Saturday, December 3, 2011

KURAP UMNO!!! Menjadikan Malaysia negara bertambah korup

DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”. Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

azlan“Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?” soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri” kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.

husni eon bank function 120310 ahmad husniMenurut Lim, keengganan seorang “pakar ekonomi yang terpelajar” seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

KHURAFAT UMNO TAKUTKAN ORANG MELAYU!!! Sedangkan DAP hanya bertanding 47 kerusi, macam mana nak perintah Malaysia

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

NONE“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

azlanBeliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:

  • penang ferry and mapnegeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
  • dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
  • pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
  • berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
  • negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
  • lim guan eng and penangnegeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
  • negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
  • negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
  • mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
  • menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

PANAS!!! Mari tengok data penguasaan ekonomi orang Melayu kerana 'DAP' perintah negara selama 54 tahun


Inilah 54 tahun yang melayu dapat hasil pemerintahan umno.

Siapa yang rule malaysia selama 54 tahun neh? == umno.


Kaum apa? == melayu


Agama apa? == islam



Selepas 54 tahun neh bangsa apa yang makin merempat, terhakis hak2 mereka dan semakin tersepit? == orang melayu.

Agama apa yang semakin dibenci oleh bukan islam akibat amalan yang salah oleh pemerintahan negara? == islam

Jadi siapa yang menjadi mangsa selama 54 tahun neh? ==; orang islam + orang melayu.

Tapi siapa yang dipersalahkan dalam pwtc selama 5 hari neh? == PAS + PKR + DAP = PAKATAN RAKYAT.

Tapi yang pegang malaysia neh sapa? Sapaaa? Bukan pakatan rakyat. Mulut boleh berbicara apa sahaja. Boleh menipu macam2.

Tapi bila kita selidik fakta dan data akhirnya kita akan sedar siapa sebenarnya yang sedang dan telah menipu.

Boleh sahaja dia tipu manusia, tetapi dia tidak boleh tipu Allah swt. Tidak dulu. Tidak hari neh. Dan tidak akan sampai bila2.

Dipetik dari sini

TEMBELANG UMNO!!! Konon anti komunis tapi jemput komunis hadir persidangan UMNO

TENTU anda masih ingat bagaimana Timbalan Presiden Parti Islam se Malaysia, PAS diserang pagi petang siang dan malam hanya kerana sepotong ayat "Mat Indera hero sebenar...".

Media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin memutar belitkan cerita pagi petang siang malam kononnya Mat Sabu menyokong komunis.

Perkasa dan Umno pula membuat laporan Polis beramai-ramai untuk menghangatkan lagi cerita ini. Macam-macam jenis orang ditemubual untuk memburuk-burukkan Mat Sabu yang kononnya menyokong komunis.

Sifirnya mudah, isu kecil ini sengaja dijadikan isu nasional supaya orang kampung ayam itik lembu dan kambeng dapat diperbodohkan. Mereka mahu ayam itek lembu dan kambeng benci dengan Mat Sabu.

Tapi rupa-rupanya mereka buat perkara yang lebih dahsyat dari itu. Mereka siap jemput parti-parti komunis dari China dan Cuba ke Perhimpunan Agong Umno 2011 [Utusan].


Ini namanya kerja orang gila! Hanya kerana sebaris ayat "Mat Indera hero sebenar...", beratus-ratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Dalam hal ini, kenapa Umno dan Perkasa tak report polis?

ReJaM© "Ini namanya muncung berkokok, ekor bergelumang tahi..."

MALAYSIA TAK SIASAT!! Tapi England, Switzerland, dan Jerman sedang siasat Taib Mahmud

SEBUAH portal berita berpengaruh Kanada, Global News melaporkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud kini sedang disiasat oleh tiga negara, England, Switzerland dan Jerman.

Taib Mahmud disiasat berhubung dakwaan mengaut keuntungan daripada hasil pembalakan, mengakibatkan penyusutan teruk hutan-hutan di Sarawak yang dikatakan sebagai antara hutan hujan terpenting di dunia [Global News].


Portal berkenaan turut mendakwa bahawa hasil balak tersebut turut mengalir ke Kanada melalui anak perempuan Taib, Jamilah yang tinggal di negara tersebut.

Jamilah merupakan boss sebuah syarikat hartanah, Sakto yang membina empayar jutaan dollar di Ottawa, Kanada. Pihak berkuasa Kanada turut dihubungi agar menyiasat syarikat tersebut oleh sekumpulan aktivis Kanada.

