Monday, July 25, 2011
Bil elektrik kini Gila Babi
"Entah apa nak cakap mengenai bil elektrik sekarang ini, naik dan terus naik. Ingatkan rumah saya saja sebelum ni sekitar RM60 sekarang ini sekitar RM100 sejak 1-2 bulan ini. Rupa-rupanya bil surau kami di Senawang pun naik sekitar 2 kali ganda. Kalau dulu sekitar RM30 sebulan, bil pada 18 Julai 2011 sampai RM60 pula.
Jiran saya pula kata dulu dia sekitar RM100 sebulan, kini sekitar RM200.
Ada jiran depan rumah dia lagi kesian, sampai dekat RM300 sebulan. Padahal meter elektrik tidak ditukar, tiada penambahan penghawa dingin, tiada penambahan penghuni rumah.
Kalau Astro atau bil Telekom naik macam ni boleh potong je, pakai antena dan prepaid saja.
Kalau bil TNB takkan nak potong guna lilin dan kayu api. Itu baru 2-3 rumah, 2-3 surau dan masjid.
Kalau seluruh Malaysia berapa banyak sudah untung agaknya, dan berapa ramai yang mengeluh. Kalau ada yang mengeluh pasti ada yang tersenyum LEBAR !
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com"
IC klon ancam keselamatan negara
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.
Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.
"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.
"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.
Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.
Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.
Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.
Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.
Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.
Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.
"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.
Biometrik tak atasi undi lebih sekali
Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini.
Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.
Ianya juga perlu kepada pengkala data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.
Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.
"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya.
PR Perlis selesai pembahagian kerusi : 8 PAS , 5 PKR , 2 DAP
Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, penyelesaian yang dicapai dalam mesyuarat Sekretariat PR negeri yang dihadiri lima perwakilan dari parti Pas, PKR dan DAP bagaimanapun akan dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu hadapan.
Menurutnya, dalam mesyuarat itu, ketiga-tiga wakil parti PR bersetuju meletakkan calon Pas bertanding untuk kesemua kerusi Parlimen Perlis iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar, manakala lapan kerusi diperuntukkan kepada parti itu di peringkat DUN.
“Lima daripada lebihan tujuh kerusi DUN yang tinggal diserahkan kepada PKR manakala baki dua kerusi diberikan kepada DAP.
“Setakat ini, kesemua parti komponen PR bersetuju untuk tidak mendedahkan lagi kawasan DUN yang bakal diduduki calon bagi setiap parti dan pengumuman hanya akan dibuat pada masa sesuai,” katanya.
Hashim berkata, keputusan pembahagian kerusi kali ini melihatkan perbezaan ketara apabila DAP buat pertama kalinya diberi ruang bertanding untuk dua kerusi DUN manakala Pas diberikan kepercayaan bertanding di kesemua kerusi Parlimen.
Menurutnya, Pas tiada masalah dengan pengurangan kerusi DUN daripada 12 kerusi sebelum ini kepada lapan kerusi dan berharap DAP dan PKR dapat membantu meningkatkan� sokongan orang bukan Melayu di Perlis dengan� penambahan kerusi yang diberi.
“Saya bersyukur dengan kemampuan PR Perlis menyelesaikan isu pembahagian kerusi DUN dan Parlimen dalam masa singkat walaupun terdapat sedikit pertindihan kawasan berlaku antara kami pada awalnya.
“Bagi menghadapi PRU ke-13 yang semakin hampir, PR Perlis akan bergerak seiring dalam melaksanakan program mendekati rakyat dan jentera pilihan raya yang meliputi ahli ketiga-tiga parti juga telah dipersiapkan bagi menggerakkan aktiviti parti,” katanya.
Ditanya sama ada Pas Perlis sudah mempersiapkan calon bagi setiap kawasan yang bakal ditandingi, Hashim menjelaskan perkara itu sudah diselesaikan dan calon yang dipilih adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan Pas Pusat.
‘Selangorku’ di hati rakyat
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tema Selangorku dipilih dan logo yang diberikan adalah ringkas, iaitu hanyalah perkataan ‘Selangorku’, yang menonjolkan huruf “O” dalam bentuk hati membawa maksud Selangor sentiasa di hati rakyat.
Beliau berkata, logo itu juga lambang kerjasama rakyat dan Kerajaan Negeri menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
“Bagi Kerajaan Negeri, dasar dan keputusan adalah digubal dan diputuskan dengan mengambil kira kebajikan rakyat. Ciri ini terkandung dalam tema ‘Selangorku’.” katanya ketika berucap merasmikan logo Selangorku di Stadium Malawati Shah Alam di sini, kelmarin.
