Wednesday, October 12, 2011

GAMBAR SEMBAH SALIB!!! Najib kena jawab bukan berdiam diri


Suatu ketika dahulu ramai yang mungkin masih ingat insiden Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dimalukan oleh UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum, gara-gara penyebaran gambar beliau memakai tengkolok.

Ku Li ketika itu adalah Presiden Parti Melayu Semangat 46 yang bergabung tenaga untuk menjatuhkan BN dalam pakatan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Susulan gambar kontroversi tersebut akhirnya pembangkang tewas teruk pada pilihanraya itu. Taktik yang digunakan oleh UMNO BN menjadi dan Ku Li dijadikan mangsa gara-gara gambar berkenaan.

Kini, satu lagi berita gempar yang pasti mengejutkan semua pihak.

Heboh disebarkan di internet terutamanya menerusi laman sembang sosial Facebook aksi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembah salib yang dipegang oleh Pope Benedict XVI di Apostolic Palace ketika kunjungan beliau ke kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rome pada 19 Julai 2011 yang lalu.

Najib bersamanya rombongan kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Memang, ramai penyokong UMNO yang akan marah dan mengatakan gambar ini "fitnah" dan sebagainya. PDO hanya sekadar melaporkan apa yang disebarkan di internet (facebook) dan bukan tentang persoalan gambar ini tulen 99.9% atau pun tidak sebenarnya.

Jika mereka marah, maka mereka juga harus sedar dan faham betapa rakyat juga marah dengan penyebaran video seks serta gambar yang dibuat oleh blogger upahan mereka untuk jatuhkan maruah pemimpin pembangkang?.

Kenapa harus melenting dengan gambar ini, jika mereka telah melakukan lebih teruk daripada itu?.




[Rombongan PM itu termasuklah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Bishop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Pertemuan itu merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi. Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See.

Persoalannya, kenapa Najib Razak selaku pemimpin sebuah negara Islam sanggup menyembah salib yang dipegang oleh Pope itu?.

Bukankah aksi ini sungguh berbahaya dan boleh menimbulkan spekulasi yang bakal menjahanamkan sokongan orang Melayu (Islam) terhadap Barisan Nasional pada PRU-13 ini nanti].PDO

TERDESAK!!! Bajet 2012 jadi umpan Najib yang ketagih sokongan


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN


BAHANG pembentangan Bajet 2012 masih terasa hangatnya. Semua pihak mengakui ia satu lagi percubaan Dato' Seri Najib Razak untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan itu dihasilkan bukan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi negara yang meruncing, tetapi dirumuskan semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN.

Bagi Najib, bajet adalah senjata terakhir untuk menyanggah tawaran Pakatan Rakyat melalui belanjawan alternatif 4 Oktober lalu dan Buku Jingga, atau sekurang-kurangnya bagi mewujudkan 'feel good factor' walaupun segala jaminan yang dikemukakannya boleh memberi impak negatif kepada negara. Pertimbangan utamanya adalah mengekalkan kuasa. Segalanya diperkakaskan untuk matlamat itu.

Isu-isu kritikal seperti peningkatan inflasi, melebarnya jurang kaya-miskin, pertambahan hutang awam sehingga RM456 bilion, terperangkap dalam regim pendapatan rendah-sederhana, pergantungan kepada pekerja asing, ketirisan dalam sistem penyampaian, silap keutamaan yang membawa kepada pembaziran, dan isu monopoli, tidak ditangani secara serius dan bijaksana.

Justeru, ada pihak menyamakan Najib seperti Santa Claus yang tiba dua bulan lebih awal daripada hari krismas. "Kedatangannya bukan setiap tahun seperti Santa Claus, tetapi lima tahun sekali menjelang pilihan raya. Apa pun, mungkin kehadirannya ini buat kali terakhir," kata seorang teman sambil ketawa kecil.

