Thursday, July 7, 2011
Rakyat turun ke KL , KL bukan milik UMNO
Walaupun dilarang, pemimpin PAS akan hadir
Dalam keputusan berdasarkan permohonan sebelah pihak polis kepada mahkamah itu, hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu yang dihalang berada di ibu negara pada esok hari.
Naib Presiden PAS, Haji Salahudin Ayub menegaskan pemimpin dan ahli PAS tetap akan hadir ke perhimpunan rakyat di Stadium Merdeka dalam usaha menuntut pilihan raya bersih dan telus dalam negara.
Beliau menyifatkan tindakan BN menggunakan mahkamah untuk keluarkan larangan menghalang 91 individu berada di KL esok hari sebagai tidak demokratik.
Jelasnya, tindakan menghalang dan mengugut itu jelas bertentangan dengan titah khas Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan yang mahu semua pihak berunding.
"Tindakan menghalang itu jelas bertentangan dengan ruh dan semangat titah baginda," tambahnya yang juga termasuk dalam senarai 91 individu yang dihalang.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli pula berkata, pimpinan Pakatan Rakyat kekal mantap untuk jayakan himpunan Bersih itu meskipun terdapat berbagai halangan.
Dalam satu kenyataannya, beliau yang juga dihalang berkata, setakat ini belum menerima sebarang surat secara hitam putih tentang keputusan mahkamah majestrit itu.
"Jika benar, ini merupakan satu bentuk pencabulan hak saya untuk bergerak secara bebas dalam negara sendiri.
"Pemerintah semakin tenggelam punca dalam menghadapi kebangkitan rakyat," tegasnya.
Penegasan sama turut dibuat ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran Gerakan Pilihan Raya Adil dan Telus di Seksyen 18, dekat sini, malam tadi.
Sementara itu dalam jawapan ringkasnya. AJK PAS Pusat, Haji Khalid Samad berkata, tindakan ini membuktikan pemimpin BN sudah tidak siuman.
Seorang lagi AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pula hanya ketawa geli hati dengan tindakan ini sambil menyatakan akan terus hadir.
Bersih lonjak kesedaran politik generasi muda
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan esok telah memberikan satu lonjakan kesedaran politik rakyat Malaysia, terutama generasi muda.
“Mungkin selama ini mereka tidak kisah sangat apa yang berlaku sekeliling mereka. Mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Apabila media BN yang sudah hilang orbit kewarasan dalam pemberitaan, akhirnya menjadi senjata makan tuan, kerana anak muda ialah mereka generasi yang berfikir,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Tambahnya, lebih-lebih lagi di era langit terbuka, mereka mendapat maklumat kedua kemudian, mereka membakul sampahkan propaganda BN.
Beliau berkata, hasrat BN cuba memburukkan program Bersih dengan berbagai tuduhan seperti komunis, gerakan kristian, agen asing semuanya gagal.
Menurutnya, generasi muda yang celik maklumat bukan mereka yang boleh dicucuk hidung oleh pemimpim BN.
Mereka, ujarnya mentelaah semua maklumat, kemudian membuat pertimbangan mana yang betul dan yang salah.
Katanya lagi, mereka tidak mahu melanjutkan kepimpinan negara yang separuh abad diberi amanah, tetapi telah mengkhianati amanah negara.
Oleh itu, katanya mereka perlu melantik pemimpin yang amanah dengan jawatan tetapi impian itu tidak akan diperolehi jika perjalanan pilihan raya yang tempang.
Justeru, tegasnya reformasi perlu dibuat dalam perjalanan pilihan raya di negara ini.
Beliau menambah, jika benar BN kuat mereka tidak perlu takut untuk menerima tuntutan Bersih, biarlah rakyat menjadi Hakim Negara untuk memilih pemimpin negara.
“Perkara ini pemimpin BN tidak perlu takut jika mereka menganggap ini adalah amanah, tetapi mereka akan takut jika tujuan menjadi pemimpin sebagai tangga untuk mengumpul kekayaan anak beranak,” ujarnya.
