Sunday, October 2, 2011

MAI TENGOK!!! Sebab apa Mahathir kata UMNO bungkus jika PRU 13 masa ni


2 PAS masuk UMNO, 70 UMNO masuk PAS!!!

Dulu cerita sebenar hanya 2 orang Pas masuk Umno yang sebenarnya hanya kerana kes bantuan bencana dan kes tak puas hati terhadap mkk..

malam ni cermah di Tandop Besar, 70 orang kemasukan ahli baru PAS bagi cawangan Tandop Besar yang sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada anak anak muda..

kesemua penyerahan borang ahli PAS malam ni hampir 170 orang..Walaupun hujan lebat..sambutan ceramah mengambarkan sebuah momentum kebangkitan rakyat..

Tun Dr Mahathir mengatakan "Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar"--PAS FOR ALL


Kedah La

TOLAK UMNO!!! 50 ahli UMNO sertai PKR

KUANTAN, 3 Okt - Kecewa dengan UMNO, seorang Ketua Cawangan "Hassan"Ketua UMNO Cawangan Indera Mahkota 1, telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PKR, Fuziah SallehPKR Ranting Indera Mahkota 1 ditubuhkan dan beliau dipilih sebagai Ketua Penaja ranting terbabit.

Dalam ucapan ringkasnya, Hassan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR selepas melihat UMNO kini semakin tersasar dari arus perjuangan. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara.

Sebaliknya, mereka lebih berselera mengenyangkan tembolok masing-masing dengan mengejar kekayaan peribadi masing-masing. Akhirnya rakyat dipinggirkan dan kebajikan hanya dijaga bila tiba musim pilihanraya seperti sekarang ini. Pada majlis ringkas itu, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota Lee Chean Chung

parti itu bersama lebih 50 orang penyokongnya bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau yang hanya dikenali sebagai
merupakan dalam satu majlis di Restoran Saji Rahmat dekat sini petang semalam.

Pada majlis itu juga juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada Hassan yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu.

Beliau berharap dengan kemasukan Hassan dan pengikutnya, maka cabang Indera Mahkota akan diperkukuhkan lagi dalam usaha mengekalkan kerusi parlimen itu yang dinenangi pada PRU-12 yang lalu.

Hassan serahkan borang kepada Fuziah, disaksikan Lee Chean Chung
[Turut hadir dalam majlis itu ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN Pahang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang) serta lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

PKR Indera Mahkota sebelum ini dianggap cabang yang paling banyak bergolak apabila krisis kepimpinan parti menyebabkan Timbalan Ketua Cabangnya, Ibrahim Sidek bertindak keluar dan menyertai UMNO.

Kemudian berlaku banyak krisis dalaman yang lain semasa pemilihan parti itu Oktober tahun lalu. Namun pemilihan semula tidak dijalankan kali ini memandangkan ia tidak sampai 30% yang dibenarkan.

Apapun, peluang untuk kedua-dua parti menang di Indera Mahkota tetap cerah sebenarnya. Tambahan pula perubahan jelas dapat dilihat di sana sini. Cuma strategi sahaja yang perlu].PDO

SASARAN PAS!!! 2 kerusi Parlimen dan 5 DUN di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 1 Okt — PAS menyasarkan untuk memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya Datuk Husam Musa
(gambar) pada pilihan raya umum lalu, parti itu hanya mampu mencatat kemenangan dalam satu kerusi DUN iaitu di Permatang Pasir.

“Kami akan berusaha untuk merampas balik lima kerusi DUN yang dipertandingkan dan dua kerusi parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Kepala Batas,” katanya semasa berucap dalam Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini hari ini.


Dipetik Bernama Online, Husam berkata PAS yang menang kerusi Permatang Pasir pada pilhan raya umum lepas hanya kalah empat kerusi DUN yang lain dengan majoriti undi yang rendah.