Sepintas lalu, dalam beberapa aspek, bajet Najib dilihat mencedok pakej tawaran Pakatan Rakyat, namun falsafah atau asas yang mendasarinya jauh berbeza. Mungkin sebahagian rakyat, terutama kakitangan awam dan golongan berpendapatan rendah tersilau dengannya, tetapi secara peribadi saya mengharapkan pelaksanaannya sampai tepat kepada sasaran terutama bayaran one-off.

Lambakan wang tunai ekoran one-off ini memang dikritik, dibimbangi merangsang kenaikan kos hidup yang sedia tinggi sekarang, namun bantuan kepada rakyat yang memerlukan seharusnya dialu-alukan tetapi ia sepatutnya dibuat secara berterusan melalui pakej lebih menyeluruh. Bukan seperti ingatan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar: "Nikmat sekejap, sedap sesaat." Belum pun insentif one-off diterima rakyat, harga barangan dapur terus meningkat.

Sesungguhnya perbelanjaan wang rakyat haruslah dilakukan secara berhemah. Kerisauan tentang defisit, hutang dan kecenderungan kerajaan BN berbelanja lebih disentuh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen membahaskan bejat: "Angka yang dipersembahkan kononnya untuk beri gambaran keadaan defisit dan hutang terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat BN membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun ... seperti pada 2010 dan 2011."

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah. "Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan," dedah Anwar.

Anwar turut mengkritik peruntukan tinggi sehingga 78 peratus untuk belanja pengurusan, manakala belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial semakin mengecil. 11 kementerian utama diperuntukkan wang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan lebih kecil.

Malah belanja operasi melonjak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan, kedua-duanya di bawah Najib, dan bagi Anwar, "ini bertentangan dengan desakan rakyat agar PM mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam."

Bekas Menteri Kewangan itu turut menegur potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran: "Perbelanjaan operasi dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong 28%. Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai melalui potongan peruntukan yang lain.

"Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi."

Dalam pada itu, saya tertarik dengan ulasan 19 cendekiawan Muslim, yang menggelarkan diri mereka "sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair" mengenai bajet. Antaranya termasuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Maszlee Malik, Dr Zahazan Muhammad dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

"Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut bajet 2012 dengan perasaan bercampur-campur," kenyataan mereka bertarikh 8 Oktober dipetik.

Mereka turut bimbang dengan bajet yang kekal defisit dan peningkatan hutang. Dalam kenyataan bersama itu, mereka menyokong 24 item dalam belanjawan 2012. Manakala 10 item lain "sokongan bersyarat" dengan cadangan beberapa penambahbaikan, misalnya mengenai saluran bantuan yang wajar dikendalikan secara Islam, pemberian permit teksi individu, sistem pengangkutan di bandar dan risiko harga maksimum skim pinjaman rumah pertama.

Selain itu, mereka memberi kritikan terhadap 17 item lagi, di antara lain: Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama persekutuan; peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan; peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing tidak diberi perhatian sama sekali; sekuriti dan isu keselamatan rakyat tiada peruntukan mencukupi; peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan Kedai IMalaysia yang 40% lebih rendah dari harga pasaran; serta cadangan pertambahan kadar keuntungan cukai harta tanah.

Mengenai bantuan one-off RM500 kepada isu rumah berpendapatan sebulan RM3000 dan ke bawah, mereka menegaskan: "Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam."

Saya memandang positif usaha ilmuan dan pendakwah ini serta mengharapkan komitmen berterusan mereka untuk terus menyumbang idea dan saranan bagi kebaikan bersama. (IH)

NASIB KO MAT BASHAH!!! Penangan Tokong Sayur, mengidam jadi MB Kedah



Kisah bakal Menteri Besar BN dan Tokong Sayur


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

(Nota Utara, Harakah)

Minggu lalu Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah menerima tempelakan hebat dari kepimpinan kerajaan negeri yang mendakwa beliau tidak ambil tahu mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri Kedah sewaktu menjadi Exco dahulu.


