Itu satu lagi bentuk propaganda terbaru Najib untuk menarik sokongan masyarakat Cina lebih-lebih lagi dengan kedatangan Tahun Baru Cina, Isnin minggu depan.
Setelah terpaksa berhempas pulas meminta MCA meraih sokongan orang Cina, nampaknya Najib sudah tidak boleh mengharapkan Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai untuk bekerja lagi.
Setelah berjaya dimalukan semasa pilihanraya kecil Sibu, April 2010 lalu, Najib bingung memikirkan apakah jalan terbaik bagi mendekatkan diri dengan masyarakat Cina yang sudah semakin meluat dengan BN.
Lalu kesempatan ini diambil oleh salah seorang setiausaha politiknya yang mencadangkan dibuka laman sosial di Facebook bagi kununnya memperlihatkan bahawa Najib bukanlah perdana menteri yang penuh protokol dan sukar didekati.
Namun inilah hakikatnya kerana imej Najib dan bangsawan sukar dikikis lebih-lebih lagi dasar parti reput Umno-APCO yang hanya mengutamakan golongan bangsawan dan suku sakat untuk terus berkuasa dan merompak harta rakyat sesedap hati mereka!
Dan jangan lupa, selagi keadilan terhadap model Mongolia yang diletup dengan bom C4, Altantuya Shaaribuu masih belum ditegakkan selagi itulah Najib tetap terpalit dengan nama Najib Altantuya!!!
JALAN PULANG
FB baru 'Ah Jib Gor' dalam bahasa Cina
Perhatian semua pengguna Facebook. Kini ada kawan baru dan nama beliau ialah "Ah Jib Gor".
Ia merupakan Facebook baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bahasa Mandarin sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.
"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.
"Ah Jib Gor mula beroperasi secara online semalam (Isnin). Ini akan menjadi pelengkap atau sisipan kepada laman media sosial sedia ada beliau. Kami tahu ada masyarakat Cina yang tahu bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Kami mahu menjadi lebih efektif dan interaktif dalam berinteraksi dengan pelbagai masyarakat di negara ini," kata setiausaha politik perdana menteri Wong Nai Chee.
Beliau berkata Facebook dalam bahasa Cina ini bukan berunsurkan politik dan hanya menyentuh mengenai hobi Najib dan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan politik kerana tidak semua pengguna Facebook berminat dengan politik.
"Beliau sudah mempunyai media sosial lain yang memperkatakan mengenai politik. Beliau tidak akan mengambil inisiatif untuk memuatkan berita mengenai politik di FB bahasa Cina walaupun beliau tidak dapat menahan orang daripada memperkatakan perkara berkaitan politik di media sosial ini," katanya.
Perdana menteri mempunyai akaun Facebook dan Twitter di bawah namanya yang telah menerima sejumlah besar pengikut.
Wong menjelaskan nama "Ah Jib Gor" dipilih kerana ia merupakan nama popular yang diberikan kepada perdana menteri oleh pengguna media sosial dan oleh sebahagian besar masyarakat Cina sebelum Facebook bahasa Cina diwujudkan.
"Kami berharap dengan adanya Facebook ini, sebahagian besar masyarakat Cina di negara ini akan dapat mengenali diri perdana menteri sebagai seorang insan biasa," katanya.
Sejak versi bahasa Cina itu dilancarkan semalam dan sehingga pukul 4.30 petang hari ini, "Ah Jib Gor" telah menarik 1,722 pengikut.
- Tiewnama
No comments:
Post a Comment