Saturday, June 25, 2011

Buat la SEJUTA laporan polis pun, rakyat tahu semua tu UMNO, Himpunan BERSIH tetap diadakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJamL2WN-LI3ZGdpTsA8v_Y1Trk9SQHBybSXmghzbOvUpmt_nsXL4SImsg_YZZla5V2enJeRBZTKh3RfMqCUTg2hQjcc1Audj-_9h2ylyUUsgt59sJTk0ZIAjFb2GjylRZvkzY5x1VNX99/s400/bantah+bersih.jpg
Orang Temerloh kenal mereka dalam gambar, orang UMNO tapi datang dengan nama NGO . Macam la orang tak tau.........tak pa la boleh masuk paper, untung-untung masuk TV

Jika sejuta laporan polis dibuat pun , himpunan BERSIH tetap diadakan kerana kita tahu semua laporan itu dibelakangnya UMNO .

Macam - macam NGO baru diwujudkan hanya untuk buat laporan polis. Sekarang UMNO jadi pakar tubuh NGO kononnya wakili rakyat tapi sebenarnya wakili UMNO.

Sekarang sudah ada orang UMNO yang jadi pengerusi 10 NGO sekaligus kemudian buat laporan polis bantah BERSIH. Seronok dapat upah dan seronok dapat masuk surat khabar, untung-untung masuk TV.

Polis di balai-balai pun rasanya dah mula menyampah nak kena siapkan semua laporan yang lebih kurang sama sahaja bahasanya, cuma NGO je lain-lain.

Rasanya polis dah sediakan di semua balai berkotak-kotak kertas untuk ditulis laporan yang dibuat oleh barua UMNO atas nama NGO.

Tapi nak buat macam mana bapak-bapak polis suruh terima laporan , lebih banyak lebih gempaq, baru polis boleh cakap banyak laporan polis bermaksud rakyat seluruh negara bantah. Hakikatnya, UMNO yang dibelakang semua laporan polis.

Tak percaya ka , ada hubungan antara bapak polis dengan NGO ciptaan UMNO, baca di bawah ini :

BERSIH 2.0 : Lebih 1,000 laporan polis dibuat

Polis telah menerima sebanyak 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan haram yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan yang diterima itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka bimbang keamanan dan ketenteraman awam terjejas.


Jumlah laporan berkenaan diterima sehingga petang semalam, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ipoh hari ini.


Program itu turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Khalid berkata terdapat beberapa kumpulan dikatakan sedang bersiap sedia berhimpun pada tarikh berkenaan.

Beliau menasihati kumpulan-kumpulan yang berlainan ideologi dan pandangan itu dinasihati membatalkan hasrat mereka demi keamanan negara.

Beliau berkata polis kini sedang menyiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram.

Khalid berkata polis telah meminta penganjur daripada kumpulan-kumpulan berlainan itu datang ke Bukit Aman minggu depan untuk diambil keterangan dan maklumat.

"Jika mereka gagal hadir, polis akan mengeluarkan waran tangkap," katanya.

Sementara itu, sebanyak 101 laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Rapat di sini bagi membantah perhimpunan berkenaan.

Laporan yang dipercayai paling banyak dibuat secara serentak itu diketuai oleh Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman.

Hamidah berkata laporan berkenaan dibuat oleh wakil daripada Wanita Umno Bahagian Gopeng serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan.

--Bernama

Ini Midah Sg. Rapat lagi hebat 101 laporan polis dibuat, agak-agaknya apa yang disumpah polis yang kena ambil laporan kat balai tu.

Pakai baju BERSIH dalam balai tak kena tangkap, polis tangkap hanya jika pakai depan orang ramai je

SEMALAM ReJaM© ada siarkan beberapa keping gambar pemuda yang ditangkap dan digari oleh Polis di depan khalayak ramai hanya kerana memakai baju berwarna kuning dengan tulisan BERSIH 2.0 saat beliau sedang minum kopi di uptown Shah Alam, rujuk sini [Tangkapan lucu]

Semasa Khairul Anuar Zainuddin sedang disoal siasat (untuk cukupkan syarat sebab Polis dah tangkap), seorang kawannya bernama Rozan Azen Mat Rasip telah hadir ke Balai Polis selepas mendapat berita bahawa rakannya ditahan Polis kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Apa yang menarik dan melucukan, Rozan Azen hadir di balai Polis sambil memakai baju BERSIH 2.0 iaitu baju yang telah menyebabkan Khairul Anuar ditangkap Polis ketika sedang minum kopi di Uptown Shah Alam sebelum itu.



Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapakah Rozan Azen tidak ditangkap sedangkan dia memakai baju berwarna kuning serta memaparkan tulisan BERSIH 2.0? Malah Rozan Azen hadir di dalam kawasan balai Polis yang dilihat sudah memudahkan kerja Polis bagi menangkapnya. Polis bagaikan kucing yang kekenyangan melihat tikus menari-nari di depannya.

Khairul Anuar Zainuddin memakai baju BERSIH 2.0 di Uptown Shah Alam ditangkap dan digari di depan khalayak ramai, tetapi Rozan Azen siap masuk Balai Polis dengan memakai baju BERSIH dibiarkan saja. Bagaikan pengedar dadah menjual dadah di pintu lokap Balai Polis....

Rupa-rupanya Polis tangkap baju kuning depan orang ramai je kah kah kah...

ReJaM© "Cuba tanya... Polis tangkap orang pakai baju kuning untuk menguatkuasakan undang-undang atau takut dibuang kerja?"


Orang Islam bersunat : Anwar atau orang UMNO, PERKASA yang fitnah Anwar yang tak bersunat ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY8BorbbY3CIt3Z4xbdQC-TMw8t_07HECOc_qr7wXkluFitCCaV8u0KircqgYFwyy2_VT3Y2935cEVyQX3TJCm_sTHtT82K6estt4Eu_AkNKEarjWZvaYct63AAw3lvOTQUezKbQWFYP1B/s1600/bersunat.jpgIni ialah laporan yang tidak dibuktikan bertujuan memburukkan Anwar melalui pendakwaan terhadap Dato 'T'

laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Kenapakah tidak sebut 100% terus supaya nampak lebih jelas pembohongan puak-puak Songkok Tiga Jengkal ini.

Rasanya 0.01 % lagi tu tak dapat di beri kerana pelakon video seks tu 'anu' tak bersunat jadi pakar Amerika pun pening tak boleh bagi 0.01% lagi. Sebab pakar Amerika tu pun mungkin terfikir , ikut kajiannya orang Islam tidak ada lebihan daging menutupi kemaluan kerana sudah dibuang.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar.


Tapi lelaki dalam video seks tu jelas ada lebihan daging itu menutupi kepala zakar, maknanya bukan Anwar . Anwar orang Islam mustahil lah Anwar. Puak-Puak UMNO penyebar video seks pun tahu bukan Anwar sebab hari-hari dok menonton video seks tu. Nak edit tak boleh dah.

Penjelasan Dato' Johari Abdul sebenarnya sudah memadai membuktikan bukan Anwar dalam video seks itu. Tapi puak-puak UMNO dan PERKASA penyokong video seks ini bukan reti terima penjelasan sebab mereka bebas fitnah tanpa batas. Polis pun tak akan ambil tindakan terhadap mereka.

Jika orang bukan Islam pun tak percaya bahawa pelaku dalam video seks adalah Anwar kerana mereka tahu 'anu' orang itu sama macam mereka punya.

Bagi orang UMNO dan PERKASA yang percaya itu adalah Anwar , maknanya 'anu' mereka pun sama dengan pelaku dalam video seks itu.

Jika ada ,orang UMNO dan PERKASA yang fitnah Anwar pelakunya. Tengok mukanya , kemudian senyum kat dia. Bila dia tanya kenapa? suruh dia balik tengok 'anu'nya betul-betul kemudian bandingkan dengan 'anu' pelaku video seks, sama atau tidak.

Jika , dia kata sama. SAH dia tak bersunat lagi. Kalau dia kata tak sama, SAH dia fitnah Anwar.