Perniagaan akan maju, pasaraya buka seperti biasa
KUALA LUMPUR, 8 Julai: PAS yakin peniagaan tidak akan terjejas bahkan akan bertambah maju sempena perhimpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara esok.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib meminta para peniaga jangan bimbang dan meneruskan perniagaan mereka sebagaimana biasa esok.
(Sogo KL antara pusat beli belah yang bakal menjadi tumpuan esok...seluruh negara akan bertumpu ke sini untuk membeli belah menjelang Ramadhan)
"Saya yakin, bukannya perniagaan mereka terjejas tetapi perniagaan mereka akan bertambah maju kerana seluruh rakyat negara ini bertumpu ke Kuala Lumpur esok," kata Saari kepada Harakahdaily.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan berlangsung di Stadium Merdeka esok mulai jam 2 petang.
Pelbagai momokan dibuat oleh pihak-pihak tertentu kononnya peniaga akan kerugian ekoran perhimpunan esok.
Namun pemimpin Bersih 2.0 yakin, sekurang-kurang RM3 juta akan dibelanja oleh para penyokong Bersih esok dengan andaian 300,000 akan menyertai perhimpunan ini dan setiap seorang akan membawa RM100.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pernah memberitahu pemimpin kanan polis, jika water canon disembur ke arah orang ramai bukan sahaja kedai akan dirempuh bahkan "kandang babi pun akan kami rempuh," kata beliau.
Saari (gambar) yang juga Adun Hulu Klang ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini menyatakan himpunan Bersih 2.0 akan tetap diteruskan meskipun terdapat berbagai halangan dibuat.
Sehubungan dengan itu, beliau juga meminta agar rakyat yang berniaga ketika itu termasuklah pasaraya tidak perlu rasa bimbang dan cemas dengan himpunan ini.
"Kita yakin himpunan yang akan berlaku esok tidak akan berlaku huru-hara seperti yang digambarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan rakyat.
“peniaga-peniaga tidak perlu bimbang dengan himpunan ini kerana esok merupakan peningkatan ekonomi mereka yang sebelum ini mungkin ada yang kurang pendapatan dalam menjalankan perniagaan tetapi esok saya yakin rezeki mereka melimpah ruah,” kata Saari.
Mereka yang terlibat dalam perniagaan sepatutnya bersyukur kerana esok gerai dan pasaraya mereka akan di kunjungi oramai ramai yang sudah pasti datang daripada berbagai negeri datang ke Kuala Lumpur, tambahnya.
Katanya, “kita dapat gambarkan rakyat yang datang di seluruh negeri datang kesini akan berhimpun beramai-ramai membawa ahli keluarga dan teman-teman berjalan –jalan menuju ke stadium sambil mereka membeli belah untuk persiapan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aildilfitri nanti.”
Ketika dihubungi Harakahdaily, antara pasaraya yang akan beroperasi sebagaimana biasa adalah pasaraya Sogo, Pertama Complex, MidValley Mega Mall, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur, Isetan (KLCC), Megakidz Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, The Store Jalan Ipoh dan lain-lain.
(Mydin antara pusat membeli belah yang akan turut mendapat perhatian esok)
Manakala itu, pasaraya Mydin Jalan Masjid India akan tutup perniagaan dan bagi pasaraya Kamdar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bergantung kepada keadaan.
Azira Abdullah, pegawai pasaraya Kamdar itu berkata ketika dihubungi oleh Harakahdaily “setakat ini pasaraya Kamdar akan beroperasi seperti biasa walaupun telah dimaklumkan himpunan Bersih 2.0 akan diadakan esok”.
"Tetapi ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya kami mendapat arahan daripada pihak atasan, mungkin akan di tutup juga sehingga mendapat arahan untuk membuka perniagaan kembali untuk esok," katanya.
Bersih 2.0: Jaga akhlak, usah layan provokasi
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS dan penyokong Bersih agar menjaga akhlak sesuai dengan tuntutan Islam semasa menyertai himpunan aman Bersih 2.0 esok.
"Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong Bersih agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.
"Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita, mereka adalah sebenarnya mad’u kita," ujar ketuanya, Datuk Harun Taib (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengingatkan para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam kerana ia ditegah di dalam Islam, sekalipun di dalam peperangan.
Namun begitu, beliau tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali.
"Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi," ujarnya yang juga Adun Manir.
Beliau berkata, apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan PAS.
Justeru, Ustan Harun meminta ahli PAS supaya bersabar kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah SWT kerana itulah lumrah perjuangan para anbia, sahabat-sahabat dan ulama-ulama serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita.
Dewan Ulamak PAS Pusat juga, ujarnya turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia itu.
"Kepada kakitangan keselamatan, sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah, insya Allah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini," ujarnya.
Menurutnya lagi, ganjaran pahala pasti akan menunggu mereka di hari akhirat nanti.
Teruskan BERSIH 2.0, bukan rakyat gentar tapi UMNO yang berlindung di belakang polis
Ketuanya, Zuraida Kamarudin mendakwa, tindakan Hishammuddin menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan menteri itu tidak akur dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Mizan.
“Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini, seharusnya Hishammuddin taat.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat sudah lepas tangan dan tidak berupaya mengawal perilaku menteri-menterinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azwan Ramli.
Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Hishammuddin yang berkata, Bersih masih sebuah pertubuhan haram walaupun selepas pemimpinnya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon kebenaran mengadakan perhimpunan Sabtu ini.
Hishammuddin dilaporkan berkata, keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan kerajaan menghalang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini membuatkan rakyat lebih marah dan bersemangat untuk berhimpun pada hari itu.
Pada sidang media itu juga Zuraida turut melancarkan kempen ‘Teruskan Bersih’ dengan membawa dua lagi tuntutan, iaitu mendesak Hishammuddin segera membebaskan 194 tahanan, termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Menteri itu juga diminta menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barang Bersih yang dirampas.
Zuraida juga menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang membekukan permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
“Kerajaan menuduh Bersih membawa kerugian kepada banyak pihak apabila mengadakan perhimpunan, tetapi kerajaan sendiri yang menyekat rezeki dan ekonomi sesetengah pihak apabila membekukan permit sementara itu.
“Lebih buruk lagi ialah kemungkinan semua pengangkutan awam di ibu negara akan dihentikan,” katanya.
Zuraida mendakwa Barisan Nasional (BN) cuba menimbulkan provokasi membawa masuk provokator mereka menyertai Bersih.
“Kami dengar ada pihak mencetak baju-T Bersih di Thailand untuk diedarkan kepada provokator mereka.
“Justeru, saya mengingatkan ahli-ahli Pakatan Rakyat berjaga-jaga dengan mereka yang tidak dikenali,” katanya
BERSIH 2.0 tidak pernah haram, hanya UMNO kata haram bukan mahkamah
EDYES @ edyesdotcom
Mungkin tulisan terakhir edyes sebelum BERSIH 2.0
Perintah mahkamah halang 91 masuki KL, salah seawal-awalnya lagi
Mereka menyifatkan perintah itu sebagai bersifat satu pihak sahaja dapat akses (ex-parte) kepada mahkamah majistret yang mengeluarkan perintah itu.
Komuniti berkenaan berpendapat bahawa di bawah prinsip undang-undang "seseorang tidak boleh dihukum tanpa dihadapkan ke mahkamah" (audi alteram partem).
Oleh kerana itu ia jelas menunjukkan bahawa perintah yang diperolehi oleh Polis KL itu void ab initio (salah seawal2nya lagi).
Lantaran itu mereke berpendapat bahawa keengkaran pada perintah tersebut bukanlah menghina keputusan mahkamah.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin mendakwa polis sekadar menambahkan lagi suasana tegang Himpunan Bersih 2.0 apabila mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 pimpinan, termasuk beliau sendiri daripada memasuki Ibu negara Sabtu ini.
