Tuesday, October 18, 2011

10 RIBU SETAHUN !!! Pendatang asing dapat jadi warganegara mudah demi kuasa UMNO

Oleh: mohdnoorawang

http://www.darnmalaysia.com/dmblog/wp-content/uploads/2007/11/hisham_keris.jpeg" UMNO/BARISAN NASIONAL MELACURKAN TARAF WARGA NEGARA DEMI HAYAT POLITIK PERUT DAN KUASA. BAGAIKAN BOM JANGKA , JELAS DASAR MENTERI DALAM NEGERI DAN PERDANA MENTERI SSUDAH TIDAK SIUMAN ATAU PENYAKIT "INSANED" YANG TERUK.

Bayangkan dalam tahun 2008 hingga 2011 seramai 28,000 (dua puluh delapan ribu orang warga asing mendapat taraf warga negara Malaysia. Secara purata setiap tahun seramai 10,000 orang warga asing mendapat kelulusan kerakyatan atau warga negara Malaysia. Sungguh mudah dan cukup senang bangsa asing mendapat penduduk tetap Malaysia.

Kami ajukan soalan kepada PM Najib Razak dan Hishammuddin menteri dalam negeri Malaysia apakah tujuan atau dasar sebenar merwarga negera orang asing yang mencecah seramai 10,000 orang setiap tahun?.

Malaysia sebagai tong taik dan tong sampah lampakkan atau kehadiran bangsa kulit hitam, bangsa China, memasukki Malaysia diatas tiket "berlajar' dengan kolej swasta. Cukup bahaya dan cukup memualkan. Sehungga berlaku krisis moral dan jenayah yang parah.

Belum lagi diambil kira pendatang asing atau PATI yang berjumlah hampir 1 juta orang berada di Malaysia. Malaysia mudah dicerobuh oleh orang asing kerana badan yang diamanahkan tidak jujur dan menjadi ajen.

Diminta Hisyamuddin sebagai menteri dalam negeri perlu bertanggungjawap dan bertindak agar kuasa memberi taraf warga negara tidak dipermudahkan kerana politk sempit dan politik perut dan kuasa.

Hishamuddin perlu memberi penjelasan yang benar mengapa begitu ramai bangsa asing mendapat warga negara Malaysia dalam tahun 2008 hingga 2011 seramai hampir 30,000 orang. Jika angka tersebut benar Malaysia diibaratkan tong taik dan tong sampah kerana yang mendapat warga negara manusia yang tidak produktif atau rendah mentallitinya.Tranungkite

KES NAYA!!! Gadis main catur kat Hong Kong jadi mangsa fitnah Blog Mat.Indon.Mali


Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba tetek rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr!

Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .

Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong komfomkan nanti. Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:

WGM Anya Corke (Elo 2154) from Hong-Kong shared women’s 1st prize

Anda boleh tengok sendiri, budak ini tiada
kaitan dengan isu tersebut. Klik sini

Kantoi blogger pencacai Umno! Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!


Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu. Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq! -al-husseyn

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.

“Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Lim.

Beliau juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”

"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.

"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam”.

Lim berkata jika seteru politiknya mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.

Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.

“Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini,” kata Lim dengan kesal.

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

“Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.

“Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya. -mk


Ulasan GB

Sudah menjadi darah daging UMNO agaknya menyebarkan fitnah - dengan segala macam bentuk dan cara, dari video seks, video suara, gambar porno, gambar palsu - lansung tidak takut amaran Allah dan Rasulnya tentang mereka yang melakukan fitnah.

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh - Al-Baqarah: 191

Kelab Greenboc

TU DIA!!!Ketua Cawangan UMNO kena tangkap sedang syiok main Mesi Kuda

KUANTAN, 19 Okt - Para penduduk Felda Sg.Panching Utara dekat sini gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ telah ditangkap oleh pihak polis ketika sibuk berjudi di sebuah pusat siber haram Jalan Air Putih dekat sini.

Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda terbabit. Beliau ditangan ketika sedang asyik bermain "mesin kuda" di premis berkenaan.

Menurut sumber, kejadian itu sudah berlaku sejak beberapa hari yang lalu sebenarnya. Namun, dek kerana takut mendapat aib dan malu terhadap beliau serta parti yang dipimpinnya (UMNO) maka kes tersebut sengaja disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.

Namun, atas sikap prihatin beberapa orang saksi pada hari kejadian maka perkara ini akhirnya didedahkan. Sementara itu, beberapa orang penduduk yang ditemui terkejut dengan insiden berkenaan.