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

KUBANG PASU, 25 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.

"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.

"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

"Ada mereka pertahankan kebersihan pilihan raya?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu petang tadi.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0 malam tadi dan hari ini.

Beliau turut mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak ada bezanya dengan pilihan raya di Mesir sehingga rakyat bangkit melakukan perubahan.

Katanya lagi, rakyat negara ini turut mahu melakukan perubahan terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pertindihan daftar pemilih.

"Pilihan pilihan raya di Malaysia tidak ada beza dengan siapa yang boleh nafikan ada masalah daftar pengundi?

"Bukan sahaja PKR PAS lebih terperinci bawa kes ini yang saya lihat sendiri dari jauh. Ada ruang media yang bebas? Tidak ada.

"Apa beza pilihan raya Najib Tun Razak dengan pilihan raya Hosni Mubarak di Mesir, tolong jelaskan.

"Mengapa rakyat dan dunia menyokong perubahan pilihan raya di Mesir dan adakah salah kita menuntut pilihan raya yang sama?" soalnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat.

"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya.

Mengulas mengenai tahanan dua mahasiswa yang terlibat dalam program masyarakat di Gebeng, Kuantan petang tadi, beliau menyifatkan ianya untuk menakutkan golongan muda.

"Dia akan tangkap sesiapa yang dilihat ke depan untuk menakutkan rakyat," katanya.

Gelombang BERSIH dijangka tarik bukan 300 tapi 800 ribu rakyat, Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal mungkin guna Agong untuk halang

KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir.

"Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat.

"Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah", katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan.

Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN.

Tidak hanya melalui kenyataan terbuka, kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat.

Himpunan tersebut yang dianggarkan disertai hampir 800 ribu orang, akan berarak ke Istana Negara dengan menggunakan warna tema pakaian kuning.

Selain bagi menjunjung institusi Diraja dan demokrasi, warna kuning itu juga sebagai lambang kebebasan, ketulasan dan keadilan.

Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti.

Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal.

"Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya.

Mana lima lelaki India , hilang tanpa berita ? Polis kena jawab

http://media1-cdn.malaysiakini.com/179/d126ed247feacedf1475228d1d4d9a17.jpgAhli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini tampil di ibu pejabat Polis Bukit Aman menyerahkan memorandum berhubung lima lelaki yang didakwa hilang di Sri Kembangan pada 4 April lalu.

Beliau ditemani 10 orang ahli keluarga mangsa dilihat berkumpul di luar perkarangan ibu pejabat Polis itu kira-kira jam 11.50 pagi sebelum beredar kira-kira 30 minit kemudian.

Memorandum dua tuntutan itu diserahkan kepada timbalan pengawal pusat kawalan ASP LV Ariva mewakil Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Dalam sidang media ringkas selepas penyerahan itu, Gobind (kanan) berkata, mereka mahukan pengesahan sama ada kelima-lima lelaki India itu ditahan polis tidak kira di peringkat mana.

Ini kerana jika benar, perkara itu tidak menghormati hak mereka kerana anggota keluarga patut dimaklumkan di mana lokasi mereka ditahan, tambah wakil rakyat DAP itu.

Dalam tuntutan kedua pula, menurut Gobind lagi, beliau dan ahli keluarga mahukan penjelasan insiden yang disyaki mereka sebagai penculikan itu.

Menurutnya pihak keluarga mangsa juga telah melakukan siasatan sendiri dan telah memberikan maklumat berkaitan serta "bukti" kepada pihak polis.

"Selain itu, pihak keluarga mengesyaki berkemungkinan kelima-lima lelaki ditahan pihak polis," katanya.

Ditanya tindakan selanjutnya, Gobind berkata, beliau akan membangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen pada Selasa depan.

"Saya akan meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyiasat perkara sebenar," katanya.malaysiakini

Satu lagi projek kerajaan UMNO catat kerugian RM 70 juta

Inilah yang dinamakan sebagai kerajaan bodoh piang. Sudah lah bodoh, sombong pula tue. Bila dah terhantuk barulah terpoyo-poyo nak tarik diri. Dah tue tahu pula cuak nak umumkan kat media arus perdana segala bagai. Dasar kerajaan bebal. Hanya projek yang bebal-bebal yang dorang pandai produce.


