Saturday, August 6, 2011

Kisah peneroka Felda berhutang RM 95 ribu setelah 8 tahun ladangnya ditanam semula oleh Felda

Oleh Suhaimi Said

http://www.ktaktelecentre.my/Jeram/images/pertanian2.jpgSetelah saya melihat penyata hutang yang diberikan oleh Felda kepada Razali (bukan nama sebenar) bahawa beliau terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00, saya menentukan sikap yang serius bahawa Felda telah memperjudikan peneroka-peneroka Felda dengan hutang yang besar.

Saya tidak yakin dan diatas apa alasan sekali pun saya tidak yakin bahawa peneroka tersebut terhutang begitu banyak.

Ketidakyakinan saya ini berlandaskan kepada pendapatan yang diperolehi seorang peneroka lain yang tidak menyerahkan ladangnya kepada Felda tetapi menguruskannya sendiri.

Setelah 3 tahun selepas ditanam, peneroka yang menanam sendiri itu boleh mendapat tidak kurang dari RM2000.00 permulaan, dan apabila pokok sawitnya menjadi lebih matang, pendapatannya meningkat dari masa ke masa, apatah lagi apabila harga sawit meningkat tinggi.

Peneroka bersendirian itu boleh mencecah pendapatannya hingga melebihi RM8000.00 sebulan. Dan beliau tidak menanggung sebarang hutang.

Saya membuat kira-kira pendapatan peneroka bersendirian itu setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil. Inilah kira-kira yang saya perolehi:

1. Ditahun pertama setelah sawitnya mengeluarkan hasil, saya hanya letakkan pendapatanya sebanyak RM1500.00 sebulan, maka RM1500.00 x 12 = RM18,000.00 setahun.

2. Pendapatan seterusnya saya letakkan minimum RM2000.00 ditahun kedua, RM3000.00 ditahun ketiga, RM4000.00 ditahun ke-4 dan RM5000.00 ditahun kelima. Kiraan ini adalah diatas pendapatan paling minima kerana peneroka itu mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi dari itu. Mari kita buat kira-kira:

(a) RM2000.00 x 12 = RM24,000.00
(b) RM3000.00 x 12 = RM36,000.00
(c) RM4000.00 x 12 = RM48,000.00
(d) RM5000.00 x 12 = RM60,000.00

Apabila dihetungkan pendapatannya untuk 5 tahun setelah sawitnya mengeluarkan hasil adalah sebanyak RM246,000.00.

Manakala Razali dikenakan hutang oleh Felda sebanyak RM95,000.00 (termasuk pinjaman elaun sara hidup yang dikira hutang dari sejak melakukan tanam semula hingga 5 tahun setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil).

Sepatutnya Razali boleh berpendapatan sebanyak RM246,000.00 tetapi sebaliknya dia berhutang sebanyak RM95,000.00. Ini bererti bahawa Felda terhutang dengan Razali sebanyak RM151,000.00.

Tetapi hutang Razali telah dimanipulasi oleh Felda dan kerana itu Razali pula yang terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00.

Saya dengan ikhlas meminta peneroka-peneroka supaya menuntut kunci kira-kira dari tarikh ladang mereka ditebang untuk tanam semula. Setiap kos diambil kira sehinggalah ladang mereka mengeluarkan hasil.

Kemudian, selepas tahun ke tiga iaitu selepas ladang mereka mengeluarkan hasil, dilengkapkan dengan kunci kira-kira yang telus. Berapakan pendapatan bulanan mereka dan berapa pula kos yang ditanggung oleh Felda.

Dengan kunci kira-kira yang bersih dan telus ini akan dapat menentukan Jumlah Pendapatan Peneroka dan Jumlah Kos Yang Ditanggung Oleh Felda.

Saya letakkan pendapatan diatas itu sebagai pendapatan minima para peneroka dan pendapatan itu sebenarnya adalah jauh lebih tinggi lagi.

Justeru itu, peneroka-peneroka perlu menuntut supaya dikeluarkan oleh Felda KUNCI KIRA-KIRA mereka dan menuntut kembali dari Felda jumlah pendapatan yang dilelapkan oleh Felda.

FELDA BERHUTANG DENGAN SETIAP PENEROKA BERATUS RIBU RINGGIT DAN BUKAN PENEROKA YANG BERHUTANG DENGAN FELDA.

Pemuda PAS yakin kes pelajar Mesir dipecat akan selesai



KUALA LUMPUR 7 OGOS : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yakin dapat menyelesaikan kes mahasiswa Malaysia di Mesir yang dibuang universiti kerana menganjurkan himpunan Bersih 2.0 di sana.

Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) DPPM, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertemuan dengan pihak kedutaan Malaysia di Mesir menampakkan kejayaan awal.

2 Ogos lalu, beliau bersama ketua DPPM, Nasrudin Hassan Tantawi ke Mesir untuk bertemu dengan Duta Malaysia di Mesir, Profesor Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukhti dan pegawai pendidikan Malaysia di sana bagi membincangkan kes tersebut.

"Hasil pertemuan kita berjaya menyelesaikan banyak perkara dan pihak kedutaan sendiri berjanji akan menyelesaikan kes ini dengan pihak universiti Al-Azhar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Selain Firdaus, kira-kira 40 pelajar universiti tersebut turut diambil tindakan ditarik biasiswa kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0.

Ujar Zamri, beliau kesal dengan tindakan pihak terbabit kerana jelas dan seperti yang diketahui umum, perhimpunan Bersih 2.0 adalah 'halal' di luar negara.

Katanya, ini kerana mereka hanya berhimpun secara aman secara aman kira-kira 15 minit dengan mengutip tandatangan pelajar menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0.

"Firdaus dibuang dari universiti tanpa notis dan hanya mengetahui dia dibuang apabila tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir.

Tambahnya DPPM tidak menolak kemungkinan tindakan ini dilakukan pihak universiti kerana dipengaruhi pihak yang pro Umno BN di sana.

"Ini sangat tidak wajar kerana pelajar di sana tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi tiba-tida dibuang hanya kerana menganjurkan himpunan.

"Kita syak ada unsur hasutan pihak yang diarahkan kerajaan Malaysia untuk memantau tindak tanduk pelajar di sana," katanya.

Jelasnya lagi, pihak kedutaan mencadangkan kesemua pelajar tersebut membuat surat rayuan kepada pihak unversiti dan kedutaan akan mengambil tindakan lanjut.

"Mereka berjanji akan cuba menyelesaikan perkara ini dalam masa dua minggu," katanya.

Selain itu beliau turut memberitahu, DPPM akan mencadangkan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM) agar menubuhkan Lajnah Guaman bagi menyeleaikan masalah pelajar Malaysia yang melibatkan undang-undang.

"Juham akan bantu lajnah ini dalam menyelesaikan kes-kes perundangan contohnya seperti kes inilah," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah timbalan ketua DPPM, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan setiausaha Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Gelombang BERSIH 3.0 akan menyusul

http://fabm.files.wordpress.com/2011/07/bersih2.jpg?w=600KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih.

Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.

Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap.

“Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap).

“Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia.

“Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab.

“Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0.

“Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat.

“Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?,” katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya.

“Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen.

“Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.

Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan “sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini.”

BN makin lemah di Selangor

Walaupun Umno berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, namun MCA melahirkan rasa bimbang untuk menang, kata pemimpin parti itu. Mendakwa kepimpinan Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim yang tidak serius, seorang pemimpin parti itu menjangkakan sebilangan besar barisan hadapan MCA akan keluar dengan mengatakan parti tidak akan dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi. “Kita sepatutnya belajar tetapi ia tidak berlaku. Malah MCA pun belum pun ada satu pusat operasi pilihan raya. “Pemimpin kita tidak turun padang, berjumpa rakyat.


Pengundi tidak tahu rupa mereka dan calon-calon kita belum tentu lagi boleh menang,” kata seoran pemimpin negeri MCA yang tidak didedahkan namanya kepada The Malaysian Insider.

Pemimpin itu berkata tidak seperti MCA, ahli Umno disemarakkan lagi dengan tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum 2008 dan mereka kini aktif mendaftarkan pengundi untuk mendapatkan sokongan.

Pemimpin itu menjelaskan BN mempunyai 879 pusat daerah mengundi di Selangor dan telah melantik satu jawatankuasa yang mana setiap mereka ditugaskan untuk mengenalpasti pengundi dalam setiap kawasan.


“Dengan sistem ini, pemimpin boleh menumpukan kepada pengundi yang khusus sebagai contoh 100 rumah dan Umno telah bekerja kuat, menganjurkan program dan menemui rakyat, mendengar rungutan dan memberikan bantuan kebajikan. “Tapi bagi MCA, kita mungkin berjuang untuk memenangi kembali dua kerusi — Kuala Kubu baru dan Sungai Pelek,” katanya.


Bagaimanapun pemimpin veteran ini berkata satu anjakan mungkin boleh berlaku dan menyenaraikan empat kerusi yang boleh dimenangi MCA — Balakong, Sekinchan, Teluk Datuk dan Kajang — kesemua kerusi parti itu tewas dengan majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008.


