Wednesday, December 14, 2011

PERANGAI BLOGGER UMNO!!! Masa fitnah berlagak suruh saman, bila disaman kecut tak mengaku blog sendiri

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

12hb. & 13hb lepas di Mahkamah Kota Bharu, berlangsung perbicaraan sambungan kes Dato' Haji Husam Musa saman Blogger RBF (Ruang Bicara Faisal) atau nama sebenarnya Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi (Al-Fatihah kepada Allahyarham ayah beliau yang telah kembali ke Rahmatullah dalam penerbangannya pulang ke Tanahair dari India tidak lama dulu).


Gua tak nak ulas perbicaraan pada 12hb. sebab tak ada isu disitu. Gua cuma nak ulas perbicaraan pada 13hb sebab ada berita Portal dan Blog-blog pro UMNO/BN buat laporan tak tepat dan menyeleweng fakta.


Puak-puak bingai ni, kes dalam mahkamah pun di nak pusing jugak. Dilapor dalam Portal Media pro UMNO/BN begini:
“Husam Dayus”

KOTA BHARU – Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan.


Mohd. Faisal berkata, beliau sepatutnya memberikan keterangan sebagai saksi pertama defendan hari ini bagaimanapun secara tiba-tiba Husam mengambil keputusan untuk menukar peguamnya.


“Semalam penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog ruangbiacarafaisal.


“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah.


“Semalam semasa memberi keterangan Husam bukan main ‘gedebe’ kata saya dayus dan pengecut tetapi hari ini bila tiba giliran saya beri keterangan hari ini dia mohon untuk tukar peguam maknanya Husam tidak percaya pada peguamnya,” katanya kepada detiperubahan.com di sini hari ini.
Muhammad Faisal bin Rohban ketika keluar dari bilik Mahkamah pada perbicaraan hari pertama (12hb. Disember, 2011)
Pada prosiding kes saman tersebut, Husam telah meminta mahkamah supaya kes tersebut ditangguhkan kerana beliau akan melantik peguam baru bagi menggantikan peguam sedia ada.

Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.


Rencana tersebut bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”


Bagaimanapun sejak perbicaraan tersebut berlangsung, mahkamah belum memutuskan sama ada Mohd. Faisal pemilik atau individu yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.


Mohd. Faisal berkata, lebih menghairankan tindakan Husam menukar peguam tersebut tidak disertakan dengan alasan yang kukuh.


“Semasa memberi keterangan bukan main berlagak kata saya ini dayus tetapi bila giliran saya nak beri keterangan sebagai saksi defendan pertama dia hendak tukar peguam sebab dia sudah malukan saya dalam mahkamah,” katanya.


Mahkamah menetapkan pada 7 dan 8 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut.
Baik... Ulasan gua.

Perkara pertama berkenaan dengan status Peguam Dato' Haji Husam Musa dalam kes samannya terhadap pengendali blog
rbf online iaitu Muhammad Faisal bin Rohban. Dalam kes berkenaan, Pendakwa (Husam) menggunakan khidmat 2 orang peguam iaitu Hisham Fauzi dan juga Zainal Abidin.

Tak timbul isu "Husam mohon untuk menukar peguam" semasa perbicaraan berlangsung seperti yang dilapor portal pro UMNO/BN tersebut.


Dalam perbicaraan tersebut juga, pihak Pendakwa tidak ada dan tidak pernah memohon untuk menukar peguam, jauh sekali membuat permohonan untuk menangguhkan kes.


Sepatutnya dalam perbicaraan pada pagi 13hb. tersebut Muhammah Faisal bin Rohban sepatutnya memberi keterangan membela diri didalam kandang perbicaraan dan sessi soal-jawab bagi pihak pendakwa sepatutnya diteruskan oleh Peguam ke-2 Pendakwa (Zainal Abidin) tetapi Peguam ke-2 pendakwa tidak dapat hadir kerana mengendalikan kes lain.


Namun, pihak pendakwa tetap mahu meneruskan sessi berkenaan dan pihak Pendakwa telah memohon untuk meneruskan perbicaraan (memberi keterangan membela diri) dan Peguam Pendakwa 1, Hisham Fauzi memohon untuk mengambil alih tugasan Peguam Ke-2 Pendakwa didalam sessi Muhammah Faisal bin Rohban memberi keterangan.


