Friday, January 27, 2012

CERAMAH DI JALAN KEBUN!!!! NGO UMNO yang disertai Samseng Taik Minyak anjur ceramah berdekatan ceramah PR. APA................?

Oleh kerana kecut kena lunyai dek penyokong PR jika serang ceramah PR , BaharOm dan NGO UMNO yang disertainya WARIS MALAYA juga anjur ceramah menampilkan katak-katak belaan UMNO. Hasilnya............

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku. Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno.

Apakah mereka ingat kita takut? Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat.

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ.

YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu. Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah. Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja.

Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian. Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu. Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi; Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....






keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki



melimpah keluar





Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

2 comments:

  1. tu la gatai sangat nak buat dekat-dekat, kan orang senang buat perbandingan lagila malu

    ReplyDelete
  2. Bagi pihak penganjur, terima kasih atas sokongan semua bloggers PR ...

    Untuk maklumat umno jln kebun tak sekuat mana.

    Daerah Mengundi Jalan Kebun tidak pernah menang walau sekali pun bila bertentangan dengan PAS (YB Dr Siti Mariah) dalam dua PRU yg lepas.

    Lepas ni lagi teruklah dia orang

    ReplyDelete