“Tapi kita perlu mengharapkan kualiti setiap calon. Kita tidak boleh tewas dalam kerusi yang kita tanding sebelum ini. Dan kita mesti meletakkan calon tempatan,” katanya. Seorang lagi pemimpin MCA juga berkata, kecewa dengan ahli parti dan jurang antara calon dan pengundi, langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu.

Sementara itu, seorang pemimpin MCA memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon MCA yang tewas pada pilihan raya umum 2008 telah menutup pusat perkhidmatan mereka dan tidak berusaha untuk mendapatkan semula sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan ahli strategi Umno menjangkakan akan berlaku meningkatan terhadap sokongan orang Melayu dari 50 peratus pada 2008 kepada hampir 65 peratus, parti itu akan menang sekurang-kurangnya 25 daripada 35 kerusi negeri.


Tetapi ia tidak cukup untuk Barisan Nasional (BN) bertukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — satu usaha yang baik dilakukan BN untuk menghadapin pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan selepas Hari Raya.

Menurut seorang pemimpin BN, ahli strategi Umno telah berkata MCA boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga daripada 14 kerusi sementara MCA boleh menyumbangkan satu daripada tiga kerusi yang membolehkan BN hanya memperoleh 29 kerusi.

“Tapi ia boleh mengurangkan majoriti dalam kerajaan. Sasaran kita untuk menang sekurang-kurangnya melebihi 40 kerusi,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus kepada The Malaysian Insider.


Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan BN dan berkata, “kami harap MCA boleh lakukan keajaiban.” Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang ini berkata BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan dengan majoriti selamat di Selangor.

“Pada pilihan raya lalu, ia tidak mencecah 20 peratus. Jika kita boleh dapat 30 peratus dan ke atas, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, kita boleh menang. Tapi kerusi di bandar kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus... itu sukar,” katanya.

Menurut Ketua Penerangan MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon, BN memerlukan 35 peratus undi Cina jika mahu mendapatkan kemenangan selesa walaupun di kerusi yang majoriti orang Melayu.


“Ini sebab Selangor unik... dalam banyak kerusi, walaupun majoriti orang Melayu tapi pengundi Cina besar. Jadi Umno memerlukan pengundi Cina untuk menyokong mereka,” katanya.

Berdasarkan perangkaan dari pilihan raya umum 2008, seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Selangor, dengan Melayu sebanyak 50.7 peratus sementara Cina 34.7, India 13.9 peratus dan lain-lain 0.6 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, MCA tewas terus dengan hanya memenangi dua daripada 14 kerusi yang ditandingi.

Umno mendapat 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi sementara Gerakan dan MIC bertanding empat dan tiga kerusi namun gagal memenagi sebarang kerusi. Sementara gabungan DAP, PKR dan PAS yang menguasai negeri terkaya itu dengan 36 kerusi./tmi

UMNO pecat Tengku Razaleigh?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTaGP2Y13s5NTavgNY-pqbBBnTwyqHKbTDwrbYcheH2CJ9t4QP_ER4HtrBPXi9iCfdVqy7u_S4ZKjO5-gk1JJkbLQVvSy9z3HAzoiQeBrR3Eh8lpEYjvMGAZcNjARLFMTUaxVizmhkx6M/s1600/Ku+Li.jpgJikalau di fikirkan perkara yang paling praktikal yang UMNO boleh lakukan ialah memecat Tengku Razaleigh dari UMNO. Jikalau dilihat, UMNO ibarat menatang minyak yang penuh terhadap ahli parlimen Zahrain Hashim dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengaruh seperti Tengku Razaleigh.

Jadi, jika Tengku Razaleigh membentuk sebuah organisasi seperti Amanah, mengapa UMNO dan Zahrain perlu rasa terganggu? Apakah ianya perasaan iri hati sahaja sedangkan veteran UMNO itu yang hampir dilupakan serta tidak menikmati penghormatan yang sepatutnya dalam UMNO?


Tengku Razaleigh sebenarnya boleh menjadi satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada perniagaan rakus dan oligarki politik.

Walaupun Pakatan Rakyat sudah tentu mengalu-alukan Tengku Razaleigh untuk bersama dengan mereka, mereka juga mungkin sedar akan pendirian veteran UMNO ini.

Tengku Razaleigh tidak mungkin meninggalkan UMNO. Itu mungkin insentif di sebalik serangan getir dan dakwaan Zahrain Hashim terhadap Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh. Beliau telah mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya bersumpah bahawa tidak bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi tujuan mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat.

