjual pokok getah di atas tanah mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Zulkifli Bakar memutuskan anak syarikat kontraktor lantikan Felda, Evergreen Sdn Bhd tidak berhak untuk memaksa peneroka berkenaan menggunakan khidmatnya untuk membersihkan tanah di Felda Palong 9 bagi tujuan penanaman semula.

Evergreen Sdn Bhd adalah anak syarikat LBJ Global Sdn Bhd yang dilantik oleh Felda untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Evergreen sebelum ini memohon perintah mahkamah untuk menghalang peneroka terbabit daripada mendapatkan khidmat kontraktor lain.

Peguam yang mewakili peneroka, T. Kumar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan kehakiman yang memihak kepada peneroka felda itu akan memastikan peneroka berkenaan tidak lagi ditindas Felda.

"Mahkamah memutuskan peneroka mempunya hak untuk tebang dan jual pokok mereka sebab ia adalah tanah mereka. Apa yang ada di atas tanah mereka adalah milik peneroka," kata beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Kumar menjelaskan, syarikat Evergreen hanya menawarkan RM33,000 bagi kerja pembersihan setiap 10 ekar. Adalah difahamkan syarikat kontraktor yang dipilih oleh peneroka menawarkan RM46, 000 untuk kerja-kerja yang sama.

"Mereka hendak tebang dan tanam semula pokok getah. Mereka mahu tanam sendiri. Ramai juga yang tanam dan tebang melalui Felda. Tapi mereka rugi sebab kena bayar balik hutang. Tiga puluh peneroka ini mahu berdikari dan mahu tanam sendiri. Kalau tanam sendiri mereka untung lebih," kata Kumar.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika dihubungi Tv Selangor berkata, aliran keputusan mahkamah mutakhir ini yang memihak kepada peneroka jelas membuktikan pengurusan Felda selama ini membelakangkan kepentingan dan hak asas warga felda.

"Hari ini bila peneroka menggunakan perundangan untuk menentukan hak mereka dan menang, ia menunjukkan felda memang dari awal bertindak bertentangan dengan kepentingan hak warga felda. Bila kes seperti ini dicabar di mahakamh ia membuktikan bahawa apa yang didakwa dan diperjuangakn ANAK selama ini berada pada landasan yang betul," tambh beliau.

Mazlan berkata faktor pelapis muda peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan berani mempertahankan hak mereka banyak membantu usaha memulihkan hak-hak peneroka.
"Dulu anak- anak peneroka masih kecil. Mereka tidak tahu nak buat apa. Tapi sekarang mereka inilah yang menjadi penasihat kepada ibubapa mereka. Tidak kurang dikalangan anak- anak peneroka ini yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan mereka inilah yang banyak menyokong kes- kes seperti ini," katanya.

Sehubungan itu, Mazlan menjangkakan aliran kemenangan peneroka di mahkamah akan berterusan berdasarkan perkembangan positif setakat ini.

UMNO demam tak kebah


SHAH ALAM 8 JUN: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan laporan muka hadapan Utusan Malaysia kononnya parti itu mula berbalah berhubung perjuangan mendirikan Negara Berkebajikan sebagai fitnah terbaru media Umno.

Malah katanya, laporan itu juga memperlihatkan betapa gelabahnya kepimpinan Umno dengan azam PAS memperjuangkan dasar Negara Berkebajikan sepertimana yang dibentangkan pada Muktamar PAS ke 57, minggu lalu.

Mahfuz berkata, barisan kepimpinan Umno juga kini seolah-olah mengalami 'demam panas' apabila PAS menekankan keperluan mendirikan Negara Berkebajikan.

Jelasnya lagi, Utusan Malaysia juga sengaja menabur fitnah agar rakyat mudah terpedaya dengan laporan yang disiarkannya.
Utusan Malaysia hari ini mendakwa beberapa pihak dalam PAS telah mula mempersoalkan mengenai perjuangan PAS menubuhkan negara berkebajikan dan kononnya membelakangkan matlamat asal penubuhan parti itu.
Komen beberapa individu yang tidak dikenali di dalam Facebook dijadikan sandaran untuk laporan muka depan itu.

"Perkara (berbalah) tersebut tidak wujud. dan bohong sama sekali. Utusan Malaysia ini mana boleh percaya...Utusan Malaysia ini sengaja menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat," kata Mahfuz.
"Sebenarnya Utusan sendiri berada dalam keadaan gelabah kerana towkey dia (Umno) sendiri berasa tidak menentu sekarang ini dan ibarat pemimpin-pemimpin Umno ini sedang 'demam panas' kuat bila berhadapan dengan satu lontaran yang sangat menyentuh persoalan kehidupan masyarakat dan rakyat dalam negara kita yang dibawa oleh PAS iaitu 'Negara Berkebajikan," katanya kepada Tv Selangor.

Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar, Jumaat lalu sebulat suara menyokong ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memperjuangkan serta membangun Negara Berkebajikan.

Dalam ucapan dasar muktamar, Hadi yang juga ahli parlimen Marang itu berkata, Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dihubungi Tv Selangor turut menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dasar yang berlaku berhubung perjuangan PAS melaksanakan ‘Negara Berkebajikan’ ini.

Menurut Khalid Samad, tafsiran ‘Negara Kebajikan’ yang diumumkan PAS pada muktamar lepas bukan tafsiran ‘suka-suka’.

“Istilah ‘Negara Berkebajikan’ ditakrifkan mengikut Perlembagaan. Kalau dalam Perlembagaan disebut ingin mewujudkan sebuah masyarakat dimana nilai-nilai dan hukum hakam Islam dilaksanakan yang menuju kepada keredhaan Allah, itu ada dalam Perlembagaan. Negara berkebajikan itu ditafsirkan berdasarkan perlembagaan. Bukan berdasarkan tafsiran masing-masing,” katanya.

Khalid membidas Utusan kerana mendakwa PAS menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.
Khalid menegaskan keutamaan PAS ialah membina negara berkebajikan mengikut lunas-lunas yang sudah ditetapkan dalam hala tuju PAS.

”Dasar parti bergantung kepada perlembagaan. Kalau ingin menukar sebarang dasar ianya perlu merujuk kepada Perlembagaan. Cogan kata adalah hanya cogan kata dan tidak ada kena mengena dengan soal dasar yang ingin diperjuangkan," kata Khalid.
"Kalau kita mengatakan ingin memperjuangkan negara yang adil, bukan bererti kita dah gagal atau kuburkan negara Islam. Kita memberikan tumpuan kepada aspek hasil yang ingin kita capai bukan kepada nama atau brandnya, tetapi kepada hasilnya iaitu sebuah negara yang bersifat berkebajikan' tambah beliau.
Tambah Khalid lagi, komen-komen negatif yang dibuat oleh segelintir pihak terutamanya di laman sosial Facebook adalah kerana mereka terpengaruh dengan laporan 'fitnah' media kawalan Umno ini.

“Kalau orang marah dan sebagainya di laman sosial, mereka-mereka ini terlalu dipengaruhi dengan tulisan-tulisan didalam Utusan Malaysia dan sebagainya. Tidak ada perubahan dasar bagi PAS sepertimana yang saya sebut, kalau nak nak ubah dasar, kena ubah Perlembagaan,” ujar beliau.

Pecat Kazim Elias pengampu ketuanan UMNO


Ketetapan dewan ulama Pas Perak pecat ustaz Kazim Elias dari keahlian Pas

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi. Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

1. Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

2. Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.

Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.

Kredit to ABAH ANAS

dari blog…

http://wasiatpejuang.blogspot.com

HOT: Nazri Aziz kata Najib PM terakhir BN

Kenyataan Nazri tunjukkan Najib PM terakhir BN

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz membayangkan semakin ramai pemimpin BN yang terima hakikat bahawa perdana menteri akan datang tidak semestinya dari Umno dan BN atau khasnya Datuk Seri Najib Razak.

“Ini adalah bukti terkini bahawa pemimpin Umno dan BN sudah hilang keyakinan dan terasa ini adalah penggal terakhir mereka menjelang pilihanraya ke 13 nanti,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Nazri yang mendakwa, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjadi Perdana Menteri ekoran Muktamar Tahunan PAS ke 57 baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mendakwa, perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam Pakatan Rakyat, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Mengulas dakwaan Nazri ini, Abdul Hadi berkata, beliau tidak bercadang mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

“Yang penting kita mahu selamatkan negara… sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam.

Bagi Lim Kit Siang, Nazri memang mempunyai agenda tersendiri ketika membuat dakwaan ini namun persepsi awam adalah Nazri sendiri sudah hilang keyakinan bahawa BN dan Umno akan kekal memerintah negara ini selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengambil andaian teori RAHMAN yang mewakili enam perdana menteri dari Umno dan “Adakah teori ini akan sah tidak lama lagi.” iaitu Najib adalah PM Umno yang terakhir.

RAHMAN mewakili Tuanku Abdul Rahman (R), Tun Abdul Razak (A), Tun Husein Onn (H), Tun Dr Mahathir Mohamad (M), Tun Abdullah Ahmad Badawi (A) dan yang terakhir Datuk Seri Najib Razak (N).

Bagi Lim Kit Siang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sudah sepakat perdana menteri mereka jika menang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mungkin atas dasar itulah pelbagai usaha dibuat oleh Umno untuk menyekat Anwar menjadi perdana menteri termasuk mengenakan pelbagai dakwaan terhadap beliau, katanya.