Selain itu, beliau berkata dalam usaha untuk mengukuhkan pengaruh parti dalam Parlimen, PAS memerlukan lebih 60 kerusi parlimen di seluruh negara.

“Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran kita, iaitu 60 kerusi Parlimen dan saya percaya sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Beliau berkata PAS kalah 15 kerusi Parlimen dengan majoriti kurang 5,000 undi pada pilihan raya umum lalu.

Bagi peringkat nasional, Husam berkata PAS juga berhasrat untuk memecah pengaruh Umno khususnya dalam undi-undi di kawasan peneroka Felda.

Katanya, PAS yang berpegang teguh kepada prinsip Islam, memerlukan 12 peratus undi di kawasan pengundi Felda.


“Pilihan ra umum yang lalu, PAS mendapat lebih 39 peratus pengundi Felda dan untuk memecah pengaruh Umno, kami memerlukan lagi 12 peratus,” katanya.TheMalaysiaInsider

TU DIA!!! UMNO bela parajurit sampai 75% alami kesempitan hidup




Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Sehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

alam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Oleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-

Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).

Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.

Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.

Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.

Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.

Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

malaysiakini/-

MAMAT UTUSAN!!! Musang Berbulu Ayam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7pW4cYZbHiXWMdGA6Qhyn9Tue2-uccl5I6lhizRjsKiYTUsZFypLcS6MtCruwhNsQ9tUBI9wehoYJJvCnzPIV7Lp5V-ZiRTEBbEGWvVH5k-9bdqqGLHlohLckPMmUj9mUBLwq2uX9lZBT/s1600/musangayam.jpgoleh Muhammad Sanusi Md Nor

Mamat yang jadi bos Utusan (baca: surat pekeliling UMNO) ni bimbang sungguh bercampur sedih pilu bila banyak maklumat penting (baca: kerja tak betoi) Perdana Menteri (baca: Presiden UMNO) dibocorkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim yang meresap masuk dalam jabatan- dan agensi strategik kerajaan.

Dengan kebocoran banyak maklumat penting itu, dia bimbang (baca: takut terseret dengan dia sekali) nasib DS Najib akan jadi macam Muammar Ghadafi.

Dia takut sangat-sangat sebab banyak agensi penting telah dikendalikan oleh pegawai yang masuk melalui pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim!

Boleh baca di sini - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Kata mamat Utusan ni, depa yang berada dalam agensi strategik kerajaan tu bagai 'musang berbulu ayam' kerana membocorkan maklumat penting Najib kepada Anwar seperti kos penerbangan dan percutian pribadi dengan pantas dan tepat! Hah! Kalau cepat mungkin kerana depa tu memang cekap, kalau tepat, hang susah hati buat apa?

Saya rasa mamat utusan ni kepalanya dah tak betoi. Kalau Najib tak buat salah apa-apa, apa yang nak dibimbangkan. Bocoq pi lah 40 lori maklumat atau dokumen pun, kalau tak ada yang tak betoi, apa nak takut. Itu yang rakyat nak sekarang ni, kerajaan dan pemimpin telus dan transparen.

Perkara yang mamat utusan ni tak sedar ialah manusia yang dipilih, dilantik dan diamanahkan menjaga agensi strategik kerajaan ialah manusia yang hebat dan cemerlang, sama ada dinilai melalui kelayakan akademik maupun rekod kerja mereka sebelumnya.

Depa mengaji dari tadika hingga universiti dididik dan dilatih membuat pertimbangan dalam tugas depa berdasarkan ilmu pengetahuan. Depa cerdik, pandai dan layak menduduki jawatan itu kerana mereka berilmu. Ilmulah yang memandu depa apa yang baik, apa yang buruk, apa yang salah dan apa yang benar, apa yang patut dan apa yang tidak patut.

Kalau mamat utusan kata depa tu musang berbulu ayam kerana pertimbangan berasaskan ilmu yang depa ada, orang macam mamat utusan dan mamat mamat lain yang kuat membodek dan melindungi tingkah laku salah pemimpin melalui media yang depa kepalai itu, nak dipanggil apa? Musang apa? Berbulu apa?