Perbincangan kecil telah dibuat diantara Peguam Pertama Pendakwa dengan Peguam Pembela Muhammad Faisal bin Rohban dan dalam perbincangan tersebut Peguam Pembela Muhammad Faisal bin Rohban telah meminta supaya sessi tersebut (Muhammad Faisal bin Rohban memberi keterangan membela diri) ditangguhkan.


Sebenarnya yang mintak tangguh bukan Pihak Pendakwa, sebaliknya yang mintak tangguh ialah pihak Pembela atau pihak Muhammad Faisal bin Rohban sendiri.


Gua nak sebut jugak disini bahawa yang Dayus pada mata gua bukan pihak Pendakwa sebab pada gua, bila Husam saman Blogger berkenaan, Husam Anak Jantan.


Blogger yang dikatakan "Anak Jantan" tu pulak sebenarnya Dayus, tak padan dengan badan besar macam gerabak keretapi. Masa terima writ saman pun dah nampak penakutnya. Tukang hantar surat saman cuma sorang, badan sama besar dengan badan gua je, Blogger "Anak Jantan" pulak dengan badan besar terpaksa call kawan-kawan dan Pihak Polis untuk "Back-up" masa terima writ saman.


Lepas tu pulak tak pasal-pasal pergi padam Artikel-Artikel berkaitan dalam blog sendiri lepas terima writ saman. kalau "Anak Jantan", buat apa nak padam Artikel-Artikel berkenaan dalam blog..? Biar je lah terpapar dekat situ sebab lu kan "Anak Jantan".


Apa kelas "Anak Jantan" melalak dalam blog lepas tu padam balik Artikel..? Masuk dalam mahkamah mengaku pulak "itu bukan blog saya".


Dalam perbicaraan berkenaan jugak, selepas Peguam Pendakwa dan Peguam Pembela berunding, "Anak Jantan" yang cakap "Husam Dayus" ni jugaklah yang sebenarnya mohon untuk tunda kes dengan alasan "Anak Jantan nak bawak Mama ke Mekah bulan Februari nanti" padahal pihak Pendakwa secara jelas memohon dalam Mahkamah supaya perbicaraan seterusnya dipercepatkan dan mahu kes tersebut selesai selewat-lewatnya pada bulan Februari.


Muhammad Faisal bin Rohban di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas perbicaraan hari ke-2 (13hb.Disember, 2011)
Shame on you rbf. Badan besar tak semesti telurnya juga besar. Blogger-blogger pro UMNO/BN yang copy & paste laporan dari Detik Perubahan pada gua IQ tahap Lembu FIDLOT je... Nampak hebat sebab tinggal dekat kondo dan pakai kereta merc, tapi Lembu tetap Lembu.Perisik Rakyat

MINTA NYAWA!!! Najib merayu pada orang Cina untuk undi tapi masa himpunan UMNO, rasis bagai nak gila



Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008, berdasarkan laporan tersebut Najib meminta kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak membantu mereka.

Apabila berada di dalam Perhimpunan Agung UMNO, ucapan Najib hanyalah berkisar tentang Melayu, Melayu dan Melayu sahaja seolah-olah tiada kaum lain didalam Malaysia ini apa yang penting baginya ialah Ketuanan Melayu tetapi apabila berada di dalam kelompok masyarakat Cina pula.. Najib terpaksa merayu.. merayu untuk mengekalkan kuasa.

Agenda 1Malaysia yang dibawanya kelihatan sudah mampus dalam Perhimpunan Agung UMNO itu, kini beliau cuba mahu menghidupkannya semula dalam pertemuan dengan masyarakat Tao.ASD

*******************************************

Najib: BN bantu kaum Cina, kaum Cina ‘kena sokong kerajaan’

KLANG, Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat khususnya kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak mereka.

Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Berucap pada jamuan makan malam Perpaduan Agama Tao Selangor di Pandamaran di sini malam tadi, Najib (gambar) yang juga Pengerusi BN berkata peluang perniagaan untuk masyarakat Cina tidak pernah disekat dan ini dapat dilihat daripada penguasaan mereka terhadap sebahagian besar perniagaan dalam negara.

“Mereka berjaya kerana kita amalkan dasar ekonomi yang bebas. Kita jamin keamanan dalam negara dan kestabilan dalam negara.