Namun Tuan Guru Nik Aziz memberi kata-kata sinis, bahawa Zahrain adalah sampah dan tidak perlu layan seranganya. Satu-satunya cara untuk berhujah dengan Zahrain dengan memberitahu beliau perjumpaan benar-benar berlaku.

Kenapa Zahrain perlu iri hati dengan Pakatan Rakyat sekiranya rundingan dengan Tengku Razaleigh benar-benar berlaku? Apakah matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang dan melakukannya melalui cara yang tidak demokratik?

Ia adalah ini sikap yang lebih berhikmah apabila pembentukan Amanah yang dipelopori oleh Tengku Razaliegh yang bertujuan untuk menjadi institusi 'check and balance' dalam kerajaan.

Dan ianya dikatakan sikap agresif dan paranoia pemimpin UMNO. Jika kuasa dipegang oleh perasuah yang menjadikan badan kehakiman, pasukan polis seperti budak suruhan mereka sudah pasti kerajaan seperti ini wajib di singkirkan.

Dipetik daripada blog Addin

Pengkhianat dan penderhaka yang rasmi dan makan gaji duit rakyat

Dengan beberapa jam sahaja setelah didedahkan, status pemastautin tetap telah menjadi warganegara, tidakkah itu memberi isyarat hakikat sebenarnya bahawa terdapat pengkhianat yang mengancam keselamatan negara dan mengkhianati kedaulatan Raja-raja Melayu di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR?

Manakah lebih bahaya antara mereka yang membawa baju T yang bergambarkan Rashid Maidin dan tokoh-tokoh PKM yang tak tahu entah di mana dan uzur-uzur belaka dan yang berdemonstrasi aman BERSIH 2.0 ATAU mereka yang ‘menganugerahkan kerakyatan’ kepada warga asing dalam masa dua tiga jam sahaja tanpa penilaian ketat demi tuan mereka meraih undi dalam pilihanraya negara?

Siapakah yang lebih wajar dituduh berniat ‘memerangi’ (kalau hendak sangat guna tuduhan ini) Yang Dipertuan Agong, antara mereka yang membawa T-shirt bergambar tokoh-tokoh PKM yang telah uzur ATAU mereka di Jabatan Pendaftaran Negara yang ‘menganugerahkan, mengarah menganugerahkan’ ‘taraf warganegara segera’ kepada warga asing yang tidak diketahui tahap kesetiaannya kepada negara dan Raja-raja Melayu?

Kalau hendak sangat gunakan Undang-undang Darurat (EO) kepada kepada rakyat, siapakah yang lebih patut ditahan dibawa EO ini, antara mereka yang membawa T-shirt….T-shirt tokoh PKM yang umum telah arif sangat, tokoh-tokoh itu sudah tidak laku lagi di mana-mana ceruk dunia pun, ATAU pihak-pihak di JPN (Jariah ?) dan SPR (Aziz dan Wan Ahmad ?) yang ‘menganugerahkan warganegara mie segera’ dan ‘masukkan dalam daftar pemilih pilihanraya’ demi mengampu para pemimpin Umno/Bn yang telah hilang kewarasan dan pedoman?

Jelas, bukan rakyat marhaen yang dahagakan keadilan dan integriti ini, yang mengancam dan membahayakan keselamatan negara dan mengkhianat kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi pihak-pihak tertentu yang sudah terang lagi bersuluh!

Kini telah mula kedengaran di kampung-kampung Melayu keresahan mengenai hal ini dan mengenai cincin RM24 juta! Selamat datang PRU ke 13!

http://garamlada.blogspot.com

Gambar ini jadikan UMNO Kedah makin meroyan


Kunci untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah bergantung kepada undi kaum bukan Melayu yang memerlukan kerjasama erat PAS, DAP dan PKR.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata UMNO dan Barisan Nasional yang menyedari keadaan itu telah cuba sedaya-upaya untuk memecahbelahkan perpaduan erat antara pemimpin dan ahli komponen Pakatan.

“Kunci BN ialah memisahkan DAP dan PAS. Kalau DAP-PAS berpisah, agak susah untuk Pakatan memenangi pilihan raya umum akan datang di sini.

“DAP mempunyai pengundi dari kalangan kaum Cina yang ramai, begitu juga Dewan Himpunan Penyokong PAS juga mempunyai jumlah ahli bukan Islam yang ramai. Kita perlu kekalkan hubungan erat ini,” katanya kepada Roketkini.