Kenapa mereka bocorkan maklumat? Saya percaya sebab depa mahu rakyat tahu apa yang pemimpin negara ini sedang buat diwaktu rakyat dicengkap tekanan kenaikan harga barang dan seribu mak nenek masalah lain dalam negara ini. Kenapa depa tak mau kunci mulut? Sebab depa tau, di akhirat esok, depa pun kena juga kalau bersubahat melindungi kerja tak betoi pemimpin. Ini satu perkembangan yang sihat dalam perkhidmatan awam! Pegawai dah mula merujuk kepada agama dalam tingkah laku mereka, mereka sudah kenal dosa dan pahala!

Apa guna ilmu dan kemahiran yang diajaq di universiti, malah sejak pra sekolah lagi, kalau dalam waktu depa mengamalkan ilmu itu di alam pekerjaan, depa dipanggil musang berbulu ayam. Kalau begitu, ambil saja kaki bodek, kaki subahat, yes man, kaki ampu di kedai kopi dan pejabat UMNO Bahagian jagi pegawai di agensi strategik kerajaan.

Tengok la juga kaki angguk macam pokka di pejabat JASA, Kemas, Seranta, Utusan Melayu, Media Prima, Star, SB dan MIO yang bekerja hanya untuk membetulkan semua salah-silap pemimpin kerajaan (baca: Pemimpin UMNO/BN) dan meletakkan salah itu kepada orang lain. Senaraikan juga JKKK, ketua blok felda, Penyelaras DUN dan Parlimen, blogger dan cyber trooper UMNO yang sudah dikunci mulut dengan elaun besar selama ini untuk menduduki agensi strategik kerajaan. Kalau semua ini terjadi, sah! Pemimpin itu akan selamat dan bersih...tapi negara ini akan hancur!

Kenapa orang cerdik pandai di agensi itu menyokong perjuangan Anwar Ibrahim? Adakah depa semua tak tau Anwar Ibrahim itu manusia paling jahat di Malaysia ni (baca: manusia paling jahat di dunia)? Dia kaki sex,luar tabii, kaki betina, kaki rasuah, kawan dengan Yahudi, jual negara, jemput kuasa asing, pembohong, pelari duit, gadai agama, bla...bla...? Mana ada manusia selepas Firaun yang sejahat Anwar? Depa tak tau ka? Takkan orang cerdik pandai yang kerja di agensi strategik kerajaan tak kenai Anwar Ibrahim dan perjuangannya? Hish! SPA dan JPA salah pilih orang ni...

Kesimpulan dari ketakutan dan kesediahn Mamat Utusan yang tak boleh tidur lena ni.... Nilai dan norma hidup mereka sudah terbalik kuang dek kerana telah buta dan tuli dengan UMNO/BN. Segala yang salah di kalangan pemimpin mesti disorok dan dilindungi oleh semua agensi kerajaan. Biar pemimpin dan bini depa buat apa saja sesuka hati, atas nama negara, depa mesti dijaga, takut nanti jadi Muammar Gaddafi! Mabuk ka apa dia ni??

Pemimpin kami dalam PR siap siaga sepanjang masa untuk dilondeh oleh rakyat maupun pegawai di keliling mereka jika ada sebarang kesilapan yang disengajakan sepanjang memegang amanah negara (baca: sentiasa diintai sepanjang masa kalau-kalau ada kesilapan, kalau tak ada juga, cipta satu kesilapan untuk dikenakan mereka secukup-cukupnya).

Para pemimpin kami sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pegawai dan rakyat dalam semua aspek kehidupan termasuk kehidupan pribadi mereka. Mereka memahami dan menghayati slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' melebihi pembawa slogan itu sendiri.

Apa yang terdedah, apa yang rakyat tahu, apa yang kami kata, apa yang kami buat, apa yang terbit dari mulut, itulah yang di hati...apa yang dijalani oleh pemimpin kami, itulah yang sebenar, tanpa selindung, tanpa takut tanpa bimbang (no fear kata mat saleh)... Itulah beza kami dengan kamu wahai Mamat Utusan Zaini Hassan! Hanglah bapak Musang Berbulu Ayam yang sebenar!

HARI2 FITNAH!!! Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal tak kerja lain

‘Ada pihak tidak senang dengan kelancaran pentadbiran Azizan’

ALOR SETAR - Penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit, malah dikatakan diserang strok, disifatkan sebagai sebuah manifestasi kekecewaan pihak tertentu yang masih mengharapkan Azizan mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu menguruskan pentadbiran.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tahap kesihatan Azizan setakat semalam amat memuaskan, walaupun pada Ogos lalu, keadaannya amat lemah.

“Ini antara usaha pihak tertentu yang tidak senang melihat kepimpinan Azizan kembali lancar. Pihak terbabit ternyata tidak mampu berdepan pendekatan politik dan pentadbiran yang dilaksanakan dengan cemerlang sepanjang Azizan menjadi Menteri Besar sejak 2008,” katanya.

Menurutnya, mungkin ini taktik terbaru pihak berkenaan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan menimbulkan masalah kesihatan beliau, untuk mengikis keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan beliau.

“Tiada cara lain yang mampu menepis dakwaan mereka sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri pimpinan Azizan tak mampu bertahan lama. Kemungkinan juga mereka bimbang dengan perkembangan dan kemajuan Kedah, khusus dalam aspek kewangan negeri yang semakin memberangsangkan.

:“Sudah pasti perkembangan baik ini memberi tempelak yang besar kepada rekod buruk pemerintahan Barisan Nasional (BN) lalu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, penyebaran SMS itu juga didakwa sengaja dibuat pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tidak aman di Kedah, selain mahu rakyat percaya Azizan sudah tidak mampu mentadbir.

“Saya harap rakyat tidak mudah percaya dengan apa-apa sebaran SMS berkaitan memburukkan Azizan mahupun pentadbiran negeri. Jika inginkan kepastian boleh rujuk pada Jabatan Penerangan di Wisma Negeri,” katanya.[Sinar Harian]

5000 hadiri Rumah Terbuka PAS Parit Buntar










PARIT BUNTAR :
Seperti tahun-tahun yang lalu, PAS Parit Buntar tidak lupa menganjurkan rumah terbuka sempena Aidil Fitri pada 24 September lalu. Majlis ini dianjurkan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Menurut Pengarah Program Ahmad Azhar Sharin , majlis ini memberi peluang kepada masyarakat di sekitar Parit Buntar untuk lebih terlibat memeriahkannya.

“ Tetamu majlis tersebut diraikan sendiri oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama pimpinan PAS Kawasan. Lebih 5000 orang tetamu telah hadir ke majlis ini termasuk beberapa pimpinan masyarakat Cina setempat.

“ Saya bersyukur kerana PAS Kawasan sekali lagi dapat menganjurkan majlis sambutan hari raya yang meriah pada tahun ini” katanya

Menurut Ahmad Azhar, Kehadiran ramai tetamu yang berbagai latar belakang di dalam Majlis Rumah Terbuka 'Idul Fitri PAS Parit Buntar melambangkan suasana Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar berada dalam situasi yang baik untuk mengekal dan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang

“ Bermula jam 11.00 pagi , orang ramai bertali arus memeriahkan serta merapatkan ukhuwah sambil menikmati hidangan .

“ . Tetamu dari pelbagai lapisan rakyat ini begitu teruja dan ceria menikmati nasi minyak, lemang dan kueh raya” katanya

Beliau berkata, majlis di mulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat kemudian diikuti dengan ucapan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid yusuf Rawa .

“ Kemeriahan turut dirasai oleh kanak-kanak yang hadir apabila mendapat sumbangan duit raya daripada Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pimpinan PAS Kawasan.