Kalau tidak masakan Ahmad Bashah tidak mengetahui bahawa kerajaan BN dulu tidak menggunakan kesemua peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberikan oleh Pusat untuk tujuan tersebut. Isunya Ahmad Bashah tuduh kerajaan negeri PR sekarang guna peruntukan berkaitan jalan pemberian Pusat itu untuk urusan lain yang tiada mengena dengan selenggaraan jalan, walhal di zaman BN dulu pun perkara yang sama dilakukan.


Belum pun isu tersebut reda, bakal Menteri Besar Kedah dalam bayangan itu diserang lagi. Kali ini berkaitan tindakannya menyertai upacara keagamaan bukan Islam.


Mengikut catatan pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, ADUN Bakar Bata itu telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.


Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian aqidah di samping tindakan tersebut telah menjatuhkan maruah umat Islam.


Jika sebelum ini Umno sibuk dengan program menghantar memorandum di sana-sini, kini giliran Pemuda PAS pula mengambil tempat tersebut. Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mendesak supaya tindakan tertentu diambil terhadap Ahmad Bashah.


“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah “Redho akan kekufuran boleh membawa kufur”.


“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Encik Mohd Azam Awang yang mengepalai penyerahan memorandum tersebut.


Dalam tercungap-cungap mencari jawapan mempertahankan Ahmad Bashah, jentera penerangan BN Kedah menyamakan tindakan boss mereka itu dengan tindakan Menteri Besar Kelantan menyampaikan watikah lantikan sami Buddha pada 23 Mac 1995 bagi menggantikan sami Phra Vicarayanmuni yang mati pada 30 november 1992. Mereka mendakwa sewaktu penyampaian watikah tersebut, terdapat juga upacara keagamaan Budhha.


Sebenarnya, dua situasi itu jauh berbeza. Menteri Besar Kelantan sebagai ketua kerajaan betanggungjawab terhadap semua pemimpin masyarakat yang di bawah pentadbirannya. Beliau bukan sahaja pemimpin orang Islam tetapi juga adalah pemimpin bukan Islam, asalkan mereka rakyat Kelantan. Watikah lantikan yang dikeluarkannya diiktiraf sebagai pengesahan tertinggi dari ketua kerajaan. Pengesahan oleh Menteri Besar terhadap ketua komuniti itu berbeza sama sekali dengan pengesahan terhadap 'kebenaran' sesuatu ajaran agama. Jika secara kebetulan mereka mempunyai upacara tertentu dalam majlis tersebut maka ia bukan kehendak Menteri Besar dan beliau pun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disifatkan turut serta mengambil bahagian.


Ia berbeza dengan mengambil bahagian dalam upacara keagamaan. Jika bukan Islam mengarak berhala dengan berjalan kaki beramai-ramai, maka orang Islam yang turut serta berarak itu terdedah kepada dakwaan 'turut mengambil bahagian'. Apa hukumnya? Dato' Mufti telah menjelaskan hukumnya.


Kita memahami situasi sulit Umno yang selama ini bergantung harap kepada undi bukan Muslim tiba-tiba sejumlah besar undi tersebut berpaling dari mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik semula undi bukan Muslim tetapi takkanlah perlu ke tahap menggadai persoalan aqidah demi undi?


Isu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan bukan Islam ini bukan isu politik. Ia persoalan aqidah. Dato' Ahmad Bashah dan Umno tidak layak sama sekali untuk memimpin negeri Kedah di mana majoriti rakyatnya beragama Islam ini, jika persoalan aqidah sebegini dianggap remeh.


Pengerusi Umno Kedah itu perlu bertaubat ke hadrat Allah SWT di samping memohon maaf dari seluruh umat Islam kerana menjatuhkan maruah umat Islam di negeri ini.Kedah La

TUNJUK KUASA!!! Najib mula letak orang kuat kuasai media


Penyusun strategi media Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid dijangka akan mengetuai New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mulai Isnin ini dalam usaha Umno menyusun semula unit-unit media miliknya menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Pengumuman penting mengenai urusan itu dijangka diumumkan hari ini susulan satu mesyuarat diadakan semalam.


