Wednesday, February 1, 2012

HASAN ALI DAH MENGARUT!!! Tuduh tidak logik, cakap ikut sedap mulut, suka menipu

http://www.selangordaily.com/wp-content/uploads/2012/01/dr-hasan-ali.jpgSHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.


“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.


“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.

8 comments:

  1. mampuslah dap nak cakap pasal iman org islam...sendiri mau ingatlah.....

    ReplyDelete
  2. Apabila tokoh2 PKR dan PAS tidak lagi memperdulikan lagi Hasan Ali, tiba2 sahaja puak2 DAP telah campur tangan cuba menekan Hasan Ali dengan perbagai tuduhan2 liar seperti di atas. Ini sesuatu yang aneh, nampaknya DAP lah yang mendominasi apa2 keputusan yang dibuat dlm PR. Ini juga be-erti PAS dan PKR hanya boneka2 DAP.

    ReplyDelete
  3. Peerah...lu Tan Seng Giaw. Lu toksah ciakap pasal iman lorr. Lu apahal mahu tentang negara Islam. Sikalang olang Melayu jali boloh pasai lu punya hal tipu lia olang. Lu tengok dalam blog jahat lu punya olang hali2 hentam Milayu hentam Islam... lu jangan ciakap pasat iman sama kita olang, kita bukan boloh... Olang boloh ada sama PKR sajia loh!

    ReplyDelete
  4. Syabas DrHasan... lawan tetap kawan... lawanlah kemungkaran yang telah dibawa oleh musuh Islam. Kita perlu tahu muslihat mereka dan jangan jatuh di tangan tipu helah mereka. Ingat .. Tentera Islam kalah kerana tamak haloba.. Ingat pesanan Allah.. berpeganglah kpd tali Allah dan jangan kamu bercerai berai. Teruskan drhasan...teruskan! Kami bersama mu!!!

    ReplyDelete
  5. Islam adalah satu... umat Islam adalah satu... yang menghancur leburkan perpaduan Islam adalah musuh Islam yang nyata. Allahuakbar.... berjuang terus sdr muslim ku...hasan ali!

    ReplyDelete
  6. Ciss---sekarang tak ngaku. Pantang nenek moyang aku kita ditipu. Berapa kali dah DAP ni nak pertikai keistimewaan orang Melayu--- masih nak tipu. Anwar al Juburi setuju sokong keselamatan Israel pun nak tepis lagi sedangkan jelas tercetak dalam ASWJ. Tak habis2 nak menipu kerana nakkan. Maka akan tertipu lah mereka2 yg tidak nak berfikir!

    ReplyDelete
  7. pencacai umporno ni sorang saja tapi boh nama lain2.

    ko kalau nak sokong hasan ali, pi jumpa bini no 1 dia dulu. ty la pasai suaminya

    ReplyDelete
  8. Pieelah pencacai umporno diatas, hangpa kutuk2 DAP esok lusa hangpa belanja kedai kaum cina jugak. Kalau kt Ipoh mane nak jmpa melayu berniaga? hangpa melayu berjiwa hamba yg bagi peniaga cina kaya, mrk rata2 penyokong tegar DAP, hangpa sebenarnya memperkasa ekonomi DAP dan pengkhianat melayu sebenar... bolehkah hangpa semua bagi setiap sen duit kpd peniaga melayu?

    ReplyDelete