Sunday, June 19, 2011

Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan ulama dunia sokong himpunan, YDP Yadim dan ulama UMNO sahaja yang jahil demokrasi

YDP YADIM jahil tentang demokrasi


MARANG - Keazaman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan baikpulih keatas sistem pilihanraya di Malaysia benar-benar menyesakkan Umno.

Mulanya mereka mendakwa beberapa peniaga yang mendakwa mengalami kerugian ketika perhimpunan itu pertama kali diadakan pada 2007 kemudian mereka mengugut untuk guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setelah semuanya gagal menggoyangkan tekad penganjur, maka kini mereka mula menggunakan agama sebagai bahantara untuk mengelirukan masyarakat.

Ini jelas dengan tersiarnya tulisan dari Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir (gambar kiri) mendakwa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bertentangan dengan nilai dan etika Islam.

Kenyataan beliau didalam Utusan semalam menyatakan bahawa perhimpunan Bersih ialah satu cubaan mengheret rakyat ke dalam kancah politik serta ianya juga medan bagi sesetengah pemimpin pembangkang untuk menguji pengaruh.

Bekas calon BN bagi parlimen Titiwangsa tahun 2008 itu juga melabelkan penganjur sebagai golongan yang tidak mempunyai jiwa perjuangan yang besar dan hanya berminat untuk mengadakan rusuhan dan menipu rakyat demi kepentingan politik.

Menurut beliau lagi, dalam Islam perjuangan yang bersifat anarkisme tidak sesuai dengan tuntutan agama malah diharamkan kerana boleh memudaratkan termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.

Menangkis dakwaan yang dianggap dangkal itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPT) Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan Islam membenarkan ummatnya menunjukkan rasa tidak puashati terhadap sesuatu perkara yang tidak betul.

“Ini (pendapat YDP Yadim) kata-kata dari orang yang jahil tentang demokrasi. Demokrasi memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara.

Kita bukan hendak merusuh, kita hanya ingin menghantar memorandum secara aman dan mengajak semua orang yang bersetuju dengan kita bahawa sistem pilihanraya di Malaysia perlu dibaik pulih untuk hadir bersama,” tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Payong itu berkata bahawa Sheikh Yusuf al-Qaradhawi bersama ulama-ulama dunia lain juga turut bersetuju dengan perhimpunan seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

Katanya lagi, sejarah Islam juga merakamkan yang Saidina Umar bersama Saidina Hamzah pernah menunjuk perasaan kepada kafir Quraisy selepas mereka memeluk Islam bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Saya menganggap pendapat ini hanya fitnah untuk cuba mengelirukan rakyat dan menyerlahkan Yadim sebagai salah satu kuda tunggangan Umno BN,” tambah beliau.

Ustaz Mohd Nor turut menyeru kepada semua ahli-ahli PAS agar turut serta dalam perhimpunan pada 9hb Julai ini bagi menunjukkan kepada Umno bahawa rakyat tidak berpuashati dengan sistem pilihanraya yang ada.- dunbpayong.blogspot.com

FRU tak tembak gas, tak sembur air asid perhimpunan BERSIH akan berjalan aman




Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.

“Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan,” kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.



Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.

Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa.

Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan “Jalan untuk Berubah”, pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas.

Begtu juga perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan.

“Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah berjalan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas,” ujarnya.

Ini, katanya membuktikan tuduhan pihak polis terhada himpunan aman Bersh 2.0 pada 9 Julai ini adalah tidak berasas.

Oleh sebab itu, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih.

Pihaknya juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan Bersih iaitu pendaftaran pengundi secara automatik, sistem undi pos untuk para pengundi luar negara, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya dan menghapuskan rasuah pilihan raya.

Tambahnya, tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah.

Pihaknya turut kesal serangan pemimpin politik dan Perkasa terhadap Bersih.

Perkasa mengumumkan bersama 30 pertubuhan Melayu akan turut sama berhimpun dengan Bersih pada hari yang sama bagi menghalang demonstrasi Bersih.

Katanya, tindakan Perkasa itu yang bertujuaan menggagalkan perhimpunan Bersih telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong Bersih.

Pemuda Umno pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan “bagi menyokong sistem demokrasi” pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan Bersih.

“Kami menyeru Perkasa dan Pemuda Umno memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan membantah reformasi sistem pilihanraya, jangan membuat kekecohan secara terancang dan menggagalkan perhimpunan aman Bersih,” katanya.

