Wednesday, August 17, 2011

TANGGUH LAMA!!! Ini keputusannya : Tiada pilihanraya DUN Seputeh



Mahkamah Rayuan hari ini meminda keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat pada 2009 dan mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Kota Siputeh di Kedah tidak kosong.

Berikutan penghakiman itu, kerusi berkenaan akan dikembalikan ke Abu Hassan Sharif.


Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Ramly Ali bagi membatalkan keputusan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman sebelum ini.


Dua hakim lain yang bersidang bersama adalah Datuk Linton Albert dan Datuk Aziah Ali.


Speaker dewan undangan negeri Kedah Dr Abd Isa Ismail, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memohon keputusan ditangguhkan tetapi Hakim Ramly memintanya mengemukakan permohonan.

Kes Qazaf : Anwar tolak Zainul Rijal sebagai pendakwa



KUALA LUMPUR 18 OGOS: Campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kepada penangguhan kes Qazaf yang melibatkan Saiful Bukhari Adzlan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjangkau lebih daripada tiga tahun.

Malah hak Ketua Umum PKR itu terus diketepikan apabila peguam syarie Zainul Rijal yang mewakili kerajaan sering menggunakan pelbagai alasan teknikal bagi mengelak kes tersebut daripada didengari sejak 2008.

Sehubungan itu, Anwar bersama peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman hari ini menfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menolak Zainul daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Jabatan Pendakwaan Jawi dan Pengarah Jawi.

Malah, menurut Anwar gesaan itu dibuat berdasarkan reaksi Zainul yang dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Anwar kemudian menjelaskan beliau tetap dengan pendirianya untuk menolak amalan 'sumpah laknat' yang dilakukan sesetengah pihak.

Sebaliknya, Anwar tetap merujuk Mahkamah Syariah bersabit perintah Al-Quran dan Syariat.

Dalam pada itu, peguam Kamar yang ditemui turut menyifatkan tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan lanjutan butiran kod etika peguam yang telah dilanggar Zainul.

Namun Kamar yakin kedua-dua pihak boleh dipanggil ke sesi pendengaran pada bulan Oktober nanti.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah,"
Anwar sebentar tadi ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan rakan.

Proses pemutihan PATI, bukti BN semakin terdesak



SHAH ALAM 18 OGOS : Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kepincangan Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak serta sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Malah, tindakan terdesak itu juga jelas menggambarkan bahawa segala taktik kotor itu didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini berikutan, Najib didakwa pernah mengeluarkan arahan agar Umno Selangor bekerja bersungguh-sungguh dan menggunakan segala senjata yang ada bagi membolehkan Umno-BN menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara tersebut ternyata menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana ia melibatkan keselamatan dan masa depan negara.

“Kita tidak terkejut tapi agak khuatir tentang masa depan dan keselamatan negara kita kerana perkara sebegini boleh dibuat sewenang-wenangnya. Kita juga prihatin dengan masa depan pendatang asing kerana mereka seolah-olah diancam sekiranya tidak memberikan sokongan yang diperlukan,” katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Nik Nazmi, perkara tersebut juga jelas melanggar undang-undang malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai agama Islam mahupun bangsa Melayu seperti yang di uar-uarkan selama ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.

Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Namun begitu, gerak kerja penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai situasi sebenar yang berlaku perlu diteruskan dan beliau percaya rakyat kini sudah cukup matang untuk menilai perkara sebenar walaupun cubaan penipuan ini akan berterusan.

Malah, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil mudah situasi ini sebaliknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

60 pemandu teksi sertai PAS

Kumpulan pemandu teksi, di sini menyerahkan 60 borang keahlian Pas kepada pihak Pas Kawasan Gombak.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Terminal Putra Gombak, Pie Abdullah menyifatkan tindakan penyertaan golongan pemandu teksi terlibat sebagai sokongan usaha Pas menegakkan pimpinan ke arah keislaman.