“ Kami juga meraikan kanak-kanak yang hadir dengan menyediakan acara kuiz dengan hadiah yang disediakan oleh penganjur.” katanya

Tetamu kehormat yang hadir ialah Pesuruhjaya Pas Parit Buntar Abu Bakar Husin yang turut memberi ucapan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke majlis Rumah Terbuka 'Idul Fitri PAS Parit Buntar





Orang ramai sedang menikmati jamuan













Dr. Mujahid bersama pimpinan Pas Parit Buntar sedang menyambut tetamu



















































Pesuruhjaya, Ahli Parlimen Parit Buntar dan YDP Pas Parit Buntar sedang menikmati hidangan

Jenazah Polis Pengiring PM selamat dikebumikan di Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 1 Okt. : Jenazah Polis Pengiring Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Sarjan Ibrahim Husin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kota berhampiran Masjid Sungai Kota, Tanjung Piandang.

Adik beliau Yusuf Husin berkata Allahyarham yang berumur 51 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung .

“ Adik saya meninggal dunia semasa masih berkhidmat . Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak

“ Memandangkan beliau adalah anak tempatan Sungai Kota maka jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan Sungai Kota” katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa turut menziarahi jenazah Sarjan Ibrahim Husin di rumah keluarga beliau di Sungai Kota.


Dr. Mujahid mengucapkan takziah kepada keluarga Sarjan Ibrahim kerana kehilangan orang yang tersayang.


“ Saya mewakili PAS dan Pusat Khimat Parlimen Parit Buntar berterima kasih dan menghargai jasa Allahyarham yang lama berkhidmat sebagai anggota polis.


“Pemergian beliau adalah kehilangan besar dalam profesion polis dan negara” katanya


Antara tokoh pimpinan masyarakat yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad , dan pimpinan masyarakat setempat.

UMNO KATA!!! Hanya 2 ribu hadir Sambutan 60 Tahun PAS



Jumlah yang hadir dalam Ucap Perdana semena 60 tahun PAS ini dianggarkan sekitar 20,000 orang, memenuhi segenap ruang Dewan Milenium malah melimpah hingga ke luar dewan.

Biarpun jumlah itu sedikit kecil jika dibandingkan dengan jumlah hadirin di Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia yang telah diaakan di Guar Perahu September yang lalu dimana kebanyakkan nya telah diangkut (baca di SINI).. aku bangga..



Aku bangga kerana mereka-mereka ini hadir ke majlis yang tidak menghabiskan RM1.2Juta duit rakyat..

Aku bangga kerana mereka hadir tanpa dijanjikan upah RM100 ke RM200 bila menaiki Bas tapi ada yang dapat dan ada pula yang tak dapat..

Aku juga berbangga Mereka datang tanpa diangkut dengan 60 ke 75 buah Bas yang pemiliknya telah dijanjikan akan dibayar sebanyak RM700 bagi sebuah Bas tapi yang diterima mereka hanya RM200.

Mereka datang bukan untuk menjamah 1000 Biji Murtabak yang dipesan tapi bila hari Majlis diadakan pengusahanya dibiar makan sendiri 1000 biji Murtabak itu, kerana pesanan yang dibuat tidak diambil.

Mereka juga datang bukan untuk menikmati 10,000 cucuk satay yang dipesan tapi tidak juga diambil dan pengusahanya dibiar ternganga kerugian..

Mereka datang tanpa dipaksa.. datang dengan ikhlas demi sebuah perjuangan...ANAK SUNGAI DERHAKA































Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

LAWAK!!! Keluar PAS sebab Wakil Rakyat UMNO tak buat kerja

SIAPA yang tengok Buletin Utama di TV3 Al-Musyrikin semalam mesti perasan berita lawak ni. Kisah Ahli PAS Penaga, Kepala Batas menyertai Umno.

Kononnya sempena perhimpunan PAS menyambut ulang tahun ke 60, hampir 40 orang ahli PAS cawangan Penaga, Kepala Batas Kedah keluar parti dan menyertai Umno.