Orang Iban di Sarawak masih ramai yang tak dapat elektrik dan bekalan air. Anak menteri bermewah-mewahan di Kanada "bantai" hasil balak Negeri Sarawak.

ReJaM© "Balak Sarawak sudah jadi harta Taib Mahmud dan keluarga..."


PAPA GOMO KANTOI!!!Rupanya banjir angkara peninggalan kerajaan BN




Inilah bangangnya blogger PAPA GOMO yang sememangnya terkenal dengan FITNAH tak berasas sejak dulu lagi.. BANJIR punya hal pun nak dipolitikkan, malah tanpa usul periksa main bedal je ikut sukahati kepala hotak dia... Projek pasir mana lagi?

Sebelum 2008 lebih dari 15 projek pasir HARAM sekitar bandar kajang wujud, dan setelah PKR mengambil alih DUN Kajang, kesemuanya telah ditutup kerana melanggar undang undang. Yang ada projek pasir itupun ala cinonet kecik punya hanyalah di Dusun Tua dan Semenyih.

Diakui ada yang memang ada permit, tak kurang juga yang HARAM! Eheeemm eeehheeeemm.. setahu aku DUN tu dibawah UMNO.. keh keh keeeeeeehh!!!



Gambar ini menunjukkan salah satu punca mengapa Bandar Kajang dilanda banjir. Gambar ini bukan diambil tadi, tapi adalah dari fail MPKj yang diambil 6 bulan lepas dan dibentangkan dalam mesyuarat MPKj.

Gambar ini adalah tinggalan bekas kawasan penanaman getah yg telah diceroboh dan ditinggalkan.

Mengikut rekod MPKj, kaw ini tempat pembalakan dan pengorekan pasir HARAM yang kantoi setelah Kerajaan Negeri menyita kawasan ini dari penceroboh.

Banjir yang berlaku adalah dari punca Sungai Jelok yang mengalir merentasi tengah tengah Bandar Kajang. Projek sekitar sana siapa developernya dan sejak bila dibangunkan?

Selepas pemerintahan Pakatan Rakyat ke? Otak ada lain laki PAKAI laaaaaaaaaaaaaaa!!! BODOH!!!

PAPA GOMO, ko tak tahu apa apa pasal ni baik ko diam.. Dari ko merapu, baik ko tanya YDP MPKj (penjilat UMNO) tu, dimanakah dia semasa rakyat kajang 'berenang' meredah banjir...

Apakah tindakan dia lakukan, dimanakah arahan Task Force MPKj bersama agensi agensi kerajaan hingga mendesak Ahli Ahli Majlis turun meredah banjir bersama rakyat tanpa apa bantuan yang sewajarnya.

Malah hingga time ni, MPKj masih belum mengira kerugian yang dialami, sedangkan pihak Pejabat ADUN telah dapat jumlah kiraan kerugian kasar yang dialami rakyat yang terlibat.




Perlukah aku nyatakan satu per satu semuanya? Tak perlu.. kalau ko nak kepastian, ko kene cari sendiri FAKTA bukan AUTA.. ERAPASCA

TAK BOLEH HARAP BN!!! Kerajaan Selangor sedia heret keluarga Shahrizat ke Mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjswytdomYVJDg8XMs5hDhyphenhyphenkVNXMlOUt8PhX5MkCWcL_XC6Hh72FdIYp-L5HtPEhVXVkaTKY2DEjOu20GGegtNqMPsX7g93mAh3sETjmcBa6lKoP-qUNM1TMlvh9EkGSShdav_A1ujzGIYg/s400/Sharizat+tunjuk+garang+2.JPG

Kerajaan Selangor bersedia memperuntukkan sedikit dana untuk menggunakan khidmat pakar penyiasatan daripada negara luar seperti Britain dan Eropah bagi membawa kes projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke mahkamah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia adalah pendekatan yang sering digunapakai negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.


Jelasnya, walaupun ia adalah pendekatan yang belum pernah digunakan di negara ini, namun beliau yakin kaedah itu akan membantu menyelesaikan perkara berkenaan.


"Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis."


"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia."


Terdahulu, ketua Audit Negara mendedahkan bahawa projek fidlot tersebut dalam keadaan kucar kacir dan tidak menepati sasaran ekoran tiada kepakaran pengurusan.


Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada keluarganya.


Tidak cukup dengan itu, beberapa pendedahan berhubung salahguna kuasa dan urus tadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pembelian dua buah kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi turut didedah.


Namun, kepimpinan Umno dan sayap Wanitanya bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

TU DIA!!! UMNO pun nak buat bai'ah tiru PAS

Kalu Ketua Bahagian Umno dah lama bertapak dan dah banyak habis duit mau ka dia bagi orang lain jadi calon pilihanraya ?

