Wednesday, November 2, 2011

ALIH ISU!!! Memang la anak perempuan Najib tidak ada, tapi Ro$mah ada dialah membelinya

Ini cerita alih isu, baru ni Shabery Cheek lepas tu Noh Omar . Selagi UMNO perintah selagi itulah tak mengaku sebab kuasa ada ditangan.

Hari ini Konsul besar kat Perth sanggup hantar surat nafi laporan akhbar Australia . Yang dinafikan anak perempuan Najib tidak ada. Alih isu la tu, nak tunjuk akhbar tu salah.

Isunya bukan anak perempuan Najib tapi mutiara yang dibeli Ro$mah untuk dirinya dan untuk anak perempuannya. Yang itu tak dinafikan Konsul besar.

Jika salah laporan akhbar Australia itu, saman la. Bising kat Malaysia tak jadi. Najib pun tak berani saman akhbar Perancis yang kaitkan dia dengan pembunuhan Altantuya, tambah Ro$mah lagi la tak berani....Admin


Konsul besar Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari dalam sepucuk surat kepada akhbar The New Straits Times pada hari Selasa, menafikan bahawa anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di sana sewaktu mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) baru-baru ini.

Hamidah menjawab artikel dalam akhbar The Western Australia baru-baru ini, bertajuk "Delegates go shopping, sightseeing"


(Perwakilan membeli-belah, bersiar-siar) yang mendakwa anak perempuan Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) di pusat membelibelah David Jones.



Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan perdana menteri bukan sebahagian daripada delegasi yang menghadiri CHOGM atau dia berada di Perth pada masa itu.

Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa anak perempuan perdana menteri membuat pembelian di sana adalah tidak benar.

NST juga memetik setiausaha politik Najib, Datuk Fatmi Che Salleh sebagai menafikan bahawa anak perempuan Najib berada di Perth.

"Setakat yang saya tahu, dia tidak pergi dengan perdana menteri. Oleh itu, jika dia tidak berada di sana, maka cerita itu adalah jelas tidak betul," Fatmi dipetik memberitahu pemberita di Kota Bharu semalam.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan selepas laporan akhbar The Western Australia dipetik oleh ahli politik pembangkang dan penulis blog.

KEBANGKITAN RAKYAT TAK BOLEH DIELAK !!!! PR bakal perintah Malaysia


Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan satu “kebangkitan Malaysia” pada pilihan raya umum ke-13 sambil dengan yakin memberitahu agensi berita Amerika Bloomberg, Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

“Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan,” kata beliau dalam satu temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.


Ketua Pembangkang itu yang kini berhadapan dengan kemungkinan sabitan kesalahan buat kali kedua dalam kerjaya politiknya merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai tanda sokongan besar kepada perikatan tersebut.


Kempen itu menarik ribuan hadirin di ibu negara di sebalik tindakan keras diambil pihak kerajaaan.


Pihak polis juga menahan lebih 1,500 orang ketika itu.


Susulan perhimpunan itu, kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa pembaharuan politik termasuk pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya awal Ogos lalu.


Sebulan kemudian, Najib mengumumkan pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain.


Tambah Anwar, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan ketika perhimpunan Bersih 2.0, meskipun beliau disabitkan kesalahan pembangkang akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini.


Sehubungan itu kata beliau, keputusan kes melibatkan dirinya merupakan satu rumusan yang “sudah pun pasti.”


Pemerintahan kerajaan BN lebih lima dekad, katanya, akan berakhir dalam pilihan raya umum ke-13.


Anwar memberitahu Bloomberg bahawa PR akan memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN, Johor dan Pahang, memperoleh balik majoriti di lima negeri yang ia menang pada 2008 selain mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.


“Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak.


Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini),” kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.

TAHNIAH PEMUDA AMK!!! Demo bantah hina Hudud di hadapan Wisma MCA


Sebuah NGO hari ini menyerahkan memorandum kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendesak beliau memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina hukum hudud.

Sehubungan itu, Sekretariat Jingga 13 memberi tempoh 48 jam untuk beliau berbuat demikian dan menarik balik kenyataannya yang dilaporkan mendakwa bahawa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakut-nakutkan pelabur.


"Sekiranya Dr Chua gagal berbuat demikian, maka Jingga 13 tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini mengadap Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Malaysia," memorandum itu dipetik.


Chua pada 29 Oktober lalu dilapor berkata hasrat PAS melaksanakan hudud akan memberi kesan besar terhadap pelaburan langsung asing dan kedatangan pelancong.

Beliau dilaporkan berkata, kecuali negara yang kaya dengan sumber asli, pelaksanaan hudud menyebabkan mereka terkebelakang.

Bercakap sebelum menyerahkan memorandum itu, ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "menghina Islam" kerana hukum hudud telah termaktub di dalam Al-Quran.