Salah seorang yang didakwa sebagai remaja Penaga memberikan alasan keluar PAS kerana permintaannya untuk mendapatkan jalan mini tar, membaik pulih rumah, bantuan perubatan ibu yang sakit gagal diperolehi.


Umum mengetahui Kepala Batas adalah kubu kuat Umno. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. Malah DUN Penaga adalah kawasan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim seorang ADUN dari Umno.

Mangkok hayun yang didakwa sebagai Remaja Penaga oleh TV3 ini meminta bantuan dari ADUN Umno, Datuk Azhar Ibrahim dan gagal ditunaikan, maka dia pun keluar PAS masuk Umno kah kah kah. Bodoh betul berita ni.

ReJaM© "Berita bodoh macam ni pun boleh masuk TV..."




BELI ADUN DAP!!! Ni la kerja Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal konon berjuang bela Melayu


Syabas buat ADUN Bentayan kerana berani londehkan seluar dalam Najib

Keroje kat Perak masa Hee Yit Foong dapat RM25 juta nampaknya berulang kat Gwee Tiong Hiang

Woi! Ingat semua benda boleh beli dengan duit ke

Najib memang sah pondan tua tak ada maruah sampai sanggup rasuah ADUN sah yang dipilih rakyat

Mana SPRM? JALAN PULANG


ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.

Dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.


Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.


Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.


Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.


Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.


Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.


"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...


"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP.


Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan.


Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli.


Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata.

BUNGKUS PRU 13!!!MAHATHIR buat UMNO gelabah


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”


Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.


“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.


“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.


Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.


Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”


“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.


BENGANG!!!Soi Lek dah marah sama Tee Keat

Jika seseorang itu sudah tidak relevan pada sesebuah parti, mengapa pula kata-katanya perlu dibalas oleh presiden parti tersebut secara terbuka?

Itulah ironisnya gelagat Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang kelihatan tersinggung dengan kenyataan bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Ket yang berkata MCA semakin menjadi parti yang tidak relevan dalam arena politik negara.


Sebagai menjawab kata-kata Ong, yang disifatkan beliau sebagai tidak relevan pada MCA dan akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA, Chua menyarankan Ong untuk meletakkan jawatan jika beliau sudah tidak yakin lagi dengan masa depan parti.


“Anda tiada keyakinan ke atas MCA, mengapa anda mahu bertanding sebagai calon di bawah lambang Barisan Nasional, MCA?


Letak jawatan jika tiada kepercayaan dalam parti,” kata Chua yang dipetik The Malaysian Insider hari ini.


Dalam temuramahnya dengan The Malaysian Insider, Ong membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang kononnya mendakwa bahawa parti Cina tersebut masih relevan di negara Malaysia.


Pada pandangan Ong, MCA kini masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.


“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong, sambil menambah bahawa parti MCA ini juga dilanda sindrom penafian.


“Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu),” kata Ong merujuk dengan penipuan Liow sebagai Menteri Kesihatan ketika menafikan bahawa hospital Tung Shin diserang oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0.


Membidas kritikan, Chua menyelar rekod Ong sebagai presiden MCA yang didakwanya tidak pernah membawa pembaharuan ke dalam parti dan hanya menumpukan kepada usaha menghukum ahli-ahli yang menentang beliau.


“Beliau pernah ada peluang untuk mengetuai MCA, beliau tidak pernah buat apa-apa untuk membawa pembaharuan.


“Pembaharuan yang hanya kita adakan adalah terlalu banyak EGM (perhimpunan agung tergempar)... selama 17 bulan di bawah Ong, kita ada tiga EGM, jika anda mengira satu yang diadakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai,” sindir Chua yang juga tidak kurang hebat dalam rekodnya dalam politik negara sebagai ahli politik pertama yang terlibat dalam skandal video seks yang diakui beliau yang diterima Umno sebagai rakan sejati dalam Barisan Nasional.JALAN PULANG