Difahamkan itu akan disusuli dengan perubahan dalam pasukan editorial menjelang akhir bulan ini.


“Saya jangka akan ada pengumuman penting hari ini, lembaga pengarah akan membuat hari ini... itu yang saya dengar setakat malam ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.


NSTP antara lain mengeluarkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu dan Harian Metro serta Metro Ahad.


The Malaysian Insider juga difahamkan selain perubahan dalam NSTP, satu lagi akhbar harian yang ada kaitan dengan Umno, Malay Mail, sedang mengadakan perbincangan dengan untuk mendapatkan berita daripada portal berita MalaysiaKini di bawah urusan pertukaran saham dalam tabloid berkenaan.


Malay Mail pernah berada dalam penguasaan NSTP dan kemudian muncul sebagai akhbar percuma.


MalaysiaKini, yang beroperasi sejak 1999, berminat untuk mengeluarkan akhbar dan telah mengemukakan saman ke atas Kementerian Dalam Negeri berhubung isu mendapatkan permit pengeluaran.


Kedua-dua syarikat media mempunyai rancangan untuk melancarkan semula Malay Mail sebagai akhbar berbayar sebelah pagi mulai 11 November ini manakala New Straits Times pula akan membawa reka bentuk yang baru.


Difahamkan pengarang urusan kumpulan NSTP Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa akan kembali mengetuai unit e-Media untuk memfokus usaha meletakkan lebih banyak kandungan atas talian.


Juga difahamkan, Media Prima Berhad (MPB) telah bersetuju dengan pendekatan “pemisahan bersama” membabitkan ketua pegawai eksekutif NSTP Datuk Anthony @ Firdauz Bujang.


Usaha mendapatkan pengesahan pengurusan MPB telah gagal.


MPB juga memiliki TV3 dan tiga saluran televisyen yang lain.


Jawatannya disusun semula menjadi ketua pegawai operasi dan dijangka diambil alih oleh Mohammad Azlan Abdullah, yang kini merupakan ketua pegawai eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd milik MPB.


“Keputusan dibuat pada mesyuarat lembaga pengarah semalam. Kedua-dua MPB dan telah bersetuju bahawa beliau boleh keluar tetapi kejutan yang sebenar ialah mengeluarkan Zainul Arifin mulai Sabtu ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.


Sumber itu memberitahu bahawa mesyuarat lembaga pengarah telah dipercepatkan bagi membolehkan tindakan-tindakan berkenaan diambil segera.


Beberapa sumber lain mengesahkan pelantikan-pelantikan baru dengan menjadi bahan percakapan di NSTP bahawa Jalil akan mengambil alih syarikat akhbar itu, yang kini merupakan anak syarikat MPB.


“Apa yang kami dengar di Balai Berita ialah Jalil Hamid, bekas kakitangan Reuters dan bekas Suruhanjaya Sekuriti, akan menjadi pengarang urusan baru kumpulan,” kata seorang editor akhbar itu kepada The Malaysian Insider.


Satu lagi sumber mengesahkan bahawa hanya dua perubahan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengarah semalam dan pengarah urusan kumpulan MPB Datuk Amrin Awaluddin dijangka memberi taklimat kepada pekerja-pekerja NSTP hari ini berhubung perubahan besar dalam jawatan tertinggi syarikat.


Anthony mengambil alih jawatan itu pada November 2008 manakala Zainul Arifin mengetuai pasukan editorial sejak Julai 2009.


Jalil dipinjamkan ke unit media pentadbiran Najib pada September 2010, dari jawatan ketika itu sebagai pengurus besar Jabatan Hal Ehwal Korporat Suruhanjaya Sekuriti sejak 2009.