Jangan sembang la bro..banyak kes makan kawan dah berlaku dalam Umno.

Ada ke orang nak sokong cadangan sorang perwakilan ni..

Kan dah cantas mencantas tuu menjadi ‘budaya’ dalam Umno..

Ha..itu laa hari tuu bukan main lagi memperolok olokan Pas mengenai baia’h..sekarang dah nak tiru Pas..hahaha

Hangpa baca laa apa yang sorang perwakilan tuu duk buat lawak mengenai perjuangan berlandaskan al Quran dan al Sunnah...hahahaha

Halang Hudud dan guna APCO pun kira ikut sunnah jugak kot…hahaha

Tibai Royalti Kelantan pun kira ikut Sunnah ka?

Bang…ajak anak bini tutup aurat bagi elok dulu laa baru kita sembang bab ikut Sunnah..OK !PKB

Perwakilan dicadang sumpah bai’ah tak sabotaj calon..mKini

Dakwaan sumpah Bai’ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai’ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh ‘pengkhianat’ dalam pilihan raya umum.

Bahkan, katanya, bai’ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

“Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai’ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.

“Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju,” katanya.

Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: “Setuju”.

“Pembangkang membuat bai’ah juga,” tambahnya.

Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.

TABIAT UMNO!!! Masa persidangan cerca maki PR, lepas persidangan jahanamkan agenda Melayu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSMtW5p3H_-zazR18NzZ0HRtM3SSbzx00L-kVbxRpGOexeqC6GMvlcyOoUsJVCGWUc9HkiIoeaYpg2jGjdgtV2IeuIpNtY2hrRqgMshb05FBRSQN_vdRBJbl8HstjEjoCgwApDyoLHhCta/s400/umno-jual-rakyat.jpgSEREMBAN: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.

Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain.

“Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR.

“Banding sahaja tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dengan 54 tahun pemerintahan Umno-BN. Ternyata momentum dan dasar keprihatinan rakyat oleh Pakatan begitu cepat melonjak dan konsisten,” kata Mohd Nazree kepada FMT hari ini.

Mohd Nazree yang juga merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan berkata Formula “6 Jahanam” Pemuda Umno nampaknya tidak menjawab cabaran AMK apakah Umno-BN berani meminda Perlembagaan agar Perdana Menteri itu dipilih daripada orang Melayu sahaja.

“Ini sekadar cabaran AMK kepada Umno kerana Umno sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa Perdana Menteri perlu Melayu, apakah jawapan mereka?

“Sah….. cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda Umno. PKR adalah parti berbilang kaum. Kita mendukung semangat integrasi dengan baik dan tidak cauvanis seperti Umno dan rakan sekutu,” ujar beliau.

Lalu Mohd Nazree melontar lapan persoalan untuk dijawab dan didebat oleh Khairy nanti:

1. Siapakah yang menjahanamkan negara dengan rasuah selama 54 tahun?

2. Siapakah yang membenarkan Singapura keluar dari Malaysia?

3. Siapakah yang menyerahkan tanah di Genting Highlands selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong dan menukar hutan menjadi lubuk judi?

4. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan RM50 bilion saham Bumiputera sejak Merdeka?

5. Siapakah yang menyusutkan keluasan Tanah Rezab Melayu hampir 50% sejak Merdeka?

6. Siapakah yang menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura?

7. Siapakah yang mengagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan ketirisan berbilion ringgit?

8. Siapakah yang melepaskan telaga minyak yang bernilai puluhan bilion ringgit kepada Brunei?


—Free Malaysia Today

UMNO JIJIK!!! Serang DAP untuk alih perhatian dari isu Rasuah

Nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.

Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.

Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.

Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan UMNO.

Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan "tweet"nya yang berbunyi:

"Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada", yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO.

Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi BERSIH S.Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang Menteri Persekutuan.

Soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa?

Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.

DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh.

Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.

Saya menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO.

Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib PR dan juga DAP berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukan berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

LIABILITI UMNO!!! Sekali lagi Bung desak Shahrizat letak jawatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtn9aGIKNmcr4LFazS8C1Ycd7STJC5psK7LTnke7K8QuVLP5je1qfZ1ZAIYuuzlfQzO4Uzunui0tAwVr99V58zh89wcfn8K1ZTXmGWC5reV3MbPbsIyVqculSWZ5egN1ku3hWG7ar-8f6g/s320/bung_shahrizat.jpgKUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.


Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”


“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.

Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.

“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.

“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.

- TMI