Abdul Khalid berkata, pemimpin dan rakyat mempunyai taraf sama dari segi peluang dan ruang untuk menambah pendapatan dan meningkatkan kualiti kehidupan di Selangor.
“Amalan kroni, nepotisme, komisen lima atau 10 peratus serta ‘projek untuk keluarga dan pemimpin parti’ dan sebagainya segera dihapuskan sejak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.,” katanya.
Beliau berkata, penciptaan logo ‘Selangorku’ juga menggambarkan dasar yang dilaksanakan Kerajaan PR Selangor seperti dasar MES, yang dengannya semua hasil negeri diberikan terus kepada rakyat.
“Logo 'Selangorku' menggunakan warna kuning, merah dan hitam dan perkataan ‘Selangorku’ (MySelangor) digunakan untuk menggambarkan cinta yang mendalam dalam kalangan rakyat (termasuk Kerajaan) kepada negeri ini sebagaimana yang terkandung dalam ungkapan ‘apa sahaja yang kita lakukan, kita lakukan untuk rakyat’,” katanya.SH
Pemuda PAS desak suruhanjaya diraja kaji sistem pilihanraya
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat berkata, desakan itu dibuat selepas pihaknya mendapati Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar secara tidak langsung mengaku terdapat klon kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih sah.
Menurutnya, kenyataan Wan Ahmad disiarkan sebuah akhbar :The Star 24 Julai lalu di bawah tajuk ‘EC: Help Us Purge ‘Clones’ From Electorial Roll’ secara tidak langsung mengakui pengundi hantu benar-benar wujud.
“Selepas 16 hari Himpunan Bersih 2.0 berlangsung, akhirnya Wan Ahmad mengaku terdapat klon kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih sah SPR.
“Kenyataannya dalam akhbar itu turut menyatakan beliau (Wan Ahmad) meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR demi membersihkan daftar pemilih yang secara tidak langsung mengakui kewujudan pengundi hantu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.:
Suhaizan yang juga Ketua Pemuda Pas Johor berkata, kenyataan itu juga dilihat sebagai ‘pusingan U’ SPR berhubung isu pengundi hantu yang tidak pernah diakui.:
“Selama ini, Pakatan Rakyat (PR) sering kali dituduh mengada-adakan cerita untuk melunturkan keyakinan rakyat kepada SPR.
“Bagaimanapun, pengakuan SPR dalam akhbar berkenaan cukup membuktikan pembersihan daftar pemilik dituntut dalam Bersih 2.0 adalah satu kejayaan,” katanya.
Suhaizan berkata, ‘Standard Operation Procedure (SOP) untuk kedua-dua agensi itu perlu dikaji semula kerana sistem pengkomputerannya menggunakan proses yang salah.
“Salah satu prinsip kepada konsep pangkalan data sistem komputer adalah tidak dibenarkan pertindanan ‘identifier’ kad pengenalan lama atau baru, tetapi JPN membenarkan pertindanan berlaku manakala SPR pula menerima data yang salah.
“Ini bukti kesalahan SPR dan JPN dan mana-mana pihak berhak membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan oleh dua pihak ini,” katanya.SH
Biometrik : Sokong jika bersih, tolak jika kotor
Dipetik media tempatan hari ini, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung sistem biometrik itu.
Duit syiling baru Malaysia dikeluarkan tahun depan
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti dipetik dari Bernama Online.
Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.
Polis bohong melalui video cut and paste kata pegawainya ditolak , mari lihat video sebenar yang tidak cut and paste
Saksikan sendiri dengan mata kepala anda video di atas ini.
ReJaM© "Kambing pun tahu, yang pakai vest polis tu adalah Polis hohoho..."
Siapa Menipu, Polis atau Mat Sabu? (Artikel Wajib Baca !!)
"Sebagai rakyat yang adil dalam menilai, apakah wajar jika kita hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak sahaja? Walau siapa pun kita, walau pihak mana pun yang kita sokong, adalah menjadi satu kewajaran untuk kita bertindak adil dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak yang maklumat penyampaiannya bercanggah.
Sikap seperti ini melambangkan tahap intelektual seseorang dalam menafsir berita. Isu pokok hari ini ialah, siapa yang menipu di antara pihak polis dan Mat Sabu.
