Sunday, January 8, 2012

SAH!!! Blogger UMNO sertai DAP, sangkal tuduhan DAP anti Melayu

SHAH ALAM, 8 Jan – Dua blogger terkenal yang juga pemimpin UMNO, Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias, telah menyertai DAP secara rasmi hari ini.

Sakmongkol AK47 adalah nama samaran untuk bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri yang pernah menyandang tugas Ketua Penerangan UMNO Pekan di bawah kerusi Parlimen Perdana Menteri DAtuk Seri Najib Razak.


Blogger Aspan aktif dengan UMNO sejak tahun 1970-an dan 1980-an memulakan blognya sejak beberapa tahun lalu apabila menyedari parti yang disertainya semakin menyeleweng daripada perjuangan asal untuk membela rakyat miskin.

Kemasukan dua veteran UMNO ke dalam DAP ketika berlangsungnya persidangan DAP di sini hari ini memberi isyarat jelas bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengalu-alukan penyertaan kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu berkata, ia adalah satu lagi bukti bahawa perjuangan DAP tidak pernah diasaskan atas dasar kaum.

Katanya, penyertaan ahli-ahli baru DAP yang mencecah 150,000 orang, termasuk daripada kalangan orang Melayu, menunjukkan penerimaan positif masyarakat Melayu kepada DAP yang sentiasa difitnah sebagai sebuah parti cauvinis Cina.

Bercakap kepada pemberita, Aspan menyebut bahawa beliau menyertai DAP disebabkan UMNO adalah sebuah parti yang korup dan mengamalkan politik perkauman sempit. Bagi beliau, DAP memiliki disiplin politik yang jauh lebih baik.

"Setelah saya menyertai DAP, ramai kawan-kawan UMNO yang datang menemui saya. Saya memberitahu mereka bahawa menyertai DAP bukanlah satu kesalahan. Korupsi dalam UMNO lah yang menjadi kesalahan besar," tambah beliau.

Sakmongkol (Ariff) pula mengingatkan bahawa orang Melayu tidak harus takut pada DAP kerana ia mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus.

Katanya, model pembangunan ekonomi DAP tidak bergantung kepada skim piramid UMNO yang hanya menguntungkan kroni UMNO sahaja, sebaliknya DAP bersama Pakatan menawarkan alternatif yang lebih baik. roketkini.com

No comments:

Post a Comment