"Sungguh memalukan, beliau yang disanjung sebagai pemimpin masyarakat peneroka di sini tiba-tiba menconteng arang ke muka kami. Jika inilah sikap pemimpin yang kami pilih, maka sia-sia sahaja harapan yang diberikan kepada beliau selama ini. Tergamak dia berjudi, sedangkan dia tau perbuatan itu haram di sisi agama. Malah, tindakan berjudi mesin kuda itu juga jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin berkenaan", kata mereka.

[Kejadian yang berlaku ini jelas sekali telah menjatuhkan imej parti UMNO dimata masyarakat dan penduduk Felda berkenaan. Ramai yang kecewa dan hilang kepercayaan kepada parti, kerana gagal mentarbiyah pemimpin dan ahli-ahli mereka ke jalan yang diredhai Allah.

Sedangkan semua pemimpin berkenaan adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Difahamkan, Felda Panching Utara terletak dalam DUN Panching, Parlimen Paya Besar yang kedua-duanya diwakili oleh parti UMNO BN.

Kemungkinan besar, insiden yang berlaku ini sedikit mencalarkan sokongan rakyat terhadap parti itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Rakyat mula sedar kebobrokan sikap segelintir pemimpin mereka yang gemar berjudi dan berpoya-poya. Inilah hakikat yang berlaku sejak sekian lama.

Pendekatan dakwah dan didikan Islam terus dipinggirkan dalam jiwa-jiwa mereka. Politik suku agama suku terus ditanam dalam minda mereka.

Akhirnya, kemewahan dan keseronokan duniawi menjadi amalan hidup mereka ini. Apakah pemimpin sebegini boleh diharap membela agama Islam agaknya].PDO

PANAS!!! Seorang Ahli Parlimen BN bakal masuk PKR


Ini ada perkembangan terbaru.

Nampaknya ada yang sudah fedap dengan parti penuh porno yang dibawa presiden sekarang, Chua Soi Lek.


Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dalam beberapa minggu lagi.


Demam lagi laaa Najib


JALAN PULANG



Blog STOP THE LIES mendakwa pejabat Ong Tee Kiat di Pandan Jaya telah menurunkan simbol-simbol Barisan Nasional dan MCA selain gambar-gambar pemimpin dan anggota MCA. Tindakan tersebut disifatkan sebagai petunjuk bahawa Ong Tee Kiat akan berpindah daripada MCA ke PKR.

Dikatakan, Ong Tee Kiat telah bertemu ramai pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim dalam merundingkan penghijrahannya itu. Ong Tee Kiat pada masa yang sama, mendakwa mendapat banyak SMS daripada para penyokongnya yang mendesak agar dia keluar dari MCA dan menyertai PKR.


Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, Ong Tee Kiat merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional pada 2008 yang terselamat di kerusi Parlimen Pandan. Dua DUN dalam Parlimen Pandan iaitu Cempaka dan Teratai, masing-masing dimiliki oleh PAS dan DAP.


Seandainya benar sebagaimana dakwaan tersebut, Pandan akan menjadi medan yang sangat hebat terutama sekali selepas wujud desakan agar UMNO Pandan mengambilalih dan bertanding di Kerusi Parlimen Pandan walaupun pada masa yang sama, bertanding di DUN Cempaka.


Baik MCA Pandan mahupun UMNO Pandan, kedua-duanya mempunyai masalah yang tersendiri. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua parti masih belum menggerakkan jentera pilihanraya dan berkempen untuk merampas kembali DUN Teratai dan DUN Cempaka di Parlimen terbabit.


Sebaliknya, yang menjadi tumpuan adalah Ong Tee Kiat-Chua Soi Lek, UMNO-MCA dan permainan dalaman yang merugikan Barisan Nasional secara keseluruhannya di kawasan terbabit.


Dan tidak dinafikan sama sekali, Ong Tee Kiat mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Pandan, khususnya yang bergerak menerusi NGO-NGO dan bukannya MCA di sana. Kalau benarlah Ong Tee Kiat akan berhijrah ke PKR, bermakna MCA perlu bekerja jauh lebih kuat untuk mengembalikan sokongan kepada parti itu di Pandan dan Ampang, khususnya!



One by one, the Barisan Nasional and MCA symbols have come down at the office of Pandan Jaya MP Ong Tee Keat. Also coming down are photographs of MCA leaders and members.


The talk is that the former disgraced MCA president is paving the way to quit the BN for PKR. This portal has been reliably told that Tee Keat has been meeting many PKR leaders including Anwar Ibrahim himself for talks.