Mengikut perkembangan sebelum ini, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan balas disertakan dengan video CCTV yang menunjukkan kononnya pihak polis tidak melanggar Timbalan Presiden PAS dalam aksi kejar-mengejar sejurus sebelum BERSIH 2.0 berlangsung.
Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan sebelum ini ialah mengapa pihak polis mengambil masa yang begitu lama iaitu setelah dua minggu B-709 berlalu, untuk mengeluarkan kenyataan balas yang disokong klip CCTV?
Namun begitu, satu persoalan lebih besar telah terserlah, yang seraya itu menenggelamkan isu mengapa klip CCTV itu lewat diketengahkan oleh pihak polis.Pihak polis telah menayangkan klip CCTV tersebut untuk dipetik dan disebarkan memenuhi ruang depan akhbar perdana pada hari Sabtu yang lalu selain diberi laluan eksklusif dalam siaran Buletin Utama untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.
Dalam sebuah majlis penerangan kepada wartawan, pihak polis telah membuat tuduhan yang berat ke atas seorang pemimpin tertinggi parti politik yang memperjuangkan Islam apabila mengatakan Mat Sabu menipu kononnya beliau dilanggar oleh Pajero (LandRover).
Apa yang dilakukan oleh pihak polis seolah-oleh kes ini telah disiasat dengan betul dan terperinci bagaikan tiada lagi yang boleh disangkal dalam pendedahan Sabtu lalu. Selain memberikan gambaran yang buruk terhadap Mat Sabu kerana kononnya beliau telah menipu dan berlakon di atas kerusi roda, tuduhan pihak polis juga telah menyebabkan parti Islam PAS menerima tempias yang besar dan dikaitkan sebagai bersubahat.
Kerana Mat Sabu adalah Timbalan Presiden pastinya PAS secara keseluruhan terkesan dengan tuduhan ini. Tetapi, bagaimana agaknya bahana yang bakal menimpa institusi kepolisian negara apabila rakyat yang telah terdedah dengan berita Mat Sabu menipu mendapat tahu bahawa sebenarnya Mat Sabu tidak menipu dalam perkara ini ?
Bagaimana natijahnya pihak polis apabila rakyat mengetahui bahawa sebenarnya pihak polis telah menipu demi untuk mengelakkan daripada dituduh bertindak kejam terhadap seorang pemimpin PAS ?
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar (dan BERSIH), kebenaran terserlah jua akhirnya. Lihatlah salinan laporan polis Mat Sabu di Balai Polis Travers , kes pihak polis melanggar Mat Sabu.
Dalam laporan polis yang didaftar pada tarikh 14 Julai 2011 iaitu 5 hari selepas BERSIH 2.0 dan seminggu sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan balas, menunjukkan dengan jelas bahawa Mat Sabu melaporkan beliau dilanggar oleh kereta polis jenis Proton Waja, bukan dilanggar oleh Pajero (LandRover) sepertimana yang didakwa pihak polis.Laporan polis Mat Sabu menyebut:
Sebaik sahaja tiba di sekitar kawasan Jalan Bangsar, saya dan pemandu motosikal yang saya naiki telah dikepong oleh dua buah kereta polis (WAJA) dan sebuah pajero polis berwarna gelap. Kereta Waja polis tersebut telah melanggar motosikal yang saya naiki dan motosikal yang saya naiki telah terjatuh. Kaki kanan saya juga telah dilanggar oleh bahagian depan Waja polis tersebut mengakibatkan saya tidak berupaya untuk berjalan dan terpaksa dipapah oleh dua orang untuk dibawa masuk ke dalam sebuah Pajero polis.
Dalam kenyataan timbal balas, pihak polis telah mendakwa bahawa aduan Mat Sabu telah menyebut beliau dilanggar oleh kenderaan polis Pajero (Land Rover). Buktinya di sini http://www.youtube.com/watch?v=MgwAIvmoiwI , anda lihat klip pada minit 3.28, pihak polis menyebut;
"Ini dikatakan dia dilanggar oleh kereta polis Land Rover, dia kata"
Juga pihak polis cuba menerangkan kepada para wartawan bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover, kononnya kebenaran itu berpihak kepada polis sedangkan dalam laporan polis Mat Sabu, beliau tidak menyebut dilanggar oleh Pajero mahupun Land Rover.
Satu lagi situasi ialah pada minit 5.38, pegawai polis yang menerangkan klip CCTV tersebut sekali lagi menyebut;
"Sebab ini kita ambik supaya nak tunjuk impact tadi yang sebenarnya tak langgar dengan pajero hitam tu"
Persoalannya, apakah polis tidak baca 'laporan polis' yang dilapor oleh Mat Sabu pada tanggal 14 Julai 2011 yang menyebut perlanggaran itu adalah dengan kenderaan polis Waja, bukan dengan Pajero ?