Justeru, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 bagi membaiki kelemahan sistem pilihan raya kini dan menyumbang kepada proses demokrasi negara kita.

Pengakuan Tuan Guru Nik Aziz tentang keistimewaan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang bakal diputar belit UMNO dan Utusan Meloya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjNltkTfXc2N0EvradNkjzV2pjD5a8s0K4WnSIpH4ai9xeBkY-G-t44U_vPswnSlyJ4lmliTe5hXj2qLwW2kyqFTRvOkX-454E_ymidib0MAkbP_Y-TI8ZzcKlJsZTXRGvuHPbgHbDavI/s400/TokGuruNikAziz05.jpg“ Dua, tiga hari lepas ada sorang nama Puad Zarkashi, ambe tok kenal dia. Dia cabar ambe, Mursyidul Am dalam Utusan Malaysia muka depan: Puad Zarkashi cabar Nik Aziz supaya buang Islam. Allah…Puad Zarkashi ni namo orang melayu, kalo boh (letak) nama Ah Chong munasabah. Kalo Ah Chong cabar ambo buang Islam munasabah mugo dio tidok Islam. Fuad Zarkashi: Fuad pun Bahasa Arab, Zarkashi pun nama gelaran bagi seorang ulama’ besar..feqah..tok terpikir dale kepala kito seorang yang Melayu, namo pulok nama arab keduo cabar buang Islam…Allah

Cerdik cina MCA ni dia duk diam. Dio alot puak-puak ni. Alot..alot ni alat la. Ibarat orang panggil terompah kayu. Orang ni jadi terompah kayu bagi MCA. Terompah ni bila kio pakai, gi dale selut pon takpo mugo mu terompah, gi dale najis pon takpo mugo mung mugo mu terompah. Pakai terompah ni supaya kaki aku bersih. Jadi, hamba Allah ni a lot orang melayu supaya cakap mende lagu ni. Dia duk diammm. Dai tepuk punggung.

Para hadirin semuo, dio suruh buang Islam ni kerananyo negara berkebajikan. Dio kata PAS sekarang takdop doh Islam; kebajikan. Mu orang UMNO, aku orang PAS aku reti masalah PAS lebih daripada UMNO, lebih dari mu. Tu jawab pertama. Nok main kasar. Mu orang UMNO, mu reti gapo..aku orang PAS, aku reti la mende ni

Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”

Pemuda Bersamamu v3

Polis takut UMNO, Polis takut PERKASA , PERKASA adalah UMNO

Masa PR pohon permit HARAM tak diluluskan mai PERKASA bukan main pantas diluluskannya...!!!

Pada 17hb Jun 2011, polis telah mengeluarkan satu permit kepada PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan. Permit itu dikeluarkan hanya SEHARI selepas PERKASA memohonnya (pada 16hb Jun 2011).

Perhimpunan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada hari ini, 19hb Jun 2011. Ia juga adalah tempat yang sama di mana Pakatan Rakyat pernah cuba untuk menganjurkan satu perhimpunan dan telah pun memohon permit tetapi ia telah ditolak atas alasan 'KESELAMATAN'.

Biasanya, anda perlu memohon permit 14 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.


http://bloglistpolitik.blogspot.com

Semua perkara UMNO nak kacau

Misi Palestin: Umno-BN tidak ikhlas, cari nama

http://www.7iber.com/wp-content/uploads/viva-palestina1.jpeg

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengambil kesempatan mencari nama sehingga lupa tujuan utama membantu umat Islam Palestin dalam misi kemanusiaan ke Gaza hujung bulan ini.

Khalid mendakwa Umno-BN mempunyai agenda tertentu dalam “International Freedom Flotilla 11″ sehingga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Rakyat digugurkan dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Menurutnya, antara NGO itu termasuklah Aman Palestin dan Cakna Palestin (wakil daripada Kelantan).

Beliau yang mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam misi itu berkata sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu.

“Saya dukacita kerana Umno-BN tidak menunjukkan keikhlasan untuk anjur program ini kerana mereka sedar Pakatan dan NGO daripada

Pakatan turut serta dan berjaya mengumpulkan semua pihak dan bersatu dalam misi ini.

“Jelas Umno-BN ada agenda merencanakan sesuatu untuk ambil alih program ini sehingga wakil PAS, Timbalan Presiden kami Mohamad Sabu digugurkan daripada berucap ketika majlis malam tadi.

