Kuala Lumpur, 21 Jan : Amaran pihak kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi agar tidak menyalahgunakan pemberian baucer buku 1Malaysia yang berjumlah RM200 mula dipandang enteng segelintir mahasiswa.
Akhir-akhir ini, beberapa pihak mula mengambil kesempatan atas ‘kenikmatan’ yang diberikan kerajaan Malaysia itu bermula awal tahun ini.
Baucer berkenaan yang hanya sah sehingga 31 Mac 2012 telah pun diedarkan kepada seluruh mahasiswa IPT seluruh negara sejak dua minggu lalu.
Dan setelah itu, mahasiswa mula membanjiri kedai-kedai dan syarikat buku bagi mencari dan memanfaatkan pemberian tersebut yang kali pertama diperkenalkan kerajaan.
Namun, pemberian itu ternyata tidak dimanfaatkan sepenuhnya golongan mahasiswa.
Terbaru, beberapa sindiket menjual baucer RM200 berkenaan mula dikesan semakin berleluasa di rangkaian internet serta laman sosial facebook.
Untung boleh cecah sehingga RM100
Tidak ketinggalan beberapa sumber mengatakan mahasiswa mula menjual buku berkenaan kepada rakan-rakan mereka yang sudah bergelar graduan dengan nilaian sendiri sehingga mencecah keuntungan maksima RM100 seorang.
Dikhabarkan terdapat segelintir mahasiswa menjual sekeping baucer yang bernilai RM50 itu dengan harga maksima RM75.
Sedangkan mengikut peraturan yang diletakkan di belakang baucer berkenaan, ianya tidak boleh ditukar kepada wang tunai namun amaran itu jelas hanya tinggal amaran sahaja.
Sebelum ini, beberapa syarikat buku dan kedai menjual buku telah berjaya dikesan menaikkan harga buku dengan mendadak ekoran tempoh sah baucer berkenaan hanya bertahan tiga bula sahaja.RM
No comments:
Post a Comment