“Kita berlaku adil kepada semua kaum. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita. Tidak ada orang Cina yang boleh kata mereka kaya tanpa pertolongan kerajaan,” katanya dipetik Bernama Online.

Kata beliau, selain kaum lain, kerajaan juga memberikan penukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula kepada kaum Cina untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.

“Oleh itu, rakyat haruslah sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, berbilang agama supaya memberi penekanan kepada titik persamaan dalam nilai agama masing-masing demi membina Malaysia yang lebih bersatu padu.

Beliau berkata walaupun setiap agama berbeza dalam mengajar perkara yang baik tetapi nilainya tetap bersandar kepada nilai-nilai universal seperti bersopan, menghormati orang tua, amanah dan rajin bekerja.

“Kalau kita boleh menekankan nilai-nilai bersama, maka kita ada titik persamaan antara sesama kita. Kita boleh memupuk warganegara yang baik tak kira sama ada Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Tao... yang penting warganegara yang baik yang sayang pada negara, setia pada negara hormat undang-undang dan kaum agama yang lain,” katanya.

Najib menambah, pengasas Malaysia yang diketuai Tunku Abdul Rahman mempunyai pandangan jauh untuk mentadbir negara yang kompleks seperti Malaysia.

“Justeru, rakyat dan pemimpin-pemimpin perlu mempunyai sikap bertolak ansur. Kalau kita nak semua yang kita tuntut, pastilah kita akan berbalah atau bergaduh antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, katanya rakyat Malaysia juga mempunyai sikap saling menghormati antara satu sama lain terhadap aspek agama dan budaya seperti yang ditampilkan oleh penganjur majlis itu, Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Selangor, yang menyediakan makanan halal untuk jemputan Islam.

“Saya datang malam ini bersama MIC, MCA, PPP, Gerakan kerana kita menghormati agama Tao sebab itu kami ada bersama-sama dalam majlis ini,” katanya sambil berterima kasih dengan sambutan yang diterima pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 15,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama.

Najib juga berkata Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan berteraskan dasar-dasar inklusif terutamanya dalam pembasmian kemiskinan yang tidak mengira kaum dalam menghulurkan bantuan.

“Bila kerajaan beri (bantuan sekolah) RM100, kita beri kepada setiap pelajar tidak kira sama ada Sekolah Kebangsaan, Cina, Tamil dan Sekolah Agama dan dalam sedikit masa lagi kita beri (bantuan rakyat 1 Malaysia) RM500 pula kepada mereka berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 (sebulan),” katanya.

Menurutnya kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk menjamin Malaysia maju ke hadapan sebagai negara berpendapatan tinggi termasuk mengurangkan kerenah birokrasi.


The Malaysian Insider

PUKULAN MAUT BUAT UMNO!!! Blogger UMNO secara terbuka isytihar diri sertai PAS


Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

(HH dan AA bergabung kekuatan mewujudkan Blog Kedah Kita... siap BN Kedah lepas ni kena londeh sampai tinggai tel**)


http://lynx.my/blogger-umno-sertai-pas

FITNAH GUAN ENG!!! Utusan kena RM 225,000 , namun tak akan serik untuk terus fitnah

Guan Eng menang saman fitnah ke atas Utusan

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

NONESehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk GV Varughese semasa penghakimannya menggariskan tujuh para yang Utusan dikatakan telah memfitnah Lim.

Beliau juga sempat memberi ucapan ringkas mengenai "kewartawanan bertanggungjawab” dan mengingatkan pemberita supaya melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan mengesahkan kenyataan yang diterima jika tidak mahu dikenakan dakwaan memfitnah.

Pada sidang media di luar mahkamah, Lim berkata Utusan memang mahu memfitnah dirinya dan DAP.

Katanya, akhbar milik Umno itu mempersalahkan dirinya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

"Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,” kata Lim.

"Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.”

PAS GANTI UMNO!!! Ahli UMNO sertai PAS mencurah-curah di Terengganu

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Umno di Terengganu diakui berada dalam keadaan semakin lemah sekarang oleh ahli-ahli parti itu sendiri, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu.

Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, perbezaan sikap dan tindakan para pemimpin Umno BN dan PAS dapat dinilai sendiri oleh rakyat Terengganu hasil dari pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1989 lalu, walaupun hanya untuk tempoh sepenggal.

