Friday, January 6, 2012
RUPANYA!!! Surau kat kampung Pengerusi BBSMS @ UMNO pun tak dak, dok kalut pertahan surau tempat lain
Semangatnya Tuan Pengerusi pertahankan surau sedangkan surau kat kampung sendiri pun tak dak
Oleh: Saiburi Sudin
SS tak jemu untuk terus berbahas isu madrasah Salihiah sepertimana Nabi Musa tidak jemu-jemu menangani karenah kaum Bani Israel yang tak habis-habis putarpusing, putarbelit, loyar buruk, persenda2kan Nabi Musa dengan pelbagai gelagat.
Macam tulah kira2 isu Madrasah Salihiah, kita hujah kot ni depa pusin kot nu, kita hujah kot nu depa putag kot ni... Alang2 hilang sabag kalau dok ada depan mata mau aku boh penendang. Itu tak kira lagi dengan tohmahan, fitnah, bohong, maki hamun, sumpah seranah, gelaran yang buruk2, biadap dan tidak berakhlak yang dilemparkan terhadap Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, orang2 kanan PKNK, Sanny Ho dan DAP (yang takdak kena mengena pun dengan isu ini).
Mufti ajak dengan elok untuk berbincang, berunding, bermuzakarah... dengan angkuh Pengerusi BBSMS cakap 'Mufti pi cakap di mahkamah!'.. Heiii kecik ja aku nampak budak Cot ni. Dekat Mufti pun langsung tak hormat.
Isu baru diputagpusin kononnya keputusan Fatwa tak habag kat Tuanku, jadi tak timbul isu depa derhaka. Pemakluman terhadap Tuanku cuma prosedur, keputusan fatwa berdasarkan muzakarah ulamak dan amanah ulamak terhadap ilmu dan hukum hakam agama.
Tiada siapa yang boleh mengatasi, mengubah, meminda atau tidak mempersetujui hukum hakam yang Allah tetapkan berdasarkan muzakarah oleh para ulamak; seorang abdi mahupun seorang raja. Apatah lagi sepanjang sejarah Tunku Abdul Halim tidak pernah menyanggah fatwa yang dibuat oleh Majlis Fatwa yang baginda naungi. Maka tepat sangat untuk berkata, menyanggah fatwa Majlis Fatwa bererti menyanggah Tuanku Sultan. Tak payahlah UMNO berhempas pulas menegakkan benang basah.
Mereka berhujah lagi, antaranya....
Malah surat dibawah memperjelaskan lagi beberapa isu yang menjadi persoalan hebat iaitu:
1. Bahawa penjualan Madrasah Salihiah adalah dipohon oleh PKNK, dan tidak ada kena mengena dengan cadangan menambahbaik wakaf. Ia dipohon oleh Dato' Abdul Rahman Ibrahim dan sudah tentu dengan perkenan pengerusi PKNK, Ustaz Azizan.
2. Ia juga menjelaskan bahawa kebenaran perobohan surau itu adalah kebenaran bersyarat iaitu, Surau itu mesti lebih besar, lebih luas, seboleh-bolehnya berasingan dari bangunan lain dan ditadbir bersama oleh JK Madrasah Salihiah yang ada.
3. Jadi, adakah terdapat bukti bahawa syarat-syarat tersebut telah dipenuhi? Kerana sibuk memaki hamun, Kerajaan PAS tidak sedar bahawa Fatwa bersyarat tersebut tidak langsung dipenuhi, malah tidak berani dibentangkan kepada rakyat mahupun pihak jawatankuasa Madrasah. Walhal penglibatan JK asal Madrasah adalah sebahagian dari syarat Fatwa tersebut. Bukan setakat tidak bekerjasama dengan JK Madrasah yang ada, JK tersebut diserang kiri kanan. Apa bentuk kerjasama kah ini?
Dan jika syarat tidak dipenuhi oleh kerajaan PAS dan PKNK, mengikut fatwa ini bermakna perobohan tidak boleh dilaksanakan. MAIK dan Majlis Fatwa tidak boleh dipersalahkan perobohan diteruskan.
