Sunday, January 22, 2012

DERA RAKYAT!!!! Nak dapat RM 500 tunggu berjam-jam sampai pengsan hanya untuk menghadap pemimpin UMNO / BN dahulu


PENERIMA BR1M RM500 DILAYAN MACAM ANJING KURAP!!!!


Kerana kesempitan hidup dan RM500 cukup amat bernilai bagi warga yang berpendapatan rendah dan miskin, maka pemimpin-pemimpin mengambil kesempatan dengan melayani mereka seperti anjing kurap yang kelaparan dan kehausan....dibiarkan beratur selama beberapa jam dibawah matahari terik..ini berlaku di Klebang Ipoh semalam bila pemberian yang dihulur sendiri oleh Menteri kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah...lebih dari 2,500 penerima menjadi mangsa tidak berperikemanusian dan berhati perut kerajaan UMNO 1M'sia ini.

Mengapa perlu ada Menteri,Menteri Besar, Timbalan Menteri, Exco Kerajaan, Ahli Parlimen dan ADUN sendiri yang menyerahkan wang RM500 BR1M sendiri ketangan penerima yang layak?...mengapa perlu diadakan upacara khas?...sudahlah mereka susah disusahkan lagi...tidak boleh kah terus saja hantar kepada yang layak dan berjaya melalui pos atau pun menerusi panggilan talipon.. diborang permohanan sudah diberikan alamat dan no talipon yang boleh dihubungi...sikap dan tata kelola sebuah kerajaan yang baik,efisen dan berniat ikjhlas ialah memudahkan urusan dengan rakyat bukannya menyusahkan rakyat...

Jelas sekali niat BR1M adalah cuba nak beli dan tambat hati rakyat mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti.. tetapi hasilnya akan menjadi sebaliknya...bak kata Seniman S.Shamsuddin dalam filem Nujum Pak Belalang....KALAU INI MACAM BERAPA LAMA MAU HABIS HAA!!!!...KALAU INI MACAM BAGI AKU YANG KIRA......kalau macam ini cara pemberiannya.. berapa lama mau habis selesai rakyat yang layak dapat ha?..... kalau ini macam bagi pula Pakatan Rakyat tadbir urus Putrajaya..

Hello UMNO... rakyat sekarang bukan bodohlah...hentikan cara berpolitik zaman purba .. ok?..
omakkau

Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M


"Sinar Harian 22 Jan 2012. ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam.


Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi.

Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan.

“Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur.

“Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang.

“Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan.

Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.

7 comments:

  1. itulah nampak sangat bodohnya mereka....bank yang menerima pelanggan setiap hari boleh buka 7, 8 kaunter....takkan 2500 orang serentak yg datang tak boleh buka kaunter banyak sikit....

    ReplyDelete
  2. Berbakti untuk kempen pilihanraya ... eh.... rasuah ke?

    ReplyDelete
  3. YANG ANJING KURAPNYER PENYOKONG PAS JER..6.30 PAGI DAH DATANG.

    ReplyDelete
  4. itu lah auno ...apa pun tak boleh.... sekecil2 hal pun dia tak ada keupayaan nak selesaikan dengan cara yang bijak...hapraqqqqq

    ReplyDelete
  5. q panjang la.... kena merapaq sembah n cium tangan n kaki MB mamak kuti dulu....take time....kerana mu 500

    ReplyDelete
  6. tabiat semula jadi umnog kalau ia nak perlu sesuatu hajat dgn rakyat,memang dah kita duga perkara mcm ini memperbodohkan rakyat sendiri adalah matlamat umnog,aku pun hairan pada rakyat3 kenapa suka membodoh asal terfikir kera2jaaaan ni mcm raja,munkin keperitan hidup mereka sanggup buat apa saja utk meringankan beban hidup...menteri2 pasola najis harus ingat mereka tu manusia bukan lembu nfc yg kau standardkan duduk dlm kondo,beraircon lagitu,rakyat berpanas tunggu BR1M,ala politikla tu raih simpati undi,rakyat sekarang dah pintar,lepas terima 500,MEREKA AKAN TETAP SOKONG DAN UNDI PAKATAN RAKYAT,merana hapicla umnog hanya MAMAK konon melayu,nak tolong tak ihklas umnog utk jual parti pada mereka,HIDUP MAMAK...INGATLA RAKYAT JGN SEKALI2 UNDI PUAK UMNOGOK HARAMJADAH,hamcurkan harapan mereka nak perintah kali ke55 cukup2la berambussssss..rakyat dah naik muak dgn pentadbiran BN/UMNOGOKK...

    ReplyDelete