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun berkata kerajaan melakukan kesilapan menandatangani kontrak pembinaan proiek Janakuasa Arang Batu 300MW di Sinakut Lahad Datu tanpa membuat siasatan dan kajian kesannya terhadap alam sekitar.

Menurutnya, pembatalan proiek itu menyebabkan kerugian sebanyak RM70 juta apabila pampasan ganti rugi terpaksa dibayar kepada pihak kontraktor sebanyak USD22.5 juta sebagai pembayaran muktamad kontrak yang telah ditandatangani.

"Kerugian ini boleh membangunkan banyak infrstfuktur di sabah dan membantu rakyat miskin" katanya dalam kenyataan yang dikirimkan menerusi khidmatpesananringkas dari Kuala Lumpur kelmarin.

Beliau memberitahu perkara itu bagi mengulas jawapan bertulis Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui terhadap soalannya di Parlimen.

Menurutnya, menteri berkenaan telah mengesahkan jumlah pampasan yang dibayar berkenaan ekoran pembatalan Projek berkenaan.-utusanborneo-

Ini apa maksudnya kawan-kawan? Ya betul. Ini maksudnya kerajaan ini kerajaan fack. Menerusi rekod google aku dapati utusan pernah menulis satu artikel nasihat disini bagi meminta pihak yang berkenaan menimbangkan pelbagai segi dan kesan kepada sistem ekologi sebelum bersetuju untuk menanda-tangangi sebarang perjanjian persetujuan.

Ini juga membuktikan bahawa segala nasihat yang diperlukan pada ketika itu sebenarnya sudah diluahkan, disampaikan dan disalurkan kepada pihak yang berkenaan. Tetapi malangnya kerajaan bangang tidak dapat menafsirkan nasihat itu sehingga dorang bersetuju untuk melaksanakan projek neh sebelum memutuskan untuk membatalkan ia selepas mendapat bantahan umum.

Yang sebenarnya apa yang berlaku di pahang lebih kurang sama apa yang berlaku di sabah. Jika kerajaan menarik balik kelulusan lynas maka kerajaan akan terpaksa membayar sejumlah pampasan. Sama seperti apa yang berlaku di sabah. Mereka iaitu kerajaan bn memang tak boleh buat kerja. Apa pun tak boleh lah mereka. Habis duit kita. Habis duit rakyat. Patutlah TNB naikkan charge. Nak tahu tak? Benda neh ada kaitan dengan TNB beb. Korang pandai2 belaka. Korang akan temui kaitan dengan tnb kalau cari betul2. Sekian.

Baca sini gak. Pemimpin bangang bercakap. Bab kerugian rm70juta tue sikit pun dia tak dedahkan yerk.

Ameno : Menteri bodoh piang semakin menyakitkan ahti aku.


Jawapan kepada tuduhan Ketua UMNO Parit Buntar : Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar tak berpecah

PARIT BUNTAR , 25 Jun : Isu dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan Kelab Penyokong Pas Parit Buntar telah berpecah belah tidak berasas sama sekali.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, tuduhan itu hanya untuk meraih sokongan kaum Cina dan India yang sebenarnya sudah berpihak kepada Pas.

Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab itu hanya membuat kenyataan tidak berasas semata-mata untuk mengelirukan kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina kerana sudah kehabisan modal.

“Kaum bukan Melayu kini semakin memihak kepada Pas kerana keyakinan mereka terhadap Pas yang boleh menjadi pembela kepada semua kaum atas keadilan dan kebajikan yang akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, sejak Pas mengiktiraf Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) sebagai suatu sayap kepada parti Pas, maka termansuh Kelab Penyokong Pas bukan seperti yang didakwa oleh pihak musuh.

“Dakwaan ini hanya menggambarkan politik murahan pihak tertentu yang sudah kehabisan idea,” katanya.

