Tuesday, January 31, 2012

JOLI WANG RAKYAT!!! Hukuman penjara 35 tahun untuk Presiden Tunisia yang digulingkan rakyat

Emelda Marcos versi arab

Presiden Tunisia yang digulingkan Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya dijatuhi hukuman penjara masing-masing 35 tahun, Isnin, dalam persidangan in absentia kerana menggelapkan dana negara, kata seorang hakim.

Hakim Touhami Hafi juga mendenda bekas pemimpin Tunisia yang kini berada dalam buangan itu 50 juta dinar (25 juta euro) dan isterinya, Leila Trabelsi, 41 juta dinar, pada hari pertama persidangan itu, lapor AFP.

Dia menunda persidangan dalam kes kedua sehingga 30 Jun untuk memberi masa peguam Ben Ali mempersiapkan pembelaan mereka.

Ben Ali dan Trabelsi dituduh melakukan penggelapan dana selepas penemuan wang dan perhiasan di dalam istana mereka di sebuah daerah di Tunisia.

Kes kedua, yang hanya ditujukan pada Ben Ali, melibatkan senjata dan dadah yang khabarnya ditemui di sebuah tempat tinggal presiden di Carthage.

Ben Ali membantah semua tuduhan tersebut sebelum persidangan itu melalui peguamnya, Akram Azouri.

Mantan presiden itu, isterinya dan kedua-dua anaknya kini berada dalam buangan di Arab Saudi.

Ben Ali meninggalkan negaranya pertengahan Januari selepas berkuasa 23 tahun di tengah-tengah tuntutan yang meningkat agar dia mengundurkan diri meskipun dia telah menyatakan tidak akan mengupayakan pembaharuan masa jabatan selepas 2014. Dia dikhabarkan berada di Arab Saudi.

Dia dan isterinya serta ahli-ahli lain keluarganya kini menjadi buruan dan Tunisia telah meminta bantuan Interpol untuk menangkap mereka.

No comments:

Post a Comment