Menurutnya, sepanjang PAS memerintah, seluruh rakyat Terengganu sendiri dapat merasakan betapa mudahnya urusan antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk berkaitan pengurniaan tanah kepada rakyat.


Katanya, selain itu, rakyat Terengganu sendiri mengetahui sejak PAS memerintah tidak lagi dikenakan cukai pintu di kawasan-kawasan perbandaran, di samping tidak mengalami kesukaran dari segi karenah birokrasi.

"Sepanjang PAS memerintah, rakyat Terengganu juga tahu tidak terdapat penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah di kalangan para pemimpin PAS sehingga tak ada seorang pun pemimpin PAS yang boleh diheret ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

Mereka turut mengakui tindakan mereka itu pasti memberi tamparan hebat kepada Umno Dun Teluk Pasu khususnya dan Umno Kuala Nerus serta negeri amnya, lantaran kekecewaan ahli-ahli parti itu sendiri terhadap para pemimpin mereka.

Antara contoh yang diberikan oleh kedua-dua mereka berhubung perkara itu termasuklah hal-hal yang berkaitan projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut yang jelas terdapat unsur salahguna kuasa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat; Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Menurut Salahuddin, kemasukan 80 orang ahli Umno ke dalam PAS itu sememangnya mencipta sejarah yang amat membanggakan PAS, memandangkan sebelum ini amat jarang ahli-ahli parti itu di Terengganu menyertai PAS secara serentak sebanyak itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin tindakan 80 bekas ahli Umno itu merupakan sebahagian dari lambang kebangkitan golongan muda untuk bersama-sama melakukan perubahan politik di negeri itu.

"Banyak faktor yang dilihat oleh ahli-ahli Umno sendiri dan genarasi muda sekarang yang mendorong mereka menyertai PAS. Antaranya termasuklah perpaduan utuh di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri berbanding Umno BN, sehingga tidak berlaku kem-kem dalam PAS.

"Keadaan itu berbeza dengan Umno khususnya di Terengganu sehingga berlakunya kem Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh ekoran perebutan jawatan dan kuasa, sehingga akhirnya rakyat sendiri yang mengakui mereka terabai," katanya.

Beliau berharap agar penyertaan 80 orang bekas ahli Umno itu ke dalam PAS akan dijadikan titik renungan oleh ahli-ahli Umno BN lain di Terengganu untuk bersama-sama berhijrah ke dalam PAS.

Tindakan itu, tegasnya, amat penting untuk membolehkan PAS merampas Terengganu dari Umno BN pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan PAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik terhadap rakyat seperti yang diharapkan oleh orang ramai sendiri.

JAWAPAN KEPADA UMNO RASIS!!! Orang Islam lebih ramai dari Kristian dalam parti DAP

SHAH ALAM, 14 Dis: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor.

"Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu.

"Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor.

Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini.

Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian.

Teresa pula selalu dituduh cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam di negara ini.

Menjawab persoalan ini, Teresa berkata, ini adalah tuduhan melulu yang tidak berasas sama sekali.

"Dalam keluarga saya, hanya saya dan ibu saya sahaja Kristian. Bapa dan adik-adik saya Budhist.

"Kalau saya nak usaha tarik masuk Kristian, misalnya untuk menarik YB Dr Rani, baik saya ajak ayah dan adik saya masuk Kristian dulu," katanya.

Ketika ditanya penyataan beberapa bekas pendakwah Kristian yang mengatakan ada orang Kristian yang cuba mendakwah orang Islam, Teresa berkata, beliau tidak menafikan perkara itu.

"Memang ada tetapi terlalu kecil bilangannya. Orang Kristian, tidak ramai yang gigih untuk menyebarkan agama. Mereka lebih anggap, agama adalah hubungan antara dia dengan Tuhan sahaja," kata Teresa.

Bagi Teresa, isu ini hanya menjadi isu selepas pilihan raya umum 2008 dan bersifat agenda politik untuk melawan Pakatan Rakyat.

ISU NFC !!! Muhyiddin, Mustapa , Noh Omar terbabit ?