Cuba lihat (1) diatas... SS takmaulah tak guna perkataan 'bangang' yang depa guna, memanglah pada mulanya belum tahu lagi nak buat macam mana terhadap madrasah tu, itu pasailah pi tanya Majlis Fatwa sebab ia adalah tanah wakaf yang berkaitan dengam hukum hakam. Lepas Majlis Fatwa habag kena buat macam mana, baru PKNK dan pemaju tahu nak buat macam mana. Tidak timbullah soal 'tiada kena mengena dengan menambahbaik wakaf' pada masa itu kerana kerana Majlis Fatwa belum beri nasihat.
Betul (2) kebenaran adalah bersyarat, syarat2 itulah yang dipatuhi oleh pemaju. Cha habag mai syarat mana yang pemaju/PKNK tak patuhi. (3) Depa menuduh syarat tersebut TIDAK LANGSUNG DIPENUHI Habag mai, syarat apa tu.. Jgn dok buat fitnah tak habis2.. syarat apa yg tak dipatuhi???
Mungkin syarat dimaksudkan ialah, surau baru mesti ditadbir bersama dengan jawatankuasa asal surau. Cerdiklaa sikit abangg, syarat itu hanya AKAN dipatuhi. Ia tak boleh dipatuhi lagi sebab surau baru tak buat lagi. Siap surau baru nanti.. Pilah pakat tadbir sama2 dengan pemaju atau PKNK. Datuk Amirudin habag dekat Tandop kelmarin, kalau jawatankuasa lama surau nak tadbir 100% pun ambiklah, buat bagi elok.
Kononnya jawatankuasa lama surau diserang kiri kanan..ini satu lagi fitnah. Sapa pun tak pernah dok kata apa dekat jawatankuasa surau, yang diserang ialah BBSMS..depa ni baru muncul, bukan pernah dok makmurkan surau pun sebelum ni. BBSMS ni alat UMNO, alat Tok Bashah, antara penasihatnya Sobri Sudin. Sebahagian besar dari AJK surau tu dah menghindarkan diri akibat menyampah dengan gelagat BBSMS.
Sudahlah Cot oii. (Cot @ Mansor adalah Pengerusi BBSMS)..Datuk Amirudin dah habag, sebahagian dari istibdal tu.. akan bina sebuah surau di Jalan Lumpur, ada beratus orang Islam kat situ tapi nak buat sebuah surau pun tak boleh pikiag selama ni. Kampung asai hang tu Cot, dok kalut surau Salihiah, kampung sendiri pun tak dak surau. SS tunggu Cot habag kata, orang Jalan Lumpur dok makmurkan Surau Salihiah tu la.. (SS tunggu nak libaih balik),
Cukup dulu... Tunggu depa serang apa pulak, SS bersedia dengan stok peluru untuk setahun, dann la sampai lepas pilihanraya.
Kedah La
dia ingat dia hebat sangat, baca fatihah pun tak betul nak lawan mufti. Inilah dinamakan anak haram. Dia ni islam krn mak bapaknya islam (islam baka) kalau mak bapaknya kafir atau yahudi dia pun akan jadi kafir dan yahudi lah jugak.
ReplyDeletedia ini esok2 akan dipanah petir kok.
kenapa la semua orang layan isu ni...biarkan diorang melalak sorang.
ReplyDeleteKena lawan Jusoh Che Long oii puak2 ni...kerja diorang ni tipu Melayu je...Bukan puak UMNO ni x tau diorang x betoi..tapi dah dasar UMNO ni suka menipu...Kena terus lawan diorg ni....jangan biar diorang tipu orang lain pulak...diorang nak tipu diri sendiri..biaq p. Orang Kedah tau lah nak buat mcmana kat puak pembuat 'onar' ni....PRU13
ReplyDeleteagak2 depa dok p sembahyang kt situ dak aqi2....??
ReplyDelete