JOHOR BARU, 11 Johor — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah mula turun padang sejak Oktober lalu, menghabiskan sekurang-kurangnya empat hari seminggu dilihat sebagai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina.
Lebih mengagumkan beliau memulakan jelajah dengan berkunjung ke Gelang Patah, Tebrau, Kulai, Pulai dan Muar (dua kali), semua kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, dilihat persediaan awal agar tidak menerima nasib sama seperti di Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 2008.
Selain menemui pengundi dan penyokong parti, Abdul Ghani menghabiskan masa beberapa jam setiap hari mendengar taklimat daripada jentera BN tentang sentimen pengundi, tahap sokongan di setiap kawasan pinggir bandar.
“Beliau telah turun padang di semua kerusi yang pembangkang fikir boleh menang,” kata pegawai tertinggi pentadbiran Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider.
Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, Abdul Ghani mempunyai alasan untuk berasa bimbang.
Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan.
Tetapi Profesor Abu Hassan Hasbullah, yang menjalankan pusat kajian Universiti Malaya memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.
Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus.
“Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010.
Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.
PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.
Penganalisis berkata perubahan aliran sokongan di kubu kuat BN secara praktikal bermaksud Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menawan Putrajaya.
Bagaimanapun rakan gabungan telah memberi amaran bahawa peluang di Johor akan mengakibatkan serangan-serangan Umno yang menuduh “kerajaan Cina”.
“Ia jelas bahawa jika kita menang ia datangnya dari sokongan pengundi Cina. Selepas tuduhan-tuduhan di Pulau Pinang dan Perak, mudah bagi Umno menyerang kita dengan bertanyakan siapa akan menjadi MB,” kata Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa PAS negeri bahawa yang lebih penting adalah menumpukan perhatian untuk menambah sokongan pengundi.
“Kita perlu pastikan tidak terjatuh ke dalam perangkap dan mengelak soalan tentang MB dan pembentukan kerajaan negeri. Strategi kita adalah untuk tidak mengejutkan pengundi tetapi memberitahu mereka kita perlu menafikan dua pertiga BN,” kata Adun Skudai menambah Pakatan Rakyat berada di kedudukan terbaik untuk menambah tujuh ahli Parlimen dari negeri itu.
“Kemudian jika kita membentuk kerajaan, kita akan pastikan orang Melayu MB dan rakyat akan terima keputusan pilihan raya.”
PKR pula menolak untuk menjawab soalamn tentang calon MB tetapi ketua cabang memberitahu The Malaysian Insider “kita tiada sesiapa sejak Abdul Razak Ahmad”, merujuk kepada bekas pengerusi negeri itu yang meninggal dunia pada 2007.
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan kembali bertanding di Johor.
Sembrong, kerusi Parlimen mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berdekatan Kluang, dikatakan menjadi pilihan terbaik meletakkan Salahuddin bertanding.
Khabar angin yang tersebar mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi, kerusi yang dilihat selamat yang mungkin akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah digugurkan dari Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih kuasa pentadbiran pada 2009.(malaysianinsider)
bila dah terdesak, baru teringat 'turun padang'. ini ingatan pada semua wakil2 rakyat repeat wakil rakyat samada bn, pr, bebas & tak bebas. purata satu2 penggal ialah 4 tahun bersamaan 48 bulan bersamaan 2496 minggu (>< 17,472 hari). awat depa ni sibuk sangat ka sampai tak boleh "meeting the people/voters" memandangkan ada beribu2 minggu & hari dlm satu penggal. dok sibuk mesyuarat, meeting, mesyuarat, meeting, abis pot tinggai tin. kalau hati mau, benda susah pun boleh jadi mudah.
ReplyDeleteWalaupun mereka bimbang tetapi PR mesti terus maju dan terhadapan dalam kempen mereka.Jangan sampai jadi MENDENGAR GURUH DILANGIT AIR TEMPAYAN DICURAH.Lawan terus lawan.
ReplyDeleteinsyaallah Umno Johor akan Tumbang..........Takbir dan Reformasi
ReplyDelete