“Tindakan Umno-BN ini juga dilihat mahu membersihkan nama selepas pendedahan Apco. Jadi mereka mahu jadi hero di mata rakyat dan ambil kesempatan asalkan niatnya tercapai,” katanya ketika dihubungi FMT.

Menurut Khalid, beliau masih mempertimbangkan penyertaannya dalam misi itu yang dijadualkan pada 23 Jun ini.

Khalid berkata beliau merasa ‘berat hati’ untuk turut serta walaupun sudah memasang niat menyertai misi itu sejak Fortilla 1 lagi.

“Saya masih memikirkan hal ini kerana rasa berat hati untuk turut serta. Saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat PAS lain untuk membuat keputusan selanjutnya,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

LL4G adalah sebuah gabungan NGO Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa daripada pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan “International Freedom Flotilla 11” ke Gaza hujung bulan ini.

Kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau
28 Jun ini.FMT

Rakyat dikhayalkan UMNO dengan janji - janji indah

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno

india parliament new anti terror law 181208 01Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.


Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.


Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.


NONE
Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia
melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?


beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.


Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

asli capital market summit 131107 awang adek
“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.


Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!


Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.


Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?


azlan
Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?


azlan
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.


Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?


Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.


NONE
Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.


Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.


NONE
Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.


Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.


Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

60 peratus calon PKR sudah ada

PRU 13 : PKR Tandingi Kerusi Pengundi Campuran


SHAH ALAM 19 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertekad untuk bertanding di semua 97 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti, kata Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Katanya, PKR sudah berbincang bersama-sama PAS, DAP dan bersetuju bahawa kawasan yang mempunyai pengundi campuran, akan ditandingi oleh parti itu.

“Kerusi yang ditandingi oleh PKR (Sebelum ini) mungkin akan bertukar kepada DAP dalam PRU ke 13, saya tidak menolak kemungkinan itu mungkin berlaku,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini, hari ini.

Menurut Azmin, keputusan PKR bertanding 97 kerusi telah dipersetujui oleh DAP dan PAS kerana ia merupakan formula yang digunakan pada PRU 2008.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, walaupun kerusi campuran kaum ini merupakan satu igauan kepada PKR satu ketika dahulu namun sekarang, ia sudah berubah.

“Kita telah berbincang di peringkat pusat. Dan Keadilan mengambil pendirian untuk terus mewakili kawasan-kawasan campuran dalam PRU akan datang dan kita menegaskan akan terus mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi sebelum ini dan kerusi-kerusi yang belum dimenangi dalam pilihanraya yang lepas,” katanya.

Malah menurut Azmin, PKR juga sudah mengenalpasti 60 peratus calonnya, yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat dalam tempoh dua minggu untuk keputusan.

Jelasnya, nama-nama itu disenaraipendekkan oleh kepimpinan peringkat negeri untuk diteliti oleh biro politik bulan depan.

Menurut beliau proses perbincangan kerusi-kerusi yang melibatkan parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS dan DAP masih berlangsung dan diharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Sementara itu Azmin menegaskan semua wakil PKR sama ada ahli parlimen atau Adun di peringkat negeri tidak diberikan jaminan sama ada akan terus kekal pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan kurang disenangi rakyat mungkin digugurkan.

Semua kaum sokong himpunan BERSIH

Pelancaran BERSIH 2.0 Dapat Sambutan Hebat


KUALA LUMPUR 19 JUN : Chinese Assemble Hall Kuala Lumpur tiba- tiba bergegar dengan laungan semangat para NGO untuk mempertahankan himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti.

Laungan yang dilontarkan para NGO mendapat sambutan hampir 2500 penyokong yang hadir pada majlis Pelancaran BERSIH 2.0 malam ini.

Mereka hadir dengan memakai lilitan kain kuning dikepala bertulis perkataan BERSIH 2.

Rata- rata mereka kelihatan bersemangat dan memberikan respon yang memberangsangkan.

Sebaik sahaja majlis pelancaran bermula, sebuah rakaman video dipertontonkan kepada hadirin yang hadir bersabit kegiatan politik wang oleh parti Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu untuk membeli undi masyarakat bumiputera negeri itu.

Antara sedutan memaparkan klip sejumlah wang disusun di rumah panjang untuk diedarkan kepada pengundi selain borang 14 yang enggan diserahkan kepada wakil parti gabungan pembangkang.

Antara NGO yang hadir adalah, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT), Lawyers for Libelity, Kelab Menteri Besar Selangor, IKRAM, GAMIS, CIJ, TENAGANITA, Mahasiswa UNISEL dan banyak lagi.

Himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah mengadakan pilihan raya secara telus dan adil.

Antara empat tuntutan yang masih belum dipertimbangkan adalah bersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil.

Sempena himpunan BERSIH kali kedua ini, dua lagi tuntutan ditambah iaitu, tempoh pilihan raya 21 hari dan memulihkan kreadibiliti agensi kerajaan.

Gabungan BERSIH 2.0 berpendapat demokrasi yang telus seharusnya melalui pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

BERSIH 2.0 juga akan mengadakan siri jelajah untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu- isu pengubahan sempadan pilihan raya dan lapan tuntutan BERSIH 2.0.

Siri jelajah itu kan diadakan di Shah Alam, Kuala Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, dan Perak.

Satu sesi telah pun diadakan di Kelantan pada Sabtu lepas.

BERSIH 2.0 juga menyambut baik tindakan Pemuda UMNO yang turut berhasrat mahu mengadakan perhimpunan aman dan menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya.

BERSIH 2.0 juga menganggap tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tanda bahawa himpunan BERSIH 2.0 efektif dalam mempromosikan demokrasi yang dinamik dan membawa tekanan yang kuat kepada SPR untuk reformasi pilihan raya.

Penganjur himpunan ini juga cuba meyakinkan pihak polis dan pihak- pihak lain bahawa BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat yang aman dan sentiasa akan berkerjasama dengan polis.

PRN Sarawak terbukti tidak telus, faktor pengerak himpunan BERSIH 2.0



KUALA LUMPUR 20 JUN : Bukti ketidaktelusan proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu menjadi faktor penggerak kepada perhimpunan BERSIH kali kedua 9 Julai depan, menurut pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan BERSIH 2.0 akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan UMNO BN bersabit desakan rakyat yang menuntut perlaksanaan pilihan raya yang lebih adil dan bersih.

Sehubungan dengan itu, Ambiga bertegas himpunan BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan tanpa tunduk kepada sebarang tekanan.

"Ini bukan sebab saya. Perhimpunan ini adalah tentang rakyat dan saya tidak akan respon dengan serangan karaktor. Walaupun anda serang saya, perhimpunan ini akan tetap diteruskan," kata beliau ketika berucap di hadapan lebih dua ribu penyokong yang hadir di Dewan Perhimpunan Cina, di sini malam tadi.

Ambiga kemudian dengan lantang menegaskan program anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu bukan mengenai desakan persendirian atau mana- mana parti politik tapi suara rakyat menuntut reformasi dalam pilihan raya.

"Kita cuba dialog termasuk berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tapi ini semua tidak cukup. Buktinya PRN Sarawak. Sebab itu kami rakyat akan lawan dan adalah hak kami untuk bertindak demikian," tambanya lagi.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu dalam ucapannya turut menyebut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak mana- mana persatuan di negara ini untuk berhimpun secara aman.

Katanya lagi, tiada pihak yang berhak untuk mencabuli perkara tersebut seraya memberi jaminan program itu nanti akan berlangsung secara aman dan bertangungjawab sepertimana perhimpunan Bersih pertama pada 2007.

"Kita sudah hantar dua jemputan kepada kerajaan dan pembangkang. Kami hendak taraf demokrasi di Malaysia dinaikkan itu yang kita mahu.

"Kami mahu beritahu polis tidak perlu khuatir kerana Bersih akan menjadi perhimpunan aman," ujar beliau.

Justeru Ambiga berpendirian program kali ini sebagai langkah positif yang harus diambil kerajaan di bawah penyeliaan SPR untuk menilai kelemahan sistem pilihan raya.

Tiga lokasi yang akan menjadi tempat perhimpunan dua minggu lagi termasuk pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula jam 2 petang.

Sementara itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya semalam menyifatkan perhimpunan anjuran NGO itu kononnya bermotifkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan Umno BN.

Justeru beliau menyalahkan gabungan pembangkang yang memberi sokongan terhadap gerakan rakyat itu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum itu turut bersikap tidak acuh dengan tuntutan gabungan NGO itu selain memberi pelbagai alasan berkait perlembagaan dan Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 kali ini termasuk, membersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, pengunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh kempen 21 hari, pengukuhan institusi awam, penghapusan rasuah dan politik kotor.

