Wednesday, February 29, 2012
MAKIN PANAS!!! Bekas ADUN UMNO mahu londehkan Najib
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.
Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.
Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.
Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.
Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).
Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.
Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.
Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.
"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,
"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,
"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.
Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya.
Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib.
"Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi.
Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya.
Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya.
Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya.
"Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya.
Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka.
"Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini.
"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis.
Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya).
"Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis.
Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan.
mat sabu nak kasi ceramah? aku suka dengar ceramah mat sabu.aku haraplah dia ulas pasal ustaz pkr khalwat tu. beri sikit tunjuk ajar bagaimana nak putar belit fakta, sampai ada vcd 'sedap mah...' pun boleh lepas. sekarang ni pun dah jadi timbalan presiden pas lagi. selagi dia dengar cakap DAP, jangan risau, DAP takkan amek jawatan dia walaupun dah ditawarkan dzulkifli.
ReplyDeleteKau ni biol ke toyol... bongek betul... Berkarat dgn B END... Internet ada cuba baca sikit mcm fakta dh org ltak...
Deleteapa yg pencacai umporno komen , macam orang biol
ReplyDelete