Kedua-dua NSTP dan Malay Mail merupakan kumpulan media penyokong pentadbiran Najib, yang bulan lalu mengumumkan bahawa akhbar-akhbar negara ini tidak akan tertakluk kepada pengeluaran lesen tahunan - sebahagian daripada pembaharuan politik yang hendak dibawa kerajaan pimpinannya.

MAHATHIR BERSUARA!!! Kerajaan PR tak buat pilihanraya serentak

Dr M: Kemungkinan Pakatan tak bubar DUN serentak
Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

mahathir meets bloggers 150807 mahathir
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.

Pakatan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.


"Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.


"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.


"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.


NONE
Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.

Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.


"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.


Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan.


- Bernama

SERVEY TERKINI!!! Inilah sebabnya Indon,Bangla, Siam didaftar sebagai pengundi di Selangor


SHAH ALAM 12 OKT : Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor mendahului tahap kepuasan hati dalam satu tinjauan perbandingan lima pentadbiran di Semenanjung Malaysia termasuk kerajaan persekutuan yang dikendalikan firma kaji selidik UMR.

Dari seribu pengundi berdaftar yang dibanci, 67 peratus responden berkata mereka sangat berpuas-hati dengan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.

Sekadar 26 peratus tidak berpuas-hati dengan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor.

Meskipun corak kepimpinannya dilaporkan menjadi pertikaian kawan dan lawan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus meraih sokongan positif setinggi 52 peratus responden.

Malah Abdul Khalid lebih diyakini dikalangan responden di Selangor dan Kuala Lumpur berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Perbandingan Pentadbiran

Cerapan populariti mengikut etnik menunjukkan Abdul Khalid disokong 48 peratus pengundi Melayu, dan 50 peratus pengundi berbangsa Cina, disebalik pelbagai kritikan terhadapnya mutakhir ini.

Keyakinan mereka turut diperkuatkan 59 peratus pengundi Melayu Selangor.

Tinjauan dibuat antara 22 Ogos hingga 15 September tahun ini meliputi negeri Selangor, Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembentangan yang dibuat memberi penekanan kepada 9 perkara antaranya kepimpinan, situasi ekonomi dan prestasi urustadbir.

Sementara itu, sokongan kaum Hawa kepada Tan Sri Khalid mencecah 43 peratus, manakala 58 peratus kaum Adam menyakini kepimpinan beliau.

Yang lebih memberangsangkan, tokoh korporat ini menjadi pilihan 45 peratus responden berumur antara 21 hingga 29 tahun. 50 peratus responden antara 30 hingga 39 peratus turut yakin, begitu juga 50 peratus responden yang berumur 40 tahun dan keatas.

TV Selangor masih berusaha untuk mendapatkan tahap kepuasan hati terhadap barisan kepimpinan negara yang lain. Setakat ini apa yang pasti, penyokong Abdul Khalid merentasi status pendidikan.

Dalam tinjauan yang sama, corak buang undi dalam pilihanraya umum akan datang dijangka menyebelahi Pakatan Rakyat.
Yang memilih Pakatan Rakyat meningkat lebih 1.5 peratus, dan 51.5 peratus responden berkata Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.

Di empat negeri terbabit, corak pengundian dijangka menunjukkan kekutuban yang ketara. 73 peratus dan 78 peratus pengundi Cina dan India pasti memilih Pakatan Rakyat, manakala 69 peratus pengundi Melayu berkata mereka mungkin memilih Barisan Nasional.

Sentimen Terhadap Abdul Khalid Meskipun Abdul Khalid popular di kalangan wanita, umumnya Pakatan Rakyat masih perlu menggembleng sokongan kaum Hawa. Hanya 44 peratus responden wanita di semua negeri mahu memilih Pakatan Rakyat. Kaum Adam bagaimanapun positif. 56 peratus responden lelaki menyokong Pakatan Rakyat.