All he wants is to defend his parliamentary seat – even if it means selling his soul, dignity and principles, not that there is much.


But this mad Hainanese has given enough indication in the Chinese media that he is preparing himself to be a political frog.


Chinese newspapers have quoted him extensively as saying that he had received many SMS from MCA members asking him to quit the party to join the opposition. He claimed these SMS came from opponents of Chua Soi Lek.


But this portal has been told that this is just part of his political scam – claiming he is been persuaded, rather than him, wanting to join PKR.


But most of us are political savvy enough to know that this is just part of the pre-defection show by OTK to show he still has some political worthiness.


We are also told that OTK’s overtures and readiness to join PKR has reached the ears of the BN top leadership.


Well, if he jumps, stopthelies have enough documents to show that despite his facade of being a principled fighter, as he likes to imagine himself to be, he is just another political slime.


We can’t wait to produce these documents.

POLIS BUAT KERJA UMNO!!! Kutip tandatangan kempen bantah Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengenai keterlibatan pihak polis dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera.

Ini ekoran satu salinan surat diterimanya baru-baru ini yang ditandatangani bagi pihak Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Mujahid, surat yang diterima daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali itu mengandungi arahan bertarikh 14 September 2011 kepada pegawai awam, kakitangan awam, pesara polis termasuk isteri dan keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menandatangani kempen bantahan terhadap Mohamad.

Malahan format kempen tandatangan turut disertakan dan diminta dikembalikan selewat-lewatnya pada 22 September lalu.

"Maksudnya ini arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan polis.

"Saya bercakap di Parlimen, bukan di kedai kopi. Sebab itu saya minta KDN jawab. Kalau betul tidak ada, saya tarik balik dakwaan ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mujahid sebelum itu membangkitkan tentang surat itu sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.

Dalam perbahasannya, beliau meminta PDRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas dan tidak mencampuri ususan politik.

Beliau seterusnya menunjukkan surat tersebut kepada dewan menyebabkan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bangun membantah diikuti ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sehingga menimbulkan kekecohan dan terpaksa ditenangkan Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Zulkifli malah menuduh Mujahid mencipta sendiri surat tersebut untuk memburuk-burukkan imej polis.

Bercakap pada sidang media, Mujahid tidak menolak kemungkinan bantahan terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu satu tindakan terancang.

"Kes Mat Sabu ini adalah kes betul-betul dirancang untuk menimbulkan masalah.

"Kenyataan Mat Sabu biarlah ahli politik yang jawab. Yang polis nak campur tangan buat apa. Mereka terima laporan sudahlah," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ekoran kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya Ogos lalu bahawa Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan sebenar, pelbagai pihak bangkit menentang dan kira-kira seribu laporan polis dibuat terhadap Mat Sabu.

PROTES KEPADA MENTERI KDN!!!Pemuda PAS berhimpun 24 Oktober di hadapan bangunan parlimen


"...Saya, nama, Abdul Kalam Mubarak, dengan ini, saya suda baanyaakk terhutang budi dan body, kepada Umno Sepang, sebab, saya bole, undi, Barisan Nasional...",


Lawak Bangla dalam bas Umno-APCO tiba-tiba kena seludup dalam resort ambik kursus keusahawanan


Keusahawanan Umno-APCO belajar macam mana nak jual video bluee tokan dah nak bagi stok


JALAN PULANG



PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.


Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.


Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu
terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.

“Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.


Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.


Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.


Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.


“Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini,” kataya.


Himpunan di Parlimen


Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 Oktober ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.


Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,


Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).


Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.


“Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.


“Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya.

PERBUATAN JIJIK!!! Blogger UMNO fitnah keluarga KM P.Pinang dikecam

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat (PR) mengecam tindakan blog milik Umno yang telah menyebarkan fitnah kepada keluarga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada sidang media di parlimen hari ini menjelaskan PR juga bersimpati dan harap Guan Eng serta keluarga dapat bersabar.

"Kita bersimpati dengan apa yang dialami oleh Guan Eng sekeluarga dan kita melihat inilah cara Umno melemparkan isu fitnah.

"Tindakan Umno menggunakan remaja yang berusia 16 tahun adalah cara yang amat jijik mengaibkan dan hanya melambangkan kepura-puraan pemimpin Umno yang mempersoalkan moral serta akhlak," jelasnya.

Anwar juga menyatakan PR mengutuk cara Umno dan meminta fitnah tersebut dihentikan segera.

"Nampaknya fitnah Umno sudah tidak ada batasnya sehinggakan mereka sanggup melempar fitnah kepada seorang tokoh malah melibat remaja yang masih muda.