Laporan polis Mat Sabu menjadi bukti kukuh betapa pihak polis bukan sahaja telah menyalahgunakan kuasa yang mereka ada, tetapi telah menipu bagi menyelamatkan keadaan.
Dengan modus operandi penipuan seperti ini oleh pihak polis, apakah tidak keterlaluan jika dikatakan memang terdapat keraguan-keraguan yang melibatkan pihak polis sebelum ini seperti kejadian kematian Kugan dan terkorbannya adik Aminul Rashid, masih menjadi tanda tanya yang bermain di kotak fikiran rakyat.
Kepercayaan rakyat terhadap pihak polis pasti musnah dengan 'damage' yang besar kali ini apabila kebenaran akhirnya terserlah. Namun terlebih dahulu, rakyat terbanyak harus didedahkan dengan maklumat sebenar di sebalik tuduhan jahat terhadap Mat Sabu.
Semua rakyat harus melihat kandungan laporan polis Mat Sabu bagi membersihkan nama beliau dari kebejatan yang dirancang ini. Mat Sabu menjadi insan yang paling teraniaya apabila kehilangan upaya berjalan untuk satu tempoh yang panjang dan dalam masa yang sama telah dituduh sebagai penipu oleh pihak polis (pihak yang sebenarnya membuat kenyataan palsu).
Bagaimanakah penipuan pihak polis ini dapat didedahkan kepada umum sekiranya tidak ada kerjasama dari media arus perdana, tidak seperti ketika mereka (media perdana) meletakkan penipuan pihak polis di kolum berita utama ?
Kita lah yang bertanggungjawab membersihkan nama Mat Sabu jika kita benar yakin pihak polis telah menipu, sememangnya kita mengetahui situasi sebenar melalui terdedahnya salinan laporan Mat Sabu kepada umum.
Menulis artikel tentang kebenaran adalah tanggungjawab saya sebagai aktivis blogger barisan hadapan. Tetapi kali ini untuk kali pertama saya amanahkan tulisan ini dipertanggungjawabkan kepada setiap pembaca supaya menjadi agen penyebar dan disebarkan artikel ini kepada semua kenalan melalui laman sosial seperti Facebook, Blog, eMail dan Twitter.
Setiap dari kita yang mengetahui kebenaran ini harus menjalankan peranan masing-masing kerana siapa lagi yang boleh diharapkan jika bukan dari rakyat kepada rakyat. Apa yang kita hadapi untuk membentang kebenaran bukan calang-calang tetapi seluruh institusi kepolisian.
Kita pastikan semua rakyat mendapat maklumat bahawa polis juga tidak semuanya betul sepertimana digambarkan berpuluh tahun lamanya.Tiba-tiba terimbas kembali motto pasukan polis suatu ketika dahulu iaitu Mesra, Cepat dan Betul, sekarang baru kita faham mengapa motto telah ditukar dan tidak lagi digunakan.wallahu'alam bissawab
EDYES @ edyesdotcom
Majlis Keselamatan Negara bimbang terhadap beberapa tokoh agama
Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama."Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.
Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaanSeorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.
Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama” dalam taklimat antikeganasan anjuran pihak polis.
Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".
Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan."Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.'
Tolak juga fahaman tak demokratik'Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.
"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?"
Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.
Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.
"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat. "Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Individu ketiga terima komisen Scorpene sudah diketahui dan bakal didedahkan
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar ‘pegawai peringkat tinggi’ kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.
Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.
Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.
Individu ‘misteri’ itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.
“Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.
Menurutnya, Mahkamah Perancis semakin ‘meunjukkan minat’ dalam kes itu ekoran pentadbiran Najib menghantar pulang peguam Wiliam Bourdon yang mengendalikan kes rasuah berkenaan.
“Seperti rakyat Perancis yang terkejut dengan penghantaran pulang William Bourdon, kini mahkamah di negara itu semakin berminat dengan kes ini. Kecenderungan ini sama ditunjukkan oleh mahkamah Perancis seperti kes di Pakistan,” kata Cynthia.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 11 jurutera Perancis mati dalam serangan bom di Karachi pada 2002. Kejadian tersebut didakwa berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class.
“Jelas ada perkara sulit yang sangat-sangat ingin disembunyikan Najib sampai sanggup ‘menendang keluar peguam hak asasi William Bourdon.
