BUTTERWORTH, 2 Jan: Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta kepada 20 ribu anak emas yang lahir sepanjang tahun 2011, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
(Lim Guan Eng bercakap sesuatu dengan adik Mhamad Amsyar Ridwan 7 bulan)
Peruntukan itu, katanya, diberikan tanpa ada apa-apa syarat.
Menurut beliau juga, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak mempunyai maksud yang tersembunyi di sebalik pemberian ini.
Pemberian tersebut bertujuan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar dengan sihat dan cergas di samping meringgankan bebanan ibubapa.
"Mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri bayi yang dilahirkan tahun 2010 di Hospital kerajaan dan swasta menjangkau 19,359 orang.
"Bermula Januari 2011 jumlah kelahiran pula ialah 17,965 orang. Dan, sehingga Jun 2011seramai 1,348 anak emas telah berdaftar dan menerima saguhati tanda terima kasih semoga pembesaran bayi menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam berbagai bidang, " ujarnya ketika merasmikan majlis penghargaan anak emas di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth pagi semalam.
Ibubapa kepada bayi yang diberikan anugerah patut bersyukur kerana melahirkan anak dengan selamat dan diharap pembesaran mereka memberikan kebanggaan yang tersendiri.
Semua program menjadi realiti di Pulau Pinang sebab prinsip yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan berjiwa rakyat, tidak menyeleweng dan bersih tanpa unsur rasuah.
Generasi baru yang bakal menjadi pemimpin dan pelapis pada masa depan akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya rakyat terus memberikan mandat pada kerajaan sedia ada.
Bagi Puan Nurhaliza Arifin 38 pemberian Kerajaan Pakatan Rakyat kepada anaknya, Muhamad Amsyar Ridwan, 7 merupakan satu yang tidak ternilai.
"Saya anggap pemberian RM200 kepada anak cukup bermakna dari sebuah kerajaan yang prihatin, tidak menyeleweng dan berjiwa rakyat, " jelasnya.
Bagi pasangan Sasitharan dan Thamilvani yang mempunyai anak kembar Tarunika Sri dan Tavishka Sri 9 bulan menyifatkan keprihatinan yang tingg untuk melihat generasi akan datang berjaya menjadi pemimpin yang disegani.
Begitu juga dengan pasangan Lim Gee Hann 36 dan isterinya Yeap Seak Kean 32 kelahiran Lim Xuan Tong 10 lalu membawa tuah kerana menjadi bayi yang mendapat penghargaan dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008.
Selain Lim Guan Eng turut berucap pada majlis berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng.
No comments:
Post a Comment