PAS menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah dalam pilihan raya 2008, dan dengan kemenangan 5 kerusi DUN oleh PKR dan satu DAP, Pakatan membentuk kerajaan negeri di Kedah. BN mendapat 14 kerusi DUN kebanyakannya melalui UMNO.

PAS Kedah juga menyedari kerusi-kerusi DUN Pakatan dimenangi di kawasan 60:40, iaitu 60 peratus Melayu, dan bukannya di kerusi yang mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayunya.

Phahrolrazi berkata perkembangan terbaru, termasuk perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah menampakkan sokongan rakyat Kedah yang melonjak dengan drastik terhadap kerajaan negeri.

Jelas beliau lagi, PAS bersama DAP sudah ada persefahaman yang kuat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Pandangan bukan Melayu terhadap PAS juga sudah berubah, dulu mereka tengok PAS ini parti Islam yang kononnya tak boleh itu, tak boleh buat ini…tetapi sekarang persepsi itu sudah berubah,” katanya.

Berhubung soal perumahan, Phahrolrazi yang juga Exco Kanan Kedah berkata, kerajaan Pakatan Kedah mengamalkan sistem negara berkebajikan, iaitu yang memberikan manfaat kepada rakyat, bukan mengikut kehendak pemaju perumahan.

“Inilah antara masalah kita dengan pemaju. Mereka tidak kisah jika 100 peratus kawasan itu dipenuhi dengan hanya sesuatu kaum sahaja.

“Kita tidak mahu keadaan begitu. Kita mahu generasi akan datang dapat bercampur gaul dan tidak ada lagi perkauman tebal, seperti yang diamalkan BN dahulu. Kita juga mahu anak cucu kita naik bas ke sekolah bersama, berriadah bersama dalam suasana yang harmoni, bukan dipencilkan,” katanya.

Phahrolrazi juga berkata, kerajaan Pakatan Kedah menolak konsep pecah perintah peninggalan penjajah British yang disambung oleh UMNO-BN.

“Kita tidak mahu amal sistem pecah perintah, kita tidak mahu sebuah kawasan perumahan itu dipenuhi kaum Cina sahaja, kaum India sahaja, kaum Melayu sahaja.

“Itu bukan pattern yang bagus, kita tidak mahu isolate rakyat mengikut kaum. Ini bukan untuk kita, tetapi untuk untuk generasi akan datang, masa depan kita sebagai Malaysia yang benar-benar makmur dan harmoni dalam erti kata yang sebenar,” katanya

Pagar tinggi Pasar Parit Buntar tidak disenangi

PARIT BUNTAR, 6 Ogos : Tindakan Majlis Daerah Kerian (MDK) menaikkan pagar di kawasan Pasar Pusat Bandar Parit Buntar mendapat keluhan dan rasa kurang puas hati di kalangan peniaga di sini.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakrurrazi Khalid (gambar) berkata, tindakan berkenaan tidak memberi sebarang faedah kepada peniaga dan rakyat serta yang menyedihkan pembinaan tersebut adalah satu pembaziran.

Menurutnya, terdapat banyak rungutan dari peniaga dalam pasar dan juga peniaga di kaki lima pasar berkenaan berkaitan tindakan MDK ini.

“Ada peniaga yang mendakwa susah untuk membawa masuk barang keperluan kerana hanya dibuka satu pintu laluan sahaja.

“Sekiranya sebelum ini meja dan payung dapat dibawa masuk dengan mudah tetapi situasi yang sungguh berbeza kini kerana barangan berkenaan terpaksa dipunggah di luar pasar ini,” katanya.

Fakrurrazi berkata, pihaknya mempertikaikan relevannya pagar dibina di kawasan pasar berkenaan dan merasakan MDK mengeluarkan perbelanjaan yang besar kerana pagar ini bukan sahaja dibina di hadapan pasar malahan di sepanjang jalan utama di hadapan stesen bas.

“Kami mahu tahu berapa jumlah peruntukan yang dikeluarkan dan kepada syarikat mana projek itu diberi untuk dilaksanakan.

“Jangan bazirkan wang kami dan bila MDK kekeringan peruntukan maka cukai pintu pula dinaikkan dan yang menjadi mangsa ialah rakyat yang didahulukan,” katanya.

Katanya, seharusnya MDK membuat perancangan yang teliti supaya setiap projek yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat setempat.

“Sebagai contoh MDK perlu mencari jalan penyelesaian bagaimana hendak menghadapi banjir yang selalu menenggelamkan Pusat Bandar Parit Buntar dan taman-taman yang berhampiran terutamanya Taman Semarak dan Taman Seri Wangsa.