SHAH ALAM, 14 Dis: NGO Jingga 13 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga menteri yang didakwa mempunyai kaitan dalam skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Berkata kepada media di lobi Pejabat SPRM Shah Alam hari ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa memberitahu ketiga-tiga menteri terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana Noh merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika ini manakala Muhyiddin dan Mustapa adalah bekas menteri di kementerian tersebut sebelum ini yang didakwa ada kaitan dengan kelulusan pemberian dana RM250 juta kepada syarikat NFC yang dimiliki suami kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

"Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil terhadap ketiga-tiga menteri yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut iaitu sebanyak RM250 juta," jelas Fariz selepas menyerahkan memoranduk kepada suruhanjaya itu.

Sebelum ini siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merumuskan 'ada yang tidak kena' dengan projek berkaitan penternakan lembu yang bernilai RM250 juta itu.

"SPRM perlu siasat kerana Muhyiddin memegang jawatan tersebut dari 2004 hingga 2008, Mustafa dari 2008 hingga 2009 dan Noh dari 2009 sehingga sekarang.

"Kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009," kata seorang lagi koordinatornya Afzainizam Abd Rahman.

Tambah Afzainizam lagi, tindakan yang dilakukan oleh kementerian terbabit adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akaun khas NFC sebelum perjanjian dibuat seperti mana prosedur dan peraturan kewangan.

Dalam pada itu mereka juga mahu tahu siapa sebenarnya yang mengetuai mesyuarat Jawatankuasa Impak Tinggi yang didakwa dipengerusikan oleh Perdana Menteri sewaktu meluluskan pemberian dana RM250 juta itu pada tahun 2008.

Ia kerana pada waktu itu sedang berlaku peralihan kuasa antara Tuan Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum itu skandal NFC telah menyebabkan Umno tidak senang duduk sehingga beberapa pemimpin mereka mendesak Shahrizat melepas jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

KERANA UMNO!! Wang Rakyat Kedah dibazirkan, hilang begitu sahaja selama 28 tahun

KEDAH: Plaza terbengkalai 28 tahun dimaju semula,

projek hasil peninggalan menteri besar umno osman aroff

ALOR SETAR: Selepas 28 tahun terbengkalai, Plaza Tunku Yaakob di Lebuh Raya Darulaman di sini akan dibangunkan semula dengan pelan pembinaan strategik untuk menjadikannya pusat komersial terulung di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata pembangunan akan dibahagi kepada dua fasa untuk menempatkan pelbagai kemudahan dan ruang niaga bertaraf antarabangsa sekali gus menaikkan imej bandar raya itu di mata dunia.

"Ia akan menempatkan pusat membeli belah, ruang pejabat dan hotel bertaraf lima bintang yang bakal memangkin ekonomi Kedah dan tempoh pembinaannya mengambil masa tiga tahun.

"projek ini akan memberi peluang kepada peniaga kecil Bumiputera dan tempatan yang ingin menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, termasuk medan selera di kompleks ini.

“Ia akan membantu menggalak dan merancakkan aktiviti ekonomi yang akan memberi pulangan kepada kerajaan Kedah," katanya pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama Projek Pembangunan Semula Plaza Tunku Yaakob antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Bellview Group Sdn Bhd di sini, semalam.
wajah bangunan tengku yaacop yg di rancang oleh kepimpinan umno kedah zaman menteri besar osman aroff

sewaktu dalm pembinaan siap 70% pembinaan ..tetapi pembinaan terhenti sehingga kini th 2011.

banggunan yg hampir siap 80%.terhenti sehingga kini,megapa..??? mungkin ianya terhenti di sebab kan kerisis MB osaman Arooff yg sewaktu itu dalam delima dalam percaturan cantas mencatas dalam pemilihan menteri besar ..?? atau pergolakan umno kedah yg semakin meruncing dan peralihan kuasa Mb kedah..??maka projek yg di bina dulu tak menberi apa-apa sumber kepada pucuk pimpinan yg di ganti...?/itulah umno dulu kini dan selamanya...??

bangunan tengku yaacok yg ada berdiri megah di tengah-tengah bandaraya alor setar tunggu hari nak menyembah bumi...??projek yg menelan belanja jutaan ringgit ini menjadi usang tidak boleh di guna pakai lagi ...
projek pembaziran wang dana rakyat kedah hilang begitu sahaja....inilah lambang kesombongan pemimpin-pemimpin umno dulu kini dan selamanya.....