“Suaram juga sedang memikirkan tindakan lanjut akibat keputusan kerajaan tempoh hari,” sambung Cynthia.
Dalam pada itu, beliau tidak pasti sama ada penghantaran pulang William merangkumi arahan sebagai ‘persona non-grata’ iaitu individu yang dihalang dari memasuki Malaysia, atau pun larangan kemasukan bersifat sementara.
“Itu kena tanya Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri). Mereka menghalau William tanpa asas yang jelas. Namun, kami akan undang lagi beliau ke Malaysia.
“Apa yang menjadi isu ialah imej Malaysia tercemar teruk. Penduduk di Eropah terkejut dengan tindakan kerajaan dan semakin tertarik untuk terus mengikuti kes ini,” katanya.
Justeru, Cynthia mengalu-alukan sumbangan berterusan rakyat Malaysia kepada Suaram untuk membiayai kes perbicaraan di mahkamah Perancis yang bakal bermula September ini.
Baharudin: Keluarga belum terima laporan post mortem
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Walaupun sudah lebih dua minggu berlalu, keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal ketika perhimpunan Bersih 2.0 masih menunggu laporan post mortem dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui apa punca sebenar kematiannya.
Ini kerana, sehingga kini mereka masih belum mendapat laporan itu walaupun sudah beberapa kali diminta dari pihak hospital.
(Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan sumbangan kepada anak Baharudin, Nasrul ketika beliau berkunjung ke situ ketika jenazah di kebumikan)
"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi laman web Malaysiakini hari ini.
Baharudin meninggal ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu ketika berhimpun berhampiran dengan KLCC.
Pihak polis mendakwa, Baharudin mati kerana komplikasi jantung. Namun keluarganya tertanya-tanya, apa punca empat tulang dadanya patah di samping tiga batang giginya juga patah.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."
Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.
Ketika hari pengkebumiannya, anak saudara Baharudin, Azhar Kassim ketika bercakap kepada Harakahdaily melahirkan rasa ragunya atas punca tulang dada dan gigi yang patah itu akibat dari CPR yang dibuat ke atas Baharudin.
"Kenapa mereka tidak bagi laporan post mortem itu sedangkan sijil untuk mengebumikan jenazah dikeluarkan," soal beliau.
Azhar sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.
Kajian: Kos hidup naik, BN boleh rasa tempias di PRU
Pugutan suara di kalangan 100 warga kota oleh The Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan 44 peratus menuding jari ke arah kerajaan berhubung kenaikan kos berbanding 41 peratus mengaitkan dengan faktor global dan hanya lima peratus mempersalahkan golongan peniaga.
Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kadar inflasi pada Mei 2011 adalah 3.3 peratus, masih rendah daripada paras lima peratus yang boleh diterima oleh kerajaan.
Pentadbiran Najib tidak mengatakan bila akan memanggil pilihan raya umum tergempar, tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberitahu ahli-ahli Umno agar bersedia memandangkan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.
Daripada 86 orang, yang merupakan pengundi berdaftar, seramai 40 responden berkata kos sara hidup kemungkinan akan memberi kesan ke atas pendirian sokongan mereka dalam pilihan raya umum manakala 31 yang lain mengatakan tidak mungkin ada kesan ke atas mereka. Seramai 15 pemilih berkata kos sara hidup akan memainkan peranan berkecuali dalam menentukan siapa yang mereka akan mengundi kelak.
Seorang pesara Rohani Saad, 57, memberitahu The Malaysian Insider, dia percaya undi ketika pilihan raya umum merupakan satu-satunya cara boleh melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kenaikan kos sara hidup.
“Jika kerajaan mengatakan harga tak naik, harga tentu naik,” kata Rohani yang kini bergantung pada simpanannya.
Meskipun Rohani berjimat cermat, membelanjakan sekitar RM100 seminggu untuk barang-barang runcit bagi suami dan dirinya, dia merasakan kedudukan kewangan semakin buruk tahun ini.
Malah mereka yang agak berada pun merasakan mereka “miskin” sekarang ekoran peningkatan inflasi.
Seorang pengurus pejabat yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, kerajaan seharusnya memantau harga barang khususnya harga barang-barang keperluan seharian seperti makanan bagi membolehkan kos sara hidup dapat dikawal.
Meskipun pendapatan Anne dan suaminya mencecah RM10,000 sebulan tetapi dia terpaksa memotong bajet membeli ikan sebab ia terlalu mahal sekarang.