Tinjauan UMR juga mendapati Pakatan Rakyat mendapat tempat di kalangan komuniti pemuda dan dewasa 30 hingga 39 tahun. Di sudut ekonomi pula, PR memukul rata sokongan di kalangan responden yang berpendapatan antara RM3001 hingga RM5000, RM5001 hingga RM10,000 dan RM10,000 keatas.

Rakyat Selangor dijangka mahu Selangor terus menjadi templat reformasi melihat kepada sokongan lebih 57 peratus.

BAJET 2012!!! UMNO memanjang defisit, PR baru memerintah dah ada lebihan

Guan Eng: Pakatan beri wang daripada lebihan bajet

Tidak seperti kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memberikan dana bantuan kepada golongan miskin melalui lebihan bajet, bajet pilihan raya BN untuk 2012 bergantung kepada defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

Walaupun bantuan wang tunai kepada golongan miskin dan rakyat Malaysia dialu- alukan, timbulnya persoalan di manakah Kerajaan Persekutuan akan mencari wang apabila Petronas dijangka hanya akan menyumbang dividen sebanyak RM28 bilion pada tahun ini ataupun RM2 bilion kurang berbanding tahun 2011? Jelas bahawa unjuran Kerajaan Persekutuan bahawa pendapatan akan meningkat daripada RM183 bilion tahun ini kepada RM186 bilion tahun depan adalah tidak munasabah memandangkan dividen daripada Petronas dijangka berkurang.

Tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang memberikan bantuan tunai kepada golongan miskin daripada lebihan bajet, bajet pilihan raya BN 2012 pula hanya bergantung kepada perbelanjaan defisit untuk meraih undi. Ramai pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa risiko bajet 2012 membawa negara kepada perbelanjaan yang tidak mampan kerana dibelanjakan ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan.

Dr Marie-Aimee Tourres, seorang felo penyelidik kanan di fakulti ekonomi dan pentadbiran Universiti Malaya, berkata bahawa bajet "buah tangan" ini tidak dikaitkan dengan mana-mana komitmen produktiviti. Jelas Bajet Pilihanraya ini direka untuk meraih pengundi. Pada masa yang sama, DAP tidak dapat nampak sebarang usaha untuk memerangi rasuah atau ketirisan dalam pengurusan sumber negara.

Atas sebab itulah, sasaran Kerajaan Persekutan untuk mengurangkan defisit bajet dari RM45.5 bilion tahun ini kepada RM43 bilion menjelang tahun 2012 atau 5.4% kepada 4.7% daripada KDNK mungkin tidak dapat dicapai. Pungutan hasil adalah terlalu optimistik dan boleh menyebabkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perbelanjaan defisit ini.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun daripada 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 dan 54.8% pada tahun 2012. Hutang Kerajaan Persekutuan pula telah meningkat sebanyak 12% pada tahun 2011 kepada RM456 bilion daripada RM407 bilion pada tahun 2010. Bagi memastikan kemampanan hutang, KerajaanPersekutuan telah menetapkan nisbah 55% kepada KDNK. Justeru, nisbah 54.8% kepada KDNK menjelang tahun 2012 ini sangat berbahaya kerana sudah menghampiri 55% kepada KDNK.

Lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir tahun 2010 adalah sebanyak RM581 bilion atau 76% daripada GDP. Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua tertinggi selepas Korea Selatan.

Nisbah bayaran hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah 47.8% pada tahun 2010, yang bermakna bahawa hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk bayaran hutang. Secara umum, nisbah bayaran hutang yang melebihi 33% dianggap tidak sihat. Bank juga mempunyai syarat tidak akan memberi pinjaman jika lebih daripada satu pertiga daripada pendapatan mereka digunakan untuk bayaran hutang. Jelas rakyat Malaysia telah membentuk negara yang banyak berhutang, terutamanya apabila Kerajaan Malaysia memberikan wang yang diperolehi daripada pinjaman.

Ini adalah satu perbezaan antara BN dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan memberikan wang kepada rakyat daripada wang yang dipinjam di mana pada akhirnya, rakyat masih perlu membayar wang tersebut. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memberi wang daripada lebihan bajet di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak perlu membayar balik wang pada masa akan datang.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

PORNO,PORNO, PORNO!!! Itulah kegemaran UMNO terkini

Oleh Wong Choon Mei

Dalam soal seks, kelihatannya Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNOnya tidak puas. Sebaik sejurus pembentangan Belanjawan 2012 Najib, bloger-bloger UMNO sudah mengeluarkan satu lagi klip seks, kali ini mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam video di ‘hotel’ baru.

“UMNO-BN cuba untuk menyorokkan salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya dengan mengeluarkan video-video seks palsu.

Video-video ini dikeluarkan secara berperingkat oleh sebuah laman web yang berkait dengan UMNO yang penuh dengan penganiayaan terhadap pihak pembangkang,” kata Naib Presiden PKR N Surendran

“Semasa kekecohan video seks ‘Datuk T’, adalah mengejutkan bila dilihat cara-cara tersusun penggunaan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh trio Datuk T, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dan pimpinan pihak polis. Ianya dalah seperti usaha rapi untuk menghancurkan kerjaya politi Anwar Ibrahim dan menghentikan perarakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.”

Menurut The Star, klip sepanjang 2.25 minit berjudul ‘One Night in Bangkok’ atau ‘Round Two’ itu dimuat naik pada hari Isnin. Video itu katanya dirakam di Bangkok pada 13 Januari tahun ini.

Fetish Bangkok UMNO

Seperti kata Surendran, klip itu dijumpai di laman web UMNO yang biasa www.papagomo.com, stopthelies.my dan juga www.parpukari.blogspot.com. Bloger-bloger itu juga bertanyakan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari.

Mereka juga menyertakan perincian penerbangan MAS KLIA-Bangkok MH 782 yang meninggalkan KLIA pada 3.15pm pada 12 Januari; dan MH 785 yang meninggalkan Bangkok pada 11.05am hari seterusnya. Tetapi tidak seperti video sensasi trio Datuk T pada Februari itu yang menunjukkan orang yang mirip dengan Anwar melakukan seks dengan seorang pelacur, klip terakhir ini tidak mengandungi adegan seks.

Tetapi, menurut salah satu bloger tersebut Round Two akan keluar tidak lama lagi. Dan sudah pasti, minat ramai terhadap video itu adalah kandungan pornografiknya.

Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengambil keputusan samada Anwar atau Najib yang bersalah. Video Datuk T itu sudah makan tuan, mengakibatkan populariti Najib jatuh mendadak kepada 59% pada bulan Ogos berbanding 65% pada bulan Mei. Malah lagi, Najib sendiri terlibat dengan skandal yang melibatkan hubungannya dengan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketidak percayaan yang tidak dapat dibendung

Malahan dengan perbicaraan Sodomi II di mana Najib dan isterinya Rosmah telah dituduh memalsukannya untuk mematikan kerjaya politik Anwar, ramai rakyat Malaysia percaya dengan keterangan pakar dari Belanda, Dr Thomas Hoogland. Thomas berkata Anwar mempunyai pergerakan belakang dan pinggul yang terhad, that tidak mungkin beliau boleh meliwat penuduh.

Sementara itu pula, Najib dan Rosmah menimbulkan syak wasangka daripada rakyat apabila mereka tidak mahu menjadi saksi teradap Anwar, membuang rasa kesedaran sivik dan tanggungjawab ke tepi kerana takut berhadapan dengan peguam-peguam bela Anwar. Akibatnya adalah mereka berdua kelihatan bersalah seperti yang dikatakan Anwar.

Wajarlah kenapa apabila Najib membentangkan Belanjawan 2012nya itu, rakyat tidak teruja.