"Kita berharap Guan Eng dan keluarga dapat bersabar menghadapi fitnah tersebut, kita ada keluarga dan anak menggunakan politik sedemikian adalah satu yang tidak masuk akal.

"Tindakan sedemikian hanyalah untuk memenuhi nafsu serakah politik yang memerintah," sambung Anwar lagi.

Sementara itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut menjelaskan isu fitnah sebenarnya sudah menjadi budaya Umno setiap kali pilihanraya.

"Kita memang selalu menjadi bahan Umno untuk mereka menyebar fitnah terutamanya untuk mereka meraih undi simpati.

"Setiap kali pilihan raya maka akan ada isu-isu terbaru sehinggakan mereka sanggup melanggar perlembagaan negara.

"Kita berharap politik kotor dalam Barisan Nasional (BN) biarlah berlegar dalam politik mereka sahaja dan jangan melibatkan rakyat diluar serta parti-parti politik yang lain," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Tambahnya lagi, ini adalah merupakan penyakit di dalam Umno yang tidak dapat diubat serta telah merosakan senario politik negara.

Dalam pada itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan ke atas blogger tersebut.

"Ini menggambarkan kerja kotor Umno yang tidak bermaruah dan saya ingin meminta pendirian Najib dan juga Muhyiddin terhadap blog tersebut serta tindakan yang akan diambil oleh mereka.

"Sikap sedemikian menunjukkan kedudukan politik Umno yang sangat rendah," jelas Kit Siang.

ADA SAPA2 BOLEH JAWAB!!! Siapakah Blogger yang bapanya INDON, emaknya INDON , dia pun beranak kat INDON

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIY_0dmDHUbl0RKZxNsBImdr3q2S-J0DlcKdrgddabQophRpg5YGdQd3Q75QKLsnRXxdxqTZema-Y_guyQ29hk01y1qDbw7JxIEyDVyCG3cA0NrrwiAIp4jBYDin21n01dvkyYBvaPzhZO/s200/diam.jpg
Sayalah Dr...............?

Penulis baru dapat maklumat dari kawan yang dulu belajar di universiti tentang seorang blogger Umno yang semakin kuat fitnahnya terhadap pemimpin PR.

Dulu ramai yang boleh bersabar bila membaca tulisan blogger Umno ini, tapi fitnah terbaru ni dah semakin melampau tak ingat dosa pahala.

Kawan penulis bagi tahu blogger ini belajar sama universiti dengannya, belajar sampai ke Kelantan. Tapi sejak bekerja dan bergiat dengan Umno, tulisan dalam blog dia seolah-olah dialah Malaysian tulen.

Sebenarnya Lim Guan Eng yang dia hina hari-hari lebih Malaysian dari blogger Umno ni, sebabnya LGE ayahnya rakyat Malaysia, emaknya rakyat Malaysia, lahir pun di Malaysia. Berbanding blogger Umno ni yang ayahnya Indon, emaknya Indon, lahir pun di Indonesia.

Mungkin blogger Umno nak buktikan dia Malaysian tulen maka dia sanggup fitnah pemimpin PR supaya pemimpin Umno tak selidik asal usulnya. Lebih banyak kisah peribadi blogger Umno ni yang sudah diketahui tapi penulis cuma dedahkan sedikit sahaja.

Penulis harap blogger Umno ni sedarlah diri sedikit, walaupun dah dapat warganegara janganlah melebih-lebih sampai sanggup fitnah dan bohong. Siapa blogger Umno itu ya? rasanya blogger ini akan mengaku sendiri.



ADMINFB

MALAYSIA UMNO YANG PUNYA !!! Pemuda UMNO berlagak samseng minta wang perlindungan


Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan. -FMT

Ulasan GB

Kita mahu lihat ketelusan dan keadilan Polis menjalankan siasatan dan tindakan ke atas Pemuda UMNO ini.

Yang aneh, sejak bila adanya kutipan "wang perlindungan" ini dan sejak bila pula Pemuda UMNO diberikan hak konsesi mmbuat kutipan berkenaan?

UMNO MELAMPAU!!!"Jika mahu menghancurkan saya, lakukan pada saya tetapi jangan libatkan anak-anak saya yang tidak berdosa"- Lim Guan Eng

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/encikzul/lim%20guan%20eng.jpgKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan bahawa anak lelakinya ditukar dari sekolahnya kerana dikatakan telah mencabul pelajar perempuan sekolah terbabit.

Lim berkata, beliau dan isterinya berang dengan tindakan pemilik blog pro Umno yang membuat tuduhan tersebut.