“Kami suka makan ikan, tetapi kami juga rasa perit (kenaikan harga),” katanya lagi.
Meskipun pentadbiran Najib menggerakkan program-program transformasi ekonomi tetapi kesannya belum dirasai rakyat memandangkan mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga barangan khususnya di kawasan-kawasan bandar berbanding kadar pendapatan.
Perkara ini juga dikesan menerusi pungutan suara yang diadakan.
Kira-kira 34 peratus responden berkata mereka merasakan kedudukan kewangan mereka lebih buruk berbanding setahun lalu manakala 43 peratus merasakan tiada sebarang perubahan dan 23 peratus mengatakan keadaan mereka lebih baik.
“Kehidupan di sini semakin buruk sekarang,” kata Choong, 40, seorang pemilik restoran di Subang Jaya.
Ibu kepada empat orang anak ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki barangan keperluan berbanding negara-negara lain seperti England.
Selain perbelanjaan isu rumah yang semakin meningkat, katanya, bisnes restorannya merasai kesan memandangkan ramai pelanggan sudah kurang makan di luar ekoran kenaikan kos.
Bagaimanapun beberapa orang yang ditemui tidak bersetuju dengan Choong dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia lebih baik berbanding mereka yang tinggal di luar negara.
“Rakyat Malaysia yang tidak pernah tinggal di luar negara tidak tahu yang mereka sebenarnya bernasib baik kerana semuanya ada di sini,” kata Muhammad Zafran Kadir, seorang pengurus komunikasi dari Subang Jaya.
“Berbanding kepercayaan popular, Malaysia merupakan salah satu bandar raya paling rendah kos hidup. Ketika saya berada di Australia, saya mengeluarkan A$400 (RM1,280) seminggu untuk sewa. Jika bukan kerana pinjaman kerajaan, saya tidak boleh hidup,” katanya lagi.
Pun begitu, penganalisis memberi amaran bahawa kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara akan menjadi isu utama pilihan raya.
“Kos hidup sentiasa menjadi isu serius bagi kerajaan apabila berhadapan dengan pilihan raya,” kata James Chin, penganalisis politik dari Monash Univeristy kampus Malaysia.
“Ketika keadaan ekonomi tidak baik, kerajaan berhadapan dengan kesukaran,” katanya.
Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan berkata kos sara hidup merupakan isu paling ketara di kalangan orang ramai.
“Sejauh mana baiknya keadaan ekonomi, ia memainkan peranan signifikan dalam arah aliran pengundian,” katanya.
Sehubungan itu, Wan Saiful juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan pilihan sukar memandangkan beliau terperangkap dalam dilema sama ada wajar memotong subsidi, sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal bagi mengimbangkan bajet kerajaan, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan situasi tekanan kenaikan harga barang.
Menurutnya, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak pada 1970 telah membawa kepada pergantungan ke atas campur tangan kerajaan dan subsidi, sekali gus mewujudkan budaya subsidi yang sukar bagi Najib untuk keluar.
“Bagaimana Najib boleh memberitahu publik bahawa subsidi tidak boleh berkekalan?” kata Wan Saiful.
“Beliau tidak boleh kata bapanya salah apabila melaksanakan DEB,” katanya lagi sambil menambah, “sesuatu yang malang bagi kerajaan buat masa sekarang.”
Wan Saiful berkata, Pakatan Rakyat memperoleh kelebihan politik daripada tindakan Putrajaya memotong subsidi dan impaknya ke atas kos sara hidup tetapi menurutnya, ia pendekatan popular dan tidak bertanggungjawab.
Malah kata beliau, sebagaimana kerajaan semasa, Pakatan Rakyat tidak dapat mengekalkan subsidi untuk jangka masa yang panjang.
Kata Wan Saiful, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding menentang pelarasan subsidi.
Sementara parti-parti politik berusaha memikat undi, pengundi sendiri kelihatan sinis dengan mendakwa bahawa sokongan mereka hanya dikira ketika pilihan raya tetapi bukan dalam persekitaran realiti.
Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, meskipun dia sudah banyak kali mengundi tetapi tidak merasakan undinya ada membawa sebarang perubahan.
Lee yang berusia 70 tahun berkata, dia kecewa kerana harapannya agar kehidupan akan bertambah baik tidak mendapat perhatian ahli-ahli politik.
Katanya, bilangan mereka yang mengunjungi gerainya semakin menurun memandangkan ramai mahu makan di rumah.
“Saya tidak tahu ke mana pergi mereka semua,” katanya dengan nada kesal.