surau yg terletak bersebelahan banggunan tengku yaacop sedang inilah yg dimainkan isu oleh umno kedah ,utk menberi gambaran buruk kepada kerajaan pas kedah, banggunan tengku yaacop bernilai jutaan ringgit tidak lansung di ambik peduli oleh penyokong2 umno walau ia merugikan dana rakyat jutaan ringgit,tetapi surau yg lama di ganti dengan surau yg lebih cangih menjadi isu kebodohan mereka sendiri...?? megapa..sebab isu surau mereka mengangap sebagai isu umat islam nak marah.....???



pemimpin umno dan penyokong mereka sedang meludah air liur kelangit,air liur itu sedang gugur terkena ke muka mereka sendiri......ingatlah Allah itu maha mengetahui keburukan yg telah umno lakukan kepada rakyat kedah,saban hari umno kedah hilang haluan hala tuju...???

http://www.kedahkita.com/2011/12/projek-28th-hasil-peninggalan-mb-osman.html

UMNO HARU!!! BN akan terus gigit jari di Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Iy3rSPqVCGBAtnooYr5_-HCgRb97isxpilZv2vXEhVWyrQi4X7kZwVlVUW0BjQRci0u_XBNIVr2qVqq1lnPjIOYIXo5k2TKcPP0qm4gJ-JLVh4z8H_kL6Qb1KXiUbHVd1Ih3kMe4oMjy/s1600/1malaysiarakyatdidahulukanpencapaia.JPGWATAN BERCINTA

Insya Allah BN akan gagal menawan Kedah malahan dijangka kalah lebih teruk kali ini.

Punca kegagalan BN di Kedah dalam pilihanraya umum ke-13 nanti mengikut pandangan/pendapat sebahagian besar pengundi di KEDAH adalah disebabkan faktor berikut: (faktor-faktor ini tidaklah mengikut keutamaan)


1) Dato' Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan memberi 'kelebihan' kepada PR, maklumlah rakyat Kedah hari ni makin berpelajaran tinggi, tahap pengajian pun depa buat perbandingan


2) Pengundi BN khususnya UMNO dah menyampah nak mengundi calon parti sendiri


3) Sedikit sebanyak apa yang Rosmah buat (bermewah2) rakyat Kedah semakin meluat


4) Pengundi di Kedah dah cemuih dengan ghebang deras dan kelaku menyombong puak2 UMNO


5) Pengundi Cina marah dekat BN gagal jana ekonomi negara, business tak berapa ok. Orang India pulak marah BN yang tak jaga kebajikan mereka, janji macam2 tapi HABUK PUN TAK DAK.


6) Penyokong BN sendiri selesa jadi pembangkang. Penyokong kata kami teruk2 penaik pemimpin, depa naik dok kalut ghebiah reta meredak kerajaan, projek sana projek... kami di bawah kenyang makan wap.


7) Puak2 dalam UMNO hebat kerat mengerat dan cantas mencantas sesama sendiri



PERHATIAN: Pengundi yang telah ditemui tidak ada seorang pun berpandangan KEDAH DITAWAN KEMBALI OLEH BN disebabkan faktor kekuatan dan kemantapan PR Kedah.


Kedah La

KETAKUTAN UMNO!!! Makin tertekan pertahan Putrajaya


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa BN lebih tertekan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun kedudukan BN dan Pakatan Rakyat dilihat seimbang pada waktu ini, namun beberapa isu semasa yang membelit Umno BN ketika ini menjadikan parti pemerintah itu dalam tekanan.


"Saya akui kedudukan sekarang seimbang antara kedua-dua parti politik yang bertanding.


"Walau bagaimanapun terdapat tekanan kepada Barisan Nasional dengan isu-isu semasa, dan sebab itulah saya datang untuk mendapatkan 'feedback' bukannya 'feedlot'," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian bertajuk PRU13 : Undi Siapa Jadi Penentu di sini semalam.


Pengundi realiti baru


Sementara itu, beliau yang juga Ahli Majilis Terttinggi Umno mendakwa rakyat khususnya golongan muda sebenarnya sudah menghukum kerajaan apabila menolak media arus perdana.


