Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang. Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.
"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi. ~mk
Bersihkan Malaysia Dari BN
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.
Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.
Empat tahun penubuhan Pakatan Rakyat, dengan empat negeri (selepas Perak dirampas Barisan Nasional), selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segala pertuduhan, Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh dan semakin tersemat di hati rakyat, bahawa ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan BN.
Itulah persepsi rakyat Malaysia kebanyakannya. Rakyat sudah bersedia menolak Umno-BN, selepas segala macam fitnah dan pertuduhan dilemparkan media arus perdana terhadap individu, parti dan kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya terbukti palsu dan tersasar.
Rakyat sudah menyedari bahawa, selama ini Umno-BN sengaja menciptakan kepalsuan, mengaibkan, menghina serta memomok-momokkan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka.
Umno-BN menyangka, dengan memahatkan politik jijik dan lucah, kononnya dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat memesongkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, kembali kepada mereka.
Bukannya rakyat kembali kepada Umno-BN, malah rakyat semakin berpaling jauh daripada seluruh anggota komponen BN, termasuk pemimpin-pemimpin Umno-BN itu sendiri.
Rakyat nampaknya sudah bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno-BN. Sama ada dari kalangan pegawai tinggi kerajaan, sehinggalah ke kaum buruh, petani dan nelayan, sebahagian besar mereka sudah sedar, bahawa kerajaan yang didokong sejak sebelum merdeka, merupakan kerajaan yang gagal membela nasib rakyat.
Mereka sudah melihat dan merasakan sendiri, bahawa di bawah kepimpinan PAS di Kelantan sejak 1990 dan Kedah, Pulau Pinang serta Selangor dalam tempoh empat tahun ini, Pakatan Rakyat boleh memerintah, jauh lebih baik daripada 50 tahun di bawah Umno-BN.
Pakatan Rakyat menawarkan kesejahteraan kehidupan kepada rakyat. Pakatan Rakyat membuktikan ia berjaya menyelamatkan wang negeri dan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara, kerana berjaya menaikkan hasil negeri, sekaligus berbelanja dengan berhemah.
Manakala pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang pertuduhan salahguna kuasa, bersih dari rasuah dan amalan kronisme, walaupun diserang dan dicaci media pro Umno-BN saban hari.
Dengan amalan islamik, ketelusan dan pertanggungjawab pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, maka golongan di bawah tadbir mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkaitan, mula berusaha membaiki kepincangan kerajaan terdahulu sedikit demi sedikit.
Hasilnya, prestasi kerajaan Pakatan Rakyat diakui dan dipuji Audit Negara, berbanding dengan kerajaan Umno-BN yang penuh dengan kritikan, akibat ketirisan, salahguna kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa.
Jika dalam tempoh sesingkat empat tahun Pakatan Rakyat boleh membersihkan kerajaan-kerajaan negeri dari segala kepincangan yang dilakukan Umno-BN selama 50 tahun, maka apakah dalam masa yang singkat juga Pakatan Rakyat tidak boleh membersihkan Malaysia?
Sudah tentu boleh. Sudah tentu Pakatan Rakyat boleh membersihkan segala kepincangan politik, ekonomi dan sosial yang punah akibat kebobrokan pemimpin Umno-BN.
Tidak lain dan tidak bukan, cara yang terbaik untuk membersihkan Malaysia ialah dengan membersihkannya dari terus dikuasai Umno-BN pada PRU akan datang. ~hrkh
malaysia akan lebih aman jika pendemo2 dibersihkan dari bumi malaysia
ReplyDeleteOrang2 pas percaya sebab selama ni pun mereka jadi burung kakak tua
ReplyDelete