“Begitu juga dalam soal masalah longkang di hadapan pasar raya Billion yang baunya cukup meloyakan,” katanya.SH

Antara Kuala Lumpur dan Jakarta, Rosmah takkan terlepas "Diburu Mafia Rusia"!!

http://3.bp.blogspot.com/_q3tHT-X3ou4/TLhKZK486aI/AAAAAAAAXlY/rur06UzScAk/s1600/1.jpgBerita cincin permata mewah bernilai RM24.4 juta yang didakwa milik isteri Perdana Menteri Najib Razak telah sampai ke kepulauan Indonesia.

Akhbar utama republik itu, Kompas, dalam editorial pengarangnya yang jarang berlaku mengulas penonjolan Rosmah Mansor dan melaporkan cincin berlian tersebut bernilai AS $ 24,4 juta!


Akhbar itu turut mendakwa Nooryana Najib, anak pertama pasangan Najib-Rosmah yang berusia 22 tahun itu bakal berkahwin dengan keluarga yang punya hubungan dengan mafia Russia.


Menurut Kompas, ibu mertua Nooryana memiliki hubungan dengan kongsi gelap Eropah.


Memang ia bacaan sensasi tetapi tidak sedikitpun hal tersebut yang belum dibisikkan lagi ke seluruh Malaysia.


Pertama, cincin itu sendiri, yang disifatkan Rosmah hanya sebagai gosip, tidak memerlukan perhatiannya, dipercayai sebahagian daripada mas kahwin Nooryana dan hadiah istimewa kepada Rosmah, yang terkenal dengan selera kemewahan melampaunya itu.


Malah sebelum cerita cincin ini dan cerita pemilikan unit paling atas (penthouse) pangsapuri mewah di New York menjadi tajuk utama berita, Rosmah sering dipersoalkan oleh penggubal undang-undang Pakatan Rakyat di Parlimen kerana perbelanjaan membazir Rosmah dalam lawatan luar negara, seringkali bersama rombongan pengiring yang besar dalam penerbangan kelas pertama yang menggunakan perbelanjaan awam.


Belati Umno siap tertancap untuk Najib


Betapapun menjengkelkan Rosmah yang berusia 60 tahun itu kepada rakyat Malaysia, tetapi pendedahan-pendedahan terkini yang memburukkan Rosmah itu sebahagian besarnya muncul akibat perebutan kuasa di dalam parti pemerintah Umno.

Senario politik tempatan telah mengetahui bahawa Najib dan Rosmah mahu kekal untuk satu penggal lagi.

Namun prestasi buruk Najib dengan hampir tiada apa-apa pencapaian dan kejayaan besar sejak mengambil alih dari Abdullah Badawi pada bulan April 2009 telah membuatkan rakan-rakan dalam partinya itu tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepadanya pintu keluar dari pemerintahan.


Penganalisa politik menyatakan 4 puak berminat untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno yang dijangka bakal berlangsung selewatnya tahun hadapan.


Mereka termasuklah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Putera Kelantan, Tengku Razaleigh, malahan Adullah Badawi juga.


Sudah tentu, tidak mungkin kesemua keempat-empat mereka akan bertanding tetapi sebaliknya mereka akan cuba untuk menewaskan antara satu sama lain – melalui semua cara dan kaedah – sebelum pertandingan rasmi bermula.


Untuk skandal terkini yang disiarkan di Jakarta, beberapa media UMNO - bergantung kepada puak mana yang disokong mereka – secara tergesa-gesa menyalahkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana membocorkan berita.


Bagaimanapun, pembantu Anwar berkata ianya tidak benar, meskipun mengakui populariti Anwar amat tinggi di Indonesia, tetapi pengaruhnya tidaklah sampai untuk dapat menyuruh perintah membuat laporan berita di Kompas.


Memandangkan musuh-musuh Najib yang paling dekat kini dari dalam partinya sendiri dan bukannya dari Pakatan Rakyat, maka hal ini dapat diterima akal.


Malah, pemerhati UMNO bertaruh bahawa terdapat beberapa hubungan dengan Abdullah, melalui anak menantunya yang bercita-cita tinggi, Khairy Jamaluddin.


Walau bagaimanapun, mereka juga membuat spekulasi barangkali ianya kerja penyokong Muhyiddin atau bahkan Razaleigh walaupun peluangnya semakin tipis.


Mereka menyatakan apabila Najib dan Rosmah mula-mula pergi ke Kazakhstan atas lawatan rasmi, Khairy merupakan orang pertama yang memberitahu seluruh dunia Twitter di Malaysia untuk ternganga atas keberanian pasangan ‘pertama’ negara tersebut.


Najib dan Rosmah telah didakwa oleh ahli-ahli politik pembangkang sengaja menjadualkan lawatan rasmi mereka untuk membawa rombongan besar tetamu peribadi bagi menghadiri pesta pertunangan anak perempuan mereka dengan Daniyar, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayez.


Ibu Daniyar, Maira, merupakan isteri kepada adik bekas presiden Kazakh iaitu Bolat Nazarbayev.


Sekarang sangat jelas Najib yang dicemari skandal semakin tidak digemari. Muhyiddin mempunyai sokongan Umno paling tinggi dari broker kuasa, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang juga sedang mempertimbangkan Razaleigh.


Ibu mertuaku Mafia?


Manakala itu, Kompas, yang merupakan akhbar dengan pembaca paling luas di Indonesia, melaporkan bahawa “Maira Nazarbayev, yang hidup dengan gaya hidup ala Imelda Marcos dikatakan memiliki hubungan dengan mafia Russia.”

Akhbar itu turut menyatakan dakwaan cincin Rosmah itu, yang tidak dinafikannya secara langsung, memang miliknya.

Rosmah hanya menyebut bahawa tidak berbaloi untuk dia menjawabnya


“Apakah cincin bernilai USD$24 juta (RM71.15 juta) ini akan membuka pintu perubahan dan pendemokrasian di Malaysia?


Hanya rakyat Malaysia yang boleh menentukannya,” tulis Kompas.


Media UMNO juga telah cuba untuk menyalahkan pemilik kedai Jacob & Co kerana melibatkan Rosmah yang tidak bersalah dalam aktiviti penggubahan wang haram.


Ya, selain daripada Anwar, mereka juga mencela hubungan Maira dengan kongsi gelap dan mengaitkan kesemua hal ini dengan pemilik Yahudi Jacob & Co.


Jika benar dakwaan mereka, maka ibu mertua Nooryana telah menjadi penjenayah!


Apakah boleh untuk anak perempuan kepada pasangan ‘pertama’ Malaysia mengahwini sebuah keluarga dengan jaringan Mafia global?


Hal ini sudah tentu menuntut penyiasatan. Malaysia sudah mendapat malu kepada pihak berkuasa dunia ekoran isu penggubahan wang haram.


Untuk selanjutnya terus dikaitkan, apalagi secara langsung seperti yang didakwa melalui keluarga ‘pertama’ Perdana Menteri, maka ia memerlukan kajian semula tentang kesesuaian Najib sebagai pemimpin tertinggi negara.


Semua dalam keluarga


Kebetulan, keluarga Najib juga tidak bebas daripada skandal.


Nooryana dan Daniyar perlu tabah dalam perkahwinan mereka dan mempunyai keyakinan dalam kasih sayang mereka dan tidak lemah semangat.


Persamaan dalam keluarga mereka dapat mengatasi perbezaan.


Pertama, Najib dipercayai telah menerima sogokan dari DCN penjual senjata Perancis pada awal tahun 2000 untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene dengan harga yang terlalu tinggi, sebanyak RM7.3bilion.


Pihak berkuasa di Paris sedang memuktamadkan siasatan dan perbicaraan mahkamah terbuka bakal bermula bulan depan.


Kemudiannya, keterkaitan urus niaga Scorpenes itu diikat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia yang cantik, berusia 28 tahun, yang dibunuh di bumi Malaysia oleh dua orang bekas pengawal peribadi Najib.


Mereka bahkan menggunakan bahan letupan tentera Gred C4 untuk mengebom hancur Altantuya, bagi mengelak untuk dikesan.


Namun, meskipun dua orang tersebut telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, soalannya masih tetap kekal, siapa yang mengarahkan mereka untuk membunuh Altantuya?JP

Umno yang takutkan bukan Islam mengenai PAS

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Yang pertama ialah janji PAS dalam manifesto mahu beri kebebasan beragama. Penulis upahan buku fitnah 'Sejahterakah Kedah?' dakwa perkara itu tak perlu disebut oleh PAS dalam manifesto sebab belum pernah terdengar ada parti politik yang berhasrat mahu sekat kebebasan beragama.

Begitu jugak katanya, janji nak lantik bukan Islam/Melayu jadi Exco tak perlu janji-janji sebab BN dah lama lantik bukan Islam/Melayu sebagai exco dalam kerajaan negeri Kedah.


