PARIT BUNTAR, 9 Jan : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa melawat tiga Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Parit Buntar untuk meninjau keadaan hari pertama persekolahan di pusat tersebut.
“ Saya sempat membuat lawatan di hari pertama persekolahan ke tiga
buah Pasti dari sembilan buah Pasti yang ada di Parit Buntar.
“ Lawatan ini bertujuan meninjau persiapan Pasti menerima kehadiran
pelajar baru dan memberi sokongan kepada guru-guru Pasti selaku tenaga penting di Pasti.” Kata Dr. Mujahid yang ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasti An-Nur , Taman Kerian Permai.
Dr. Mujahid berkata, ibu bapa hadir mendaftar anak-anak mereka yang
berumur lima dan enam tahun di Pasti.
“ Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi
tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka.
“ Saya perhatikan pelajar Pasti tampak cukup bersemangat walaupun ada yang nampak muram untuk menghadapi suasana yang berbeza.”katanya
Menurutnya, Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan
pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.
“ Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan
mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
“ Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan
pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah” katanya
Dr. Mujahid berharap ibu bapa turut memberi sumbangan dan sokongan
untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang
dilaksanakan di Pasti.
“ Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti
manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa
mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka.
“ Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan asuhan akhlak Islam. Corakkan
kain putih itu dengan celupan Ilahi” katanya
Dr. Mujahid bersama pelajar Pasti An Nur yang mendaftar di hari pertama
No comments:
Post a Comment