"Seperti saya katakan tadi rakyat sudah mula menghukum kerajaan melalui tekanan yang diberikan kepada media arus perdana dan kita lihat rakyat sekarang sebenarnya sudah mula muak dengan politik sempit," katanya.


Baginya, undi penentu pada PRU-13 nanti adalah golongan 'pengundi realiti baru' yang sudah tidak mempercayai lagi media arus perdana tersebut.


"Pengundi realiti baru adalah mereka yang mendapat maklumat serta menilai setiap apa jua maklumat tersebut.


"Mereka juga menolak setiap politik yang dilemparkan di dalam media-media arus perdana. Sebab itulah media tersebut telah dihukum sekarang," sambungnya.


Turut serta sebagai panel pada wacana itu adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya(UM), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

FELDA!!!! Kedudukan Umno makin tergugat


Peneroka Felda di seluruh negara memberi amaran akan melakukan "transformasi politik" pada pilihan raya umum ke-13 yang akan memberi kesan buruk kepada Umno BN.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menarik balik cadangan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke dalam Bursa Malaysia (BSKL) jika benar-benar mahu membela kepentingan warga Felda.


Justeru Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan positif daripada pejabat Perdana Menteri mengenai surat permohonan untuk bertemu Najib pada 20 Disember ini.


Pertemuan itu bagi menuntut Najib memecat Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa menyebabkan "huru-hura" dalam pengurusan Felda dan mengekalkan kedudukan Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda.


Tuntutan agar Isa dipecat juga kerana beliau dilihat sangat bersungguh-sungguh mahu FGVH disenaraikan ke BSKL, diyakini untuk mengaut keuntungan bagi kroninya dalam pada aset peneroka akan tergadai.


Sementara itu, arahan bercuti terhadap Dzulkifli, kata Mazlan merupakan cara untuk menyingkirkan beliau kerana dianggap sebagai penghalang usaha Isa untuk penyenaraian FGVH.


"Kami bersedia berdepan dengan golongan pengkhianat ini. Mereka adalah penjajah moden yang mahu merampas hak rakyat.


"Perdana Menteri mesti ada pendirian tegas dan meraikan warga Felda yang selama ini sabgai setia kepada kerajaan Umno BN. Jika tidak, pengundi Felda di 54 kerusi Parlimen dan 92 Dun bersedia membuat "transformasi politik" yang bakal menggegarkan keputusan pilihan raya ke-13 nanti," kata beliau selepas menyerahkan memorandum menyokong Dzulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini, semalam.


Mazlan menegaskan, apa yang dibimbangi peneroka ketika ini adalah mengenai masa depan Felda yang semakin malap apabila FGVH disenaraikan di BSKL kerana 360,067 hektar tanah milik mereka akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.


"Bukan itu sahaja, proses penyenaraian FGVH akan melibatkan Felda menjual kesemua sahamnya dalam FGVH. Sebab itulah Datuk Dzul menentang usaha penyenaraian ini dan peneroak tetap setia di belakang beliau," kata Mazlan.


Tambah memburukkan keadaan, tanah-tanah kosong di Felda yang selama ini dimanfaatkan untuk tanaman kontan, industri kecil, perumahan generasi kedua Felda dan projek hiliran akan menjadi milik FGVH.


Tanah yang dipohon pada masa hadapan juga menjadi hak FGVH bersimbolkan Felda manakala FGVH akan berkuasa penuh dengan istilah "diberi kenikmatan aman sentosa".


"FGVH mendapat hak kawalan mutlak ke atas tanaman, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang sedia ada dan pada masa depan termasuk mengenai jenis kontrak jual beli hasil dan harga.


"FGVH juga akan mengendalikan aktiviti menanam semula dan menerima segala insentif daripada kerajaan serta menyelenggara dan membina infrastruktur yang diperlukan. FGVH bakal menelan Felda," tegas Mazlan yang disertai 50 wakil peneroka daripada beberapa Felda yang hadir memberikan sokongan.

PANAS!!! Rosmah dijadikan bahan lawak di web antarabangsa..



Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.


Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.

Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun."

(Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old).

Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini.
ASD

Photobucket

Gambar lebih jelas sila lihat di ( SINI )

Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya.

Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura.

Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'.

Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia.

"$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP.

Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa.



Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sila lihat komen yang lain-lain di 9GAG