Bulu ruma Najib yang meremang dah mula gugur
Dia ceramah rasmi pertukaran nama bandar Jengka, ke Bandar Tun Razak di Pahang, sambil terisak-isak. Dia terpaksa berhenti awal, kata dia, dia tak mau terlalu emosi.
Semalam, Najib ceramah ke ahli persatuan Silat Lincah Malaysia. Najib kata 'dia meremang bulu ruma, mendengar ceramah Mahaguru Omar Din'.
Kalau Najib dengar Tuan Guru Nik Aziz ceramah pula, pasti semua bulu ruma dia tertidur.
Kalau dia dengar Mat Sabu ceramah pula, pasti semua bulu ruma dia terpancut. Sebab tu masa pelancaran fortila2 ke GAZA, dia tak benar Mat Sabu ceramah...........
Kalau Rosmah yang ceramah ke Najib, apa agaknya yang meremang, dan yang tertidur?????????
PM oi,kerap la sikit pi dengar ceramah.. he...he.Sembangkerja
Laluan trafik ke KL - Panduan kepada rakyat Malaysia
LALUAN TRAFIK - PANDUAN UNTUK BERHIMPUN DI STADIUM MERDEKA
) Datang ke KL seawal mungkin – cuba elak dari memandu ke KL.
2) Sementara menunggu 2pm, anda boleh bersarapan atau makan angin di tempat awam berdekatan Stadium Merdeka (sokong peniaga tempatan).
3) Rakan2 Muslimin/Muslimat boleh tunaikan solat Zohor di mana-mana masjid sesuai.
4) Sebelum 2pm, sila menuju ke Stadium Merdeka.
5) Terpulang kepada anda jika ingin memakai kuning atau tidak. Rakyat memakai kuning mungkin akan menghadapi sekatan yang lebih kuat untuk masuk KL.
6) Tatacara lebih mendalam boleh diteliti di: http://bersih.org/?page_id=4145
Guidelines for 9/7 (pls spread!)
1) Come to KL as early as possible, try to avoid driving into the city.
2) While waiting for 2pm, feel free to hang out at public places near Stadium Merdeka (support local business!)
3) Muslims are welcome to perform their Zohor prayers at appropriate mosques.
4) Before 2pm, make your way to Stadium Merdeka.
5) It’s up to you to wear yellow or not. Those in yellow may face greater obstacles trying to get into the city.
5) Other rally guidelines: http://bersih.org/?page_id=4145
Umno-APCO dan kasi susah memang ngam oo!!
Mengikut sumber, berikut adalah panduan untuk aliran trafik di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini:
1. Trafik dari Lebuhraya Persekutuan ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Jalan Kelang Lam, Sungai Besi, dan Lebuh Raya Seremban
2. Trafik dari Jalan Kelang Lama ke Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Lebuh Raya Seremban atau Petaling Jaya
3. Trafik dari Jalan Bangsar/Jalan Travers ke pusat bandar akan dilencongkan ke Jalan Mahameru
4. Trafik dari Jalan Mahameru ke pusat bandar melalui laluan Muzium Negara akan dilencongkan ke Jalan Bangsar
5. Jalan dari Sungai Besi ke Istana Negara akan ditutup.
Rumah MB Kedah disimbah cat merah
Dalam kejadian itu, bahagian luar pagar dan lantai simen pekarangan rumah dikotori cat merah, namun tidak mengenai bahagian dinding rumah ekoran jaraknya yang agak jauh daripada kawasan pagar.
Selain rumah Azizan, beberapa rumah, kereta termasuk pejabat pusat khidmat wakil rakyat pemimpin Pas turut menerima nasib sama, dalam beberapa kejadian dipercayai dilakukan serentak malam semalam atau awal pagi.
Turut dijumpai, nota ugutan supaya tidak hadir pada perhimpunan haram Bersih 2.0 yang dibungkus dengan batu yang turut dilontar di tempat kejadian.
Mengulas kejadian itu, Azizan berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang turut berlaku di daerah Pendang dan Kota Setar.