"Anak saya yang di tingkatan 4 dipindahkan ke Institut St Xavier di Pulau Pinang daripada SMK Cina Heng Ee kerana saya telah berjanji bahawa dia boleh berpindah ke sekolah pilihannya jika memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya, dia dipindahkan pada permulaan penggal sekolah tahun ini iaitu Januari lalu. Anak saya ingin ke sekolah tersebut kerana mahu berambut panjang yang tidak dibenarkan di Heng Ee," katanya.

Lim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadap anaknya itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

"Emosi anak saya sangat terganggu dengan penipuan itu. Dia juga tidak ke sekolah selama dua hari. Saya sedih kerana tidak dapat melindungnya.

"Jika anda mahu menghancurkan saya, lakukan apa saja pada saya tetapi jangan melibatkan anak-anak saya yang tidak berdosa," katanya.

JuRaGan : Melayu Umno sudah tiada maruah lagii..mereka akan menghalalkan cara walaupun bertentangan dengan agama,sebab mereka kini telah mengikut cara Yahudi Apco untuk menjatuhkan lawan dengan cara yang diLaknat Allah.

SAPA YANG KENA !!! Rakyat dapat RM 2.73 sehari , tapi terpaksa berhutang RM 15 000 kerana Bajet Hutang 2012

Rakyat Malaysia ikut bancian 2010 cuma ada 28.4 juta. Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion

Kadar Hutang negara di bawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini hampir melepasi had yang ditetapkan undang-undang


Maknanya bila lahir saja dia dah diwariskan dengan hutang sebanyak lebih RM15 ribu. Gila apa baru lahir ja dah kena dibebankan dengan hutang.

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan. BN telah memerintah negara lebih dari 5 dekad terus menerus dan tidak pernah kita mendengar pemimpin BN mengucapkan terima kasih kepada rakyat.

Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama 5 dekad sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja. Oleh kerana berkuasa terlalu lama secara terus menerus BN menyangka yang hak untuk berkuasa itu adalah hak mereka sahaja.

Bagaimana mereka yang telah dimandatkan untuk memerintah meminta rakyat berterima kasih sedangkan merekalah yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana telah diberikan mandat itu sebegitu lama kepada BN. Bagaimana mereka yang memberi itu mesti mengucapkan terima kasih kepada yang menerima? Selama ini BNlah penerima kuasa yang rakyat berikan dan BN jugalah yang tidak berterima kasih kerana tidak lagi menjaga pemberi mandat dengan jujur dan telus.

Dalam pilihanraya ini pemberi mandat itu adalah rakyat dan jika BN masih ingin berkuasa BN khususnya UMNO patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat bukannya mundar mandir minta rakyat yang berterima kasih kepada BN pula. Hakikatnya bukan BN yang memberi mandat kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyat yang akan memilih kepada siapa yang mandat itu hendak diberikan.

Oleh kerana sifat BN yang tidak berterima kasih kepada rakyat itulah yang menyebabkan UMNO dan BN semakin hari semakin lemah. UMNO sudah begitu tidak terurus kerana sokongan rakyat terhadap parti itu sudah berkurangan dengan begitu nyata sekali.

Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan ‘warlords’ dalam UMNO sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat. Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan ‘war lords’ tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, ‘war lords’ serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu. Rakyat. Merasa ‘fed-up’ mendengar pemimpin UMNO macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.

Sebaliknya mereka salah gunakan kepercayaan rakyat dengan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa dan seterusnya menyalahkan semua pihak yang lain kerana masalah keresahan yang dihadapi rakyat. Bagaimana rakyat hendak berterima kasih kerana sumbangan BN dalam menyusahkan rakyat?

Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula. UMNO patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara ‘one-off’ yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan. Rakyat sedar seribu ringgit bantuan ‘one-off’ itu hanya menambah pendapatan rakyat sebanyak RM 2.73 sen sehari dalam setahun itu. Kenaikan pedapatan sebanyak itu tidak akan menjayakan niat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebuah negara rakyat yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bila hendak bercakap itu elok berfikir dahulu. Rakyat tidak lagi pekak dan bisu seperti anggapan setengah pemimpin kita. Rakyat pun sudah ke sekolah sikit-sikit. Setakat hendak membahagikan RM1000 dengan 365 hari dalam setahun itu sudah boleh sekarang.

Untuk mendapatkan mandat rakyat hanya dibayar RM2.73 sen sehari sahaja bagi tahun 2012. Hebat kan? Untuk itu rakyat mesti berterima ksih kepada BN.

- Aspan Alias