Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merancakkan’ lagi perdebatan mengenai kewujudan Hang Tuah dengan mendakwa adalah salah untuk mengagumi pemimpin dalam sejarah Melayu itu.
Menjawab soalan daripada hadirin semasa siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, semalam, beliau berkata Hang Tuah "terlalu setia" dan digambarkan melakukan perkara yang tidak terpuji sama sekali.
"Beliau digambarkan sebagai seorang yang sebegitu baik, amat taat, begitu setia dan sanggup membunuh kawannya walaupun mengetahui bahawa (Hang Jebat) dihukum mati kerana sesuatu yang tidak dilakukannya.
"Untuk membunuh rakan-rakan ‘Hang’ bukan sesuatu yang terpuji langsung," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin.
Mengenai persoalan kewujudan pahlawan Melayu silam itu, Mahathir berkata "mungkin ada sedikit kebenaran dalam cerita itu" walaupun bukan semuanya boleh dipercayai.
Beliau berkata Hikayat Hang Tuah, yang meriwayatkan Hang Tuah mengalahkan semua negara di dunia, termasuk Turki, tanpa menceritakan bagaimana beliau berada di negara itu tidak dapat diterima akal.
"Kebanyakan ini adalah fiksyen," katanya.
Kontroversi ini tercetus apabila pakar sejarah Profesor Khoo Kay Khim awal bulan ini mempertikaikan kewujudan Hang Tuah.
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
ReplyDeleteAndaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.