Hd

Kerajaan Berkebajikan UMNO : Potong subsidi rakyat, kekal subsidi kroni

Kerajaan Berkebajikan Ala Najib, RM226 Juta subsidi Rakyat dipotong, RM26 Bilion untuk Kroni Kekal..

Lihatlah wahai sahabat inilah yang dikatakan Kerajaan Berkebajikan oleh Najib.. Subsidi untuk Rakyat yang berjumlah RM226.8 juta setahun dipotong tetapi Subsidi untuk Kroni mereka yang menguasai IPP yang berjumlah RM RM26 bilion tahun ini sahaja.. dikekalkan..

Beberapa hari lalu.. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong menyatakan bahawa Kerajaan boleh menjimatkan RM226.8 juta setahun dengan menghapuskan subsidi yang keterlaluan ke atas nelayan laut dalam dan sembilan jenis kenderaan komersil pada 1 Jun.


Noh Omar pula berkata Nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih menikmati harga RM1.80/l disel dan tidak lagi menikmati subsidi yang keterlaluan berjumlah RM1.25/l seperti sebelumnya kerana jika mengikut harga industri, minyak diesel itu dijual RM2.50 seliter.

Tetapi dalam masa yang sama kerajaan berkebajikan ala UMNO/BN yang diterajui oleh Najib masih mengekalkan subsidi gas kepada beberapa buah ‘Independent Power Producers’ (IPP) yang berjumlah RM26 bilion tahun ini.

Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi gas dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, di mana penerima faedah adalah para IPP.

Di antara IPP tersebut, YTL Power yang memiliki keuntungan pada tahun 2010 melebihi RM1.6 bilion ke atas nilai pendapatan berjumlah RM13 bilion. Pada tahun 2009, Malakoff memiliki keuntungan RM380 juta ke atas nilai pendapatan RM5.6 bilion. Manakala Powertek pula menikmati nilai pendapatan berjumlah 1.34 bilion dengan keuntungan sebanyak RM450 juta.

Tindakan Kerajaan Berkebajikan Ala Najib yang memotong subsidi diesel buat Nelayan Laut dalam dijangka akan menyebabkan harga ikan meningkat.. manakala pemotongan subsidi diesel buat Syarikat Pengagkutan pula bakal menyebabkan rakyat menanggung kenaikkan harga barang keperluan akibat kos operasi Syarikat yang telah meningkat yang dipindahkan oleh Syarikat Pengagkutan itu..


Adakah ‘Independent Power Producers’ (Ipps) Masih Menikmati Keuntungan Besar Tanpa Subsidi Gas Berjumlah RM131.3 Bilion Dan Perjanjian Pembelian Tetap Kuasa Dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)?

DAP berasa jijik dengan pemimpin BN dan UMNO yang menyatakan bahawa nelayan laut dalam sepatutnya berterima kasih dan bersyukur kerana mereka masih menikmati harga RM1.80/l disel dan tidak lagi menikmati subsidi yang keterlaluan berjumlah RM1.25/l seperti sebelumnya. BN dengan megah menyatakan bahawa mereka terlupa persoalan akar mengapa harus rakyat bersyukur dengan subsidi disel yang dinikmati oleh semua dan mesti berbesar hati menerima pemotongan subsidi apabila pemotongan subsidi ini tidak dikenakan terhadap orang yang berpendapatan tinggi dan kaya seperti IPPs?

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong menyatakan bahawa Kerajaan boleh menjimatkan RM226.8 juta setahun dengan menghapuskan subsidi yang keterlaluan ke atas nelayan laut dalam dan sembilan jenis kenderaan komersil pada 1 Jun. Hal ini telah menyebabkan pemandu lori menaikkan kos pengangkutan sehingga 30%.

Pemotongan subsidi harus dilaksanakan dengan adil dan saksama. Sebab utama mengapa rakyat Malaysia tidak gembira dengan pemotongan subsidi adalah kerana rakyat Malaysia sudah terbiasa menanggung bebanan pemotongan subsidi yang tidak ditanggung ole kroni-kroni BN.

Tidak ada alasan yang wajar kenapa Kerajaan BN harus mengambil peduli tentang penjimatan tahunan berjumlah RM226.8 juta dari pengurangan subsidi disel atau pengurangan subsidi gula yang berjumlah RM116 juta tetapi bukan subsidi gas yang berjumlah RM26 bilion tahun ini dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa.

Kadang-kadang manusia bimbang untuk membelanjakan sejumlah wang kecil, walhal mereka sembarangan membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar. Hal ini merupakan tindakan yang nampak cerdik tetapi sebenarnya tidak.

Sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menambah sejumlah RM131.3 bilion subsidi gas dalam kedua-dua sektor janakuasa dan bukan janakuasa, di mana penerima faedah adalah para IPP. Di antara IPP tersebut, YTL Power yang memiliki keuntungan pada tahun 2010 melebihi RM1.6 bilion ke atas nilai pendapatan berjumlah RM13 bilion. Pada tahun 2009, Malakoff memiliki keuntungan RM380 juta ke atas nilai pendapatan RM5.6 bilion. Manakala Powertek pula menikmati nilai pendapatan berjumlah 1.34 bilion dengan keuntungan sebanyak RM450 juta.

Adakah ‘Independent Power Producers’ (IPPs) masih menikmati keuntungan besar tanpa subsidi gas berjumlah RM131.3 bilion dan Perjanjian Pembelian Tetap Kuasa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)?

LIM GUAN ENG

PANAS : Ahli Parlimen UMNO bakal BANKRAP

Setelah gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal kini melobi satu projek mega iaitu Pelabuhan Baru Labuan yang bernilai ratusan juta ringgit. Yusof yang dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, kini berhadapan dengan tindakan kebankrapan setelah Mahkamah Tinggi Labuan membuat penghakiman berhubung tuntutan Sub-Kontraktor yang menjalankan Kontrak Membina Pasar Baru Labuan yang diberhentikan Yusof ketika projek sedang berjalan.


Sekalipun Labindo Engineering Sdn.Bhd adalah syarikat yang didaftarkan atas nama Yusof Mahal dan Kasryanto @ Yanto Bin Kasdi, namun Perbadanan Labuan belum memfailkan saman menuntut gantirugi pendahuluan RM4 juta yang telah dibayar kepada Labindo Engineering ekoran kegagalan melaksanakan projek berkenaan dan dalam masa yang sama, Yusof merupakan Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.

Sebelum ini, Nautika Innovasi Sdn.Bhd (Sub-kontraktor) telah memperolehi perintah penghakiman ekoran Yusof tidak mencabar tuntutan Nautika di mahkamah dan jumlah pampasan akan diputuskan 9 Ogos 2011.

Semakan di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB mendapati Lesen PKK Kelas A 1220 A 2003 1133 dan CIDB Gred G7 0120050409-LB103414 yang didaftarkan atas nama Labindo Engineering Sdn.Bhd belum di SENARAIHITAMKAN sekalipun syarikat berkenaan gagal menyiapkan Cadangan Projek Pembinaan Sebuah Pasar Baru Di Atas Sebahagian Lot 8002 Dan 8008 Jalan Bunga Tanjung, Ujong Pasir bernilai RM 24,886,169 milik Perbadanan Labuan yang diperolehi syarikay berkenaan pada 17 Disember 2007.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjalankan siasatan terhadap Yusof berhubung kes berkenaan, namun sehingga ke hari ini Yusof belum didakwa di Mahkamah; sebaliknya akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan pada bila-bila masa./Sabahkini

Negara berkebajikan ringan beban rakyat

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/DSCF6857.jpg?t=1262680453PARIT BUNTAR, 8 Jun : PAS Parit Buntar menyokong penuh tema muktamar PAS Pusat ‘Membangun Negara Berkebajikan” yang menekankan keadilan sosial berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat serta mengembangkan hasil negara.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

“ PAS telah membuktikan kemampuan memerintah selama 20 tahun di Kelantan dan tiga tahun di Kedah, melalui hasil dan sumber negeri yang tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah.

" Hasilnya , PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintah ini mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada “katanya

Bahrain berkata, banyak program berkebajikan dilaksanakan di negeri yang diperintah oleh PAS serta di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang dan rakyat terbanyak dapat merasai nikmatnya.

“ Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

"Sebenarnya sebahagian daripada Buku Jingga telah dilaksanakan di negeri yang telah Pakatan rakyat perintah, seperti pembatalan tol, pembatalan cukai yang membebankan rakyat dan memudahkan perkhidmatan asas yang menyentuh kehidupan rakyat” katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar.

Sementara itu, AJK Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berharap rakyat memberi peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara supaya budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Barisan Nasional dapat dihapuskan.

“ Kerajaan Barisan Nasional berniaga menerusi GLC dan mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu.

"Manakala kerugian perniagaan pula ditanggung kerajaan yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata” katanya

Adnan menjelaskan perjuangan Negara Kebajikan adalah sebati dalam Negara Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS.

“ Negara berkebajikan yang diperjuang oleh PAS akan melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman.

"Barisan Nasional telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untuk merompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat”katanya

Tambahnya, rakyat dapat melihat kesungguhan PAS melaksanakan program kebajikan bukan sahaja di negeri yang diperintah malah di negeri yang PAS tidak perintah melalui PAS Kawasan yang berterusan membantu rakyat.

“PAS Parit Buntar misalnya, tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat.Sejak sekian lama, PAS Parit Buntar membuktikan keprihatinan memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

“ Program kebajikan seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik mendapat pujian dan sanjungan dari masyarakat” Katanya