“Kita adalah negara Islam, tetapi masih banyak pengurusan tidak mengamalkan konsep pentadbiran berlandaskan Islam, dengan tidak berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

“Ramai pemimpin parti tertentu suka mendabik dada tanpa mempedulikan masalah rakyat, mengundang banyak kepincangan. Untuk itu kita saran rakyat dapat bersama mengubah pentadbiran pihak yang tidak betul,” katanya semasa mewakili penyerahan 60 borang keahlian terbabit di Program Iftar Jamaie’ di Perkarangan Pejabat Pas Kawasan Gombak, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzuan; Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Gombak, Khatifah Zamani Sulong dan wakil pimpinan Pas Gombak.

Dalam pada itu menurut Pie, seramai 184 persatuan pemandu teksi pihaknya berhasrat untuk menyertai Pas.

“Pas kami lihat adalah parti yang mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah dengan ikon Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang utamakan rakyat daripada kepentingan diri sendiri dan keluarganya,” katanya.

Pada majlis sama, Setiausaha Pas Taman Pinggiran Gombak, Alias Yop turut menyerahkan 15 borang keahlian baru Pas yang dimaklumkan senarai terbabit adalah terdiri daripada bekas ahli UMNO setempat.

Menurutnya, sebelum ini sebanyak 20 borang dihantar dan diluluskan keahliannya, manakala pihaknya sedang dalam proses penyemakan kemasukan 30 ahli yang keluar daripada UMNO untuk menyertai Pas.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Sallehuddin Nasir melahirkan rasa syukur kerana Pas semakin diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa.

“Penyerahan borang ahli Pas hari ini benar-benar membakar semangat kepada semua pucuk pimpinan untuk teruskan perjuangan ini dengan memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 akan terus diperintah Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau juga meminta agar semua ahli Pas terus mengikuti program dianjurkan Pas Gombak serta mengikuti semua usrah dibawa oleh Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama bagi memantapkan ilmu fikrah.

Sallehuddin berkata, dengan mengikuti program berkenaan mudah-mudahan ahli akan lebih mengerti perjuangan yang dibawa oleh Pas.Batu vs Kayu

PANAS!! Demi Undi, UMNO beri 600,000 warga asing taraf Warganegara.

Menurut pendedahan terbaru yang dibuat pada Rabu 18/08/2011 oleh WikiLeaks berdasarkan satu kabel rahsia selain dari mendedahkan bahawa pendatang dari Filipina adalah sinonim dengan masaalah sosial yang tercetus di Sabah, WikiLeaks juga telah mendedahkan bahawa dalam satu skim yang diperkenalkan pada tahun 90-an, UMNO telah memberikan kerakyatan Malaysia dan hak mengundi kepada lebih 600,000 warga asing.

Kebanyakannya mereka adalah umat Islam dari Mindanao dan Indonesia, sebagai balasan warga asing tersebut perlulah mengundi BN dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. ASD

WikiLeaks cable: Filipinos 'troublesome' in Sabah

by Jojo Malig

Posted at 08/18/2011

MANILA, Philippines - Migrant Filipinos are synonymous with the word trouble in Malaysia's Sabah state, according to a confidential cable from the US embassy in Kuala Lumpur that was released by WikiLeaks on Wednesday.


Masidi Manjun, Sabah's Minister of Youth and Sports, told US diplomats in Malaysia that his state was "flooded with foreigners" and "singled out Filipino Muslims from Mindanao as 'especially troublesome.'"


Manjun claimed that the Filipinos were "using our [Malaysia's] social services and not integrating into society," and that "vagrancy and violence" were rampant within Sabah's Filipino community, according to the diplomatic cable dated October 10, 2006 that was deemed classified by US embassy political section chief Mark D. Clark.


The Sabah official, who headed government-funded think tank Institute of Development Studies, said the state's maritime and land borders are "very porous" and expressed concern that Sabah's foreign residents were starting to become politically active.


"He acknowledged, however, the economic importance of Sabah's foreign population," the US embassy cable said. "With regard to Sabah's large number of illegal foreign workers, estimated to total over 750,000, Manjun said, 'We need them here, or our economy would collapse."


Sabah's then Acting Police Commissioner, Mohd Bakri Zinin, also told American officials that "illegal migrants and other foreigners" account for about three-fourths of violent crimes committed in the state.


The embassy cable also quoted a state assemblyman, Samson Chin Chee Tsu, who said Filipinos and Indonesians outnumber Malaysians 3 to 1 along Sabah's east coast.


"He (Samson) and his wife recently refused to attend an event that gathered public and private sector leaders on the resort island of Mabul, off the east coast of Sabah, as he feared an attack on the gathering by Mindanao-based Muslim extremists," it added.


Simon Sipaun,then vice-chairman and state head of the Malaysian human rights commission Sukaham, also told US officials that the large number of Filipinos on the state's east coast represented a potential security threat "if they decide to become more politically active, or if parts of Mindanao become more autonomous."


Project Mahathir


Samson and another PBS state assemblyman, Ching Eng Leong, told US officials that the large number of native Filipinos in Sabah can be attributed to a program hatched by dominant political party UMNO.


Under the scheme implented in the 1990s, UMNO gave Malaysian citizenship and voting rights to over 600,000 foreigners, predominantly Muslims from Mindanao and Indonesia, in return for their votes in Sabah's state assembly elections.


"UMNO's control was further solidified during the 1999 state election, as UMNO granted more foreigners citizenship and voting rights under what came to be known as 'Project Mahathir,'" the US embassy cable revealed, in apparent reference to then-Prime Minister Mahathir Mohamad.


According to a probe made by Suhakam on Project Mahathir, Sabah's legal resident population increased 362% to 2.6 million from 1970 to 2000.


"This substantial increase in Sabah's legal residents excludes an influx of over 750,000 foreigners holding invalid identity cards and visas - or no documents at all - according to Suhakam," the cable added.


"Filipinos and Indonesians move easily -- and often illegally -- between Sabah and their respective home countries," it said.


In its analysis of Sabah's problems with Filipinos, the US embassy said a significant reduction in Sabah's foreign-born population could only be reversed through an UMNO-led effort to round up and deport the foreigners, whom Sabah's economy ironically relies upon.


"While Malaysia periodically launches campaigns to expel illegal workers, even PBS' leaders concede this is highly unlikely to be carried out to the point of seriously harming the state's economy," it said. "The US Border Control Assessment Initiative (BCAI) focused on the Sulu and Sulawesi sea areas of Malaysia, Indonesia and the Philippines will enhance our understanding of the security challenges facing Sabah and ways we can assist."


The Philippines has a dormant claim on Sabah that was not resolved by the Manila Accord, or the United Nations Treaty No. 8029 between the Philippines the Federation of Malaya, and Indonesia, that was signed in July 31, 1963 and the succeeding exchange of notes between Manila and Kuala Lumpur in February 7, 1966.


Former Presidents Diosdado Macapagal and Ferdinand Marcos pursued the Philippines' claim on the territory but those who succeeded them did not do so.


The dispute resulted in the 1968 Jabidah Massacre that was exposed by the late Sen. Ninoy Aquino, father of President Benigno Aquino III, according to MalacaƱang.


ARMM on undocumented Filipinos in Sabah


Officials of the Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) said they are trying to address the "cycle of arrest and detention" of undocumented Filipinos through talks with Malaysian authorities.


ARMM Executive Secretary Atty. Naguib Sinarimbo led an 8-member team in a visit to Kuala Lumpur and Kota Kinabalu last July to discuss the problem with Malaysian Parliament House Speaker Seri Utama Pandikar Amin Bin Haji Mulia.


Sinarimbo "proposed a 'non-political' solution to the Sabah proprietary dispute vis-a-vis its effects on the unabated detention and arrests of undocumented Filipinos in Malaysia," according to the ARMM website.


The ARMM has admitted that hundreds of Filipinos continue to go Sabah and later end up getting arrested and deported.


Most of those who go to Sabah are allegedly recruited to work as domestic helpers or bar girls.


"Those coming from ARMM areas, especially from Basilan, Sulu and Tawi-Tawi were found to be stubbornly returning to Sabah after deportation on the belief that the Sulu Sultanate owns the state," according to the ARMM.