"Kenyataan Chua itu boleh menyebabkan suasana yang tidak senang kepada orang Islam dan (dikhuatiri) boleh menimbulkan ketegangan agama."Ini isu yang serius, bukan isu remeh-temeh... Kita tidak mahu budaya ini berterusan," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "satu dakyah palsu" dan presiden MCA tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan mempertikaikan hukum hudud.

"Hukum hudud khusus untuk orang Islam... Kita minta hentikan kenyataan (menghina) hukum hudud," katanya.Beliau juga berharap polis dapat membuat siasatan segera memandangkan mereka telah membuat aduan terhadap Chua beberapa hari lalu.

Kira-kira 20 anggota NGO itu dan beberapa pemimpin AMK hadir ke Wisma MCA di Jalan Ampang membantah kenyataan Chua.Mereka mengangkat beberapa plakad yang tertulis 'Jangan hina Islam" dan "Jangan Biadap' sambil melaung-laung beberapa kali "Chua Soi Lek Biadap" dan "MCA Biadap".

Kemudian, memorandum tersebut diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden, Gian Say Khoon di lobi wisma berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.Gian yang menerima memorandum tersebut berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Chua.Kira-kira lima anggota polis mengawal perhimpunan selama kira-kira sepuluh minit di hadapan bangunan itu.

HEBATNYA POLIS MALAYSIA !!! Mengadu dicabul 11 polis, tapi pengadu yang kena dakwa

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

NONENamun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.

Wong Bee Fong, 39, dikatakan menghalang tugas L/Kpl Mohd Faudzi Abdul Aziz di ibu pejabat Pasukan Gerakan Awam di Batu 9, Cheras, kira-kira jam 2.30 pagi pada 13 Ogos, 2004.

Beliau minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya.

Bee Fong didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga bulan penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut peguam, Keppy Wong (atas, kanan), beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 yang dibayar oleh majikannya.

"Apayang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Bee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeSelepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanya mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya.

DEMO MAHASISWA UPSI!!! 7000 kerja bagi kepada GSTT, mahasiswa UPSI ada ijazah perguruan disuruh 'cari kerja lain'

NONEHampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

NONEKenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

NONEPiket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

NONEAntara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

MAT REMPIT BOROI!!! Betui ka bukan UMNO yang anjur

Kalau bukan UMNO punya kerja , dah lama mat rempit ni dibelasah oleh polis. Cuba la perati layanan polis, siap mat rempit halang kenderaan lain boleh biaq lagi.

Ada la yang kena tangkap tapi syarat je tu. Tapi bila perati betul2 mat rempit semua pakai helmet sebab tak mahu tunjuk muka kot. Ya la mat rempit apa kalau perut boroi, mat rempet boroi kot bukan orang muda.

Lihatlah gambar Ketua Mat Rempit di atas, ada gaya ka mat rempit.....

Oleh:
anak_perelih

"Beberapa hari lepas, sekumpulan mat rempit telah mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan Pulau Pinang membina litar merempit dan mereka memakai Tshirt kuning yang bertulisan "LGE Rasis"...

Apabila ditunding bahawa demonstrasi mat rempit ini tajaan UMporNO, beberapa pemimpin UMporNO melenting menafikannya. Tetapi betul ke penafian bahawa UMporNO tidak terlibat menaja demonstrasi ini...??

Mengikut blog ini, 'mat mat rempit' ni tidak menanpilkan diri seperti mat rempit sebenarnya. Mereka lebih kepada pemuda UMporNO daripada mat rempit. Ada yang gendut lagi.

Selain dari itu, kita kena lihat juga siapa kepada mat rempit ini... yang namanya "Sabaruddin Ahmad". Apabila dibuat carian Google dengan ' "Sabaruddin Ahmad" + UMNO'.. maka salah satu keputusan carian menampilkan web site ini: http://umno-online.com/?p=22086 ...Rupa rupanya Sabarudin ketua mat rempit ini juga yang menganjurkan majlis pemulangan wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, yang didakwa wang dari perjudian yang akhirnya terbukti ianya satu fitnah. Seorang Paduka Ayahanda menjadi pengerusi NGO mat rempit???? (lawak apa ni???)

Rupa rupanya Sabarudin Rempit ini adalah front-man UMporNO didalam NGO orang muda di Pulau Pinang untuk mencetuskan kekacauan dan isu. Nampaknya dia dah ada 2 NGO yang dipengerusikannya.. atau adakah NGO ini yang tidak berdaftar dan haram seperti mana mereka mengharamkan Bersih 2.0 dahulu... Kenapa double standard dalam isu ini???

Sekarang ini nampaknya UMporNO telah menjadi pengecut, tidak berani kehadapan untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan hanya berani menggunakan NGO - NGO sebagai front line sahaja...

ni saya salin artikel dari http://umno-online.com/?p=22086 untuk anda baca sendiri dan nilaikannya...

60 Lagi Warga Emas Pulangkan ‘Wang Haram’

BALIK PULAU 8 Okt. – Seramai 60 lagi warga emas yang menerima wang ehsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri, hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana sumbernya diragui mereka.