Kabinet PAS Perak dibentuk tampil pimpinan berwibawa dan berketrampilan

http://pastiperak.files.wordpress.com/2011/05/ustaz-abu-bakar-hussain-pesuruhjaya-pas-perak-3.jpg?w=373&h=400IPOH, 19 Jun: PAS Perak selesai membentuk Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak dengan beberapa perubahan bagi jawatan utama

Ust. Abu Bakar Husain ( gambar ) dilantik semula sebagai Pesuruhjaya selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin kekal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ust. Misbah merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Ust. Misbahul Munir Masduki . Perlantikan Dr. Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Salak dibaratkan sebagai ‘sirih pulang ke gagang’ kerana beliau pernah menyandang jawatan berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak , Ust. Nuri Amin Endut dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru mengantikan ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim Manakala Haji Osman Maseri dilantik sebagai bendahari.

Dua penolong setiausaha telah dilantik iaitu Ismad Sahril Che Mat dan Puan Mazidah Zakaria.

Haji Asmuni Awi kekal dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri .

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah ADUN Lubuk Merbau Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Azhar Rafie, Muhammad K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini bt Ali.

Harga barang naik : Peniaga mula merungut ,rakyat terima kesan kecuali ahli UMNO yang hanya tunjuk kad ahli dapat diskaun

DUNGUN - Kenaikan harga beberapa barang keperluan asas seperti sayur-sayuran, ayam, gula dan minyak masak secara mendadak bukan sahaja membebankan pengguna, sebaliknya peniaga turut merasai tempiasnya.

Bagi mereka, biarpun pelbagai alasan diberikan kerajaan, namun sebagai rakyat biasa, kesannya pasti dirasai.


Penjual makanan, Azimah Mamat, 44, berkata, sejak menjalankan perniagaan menjual nasi campur lebih 10 tahun lalu, inilah kali pertama harga barang naik secara mendadak sehingga berkali ganda.

Azimah berkata, akibat kenaikan harga bahan mentah, dia terpaksa menaikkan harga jualan kerana tidak dapat menanggung kos pengeluaran yang begitu tinggi.

“Jika dahulu cili besar harganya hanya RM4.50 sekilogram, kini sudah mencecah RM12 sekilogram, bayangkan harganya naik lebih sekali ganda.

“Sebagai mata pencarian utama, kita tiada pilihan, terpaksa menaikkan harga jualan biarpun kadangkala mendapat rungutan daripada pengguna, jika tidak kita rugi,” katanya.

Penjual nasi kerabu, Norhafiza Mohd, 21, berkata, dia tiada pilihan biarpun kadangkala merasakan sesuatu tidak patut untuk meletakkan kos pengelua-ran tersebut kepada pengguna.

“Kadangkala saya kasihan kepada pelanggan terutama pelajar kerana mereka mendapat duit poket dari ibu bapa,

“Dahulu, kita boleh jual sebungkus nasi dengan harga RM3.50, tetapi apabila harga ayam naik, harga beras naik, harga minyak, kelapa, cili dan sayur-sayu-ran naik, takkan kita nak jual harga lama, rugilah, kalu rugi baik tak payah niaga,” katanya.

Pengunjung pasar malam, Norizati Mokhtar, 21, berkata, sebagai pengguna dia terpaksa akur dengan harga yang ditetapkan peniaga.

Namun, dia menyarankan agar pengguna lebih bijak membuat pilihan dan keputusan sama ada membeli makanan di kedai atau masak sendiri.

“Jika pelajar seperti saya, beli di kedai lebih praktikal kerana kesuntukan masa, tetapi kita kenalah cari tempat yang murah.

“Bagi yang sudah berkeluarga dan memiliki anak ramai pula, kena masak di rumahlah untuk menjimatkan kos,” katanya. - SH

Gugur pemusatan kuasa ditangan PM, Peguam Negara



KUALA LUMPUR 19 JUN : Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang “imbang dan periksa” demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen, lapor Malaysianinsider.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

“Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam tadi.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.

“Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata),” kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.

“Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

“Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang,” kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.

Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.

“Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri,” kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.

Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.

“Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran,” katanya.

Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.

“Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu,” kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik “talam dua muka” dan “cakap angin” — seolah-olah mempamerkan kepimpinan ‘cakap tak serupa bikin’.

Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.

“Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

“Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum,” kata beliau.