Monday, February 20, 2012

DEBAT KATAK!!! Brahim Ali cabar Guan Eng berdebat tanpa penonton


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggeJYgKrcCLK4-AoYFlspXPhbThtLPXQGUojD-8vUBmrmBroZ-YVTrMlobu_Qs1IU9cfPlrspMXyfwQPGPc_JsrmqJsuDz_l9NLsHXqooL4N27H4fls8vWpZZJ8um__UKkhO8SfPF-NIE/s320/Ibrahim+Ali+nganga.jpgPUTRAJAYA - Demam pelawaan agar diadakan debat susulan pertemuan DAP dan MCA kelmarin, berterusan dengan hari ini Datuk Ibrahim Ali mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar berdebat dengannya untuk menjawab tuduhan bahawa Perkasa pimpinannya sebuah pertubuhan hura-hara selain menjawab siapa rasis sebenarnya.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Bebas kerusi Pasir Mas ini, sudah tiba masa Perkasa bertindak dengan membuat cabaran itu selepas satu demi satu dakwaan tidak berasas dilemparkan oleh DAP ke atas mereka.

"Sudah sampai masa saya nak ajar Lim Guan Eng ini... saya nak berdebat dengan dia nak tanya siapa yang lebih rasis, siapa yang lebih hura-hara, DAP atau Perkasa?

"Masa debat itu nanti, saya nak dia bentangkan fakta dia dan saya akan membentangkan fakta saya yang boleh menjawab siapa DAP ini sejak (peristiwa) 13 Mei dulu, saya ada semua bukti dan rekod mereka," kata beliau selepas majlis pertemuan Perkasa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Ibrahim juga meminta mana-mana stesen televisyen mengadakan debat berkenaan secara tertutup tanpa penonton, tetapi ditayangkan secara langsung.

"Saya tidak mahu penonton ada di tempat debat sebab tak nak berlaku kekecohan kerana pasti ada penonton Melayu dan Cina, saya tak mahu perkara itu berlaku," katanya.

Beliau menambah, Perkasa juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, ekoran kenyataannya bahawa Perkasa satu pertubuhan hura-hara ketika perdebatan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin.

"Dia kena tunjuk bukti apa yang huru-hara Perkasa ini, kami (pertubuhan) berdaftar, masa bila kami terlibat dalam demo jalanan? Mungkin kami akan libatkan Ketua Polis Negara dalam mahkamah bila perbicaraan nanti, adakah Perkasa pernah buat huru-hara," katanya.

Dalam pada itu, Perkasa menyambut baik nasihat Dr Mahathir ketika sesi perjumpaan bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya, petang ini.

Ibrahim berkata, Dr Mahathir memberi nasihat berkenaan arah tuju kepada Perkasa dari segi metodologi perjuangan orang Melayu masa kini, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Suka saya nyatakan Perkasa tidak akan sertai kuasa ketiga, kami mahu berdiri sebagai wira berwibawa dan menjadi mata telinga demi kepentingan orang Melayu, Islam dan kedudukan raja-raja.

"Perkasa mahu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sekurang-kurangnya dua pertiga kerusi adalah milik kerajaan sekarang," katanya lagi.

Beliau berkata, Perkasa tidak mahu undi berpecah dan berterabur dan oleh itu, kerajaan perlu memperoleh semula kerusi dua pertiga supaya mudah mengubah peruntukan undang-undang jika perlu kelak.sh

2 comments:

  1. demi duit je tu,ckp je ler trus terang pak berahim,xsah berbelit2,

    ReplyDelete
  2. WA HA HA HA HA HA!!!!!!!!!!!
    NAK DEBAT TAPI TAKNAK PENONTON TENGOK?!!
    APA JENIS DEBAT NIH, MACAM MANA RAKYAT NAK BANDING?!
    HA HA HA HA LAWOK LAWOK BETULAH IBRAHIM ALI NIH!

    ReplyDelete