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.

“Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.

“Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami,” katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.

Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua UMNO bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.

Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram,” katanya.

Sementara itu, Sabaruddin berkata pihaknya menganjurkan majlis berkenaan bagi memudahkan warga emas di sekitar Balik Pulau menyerahkan semula wang ehsan berkenaan.

“Majlis ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya atas permintaan warga emas yang mahu memulangkan semula wang haram itu dan Pewaris juga ingin mengingatkan Ketua Menteri agar lebih peka, prihatin dan menghormati prinsip-prinsip Islam memandangkan beliau kini menjadi pemerintah dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam,”katanya. – Bernama

PENDEDAHAN!!!! Jumlah elaun yang diterima blogger UMNO

Oleh: Tok Non

http://www.omaq.org/v3/wp-content/uploads/2010/09/duit.jpgTN tertarik dengan pendedahan seorang aktivis siber UMNO mengenai elaun yang diterima oleh mereka dalam mengendalikan blog atau laman sosial.

Ramai yang kata, hidup depa tak mewah tara mana pun. Bukan nak beli arak berjenama (maksud TN arak halal yang dijual di mana2 sekarang ni) nak beli Coca Cola pun tak mampu.. akhirnya pakat-pakat pekena ayaq ketum made in Naka.

Ada logiknya elaun besar tapi masih pokai, sebab duit tak berkat duit haram. Malang lagi kalau duit tu beri makan anak bini..


Berikut adalah senarai elaun diterima cyber trooper seperti dakwaan aktivis siber UMNO tu:


Det Guaq (blog Pelantaq Hujah) dibayar rm8000 sebulan.


Aloq Staq (Aloq Staq blog) dibayar rm5000 sebulan.


Aktivis UMNO Pekan Naka (FB dan sumber blog) dibayar rm6000 sebulan.


Pisau Kedah (Media Kedah) dibayar rm5000 sebulan.


Pak Teh (blog Pak Teh kata) dibayar rm4000 sebulan.


Kedah Times (blog Kedah Times) dibayar rm6000 sebulan.


Pemuda Melayu Kedah dibayar rm4000 sebulan.


Sungguhka (blog Sungguhka) rm3000 sebulan.


Malah McTheory (Kedah Ke KL & Media Kedah) sendiri di bayar rm7000 sebulan.

Kedah La

DUIT ZAKAT BURUKKAN PAS!!! Jawab la Jamil Khir

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.

Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau difahamkan, kandungan buku itu turut diulas dengan memburukkan Pas.

“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.

“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik umno,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ni.

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit,’

‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan Pas atas nama program Jakim,” kata Mahfuz yang turut mengedar salinan surat itu kepada media.

Jamil sebelum ini didakwa menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BELASAH DUIT RAKYAT LAGI!!! Projek lebuhraya RM 2 bilion naik RM 5 bilion

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/09/umno-dungu.jpg?w=211&h=300Pembinaan Lebuhraya Jabor, Kemaman, Terengganu yang termasuk dalam sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menimbulkan persoalan, apabila dikesan menelan kos amat tinggi sehingga melebihi RM2 bilion dari harga asal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menimbulkan persoalan itu berkata, kos asal pembinaan lebuhraya itu hanyalah RM3 bilion, tetapi kini telah menjadi RM5 bilion.


Menurut beliau, kejadian yang amat menyedihkan itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan betul.


Katanya, projek tersebut telah dibina sejak tahun 2007 dan dijangka siap tahun lalu, tetapi masih juga tidak siap hingga sekarang.


"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kejadian itu, menurut beliau, belum lagi diambil kira dengan persoalan tol yang nantinya pasti akan mencetuskan pula beberapa tanda tanya lain.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek tidak cerdik Umno BN yang membina jambatan di atas daratan.

Katanya, projek tersebut dibina di daerah Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta dan ternyata turut melibatkan kos amat tinggi sehingga melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri sendiri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, keniskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

"Nak naik gaji minima pun tak setuju. Peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat pun tak diberi dengan adil.

"Peruntukan kepada wakil-wakil rakyat atau ahli-ahli Parlimen pembangkang tak diberikan untuk membolehkan mereka mempergunakannya untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing. Jadi susahlah saya nak sokong cadangan itu," katanya.

Beliau amat sedih kerana dalam keadaan nasib rakyat tidak terbela pun, masih terdapat para pemimpin Umno BN yang tergamak "songlap" wang rakyat dengan pelbagai cara termasuk menerusi projek-projek yang dibuat oleh kerajaan.


Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/11/lagi-teknik-rahasia-hasilkan-uwang.html#ixzz1cY1PzEgV

POTONG SEBULAN GAJI NAJIB!!! Usul ditolak tapi panas

Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah Speaker Pandikar Tan Sri Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009.


Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti.



Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan.

Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba ‘mengarahkannya’ mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti ‘bodoh’.

Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit.

Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya.

Usul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan.