Friday, January 20, 2012

CERAMAH HASAN ALI!!!!Ingatkan Ceramah Parasit rupanya Ceramah Aqidah


(ambil dari blog UMNO)
Jelajah Hasan Ali untuk mendedahkan parasit dalam PAS seperti yang dicanangkan blogger UMNO rupanya bukanlah ceramah khas Hasan Ali sebaliknya Ceramah yang bertajuk Bicara Memurnikan Aqidah Ummah bersama Dr. Azhar Yaakub.

Blogger UMNO begitu bersemangat berkempen supaya ramai yang hadir. Ingatkan betul la ceramah Hasan Ali tapi ceramah aqidah. Memangla ada ramai yang hadir bila dengar ceramah agama. Blogger UMNO siap kata ramai ahli PAS yang hadir, kononnya Hasan Ali dapat sokongan ahli PAS.

Tak tau la Hasan Ali guna ceramah aqidah tu untuk dedahkan parasit dalam PAS. Tapi kalau berlaku macam tu memang la Hasan Ali dah tak tentu arah, terpaksa guna medan agama untuk kepentingan diri sendiri. Dan jika berlaku macam tu bermaknanya, belum ada pihak sama ada UMNO, ISMA, PERKASA yang menyediakan pentas untuk Hasan Ali. Maka Hasan Ali terpaksa guna forum agama berkenaan.

Bila Hasan Ali akan mengadakan ceramah sulong khas dedahkan parasit dalam PAS? Katanya, nak buat di Bangi. Pihak mana yang sediakan pentas ? Jangan nanti cakap berdegar2 Hasan Ali akan ceramah tapi bila tengok poster ceramah aqidah lagi.

Harap pihak yang nak tolong Hasan Ali sediakan pentas supaya jangan guna ceramah berkenaan atas nama aqidah kerana mereka akan menipu pendengar yang hadir. Letakkan dalam poster atau hebahan mereka tajuk CERAMAH PARASIT DALAM PAS OLEH DATO ' DR HASAN BIN MOHAMED ALI.( Kena tulis nama Dato' betul2 nanti kena marah dengan Dato'-pengalaman beb...)

Masa tu kita tengok siapa ahli PAS yang akan hadir. Satu lagi jangan ingat semua yang pakai kopiah putih tu ahli PAS, semua yang pakai tudung labuh ahli PAS. Kerana ramai yang dah pandai berlakon. Pengalaman dah banyak , puak -puak Songkok Tiga Jengkal sanggup tukar songkok pakai kopiah kerana nak burukkan PAS. Admin

4 comments:

  1. Teruskan Dr Hasan... kalau nak guna platform agama dan untuk sentuh politik bersekali.... takkan PAS saja boleh orang lain tak boleh ... fatwa baru pulak ke...Nik Aziz akan kata... cilako...cilako..cilako..senjata makan tuan!!!

    ReplyDelete
  2. pencacai umporno membela hasan ali, tahulah kita selama ini umno gunakan agama untuk kepentingan politik

    ReplyDelete
  3. bro , sapa yang nak hadir kalau tak guna sentimen agama. kalau nama ceramah khas hasam ali pasal parasit, alamatnya puak umno je yang hadir. sebab tu guna ceramah atas nama aqidah

    ReplyDelete
  4. Bro kelaka la bro addin teruskan gelombang ketiga

    ReplyDelete