“Bukan satu kebetulan apabila klip video ini muncul sewaktu Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kerajaannya berusaha keras untuk mempertahankan Belanjawan 2012. Proposal belanjawan kerajaan itu dikatakan lemah dan berdasarkan perkembangan ekonomi yang terlalu optimistic,” kata Surendran.

“Belanjawan itu tidak menyentuh pun soal ketidak seimbangan ekonomi, dan imbuhan-imbuhan adalah janji-janji yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa senang semasa pilihanraya umum ke-13 nanti. Penganalisa dan pengamat ekonomi telah menghentam belanjawan itu, dan rakyat sangat berduka cita. Kerajaan harus tarik balik dan mengubah proposal belanjawannya itu, dan tidak cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mengeluarkan video-video seks palsu.”

- Malaysia Chronicle

HEBAT GUAN ENG!!! Ceramah di Johor dengan bergaya walaupun ada yang sudah asah parang



Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.













Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..ASD






Sumber gambar : KL Pos, Pulakdah dan Kami Benci Saiful Bukhari

HALANG UMNO BACUL!!! Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.Hrkh

BAJET 2012 !!! Wall Street Journal pun tak boleh terima, banyak sangat 'buah tangan'

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/10/Bajet-2012.jpgNajib berkata kerajaan menggunakan pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain untuk menyiapkan bajet 2012 itu.

“Bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd... Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok,Selangor ,Sabtu lalu.

Kenyataan dari Wall Street Journal dibawah menjadikan Budget 2012 yang telah dibentangkan oleh Najib itu nampak macam hasil kerja Pak Pandir..ASD


WSJ: Ekonomi Malaysia tak akan tumbuh dengan hanya ‘buah tangan’

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pemberian ‘buah tangan’, yang diumumkan dalam jumlah yang banyak menerusi Bajet 2012, oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak minggu lalu tidak akan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya laporan akhbar itu berkata pentadbiran Najib perlu memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan menyeluruh untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang diharapkan.

WSJ juga mengkritik Najib kerana gagal mengadakan tindakan pelaksanaan ke atas janji-janji mahu memperbaiki kelonggaran dalam dasar-dasar ekonomi dan perundangan yang memihak kepada Bumiputera.

“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengumumkan satu bajet yang penuh dengan pemberian untuk mendapatkan undi pada pilihan raya umum akan datang, dijangka dalam tempoh enam bulan lagi. Dalam proses ini, beliau menghancurkan harapan pembaharuan ekonomi yang diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan,” kata WSJ.

“Kombinasi pemberian sementara dan pemotongan cukai pada satu sebelah dan perbelanjaan kebajikan di satu sebelah yang lain tidak membantu daya saing Malaysia,” katanya lagi.

Laporan itu merujuk kepada pemberian tunai dalam jumlah yang besar kepada 1.3 juta kakitangan awam dan pengecualian cukai dan yuran kepada pemandu-pemandu teksi dan juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah.

WSJ berkata Najib telah meliberalisasikan pelaburan asing dalam 17 subsektor, yang mewajibkan warga asing menjadi rakan kongsi dengan usahawan Melayu sebelum boleh mengadakan bisnes di negara ini.

Bagaimanapun ia menekankan, pendekatan pembaharuan itu tidak akan membawa impak kerana hanya beberapa pekerja yang diambil adalah orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini dan merupakan kumpulan sasaran tindakan afirmatif.

“Kerajaan perlu mengadakan pembaharuan yang besar dalam industri-industri seperti pengeluaran di mana peraturan memberikan dominasi kepada orang Melayu,” katanya lagi.

“Najib ada bercakap mengenai (usaha) mengadakan perubahan-perubahan radikal ketika membentangkan Model Baru Ekonomi tahun lalu, tetapi terus mengecewakan pengundi tanpa tindakan pelaksanaan susulan,” kata akhbar itu.


The Malaysian Insider