Sinarimbo and Mulia have allegedly approved of a plan to set up a center in Tawi-Tawi province that will provide passports and other official documents for Filipinos heading to to Sabah or other parts of Malaysia.


"Other ARMM officials had earlier thought of putting up even a 'desk' in Sabah to facilitate the documentation of Filipinos working or staying in Malaysia without documents or permits. But legal luminaries opposed the concept, saying that such facility would mean an official structure of the Philippines and, thus, signify a waiver of Filipinos' claim over Sabah," the ARMM website said.



abs-cbnNEWS.com

Jais kena buat laporan segera bukan melalui blogger UMNO


SHAH ALAM 18 OGOS : Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melengah-lengah isu siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu berhubung laporan murtadnya hingga menimbulkan polemik umum, tidak mendatangkan kebaikan kepada semua.

Malah, katanya, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

“Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet, dengan beberapa blogger mendesak mengapa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut.

Laporan itu juga menyenaraikan nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu.

Menurut Tuan Ibrahim, timbul beberapa persoalan berhubung reaksi dan tindakan Umno sejurus selepas cetusan isu JAIS menyiasat gereja yang beliau sifatkan sebagai amat mencurigakan.

Katanya, yang paling aneh adalah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh JAIS, sedangkan bukti berkenaan adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya didedahkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Tegasnya, ini termasuklah kertas soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan JAIS yang sepatutnya dipersembahkan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

“Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini semakin hangat diperkatakan terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

“Dengan ledakan sedemikian di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini. Kenapa perkara ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?” soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata lebih mencurigakan lagi ialah kepantasan media arus perdana milik Umno dan BN yang terus melonjakkan isu itu dengan membuat serangan ke atas menteri besar Selangor dan kerajaan negeri.

Begitu juga demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal Tuan Ibrahim lagi.

PANAS!!! 7 Bukti awal elemen campur tangan UMNO dalam operasi Jais ke atas gereja!!

http://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/08/Video-JAIS-serbu-gereja-300x251.png1.0 Rakaman video serbuan JAIS ke atas DUMC tersebut

2.0 Laporan bertulis JAIS berkaitan serbuan tersebut yang sepatutnya hanya dibaca oleh Menteri Besar sahaja


3.0 Butiran 12 orang serta maklumat pribadi seperti nama dan nombor IC mereka serta gambar-gambar sebahagian dari mereka.


4.0 Gambar salah seorang peserta yang didakwa sebagai penganjur majlis tersebut bernama Nadea


5.0 Pemalsuan dokumen MBPJ oleh Papagomo dan rakan2


6.0 Dokumen2 yang didakwa dijumpai oleh JAIS seperti "itenerary" dan "kertas soalan kuiz" yang sepatutnya rahsia


7.0 Pengarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu berkenaan serbuan JAIS tersebut.

Tulang Besi

GEMPAR!!! Disuruh bogel dihadapan polis lelaki


NONEDakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman

Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai ‘layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu.

G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini.

Mereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporanberhubung dakwaan salah laku polis.

Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang.

Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita.

“Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki,” kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya.

Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit “Buka, kenapa tak buka?”.

“Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.

Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan.

Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu.

Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya.

Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain.

TERKINI!! Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang hampir dibakar!



Kira-kira jam 620 pagi tadi, menerusi satu mesej Twitter Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik memaklumkan bahawa ibu pejabat DAP negeri di Jalan Talipon cuba dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mesej dari Wei Aik berbunyi:


@nweiaik Someone tried 2 torch down DAP Penang HQ around 3am. All the newspapers put outside the HQ have been burnt down. 2nd attack after 4days #fb


(Seseorang cuba untuk membakar Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang jam 3 pagi. Kesemua akhbar yang diletakkan di luar ibu pejabat dibakar. Serangan kedua dalam tempoh empat hari #fb)


Ahad lalu, premis yang sama diserang dengan semburan cat merah dan lemparan jus oren termasuk pejabat Wei Aik sendiri di Lorong Seratus Tahun, tidak jauh dari ibu pejabat DAP.


Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam reaksi segeranya di Twitter mengecam tindakan terbaru ini sebagai pengecut dan mahu pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik serangan kedua ini.


Adalah dipercayai pihak yang sama melakukannya untuk cuba menakut-nakutkan kerajaan negeri yang semakin mendapat perhatian dari rakyat dengan slogan CAT (Cekap, Akauntibiliti dan Telus) nya.

UMNO: Tukang solek huduhkan Islam - Tuan Guru Nik Aziz

Gambar Dr Mahathir & Nik Aziz semasa UMNO menolak 'hudud Islam' yang dibawa oleh PAS. Jelas UMNO tak mahu Islam
KL, 17 Ogos 11: "Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam.” Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi, menurutnya lagi.

“Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.

“Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana,” kata beliau sambil menambah, “Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara.”

“Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

“Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang,” katanya lagi.

Sebelum ini, beliau berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat. Pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik.

“Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang.

“Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’

“Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

“Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini?

“Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular.

“Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno.

“Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam.

“Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?” katanya lagi.

Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

“Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain,” katanya lagi. (IH)

TERBONGKAR!!! BBC akui diupah siar propaganda Kerajaan Malaysia

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC seperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah.

Tuduh BERANI, jadi saksi KECUT

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.

Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.


“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.

Anwar mencelah dan berkata, “ Ia sudah dalam skrip.”

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang.

Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.


“Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Justeru, beliau patut membantu kita,” katanya.


“Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan.


Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian.”


Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.


Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar.


Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.

Izzah gesa Najib timbang semula anggota PSC


KUALA LUMPUR 17 OGOS: Pakatan Rakyat mahu pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) yang majoritinya dibarisi wakil rakyat daripada parti pemerintah dipertimbangkan semula oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini kerana menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim, kebiasaannya jawatankuasa-jawatankuasa khas di negara luar akan diketuai oleh pembangkang.

"Saya rujuk kenyataan media yang kita berikan semalam, kita sudah sediakan syarat rujukan sebagai jawatankuasa pilihan.

"Di mana-mana negara sama sekali pun jawatankuasa pilihan perlu dianggotai dan diketuai oleh pembangkang di sesebuah negara itu. Jadi pada pandangan awal saya, (pembentukan jawatankuasa) ini sudah tempang dan tidak mencerminkan hasrat keseriusan untuk melakukan reformasi dalam sistem pilihan raya," katanya selepas membuat lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Datin Seri Wan Azizah Ismail pada jam 3.30 petang tadi.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengadakan sidang media tergempar untuk memberitahu jawatankuasa khas parlimen yang akan ditubuhkan akan dianggotai oleh lima wakil rakyat daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Nazri juga memberitahu, usul mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Oktober depan.

Dalam pada itu, Izzah menegaskan keputusan yang dibuat dalam pembentukan jawatankuasa ini adalah penting memandangkan ia merupakan satu reformasi pembaharuan dan penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya di negara ini yang sudah tertunggak sejak sekian lama.

"Bukan kita menolak, tetapi kita bersedia bekerjasama tetapi anda pun tahu bagaimana parlimen kita berfungsi.

"Kalau majoriti daripada BN, SPR juga bergantung kepada BN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga bergantung kepada BN, jadi bagaimanakah kita hendak pastikan ada perbezaan sedangkan tuntutan untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya itu sudah lama dikenalpasti oleh Suhakam, sudah dikenalpasti juga oleh badan-badan lain...isunya ialah pelaksanaan,"katanya lagi.

Oleh itu beliau meminta Perdana Menteri, Najib Razak supaya beristiqamah dalam pembentukan jawatankuasa khas ini, sekali gus menilai semula tujuh syarat yang diletakkan oleh Pakatan Rakyat untuk menyokong penubuhan jawatankuasa terbabit.

"Saya menggesa sekali lagi kalau beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) boleh merujuk semula perkara berbangkit ini.

"Pertamanya isu yang lebih besar sudah ada rekomendasi daripada Suhakam merujuk kepada laporan 2007 yang menyatakan ada tiga atau empat langkah yang perlu dibuat dalam reformasi pilihan raya,"ujarnya.