Katanya, untuk pengetahuan umum sebenarnya Dewan Himpunan kini bertambah kukuh dengan pertambahan bilangan ahlinya setiap hari.

“Dewan Himpunan juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa untuk berhadapan dengan UMNO/ Barisan Nasional.

“Mereka dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan krisis dalaman yang umum mengetahui termasuk pergolakan kepimpinan MCA dan MIC serta Gerakan yang semakin meruncing tanpa sokongan daripada kaum Cina juga India apatah lagi orang-orang Melayu,” katanya.Sinar Harian

Tayang video seks di mahkamah bertujuan cemar maruah Anwar



KUALA LUMPUR 25 JUN : Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa langkah Mahkamah Majistret menayangkan semula rakaman video seks ketika prosiding yang membabitkan trio Datuk T semalam, dilihat bertujuan menjatuhkan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Surendran dalam satu kenyataan media, beliau tidak terkejut sekiranya hukuman ringan yang dikenakan ke atas Datuk T dipengaruhi oleh Jabatan Peguam Negara dan polis.

“Kejadian yang berlaku itu membuktikan penglibatan pihak berkuasa tertinggi termasuk polis dan kamar Peguam Negara dalam satu konspirasi untuk memfitnah Anwar Ibrahim sama ada dalam politik atau secara peribadi.

“Tindakan mereka ini amat tidak munasabah dan ia juga sangat mengganggu sistem perundangan. Percubaan mereka untuk berpura-pura bersikap adil dan telus tidak munasabah dan kami yakin rakyat tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan,” ujar beliau.

Tegas Surendran, tindakan Mahkamah Majistret membenarkan tayangan semula rakaman video seks itu walaupun ketiga-tiga Datuk T sudah mengaku bersalah bertentangan dengan sistem perundangan.

Semalam ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hakim Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian setelah mendengar hujah yang dikemukakan tertuduh.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik masing-masing mengaku bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atas mereka.

Eskay didenda RM3,000, sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 dan RM1,000.

Eskay dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

"Ketua Umno SPR" didesak letak jawatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR_yclA__yfd44SeeAZJm28LwmO3wcAsegDr8n_99uQ1kXG6uxUtePXbSIB_IDn6TrSjW7TSozzdHYGVymUWLVeIik7W7QDO-Dpkucg6IM0jQkLIPF-5cBhsRHeWbassevVMN-gzGuyusk/s320/spr+love+umno.jpgKUALA LUMPUR, 25 Jun: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi mengulangi desakannya agar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan.

Desakan itu dinyatakannya hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui wujud "pengundi hantu" dalam rumah ibu Ahli Parlimen Gombak itu yang beralamat di Kg. Klang Gate Baru.

"Wan Ahmad Wan Omar cabar saya buktikan dakwaan wujud pengundi hantu. Saya buktikan dan SPR akui. Wan Ahmad wajib berundur," katanya.

Sebelum ini, Azmin dicabar Wan Ahmad agar membuktikan dakwaannya bahawa ada penipuan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Wan Ahmad berkata, Azmin tidak bercakap benar dalam isu itu.

Menyahut cabaran itu, Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN minggu lalu kemudiannya mendedahkan rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.

Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.

Bukti penyelewengan itu ujar Azmin berdasarkan daftar pemilih induk terbaru yang diwartakan 13 Mei lalu.

Sehubungan itu beliau mahu Wan Ahmad yang juga disifatkannya sebagai "Ketua Umno dalam SPR" meletak jawatan segera.

"Kekalkan Wan Ahmad Wan Omar di SPR adalah menghina institusi YDP Agong kerana institusi Raja adalah institusi yang mulia dan adil", tulisnya di Twitter.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan penipuan SPR itu sebagai "bodoh" kerana melibatkan rumah pimpinan tertinggi PKR.

Beliau juga turut mencabar Wan Ahmad meletak jawatan dan bertanding atas tiket Umno melawan Azmin di Gombak pada pilihan raya umum nanti.

Pembuktian itu juga jelasnya antara faktor kenapa Himpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini wajar diadakan.