Yang sebenaqnya macam ni.. Memang sedenia tahu bahawa kalau BN merintah, UMNO mesti lantik abang kandung kesayangan depa MCA dan Gerakan sebagai Exco. Tapi masa manifesto PAS tu dibuat bukan Muslim di Kedah masih tak percaya bahawa PAS akan lantik bukan Melayu sebagai Exco.

Selama 50 tahun UMNO habag dekat orang Cina dan India, kalau PAS merintah mampoih hangpa.. Kebebasan beragama akan hilang, jgn harap PAS nak lantik Cina & India sebagai Exco. setiap kali PRU isu itulah yang diguna untuk menakut-nakutkan bukan Melayu/Islam.

UMNO buat risalah lukis gambaq tok mudim bawak parang ligan orang Cina nak potong lancau..kat bawah kartun tu tulis dalam bahasa Cina 'Inilah situasinya bila PAS jadi kerajaan'. Awat UMNO dah lupa?..


Akibat dari 'kejayaan' UMNO memburuk-burukkan imej PAS selama 50 tahun itulah, maka PAS perlu membela diri. Sebab tu PAS tekankan 'kebebasan beragama' dan 'lantik bukan Islam sebagai Exco' dalam manifesto bagi menghilangkan keresahan bukan Islam yang jadi rakyat negeri Kedah ni.

Selepas bukan Melayu turut angkat PAS sebagai kerajaan pada PRU 2008, mereka dapat lihat bahawa janji itu ditunaikan oleh PAS. Maka untuk PRU 13 nanti tentulah perkara seperti itu tak perlu dicatat dalam manifesto.


Penulis upahan itu dakwa BN ambilkira rakan bukan Melayu dalam apa juga langkah dan tindakan. Betoi ka? Bukankah baru-baru ini UMNO bantah PAS sekat hiburan dibuka untuk umat Islam saja pada bulan Ramadhan, UMNO mahu bukan Islam juga disekat dari berhibur dan berniaga hiburan di bulan Ramadhan..betul tak? Betullll, habis tu camna yang kata depa ambilkira rakan bukan Melayu.


Peruntukan RM1.5 juta untuk aktiviti kebudayaan dan kebajikan bukan Melayu yang diberi oleh kerajaan PAS juga dibangkit, kononnya BN dulu bagi lebih lagi tapi tak sebut. Jangan lari tajuk.. kita sebut yang diberi oleh kerajaan negeri la ni RM1.5 juta, kerajaan negeri BN lalu takdak langsung peruntukan tu betul tak? Betulll.

Kita tak nafi ada peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN Pusat dulu.. tapi itu Pusat abang oii bukan Negeri. Janganlah nak banding Negeri dengan Pusat sebab PAS bukan memerintah Pusat lagi. Lepas PAS dan PR menang Pusat PRU 13 nanti bolehlah nak buat perbandingan pun.


Cukup dulu MK jawab satu isu hari ini. Takleh karau semua sekali, orang tak dann baca dan faham. Satu demi satu...dannlah sampai PRU13 lambat lagi, Najib mana berani buat pilihanraya tahun ini.. OK jumpa lagi, selamat berpuasa.


Wassalam.

Kedah La

Pakatan Rakyat sedia Belanjawan Alternatif



PETALING JAYA 6 OGOS : Jawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif sebagai persediaan awal bagi mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober depan.

Anggota jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hasil perbincangan tersebut hanya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya.

"Bajet tahunlalu kalau kita masih ingat, Perdana menteri yang juga selaku menteri kewangan ketika membentangkan bajet apa yang jelas ialah semuannya projek mega, MRT, Menara Warisan,"

"Menggunakan unsur dalam GDP sebagai 'G' factor yang sekaligus akan membawa negara ke satu krisis yang berterusan seolah-olah kita tidak ada kekangan dalam perbelanjaan."

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukanlah belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Malah Dr Dzulkefly berkata, gabungan itu akan mengambil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira dalam merealisasikan moto belanjawan "Kesejahteraan Untuk Semua".

"Kami telahpun merumuskan bahawa pendekatan PR dalam belanjawan 2012 ini bukan sahaja mahu melakukan suatu yang lebih baik malah kami mahu lakukan pendekatan strategik yang berbeza."ujarnya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Kesemua mereka adalah empat daripada enam anggota Jawatkuasa Kerja Pakatan Raykat yang bertindak membincangkan belanjawan bagi tahun 2012.

Guna sahaja dakwat kekal, batalkan biometrik

PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.

Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

"Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.

"Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).

Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan' itu.

"Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.

"Kita harap kerajaan telus dalam hal ini," kata Tian lagi.

Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak "over confident" dengan sistem baru yang mahu digunakan.

Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.

Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.

Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.

Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.