Sunday, January 15, 2012

NAJIB TAK PUAS HATI!!! Bulan Februari nak turun Perak lagi

Kunjungan Najib dan Rosmah ke negeri Perak (Parit Buntar dan Bagan Serai) baru-baru ini tidak sepertimana yang diharapkan. Sungguhpun beratus bas dikerah untuk memunggah rakyat Perak dari segenap pelusuk negeri, ada juga yang dibawa dari negeri-negeri lain, tetap tidak memberikan isyarat yang sesuai buat Najib untuk berangan bagi mengekalkan kuasa BN di Perak.

Ternyata kepimpinan Zambry gagal mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN, terutamanya Umno. Petanda momentum rakyat akan menumbangkan kuasa BN di beberapa kawasan yang dikunjungi Najib nampak nyata.


Ramai yg perasan bagaimana mood Najib yang jatuh merundum dihari kedua. Biarpun program yang diatur BN Perak begitu menatang dan menyanjung Najib umpama maharaja sebuah empayar, ianya masih tidak dapat memuaskan hati Najib.


Ini menambahkan lagi suhu ketakutan Najib untuk mengadakan pilihanraya umum buat masa yang terdekat ini.


Kegagalan kunjungan Najib ke Perak kali ini perlu ditebus oleh Zambry dan barisan kepimpinan Umno Perak Februari nanti apabila Najib sekali lagi akan turun kesini.


Ada yang nakal mengatakan hanya program 'goyang gerudi' Kak Mah sahaja yang berjaya. Berjaya menambahkan menyampah rakyat kepada Umno.



1 comment:

  1. kalau umno bagi kat aku rm500 akau akan pergilah. najib melawat aku akan pergi shopping.

    ReplyDelete