“Itu mungkin mainan budak-budak nakal yang tidak ada kerja atau mereka cuba cetuskan isu kontroversi dengan buat perkara seperti itu. Biarlah pihak polis siasat siapa dalang di sebaliknya kerana laporan polis sudah dibuat oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa perbuatan itu,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Wisma Darul Aman, semalam.
Menurutnya, kejadian sama turut menimpa Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman yang mengalami kerosakan kereta akibat disimbah cat merah.
Pemimpin lain, termasuk Setiausaha Pas Kawasan Alor Setar yang juga Pembantu Khas ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh, Adnan Saad.
Rumah yang disimbah cat merah pula ialah Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Kuala Kedah, Mohd Radi Said.
Sementara itu, Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa di Taman Anggerik, Peremba turut disimbah cat merah dan dibaling batu.
Azizan berkata, tindakan terbabit disifatkan kurang bijak dan sekiranya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, ianya perlu dihentikan dengan segera.
“Saya tak kata ianya ada kaitan dengan Bersih, tapi kami semua tak pula berhutang dengan ah long,” katanya berseloroh.
Azizan menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.
Tetap ke Stadium Merdeka walaupun berjalan kaki - Mat Sabu
"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.
Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini.
Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS berkata, beliau yakin tindakan tersebut tidak akan menjejaskan ahli PAS untuk datang ke himpunan itu nanti.
Dewan Pemuda PAS semalam mengulangi komitmen untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan itu.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.
Antaranya termasuklah Mohamad, pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan aktivis Hishamuddin Rais.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Diminta mengulas perkara itu, Mohamad berkata beliau akan merujuk peguam untuk tindakan lanjut.
Perbicaraan kes Datuk Sosilawati : ADUN UMNO antara yang disebut
Dalam sesi soal balas saksi perbicaraan kes pembunuhan kejam keatas Datuk Sosilawati bersama tiga yang lain; pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, dan Kamaruddin Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, nama salah seorang ADUN Selangor, Yb Dato Haji Abdul Rahman Palil telah disebut...
Kawan baik kepada Sosilawati, Junaidah Ismail, 52 tahun telah disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, suspek utama kes ini, urusan yang membabitkan Rahman Palil.
Manjeet: Saya katakan Sosilawati ialah orang yang apabila dia sudah menjual tanah kepada sesuatu individu, akan membatalkan perjanjian sekiranya dia mendapat pembeli yang boleh menawarkan harga yang lebih tinggi terhadap tanah tersebut?
Junaidah: Saya tidak tahu, Wati tidak pernah beritahu.
Manjeet: Kamu kenal dengan Abdul Rahman Palil (Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa)?
Junaidah: Saya pernah dengar namanya.
Manjeet: Adakah Sosilawati beritahu kamu bahawa Abdul Rahman terlibat dalam urusan pembelian tanah dengannya?
Junaidah: Ya. Projek terakhir adalah kira-kira sebulan sebelum kehilangan Sosilawati.
Baca sepenuhnya..., sila klik sini
BERSIH 2.0: Penting..! - Makluman Untuk Sebaran
Maklumat Sahih: Pesanan buat semua sahabat-sahabat di seluruh Malaysia tak kira lu sokong BERSIH 2.0 atau tak sokong.
Sila delete mesej-mesej dalam handphone anda yang berkaitan dengan politik dan ada words BERSIH. Polis road block akan periksa. Polis di Kuala Lumpur akan periksa handphone secara rambang dan penahanan serta-merta akan dilakukan bagi membantu siasatan.
Harap Maklum & sila share pada Facebook, Twitter & Blog masing2.
Najib kena tunai janji
Didakwa hanya kerana iringi Ambiga ke balai polis
Senarai 66 orang dilarang masuk KL, peserta himpunan BERSIH lain boleh masuk
Senarai nama 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini
Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.
Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.
Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.
Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.
Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.
Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan
Mohamad Sabu
Hishamuddin Md Rais
Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
Maria Chin Abdullah
Chua Tian Chang
Kamarulzaman Mohamad
Dr Mohd Hatta Md Ramli
Syed Shahir Syed Mohamud
Syed Ibrahim Syed Noh
Teresa Kok Suh Sim
Badrul Hisha Shaharin
Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
Arutchelvam A/L Subramaniam
Wong Chin Huat
Ong Boon Keong
Enalini A/P Elumalai
Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
Datuk Khalid Yunus
Datuk Zulkifli Noordin
Dr Zubir Harun
Datuk Seri Abd Hadi Awang
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Nurul Izzah Anwar
Kohila Yanasekaran
Zaid Kamaruddin
Khoo Teng Swee
Fadiah Nadwa Fikri
Yap Swee Seng
Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
Nasrudin Hasan
Mazlan Aliman
Dr Syed Azman Syed Nawawi
Dr Dzulkifli Ahmad
Dr Mujahid Yusof
Khalid Abd Samad
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Azman Shapawi Abd Rani
Suhaizan Kaiat
Nor Azli bin Musa
Mohd Firdaus Jaafar
Loke Siew Fook
Lau Wen San
Mohd Azmin Ali
Mat Shuhaimi Shafie
Satipul Bahari Amamt
Wan Hassan Mohd Ramli
Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Hilman Idham
Mohd Shukri Che Ab Razab
Mohd Syukri Kamaruddin
Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Choo Chon Kai
Sarasvathy Muthu
Soh Sook Hwa
Nurul Izham Nurul Anuar
Abd Rahim Osman
Mohd Sibri Ismail
Mohd Lukam Muda
Datuk Prof Kamaruddin Kachar
Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah
Perkasa
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ab Rahman Abu Bakar
Syed Hassan Syed Ali
Irawah Fahmi Ideris
Roslan Kassim
Sharifuddin Abd Hamid
Dr Zubir Harun
Ameir Hassan
Datuk Ahmad Saad
Ahmad Zaini Ismail
Muhammad Zaid Md Arip
Abdullah Mansor
Zaira Jaafar
Norkhaila Jamaludin
Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Datuk Megat Firdouz Megat Junid
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Megat Zulkarnaian Omardin
Rizalman Mokhtar
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Lokman Noor Adam
Datuk Abdul Azeez Rahim
Ungku Saleh Ungku Jamal
Arman Azha Abu Hanifa
Tun Faisal Ismail Aziz
The Malaysian Insider
Isu molotov coctails meragukan : Laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Selangor dan KL
Laporan tersebut, masing-masing dibuat oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (dua dari kiri) dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Shahrom Daud, terhadap pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Antara senjata yang dilaporkan ditemui itu termasuk parang, molotov cocktails, mercun dan botol plastik berisi petrol.
Mazlan dan Shahrom yang diiringi kira-kira 10 penyokong PAS, membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira jam 2.35 petang.
Dalam laporan polis tersebut, mereka mendesak polis membuat siasatan dan memberi penjelasan terhadap penemuan senjata dan barang-barang yang ditemui itu.
Dalam laporan tersebut, mereka mendakwa penemuan senjata seperti parang yang masih baru, dan baju-T BERSIH adalah sangat meragukan dan menimbulkan tandatanya.
Mereka juga mendakwa, ia juga memberi gambaran buruk terhadap penganjur BERSIH sebagai pertubuhan haram, berkemungkinan berlaku huru-hara dan pertumpahan darah.
Oleh itu, dalam laporan tersebut, Mazlan:
- Mendesak siasatan segera dilakukan mengenai motif pendedahan itu dibuat kepada orang awam.
- Mendesak siasatan dan tindakan segera dilakukan terhadap suspek yang ditangkap.
- Mendesak siasatan dan pendedahan segera dibuat siapa dalang di sebalik penemuan pelbagai senjata yang dimaksudkan.
- Memohon penjelasan apa kaitan penemuan barangan dengan perhimpunan BERSIH.
Polis larang 66 individu daripada lebih 660 000 yang akan hadir himpunan BERSIH 2.0
BERSIH 2.0 : 91 Individu dilarang terlibat
Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.
Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.
Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Malaysiakini