Monday, January 30, 2012

JASA UMNO !!! Hapus tulisan Jawi

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok

Petaling Jaya, 30 Jan : Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap saranan dan gesaan seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai pengamalan tulisan jawi kepada masyarakat.

Semalam, seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

“Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?,” katanya yang fasih berbahasa Melayu semalam.

Terkesan dengan saranan


Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil bin Mahhiyuddin yang mewakili suara PMIUM hari ini menyatakan sokongan terhadap kebimbangan yang dicetuskan pensyarah terbabit.

“Ya.. Memang saya secara peribadi mengakui pengamalan menulis dalam bahasa Jawi sudah menjadi asing dengan bangsa Melayu yang dahulunya terkenal dengan tulisan unik ini.

“Secara tidak langsung, mahir dalam tulisan Jawi adalah sangat membantu bagi kita untuk memahami dan mempelajari bahasa Al-Quran seperti yang diamalkan ketika zaman ibu bapa, datuk nenek kita dahulu.
“Saya mewakili PMIUM amat terkesan dengan saranan pensyarah terbabit yang bukannya rakyat Malaysia tetapi sedar akan kehilangan budaya dan kelemahan yang berlaku.”

Belia sudah tidak kuasai


Menurutnya lagi yang juga siswa Tahun Ketiga Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis Universiti Malaya, remaja dan kanak-kanak sekarang sudah tidak tahu sekiranya diminta menulis jawi.

“Dan bagi saya, bukan saja remaja, malah mungkin belia yang berumur 20-40 sudah tidak ada kemahiran dan penguasaan bahasa jawi ini.

“Saya sarankan agar pembudayaan menulis jawi ini dihidup dan ditekan kembali terutama di peringkat sekolah, universiti dan masyarakat amnya.

“Secara tidak langsung ia sedikit sebanyak akan membantu kita semakin cepat mahir dalam menguasai tulisan tersebut yang semakin ditenggelam zaman.

“Mungkin PMIUM boleh adakan kursus atau bengkel tulisan ini.”, ujarnya dipetik satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment